Rehat Sekejap

Alhamdulillah dah 2 minggu balik bercuti dari kampung, baru ada kesempatan menulis. Cuti Tahun Baru Cina (CNY) tahun ni sangat gembira. Bukan sahaja dapat merehatkan otak, tapi dapat berjumpa keluarga Cik Udin yang dah hampir 3 tahun tak jumpa! Hampir 2 bulan lebih tak balik kampung, cuti kali ni memang betul-betul bercuti rasanya. Syukur..

Khamis 19/01/12 
Saya mengambil cuti rehat hari ni, hajat nak bertolak awal-awal pagi. Yong selamat sampai semalam dari Melaka, dia menemani saya memandu ke Perak dan pulang semula ke Terengganu nanti. Walaupun dah banyak kali mak 'bising' supaya naik bas, tapi entah kenapa hati saya keras untuk ini. Saya mohon mak doakan yang baik sepanjang perjalanan, sebab saya tak sanggup nak keletihan lagi memandu dari K.Terengganu ke K.Berang selepas 9 jam perjalanan kalau menaiki bas.

Cadangnya nak balik selepas aerobik, tapi hajat terbantut. Semalam jenuh bertegang urat dengan bos, sampai pukul 6 lebih untuk kelulusan ke Lawatan ke KLIA nanti. Kalau selesai aje semalam, tak la susah hari ni. Apa boleh buat, saya cuma kuli kecil.. Mujur bos HSNZ call, kalau tak pasti saya & ACO terlepas peluang.. Lebih kurang pukul 11 pagi baru kami dapat gerak, singgah di Pasar Payang dulu membeli buah tangan. Sempat la rembat kain pasang untuk mak & Dibah, sehelai baju untuk ayah [kiriman Ajim, sempena gaji pertama dia baru sempat nak cari..Huhuhu]..Yang lain-lain seperti biasa, beli sikit-sikit barang yang tak ada di Perak =)

Selesai pukul 1.00, terus gerak ikut jalan pantai. Singgah solat di Gong Badak, baru meneruskan perjalanan. Pemanduan kali ini sangat santai, berhenti di Seberang Takir beli keropok lekor untuk kami. Hari ni cuaca baik, Subhanallah! Pantai di Setiu sangat menarik dengan kebiruan air & kehijauan pokok. Tapi tak berhenti rehat di sini, jauh lagi perjalanan kami..
Jalan tak berapa jam, mungkin esok baru orang berpusu-pusu balik. Kami sampai di Dabong hampir pukul 6 petang, mak dah risau sebab hampir pukul 7 tak lepas Banding lagi. Saya pun cuak, Jalan Jeli-Banding tu sangat gelap & banyak haiwan di waktu malam. Tapi kuatkan hati untuk tidur di rumah malam ni. Mak cadangkan kami bermalam di Jeli, tapi dah alang-alang sampai sini sikit lagi yang mesti ditempuh walaupun berdebar-debar nak lalu jalan 'itu' malam-malam ni..

Ya, sangat susah saya rasa nak sampai ke Banding. Tapi Alhamdulillah Allah pelihara, mungkin hati ini tak sabar nak menatap wajah mak ayah yang dirindu dipermudahkan perjalanan. Pukul 11 malam baru kami sampai di rumah, singgah makan di Lenggong + perihal mencari masjid sangat susah malam-malam macam ni dek kerana tutup. Ada surau lama berhampiran tempat makan, tapi sangat gelap dan usang. Akhirnya kami singgah di R&R yang tutup pulak malam ni, saya bersolat di suraunya dalam ketakutan bersama Yong..Allahu Akbar, dugaan..

Sabtu 21/01/12
Kami sekeluarga ke Ipoh, menemani mak & ayah membuat rawatan. Azim, mak & ayah balik terus ke rumah, kami ke Popular & MPH nak menebus baucer buku 1 Malaysia sambil meronggeng-ronggeng. Moga dikurniakan pahala berganda buatmu, Azim atas pengorbananmu menjaga mak ayah selama ni..

Isnin 23/01/12
Kami ke Sitiawan, menziarah Cik Udin sekeluarga yang dah lama tak jumpa. Mereka pulang sekejap untuk urusan visa & daftar Adnin ke tahun 1.Sangat rindu! Amalyn & Adalia yang selama ini tengok dalam gambar, dapat dipeluk & dicium. Bekalan laksa Kuale menjadi santapan tengah hari kami.. Ayah dah pesan awal-awal, jangan menyusahkan mereka. Kita bawak buah tangan untuk dikongsi bersama. Kan elok macam tu..

Rabu 24/01/12
Cuti dah habis semalam, sepatutnya saya sudah pulang ke Terengganu. Tapi hari ini menuju ke KL untuk Lawatan GMP & HACCP ke LSG Sky Chefs Brahim di Sepang bersama semua dietitian & ACO daerah Rombongan dari Terengganu menaiki bas, saya menumpang Azim ke Sepang. Rombongan sampai lewat, hampir pukul 10 malam. Kami bermalam di Seri Malaysia Bagan Lalang. 

