16 Zulqaedah 1431H
Dengan Nama Allah, moga hati ini sentiasa kuat & tabah dengan izin-Nya... Sudah lama tak mengirim entri, harapnya 'rumah' ini tak merajuk dengan tuan tanah ;)
Dengan Nama Allah, moga hati ini sentiasa kuat & tabah dengan izin-Nya... Sudah lama tak mengirim entri, harapnya 'rumah' ini tak merajuk dengan tuan tanah ;)
Sekarang saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan alam kerjaya. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya diterima sebagai pegawai dietetik di KPJ Kuantan Specialist Hospital bermula minggu lalu. Dalam keadaan kelam-kabut saya ke sana semula, menumpang di rumah sahabat UIA di Damansara buat beberapa ketika. Syukur Allah itu Maha Penyayang, dipermudahkan mendapat rumah sewa walaupun tidaklah mewah tapi cukuplah untuk menumpang teduh. Transport tak perlu difikirkan lagi buat sementara waktu ni, saya berjalan kaki pergi & balik kerja [sebab dah lama tak exercise, rasanya ni cara yang terbaik. Tahniah buat diri sendiri. hehehe =)].
Minggu Pertama bekerja:
Pelbagai macam perasaan, geram, marah, sedih & sebagainya. Paling utama sekali saya cukup terkilan apabila seorang yang sebaya dengan saya memperkecil-kecilkan kebolehan yang ada. Saya sedar ini pekerjaan pertama saya, tapi tak semestinya orang yang pernah bekerja sahaja bagus kan? Manusia akan tak semuanya sempurna, tapi berusaha untuk membuat yang terbaik. Biarlah dia.. Moga sentiasa diberi hidayah oleh Allah, ingatlah kalau sombong tak boleh ditegur susah kita nak bekerja dengan orang lain. Harapnya 'dia' dapat memperbaiki attitude nya agar orang sekeliling akan 'aman' juga...
Saya semakin tenang...
Tengah hari itu, saya disapa oleh Dr Melor [saya sudah mengenali beliau semasa di UIA]. Alhamdulillah Allah izinkan pertemuan ini, beliau memaklumkan tentang program-program kerohanian di sini. InsyaAllah setiap hari during lunch break akan diisi dengan aktiviti. Bacaan Al-Quran, kelas Bahasa Arab & tazkirah atau kuliah. Bak kata Kak Mirah; Alhamdulillah, Allah pilih saya ke Bumi Kuantan semula. Bumi yang subur dengan tarbiyyah! Saya terharu... di kala hati saya serabut dengan tanggungjawab yang besar, Allah datangkan hati-hati agar kami bertaut di atas landasan agama-Mu. Indahnya ukhuwwah!
"Hati ini telah bersatu, berkumpul di perut bumi-Mu.. Hati ini telah berpadu bersatu memikul beban dakwah-Mu.. Hati ini telah mengikat setia, untuk mendaulat untuk mendokong syariat-Mu di alam maya.. Maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada..
Kekalkan kemesraan yang ada, tunjukkanlah jalan yang benar.. Penuhkanlah dengan cahaya-Mu tiada malap terangi alam-Mu.. Hidup suburkanlah dengan ma'rifat-Mu tapi jika ingin mematikannya, matikanlah sebagai syuhada' dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia..."
p/s: Saya tidak berkeinginan untuk menceritakan tentang tugasan saya di sana.. Saya masih baru dalam alam ini, tidak seperti rakan-rakan yang lebih maju ke hadapan. Cukuplah saya nyatakan minggu depan penuh dengan kempen dan aktiviti yang tak mengizinkan saya berehat di hujung minggu.. InsyaAllah 3hb nanti saya akan bersiaran di Pahang fm, harapnya dipermudahkan segalanya! "Ya Rahim, jadikanlah aku hamba yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain..."
2 comments:
Assalamu'alaikum warahmatuLLAH...
Kak Nadirah yep? heihei...
Salam ukhuwwah~^^
Hm, saye malu nk p'kenalkn dri kt sni...heee
Cume nk btanye, bidang dietetik ni m'cbr x rase2nye?
saye masih dlm dilema utk pilih kos ni...
Bdw, akak ade email x @ fb?
~Seeking for True Iman~
wslm w.b.t.
t.kasih atas ziarah. salam ukhuwwah buat adik jugak.
bidang dietetik tak kurang hebatnya jugak mcm medic/pmacy/dental. cuma buat masa skrg, ramai belum mengetahui bidang ni sebab agak baru berbanding dgn yg lain. bg akak, semua bidang ada cabaran tersendiri. yg paling penting mcm mana kita menguasai bidang tersebut.
bdw, please do not hesitate to contact me:
raihansakinah@gmail.com
salam ukhuwwah :)
Post a Comment