Highway agak sesak, cuma traffic berjalan lancar. RnR semua penuh, kami mengambil keputusan untuk singgah makan & solat di Slim River sambil-sambil mengimbau balik kenangan zaman outing di asrama dulu. Pekan Slim masih seperti dulu walaupun hampir 9 tahun meninggalkan zaman persekolahan, belum membangun. Cuma saya lihat ada sedikit pembaharuan dari segi perkhidmatan bas.

Khamis 25/01/12
Hari ni ulangtahun kelahiran sahabat saya, Sa'adah & Fadilah Noor. Semoga panjang umur, sahabat!

Sampai jugak kami ke dapur MAS yang diimpikan zaman belajar dulu. Alhamdulillah. Lenguh juga kaki nak bertawaf semua kawasan yang sangat luas. Makanan yang disediakan sangat awsome! Di sini, saya belajar ilmu baru: "Makanan yang disediakan di sini agak masin, sebab bila dalam flight di ketinggian 35000 kaki deria rasa kita akan berkurangan. Jadi bila kita makan dalam flight, rasa akan OK je.." terang Pengurus Operasi.

Saya terus balik ke Kuala petang tu. Alhamdulillah, elok-elok sampai Hentian Duta bas ke Kuala ada kosong. Terus naik & call mak. Badan saya sangat penat, tak henti-henti ke sana sini bulan ini.. Sedar-sedar dah sampai exit Plaza Tol Kuala Kangsar.. Mujur sempat call mak sebelum bertolak tadi, saya tak sedar apa-apa sepanjang perjalanan...Esok misi mencari ikan pekasam...

Jumaat 26/01/12
Misi mencari ikan pekasam bermula. Seriously, saya tak pernah cakna langsung perihal ikan ni, sebab makanan ni tak menjadi makanan keluarga kami. Bersama ayah & Yong, kami menghala ke Pekan Sauk, Kuak hampir ke Lenggong. Kalau tak disebabkan pesanan 15kg ikan ni, dah pasti saya sendiri tak tahu projek-projek IKS di kawasan saya. Hehehe.. Akhirnya jumpa dengan harga yang agak murah daripada pasaran, lepas ni boleh jadi agen di sana pulak. Dapat jugak saya develop new skill yang paling lemah: berniaga ;)

Sabtu 27/01/12
Secara rasminya berakhirlah cuti saya... Harus pulang ke Terengganu hari ini, singgah dulu mengambilikan pekasam yang ditempah. Jenuh menahan hidung dek bau 'special' ikan pekasam ni, pening juga dibuatnya! Pekasam-pekasam.. Biarlah, saya tak ada apa-apa buah tangan untuk staff saya. Cuma ini sahaja buat pengenalan pada mereka yang tak pernah mencuba. Kata mak, "Lepas ni jadi ghoje kamu la pulak nak angkut pekasam tiap-tiap kali balik. Kalau sikit tak apa la jugak.." "Biarlah mak, buat lepas ngidam deme.. bukan senang deme nak datang sini beli pekasam. Jauh. Macam kita nak merasa kepok lekor Ganu!," kata saya berbahasa basi.. 'Mudah-mudahan dengan menggembirakan hati-hati mereka sedikit sebanyak merupakan sedikit jariah saya sepanjang bermusafir..Ameen'

Kami singgah lunch di Banjaran Titiwangsa sebelum meneruskan perjalanan. Sesungguhnya percutian kali ini yang sangat gembira bagi saya walaupun sangat meletihkan! Terlepas rasa bebanan 3 bulan di bahu ini walaupun tahu macam-macam akan menanti saya naik cuti nanti.. Kerana saya tahu, pahala berganda diperoleh apabila menatap wajah & menggembirakan hati mak & ayah. Ya Allah, izinkan aku, izinkan aku, izinkan aku lagi.. Aku tak punya banyak kesempatan untuk berbuat selalu seperti orang lain kerana aku anak rantau...

F.R.A.N.C.E

~Friendship Remains And Never Can End~

Saya teringatkan pesanan yang pernah sahabat saya bagi semasa di Matrik. Pesannya pada saya: "Apabila kau ingin bersahabat, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan kau akan menjauhinya. Andai kau ingin bersahabat, janganlah kerana kebaikannya, kerana dengan satu keburukan, kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu mungkin kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin bersahabat, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia takpandai menceriakan kau akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.. Bersahabatlah kerana ALLAH s.w.t."

Sejak memasuki alam kerjaya, ada satu-satu masa saya kerap terkenangkan zaman belajar terutamanya di universiti (zaman sekolah terkenang juga, tapi mungkin agak kurang sebab belum pandai menghargai =P). Selain keluarga, saya sangat rindukan sahabat-sahabat. Hampir setahun selepas belajar, belum lagi saya dapat jumpa sahabat yang susah dan senang bersama. Bila duduk berjauhan, masing-masing punya kerjaya & keluarga yang menyebabkan kita tak selalu berhubung. Moga hati-hati kita sentiasa diikat dengan doa rabithah yang dibaca setiap pagi & petang dalam Ma'thurat seharian. InsyaALLAH.

Ada ketika, saya cuba tetapkan misi mahu menziarahi mereka bila berkesempatan. Percaturan Allah itu baik, Dia datangkan dalam pelbagai bentuk. Walaupun tak lama, tapi diizinkan untuk bersua muka, berkongsi kisah suka & duka, cabaran di alam kerjaya. Dan paling menggembirakan, sahabat-sahabat saya masih seperti dulu. Tak lokek berkongsi semangat dan nasihat agar kami jatuh dan bangun bersama-sama. 



1) Kunjungan Miya & Iqbal ke Kuala Berang
Saya menetap nun di pinggir bandar, walaupun tak sehebat mereka di bandar tapi hati agak tenang bila berjauhan dengan kesibukan kota raya. Inilah hikmah Allah letakkan saya di kawasan hijau yang subur, sesuai dengan jiwa. Hari itu, Miya & Iqbal sampai jua ke rumah saya (Tarikh dah lupa la pulak, selepas raya haji rasanya). Kebetulan mereka ke Besut, ada temujanji dengan pesakit Iqbal lalu singgah ke rumah sebelum perjalanan pulang ke Kuantan. Untuk pengetahuan semua, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) dah dibuka. LPT ini menghubungkan Bukit Besi-Ajil, jadi siapa-siapa dari KL mahu pulang ke Kelantan dijemput untuk datang ke rumah, ye!


Ziarah mereka yang ke-2 sewaktu cuti Krismas. Cumanya, hari tu saya bekerja (Krismas jatuh pada hari Ahad, jadi Isnin hari cuti bagi negeri-negeri lain selain Kelantan, Terengganu & Kedah). Jadi, kami cuma sempat berjumpa di kedai makan meraikan saya & housemate berbuka puasa. Terharu saya! ;)


2) Clinical Nutrition Workshop 2011 - IPK Bangsar
Pada mulanya, saya agak keberatan nak hadiri workshop ni. Ye lah, akhir-akhir tahun sure peruntukan latihan dah habis. Setelah berkira-kira yuran workshop + tambang untuk ke sana (penginapan free sebab tumpang rumah Mimi ;P), alhamdulillah masih dalam budget bulanan. Biarlah tanggung sendiri, asalkan dapat update info terkini & jumpa kawan-kawan.

Flight saya delay 2 jam pada malam itu, lebih kurang pukul 1.30 pagi baru saya sampai di KL Sentral. Mujur hotel yang Ija & Miya sewa berhampiran dengan Sentral, jadi pagi itu saya menumpang kasih mereka sebelum sama-sama ke IPK. Mintak maaf Mimi, tukar plan di saat-saat akhir.
Auditorium Mutiara, IPK Bangsar- Ija, Nadirah, Mimi, Miya, Ilman as photographer ;)-
Workshop kali ini agak meriah, di sini juga kami berhimpun bersama-sama. Ilman, Mazuin & Farid pun ada sama. Menjadikan 7 orang delegasi dari UIA.

3) Jaulah ke Kota Bharu (KB)
Saya tiada apa-apa plan untuk cuti Krismas baru-baru ini. Awalnya, kakak & adik mahu berjalan-jalan ke Terengganu. Tapi cancel atas sebab-sebab tertentu. Kecewa. 2 hari sebelumnya, Muni mengajak saya ke KB, kebetulan beliau bercuti agak panjang daripada biasa. Menziarahi sahabat-sahabat kami yang telah/bakal berumah tangga. Maklumlah,masing-masing punya agenda tersendiri kami tak dapat menghadirkan diri sewaktu walimah (Kira pasca walimah la ni. hehe..)


Khamis selepas kerja, saya mengambil Muni di rumah kemudian memandu ke KB melalui Tok Bali. Sangat santai pemanduan kali ini, siap berhenti makan keropok di Batu Rakit, bersolat Jama' Maghrib-Isyak di Kg Raja baru meneruskan perjalanan. Sempat juga Muni memperkenalkan saya dengan Pasar Kuala Besut yang sangat murah. Alhamdulillah, sampai di KB lebih kurang pukul 9.00 malam. Membeli barang penting di KB Mall sebelum berjumpa boss Ira selepas habis kerja. Kami sampai rumah Su hampir pukul 12 malam, kasihan Su, penat menunggu kami.


Keesokannya, kami bersama mama & adik Su menikmati sarapan pagi di Kedai Hidayah Nazri di TEMAN (Terminal Agrobisnes Negara). Kagum saya dengan sahabat saya, sudah ada kedai sendiri. Tahniah! Kemudian kami ke Wakaf Che Yeh untuk 1st round. Hehe.. Tak ada apa sangat yang saya beli, melainkan sehelai kaftan untuk dihadiahkan kepada housemate yang akan berpindah ke Penang :'(
HUSM. dah tamat masa melawat


Selepas Jumaat, kami ke KBTC menziarahi boss Didi di Focus Point. Untung Nik Hikmah dapat beli sunglass dengan harga murah, ni la untungnya ramai kawankan ^_^ Kami gerak ke HUSM untuk menziarahi mak Dayah (mak Dayah admitted due to anemia, transfuse 3 pint of blood), sebelum tu singgah di rumah Hazirah untuk naik Vios ke sana. Merasalah naik kereta orang kaya (padahal sebab kereta Hazi ada sticker USM, boleh la parking kat tempat staff) =P
Dengan kereta mahal~



Malamnya pula, kami ke Wakaf Che Yeh untuk 2nd round. Amat meriah membeli-belah di malam hari. Hebatlah KB sekarang, dah ada fly over. Bazar pun banyak, kalah Terengganu macam nih!
Pilih-pilih. Nak beli batik hok mane se



4) Bengkel di HKL
Minggu lepas, saya baru menghadiri bengkel penyelarasan KPI/NIA Dietetik & Sajian serta data PIK di HKL. Last minute call, ALLAH nak izinkan saya join bengkel itu walaupun terasa sangat-sangat kerdil duduk bersama-sama senior dietitians. Terkejar-kejar nak settlekan semua tapi Dia mudahkan. Tambahan pula pelancaran program penurunan berat badan di hari yang sama. Sedaya upaya menguruskan sisa kerja dan menyerahkan kepada sahabat-sahabat urusetia yang lain.


Saya berkesempatan bertemu dengan 2nd batch: K.Munirah & Farid (mereka merupakan state collector for KPI/NIA data, dahsyatkan!). Di kesempatan ini juga, saya dapat bertemu Hj muda Pitat yang masih di HKL. Farhanah pun sudi berjalan dari Pusrawi menziarahi kami di HKL. Owh sahabat, terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk saya ;) Sebelum pulang ke Terengganu, saya berkesempatan tazkeer diri dengan motivator terkenal, Dr Robiah Kulop Hamzah di surau JKR. Percaturan ALLAH itu indah, saya ke KL untuk kerja berkaitan dengan tugasan. Tapi Dia hadiahkan semangat untuk saya bawa balik ke Terengganu. Subhanallah walhamdulillah..


5) Alam Maya
Satu-satunya sahabat yang telah terputus hubungan lepas tamat belajar, Shariah. Sahabat-sahabat lain ada juga bertanya khabar beliau kepada saya, tetapi tak dapat dikesan. Baru-baru ini Miya ada mengirimkan email untuk proses penghantaran transcript. Alhamdulillah, saya sangat gembira mendapat khabar daripada sahabat yang satu ini.
Email 1:
Salam'alaik dear Miya and Nadi :)
Apa khabar? :)
I'm very glad to hear from you both alhamdulillah. There was a problem with my inbox and I lost all the email address of our classmates.

I hope that you are both allright and doing fine.

Anyways Jazakillah khair for this email. Actually, I had contacted Mr Zainul regarding this matter and also somebody from Gombak campus. But with the distance and long working hours I was unable to follow this matter. So thanks a lot again dear.

My address is as follows (no post code):

SHARIAH HUSSENBOCUS
21, Gaston Vellin Street
Beau-Bassin
Mauritius
(Phone number: 2304648703, 2307282662, 2309711181)


take good care of urself,
Keep in touch

May Allah bless you all

Email 2:
Salaam :)

Congratulations for the job :) Alhamdulillah it sounds very nice. May Allah help you in all that you undertake.

As for me, I was in the UK for a while then went back to Mauritius where I started doing community nutrition talks. Then I got a job in a private hospital but I left after a few months because of the working hours. That hospital had the latest technology and everything was high class (just to give you an idea, the price for the cheapest room was RM2000 per night excluding any treatment) but I had too many night shifts and it was a problem. So I started doing private counselling.

Take care dear and wish you all the best

Buat sahabat-sahabat yang belum saya sempat ziarah (Ayat, Nawa, Sa'adah, Aisyah, Yat) usah berkecil hati. Moga-moga diberi kesempatan untuk kita bersua dengan izin-Nya. Semoga semua sahabat saya sentiasa berada dalam lindungan Allah, dimurahkan rezeki, dikurniakan keluarga bahagia serta sering memberi manfaat kepada orang lain. Ana uhibbukum fillah!

-Nadirah-

Amanah Tahun Ini

Hari ni dah 2 hari bekerja di tahun baru. Kebanyakan sahabat masih bersenang-lenang bercuti, Azim pun baru balik rumah menghabiskan cuti ihsan dr bos Jepun. Best betul..

Pagi ni dimulakan dengan Perhimpunan Penyayang Hospital, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) datang menyampaikan amanat di awal tahun. Nampak gayanya, tahun ni dah kena speed gear 5 dari awal tahun. "Now, our bisness is not as usual anymore.." ayat tu diulang berkali-kali sejak dua menjak ni. Tambahan pulak dengan Program Transformasi yang PM duk war war kan tu.. Adeh, kadang-kadang bila hebat sangat programnya saya pun tak dapat nak faham semua.. Tapi bila dah masuk sektor awam ni, kena la ambik tau jugak. Nanti tak lulus Program Transformasi Minda (menggantikan kursus induksi) tak sah jawatan la jawapnye! 

Perhimpunan sepatutnya berlangsung sejam, delay sampai hampir 2 1/2 jam.. Habis terbantut semua yang dah dirancang hari ni. Saya dah pening, sebab pengarah dah announce salah satu projek hospital tahun ni ialah program penurunan berat badan di kalangan staff  (rasanya hospital lain dah berzaman dah buat). Tahun sebelum-sebelum ni dah dibuat, cuma pelaksanannya tak dibuat dengan sebaiknya. Jadi, program yang baik terkubur tanpa nisan.. Dengan kedatangan dietitian yang kerdil ni, mesyuarat secara rasmi dipengerusikan oleh Pengarah dah dibuat semalam dengan idea-idea yang agak bernas jugak daripada urusetia (yang dipaksa rela =P). Penat jugak di'push' untuk buat modul nak dimasukkan dalam paperwork, tambah lagi bulan Disember  baru ni berkejar untuk audit akreditasi dan benda-benda pengurusan, latihan, staf, dll yang kena settle. Jadi idea spontan dalam meeting through phone membuahkan hasil..Alhamdulillah.

Hari ni, saya ada 1 kes refer di wad perubatan. Saya memang plan untuk tengok patient selepas zohor, memandangkan ada 3 orang staf belum saya jumpa berkaitan dengan pencapaian dan persembahan kerja mereka untuk tahun 2011. SKT mereka dah saya settlekan semuanya semalam, cuma SKT saya tak ada siapa nak tolong buatkan. Baru separuh jalan, nak buat di office teringat reten KPI & NIA, documentation yang asyik tertangguh, patient kat wad, audit GMP hujung bulan ni, macam-macam lagi. Jadi siapkan yang patut didahulukan, nak buat di rumah asyik terbabas aje selepas isyak. Walau apapun, Pengarah jangan risau sebelum 12hb ni saya akan pastikan SKT saya berada di atas meja Pengarah (Wah, azam pekerja cemerlang!)

Dalam masa yang sama, saya baru mendapat senarai nama untuk peserta kursus tersebut. Saya jadi pening, cadangan baru daripada Ketua Urusetia bercanggah pulak dengan keputusan meeting semalam. Saya mahu kata putus daripada Penaung, jadi Pengarah 'menjemput' saya untuk berbincang semula di biliknya.. Selepas mengambil kira keadaan kesihatan peserta, kualiti perkhidmatan yang akan terjejas kalau semua peserta dari unit yang sama, keinginan beberapa orang staf dan keakuran daripada Ketua-ketua unit barulah bilangan dan senarai akhir nama peserta dikeluarkan secara rasminya.. Pengarah mahu saya siapkan surat pelepasan beserta senarai nama pada hari ini jugak dah pastikan surat diedarkan kepada semua yang terlibat pada keesokan hari. Aduh, aduh pening kepala saya!
Senarai nama berdasarkan BMI telah saya dapat daripada Jawatankuasa Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan (JKKP), cumanya saya perlu pilih berdasarkan semua kriteria yang telah dinyatakan tadi. Dengan bantuan Staff Nurse JKKP, beliau membantu saya menelefon semua ketua unit dan peserta terpilih menerangkan secara ringkas perjalanan program yang melibatkan sepanjang tahun. Sudah tentulah macam-macam ragam dan alasan yang menyebabkan kerja yang cepat menjadi lambat. Akhirnya surat dan senarai nama yang ditaip selamat siap pada pukul 3.45 petang. Fikiran saya cuma satu, 'surat ni Pengarah sign dan saya boleh pergi ke wad'. Owh, bukan senang seperti dikata, ada beberapa pembetulan harus dibuat terutamanya dari segi pemilihan peserta. Pengarah mahukan ada beberapa orang dimasukkan, cuma masalahnya mereka tidak hadir ke JKKP untuk saringan Routine Medical Check up. Jadi, data mereka tiada. Saya harus menelefon seorang demi seorang, malangnya hanya satu sahaja yang berbalas kerana mereka bekerja shift.

Setelah menelefon sana sini, akhirnya tugasan saya berakhir juga. Tapi satu lagi ujian kecil, printer saya pula kehabisan dakwat! Tertangguh juga nampak gayanya. Saya dengan berat hati mahu menumpang  print di Klinik Respiratori memandangkan kedudukannya berhampiran dengan Pejabat Pengarah akan tetapi mereka juga mengalami masalah yang sama (dah pasti sebab banyak laporan yang perlu dihantar awal-awal tahun ni..). Akhirnya saya menumpang pula kasih di Unit Kualiti dan alhamdulillah..segala beban rasa terlepas serta-merta. 

Jam menunjukkan 10 minit ke pukul 5. Kebiasaannya, sebilangan besar anggota dah bersiap-siap nak balik. Saya masih di pentadbiran, menunggu giliran mahu berjumpa Pengarah. Dah alang-alang saya yang buat, tugasan ini saya mahu beliau sign di hadapan saya =) Setelah bersoal jawab beberapa minit, beliau menurutkan tandatangan sambil berkata "Saya serahkan pada awak semuanya tentang peserta-peserta ni, bukan apa takut ada yang terasa hati bila tak 'dijemput' " Saya yang berasa hati Dr, sebab tugas utama saya tak dapat nak buat hari ni sebab benda ni (cuma di dalam hati aje la..).

Setelah selesai semua, ada lagi satu tugas penting perlu dibuat. Membuat nota kepada pembantu pejabat agar edaran berita ini dibuat segera. Berada di Unit Pentadbiran, saya teringatkan satu benda. Saya harus mendapatkan maklumat mengenai gaji terbaru bagi jawatan CO 27 & 32 untuk permohonan perjawatan dalam ABM. Allah, hari ini juga & segera memandangkan pembantu tadbir yang incharge akan bercuti semula mulai esok sampai minggu depan! Astaghfirullah. Lampiran C SBPA perlu saya kaji sedikit, untuk melihat formula baru yang ditetapkan oleh JPA. Allah itu sayang saya, hanya beberapa minit saya menjumpai apa yang saya mahukan (memandangkan tulisannya sangat halus dan kurang jelas). Saya keluar dari Unit Pentadbiran pada jam 5.15 petang dengan satu rasa yang amat lega, tapi jauh di sudut hati saya ada sedikit terkilan + bersalah kerana saya meminggirkan pesakit yang menunggu kehadiran saya. Serta-merta teringatkan bahan-bahan yang dah siap saya bawak nak berjumpa dengan pesakit. Kalau ikutkan hati, saya mahu jenguk sekejap wad walaupun masa bekerja telah tamat. Tapi bila mana memikirkan saya belum bersolat asar dan otak saya sangat-sangat penat, saya tangguhkan dulu. InsyaALLAH awal-awal pagi esok saya akan muncul di wad itu. Nantikan kedatangan saya, ya Mak Cik! 

Kepada Dr, saya mohon maaf sebab selalu lewat & jarang muncul  di wad kalau tiada new referral sejak awal bulan November lepas. Tugasan kita hampir sama dalam menguruskan pesakit, cuma kamu-kamu semua beruntung kerana tak perlu memecahkan kepala menguruskan staff, hal-hal kewangan dan pengurusan serta aktiviti hospital. Semua dah tersedia dibuat oleh pelaksana, hanya perlu kerjasama kamu sebagai penyelaras yang kadangkala atas dasar nama..

p/s: bila bebanan yang banyak dalam 1 bidang, fokus akan hilang. tapi bebanan yang banyak dalam pelbagai bidang akan membuatkan hidup tak terfokus!

Audit

Jika kita nak diaudit oleh manusia (tak kiralah ISO/MSQH etc) dengan bersungguh-sungguh kita buat. Segala kesilapan diatasi, semua dokumen dan keperluan tak ada cacat cela. Dokumen yang tak pernah wujud pun, akan wujud sebelum hari audit.

Tapi, sedarkah kita?

Bahawa kita diaudit setiap masa oleh Pencipta kita Yang Maha Teliti dan Adil? Ramai antara kita mengambil enteng dengan hal ni, sedangkan kita ada satu hari audit yang terbesar di Padang Mahsyar nanti. Sudah cukup lengkapkah dokumen yang perlu kita bawa berjumpa Auditor kita Yang Maha Hebat? Ya Ghaffur, ampunkan kelalaian kami...

Mode audit: 19-21/12/2011- akreditasi
                    Hujung Januari 2012- HACCP JNKT
                    Hujung Mac 2012- Internal audit
                    Awal Mei 2012 - ISO

Oktober 2011

Oktober 2011 dah masuk minggu terakhir, sudah setahun saya meninggalkan rumah yang sentiasa dirindu.. Memulakan kerjaya di Kuantan pertengahan Oktober 2010, kini saya di Terengganu seperti sebelumnya. Oktober tahun ini, baru hari ini saya merasa untuk berada di rumah di hujung minggu. Hari-hari lain terkejar-kejar ke sana sini, kadang-kadang rasa hidup kurang berkualiti kerana badan terasa lesu. Baru-baru ni bersemangat waja nak menderma darah, tapi apakan daya Hb dah semakin menurun (April 2011: 14.0, Jun 2011:12.8, Oktober 2011: 11.8) dan di'reject' tanpa segan silu... :'( Patutlah akhir-akhir ni mudah penat, ingatkan disebabkan kerja yang menimbun dan bagai berlari tak cukup tanah masa kerja... Nampak gayanya kena ambil banyak lagi sumber-sumber vitamin C, bagi Hb naik lagi [memang akhir-akhir ni sangat kurang makan buah + sayur]

Hujung Minggu 1
Sambutan 1 Malaysia di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Program anjuran syarikat Dutch Lady, dijemput oleh rakan sekelas, Ida [sampai bos Ida pun tahu kami rakan sekelas, wow kelas gitu!!] Macam-macam aktiviti & hadiah disediakan, tapi nasib kurang baik sebab hanya dapat goodie bag aje =P Ada jugak slot berkenaan DHA, alhamdulillah semakin faham sikit daripada sebelumnya sebab banyak dah lupa.

Eid Mubarak

Pagi 1 Syawal selepas solat Eidul Fitri

Balik Kampung

InsyaAllah esok malam akan bertolak balik Perak. Semalam pergi ke Pasar Payang & Mydin Mall, beli barang-barang yang diorang kirim. Alhamdulillah, gaji pun dah masuk. Ada lah buah tangan untuk diorang nanti. Syukur sangat-sangat, di saat saya kesempitan wang Allah bagi rezeki dengan cepat. InsyaAllah kali ini berehat seminggu di rumah, moga hati ini lebih tenang selepas menatap wajah-wajah yang dirindui ;)

Esok pagi kerja macam biasa, harapnya pesakit tak ramai. Petang ada CDE di HSNZ, saya nak jumpa sifu-sifu sebelum bercuti lama! Ramadan dah sampai penghujung, tersangat-sangat cepat masa berlalu. Rasa bersyukur sangat-sangat masih dipanjangkan usia bertemu dengan bulan barakah pada tahun ini. Apakah tahun depan masih diberi kesempatan? Wallahu a'lam... 

Teringat saya pada kata-kata seorang sahabat, "di kala kita berkeseorangan kita akan mencari Tuhan". Itu memang fitrah, sahabat.. Moga kita akan sentiasa mencari DIA walau di mana dan dalam keadaan apa sekali pun. Tingkatkan taqwa dan amal, moga kita sentiasa dalam pemeliharaan-Nya..

p/s: Esok pertama kali nak balik naik bas ikut laluan baru, moga selamat sampai rumah & bertemu dengan insan-insan yang dirindui... ^_^ Ya Allah selamatkanlah perjalanan ku ini...

Makanan Pejal Bayi


Menu 1: Puri Sawi (6 bulan)
  1. Ambil 1/2 cawan daun sawi, cuci bersih dan potong kecil.
  2. Kemudian rebus sehingga menjadi lembut.
  3. Setelah itu, ambil daun sawi yang telah lembut tadi dan cincang sehingga halus.
  4. Tambahkan sedikit air rebusn untuk mencapai kepekatan yang diingini. Sedia untuk dihidangkan.

Kisah Sebulan

Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga semua sentiasa berada dalam rahmat Allah. Lama tak bertemu kawan-kawan, alhamdulillah masing-masing dah ada kerjaya dan keluarga sendiri. Saya cuma nak kongsi sikit pengalaman, mungkin tak sehebat kawan-kawan yang lain tapi bagi saya terlalu banyak yang saya belajar sepanjang sebulan ini. Saya ditempatkan di sebuah hospital daerah yang tiada pakar; Hospital Hulu Terengganu [ramai yang tanya, kat mana tu?], di Kuala Berang, Terengganu. Tempat yang memang tak ada dalam fikiran untuk pergi apatah lagi bekerja dan menetap di sini. Kalau ikut ABM KKM 2011, Hulu Terengganu salah satu hospital yang dibuka post Pegawai Dietetik pada tahun ini. Maknanya, sayalah dietitian pertama kat sini dan melengkapkan semua hospital di Terengganu mempunyai dietitian sekurang-kurangnya seorang.[Pn Ramlah kata negeri pertama kat Malaysia, hehe bangga!] untuk cerita awal, klik sini ;)

Hari kedua lapor diri, saya diminta mewakili Pengarah Hospital ke Majlis Penutup Sambutan Seminar Makanan 1 Malaysia peringkat negeri Terengganu. Serius, tersangatlah berdebar sebab tempat dah la tak tau kat mana, orang pun tak kenal siapa-siapa. Peringkat negeri, tu! Dah pasti orang-orang besar akan datang. Ya, tepat sekali akan dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri. Tapi PKN tak dapat datang, diwakili oleh Timbalan Pengarah (Bahagian Farmasi). Nasib baik pihak pengurusan dah uruskan kereta hospital, saya hanya pergi [macam senang aje bunyinye kan..] Orang yang tak suka berprotokol macam saya tersangatlah tak suka nak datang aktiviti-aktiviti macam ni, tapi terpaksa =P Di sana dapat jumpa kawan baru dari pelbagai sektor dan jabatan, cuma saya tak tunggu lama. Sebaik sahaja habis, terus aje balik  tak sempat makan pun sebab driver dah tunggu. Rasa tak best pulak bila ada orang tunggu kita...

Dalam seminggu, saya memang termangu-mangu macam tak tau nak buat apa. Nak jumpa Pn Ramlah, beliau ke MDA Conference kat Sarawak jadi tunggu sampai beliau balik. Jadi minggu pertama lebih kurang makan gaji buta jugak la, berkenalan dengan staf hospital dan unit aje sambil-sambil plan apa yang patut saya buat kat hospital ni dengan kemudahan dan kakitangan yang terhad. Kebetulan pulak saya sibuk uruskan hal penempatan, jadi tak rasa bosan sangat sebab duk risau tak tau nak menginap kat mana nanti [Kuarters ada, tapi ada beberapa masalah, saya tak boleh duduk lagi. Jadi, seminggu saya berulang-alik dari KT (lebih kurang 45 min sehala) menyewa hotel (dengan keluarga) dan rumah Ida. Mujur Ida tolong saya, memang saya terasa sangat-sangat asing di tempat orang ^_^]

Minggu kedua saya dapat jumpa Pn Ramlah & dietitian HSNZ (U44 & U48) yang selalu menjadi dietitian pelawat di Hulu. Beberapa masalah yang selalu timbul sewaktu lawatan, dan kerjasama daripada pesakit & staff sendiri dibentangkan kepada saya. Saya harus mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut, bukan apa dengan staff vateran yang dah lama dalam kerajaan dah pasti "ego" tu ada. Alhamdulillah dengan cadangan daripada sifu-sifu saya di HSNZ, dah nampak sikit jalan macam mana nak mulakan perkhidmatan dietetik di hospital ni. Cuma semua perubahan akan ambil masa, dah pasti tak boleh secara drastik. Masalah paling besar ialah tempat. Di mana saya nak wujudkan klinik Diet OPD? Biasanya dietitian pelawat dibuat di Klinik Pakar 2X/bulan (Minggu ke-2 & ke-4). Jadi since saya permenant post di sini, klinik kena buat sama lebih kerap, sedangkan satu bilik di Klinik Pakar tu digunakan oleh hampir 9 pakar lawatan mengikut jadual! Tambahan pulak, di daerah Hulu ni ada 4 Klinik Kesihatan yang mesti cover dah pasti akan ada referral dari luar jugak. Pening-pening..

Puan Ramlah mencadangkan supaya buat OPD di pejabat saya di dapur. Tapi Pengarah tak benarkan, wajib buat di Klinik Pakar. Ada satu bilik kosong, tapi apa-apa pun tak ada termasuk kipas apatah lagi air-cond ;) Takkan la nak berkaunseling dalam kepanasan! Pengarah kata, tahun ni tak akan ada apa-apa renovation sebab tak ada budget. Jadi guna pakai apa yang boleh. Bila saya tanya pada SN incharge, jawapan mereka: "Mana ada dah kosong, ni semua penuh. Kita bukannya ada sorang dua je pakar pelawat, dekat 9 ni termasuk dietetik!" dengan nada marah-marah.. Sangat sedih masa tu, terasa macam kedatangan saya kat hospital ni tak dialu-alukan langsung! Selepas berbincang dengan pengarah, akhirnya pengarah janji untuk benarkan bilik kosong tu jadi klinik diet tapi tahun depan kot dan mintak wujudkan satu sudut di hujung klinik untuk jadikan ruang kaunseling. Tersangatlah tak sistematik tapi apa boleh buat. Cumanya sampai sekarang meja pun tak ada, tak tau nak cari kat mana...

Entah macam mana Allah nak tolong saya, lepas buat survey hati tergerak untuk mintak sendiri jadual klinik tersebut. Saya buat analisis sendiri, minggu pertama hari Selasa setiap bulan tak ada klinik. Jadi, saya 'paksa' juga Klinik Pakar untuk jadikan klinik diet, mereka pasrah... ;) Mulai bulan depan, klinik diet akan beroperasi 3X sebulan. Tak apalah, walaupun tak dapat banyak kali saya cuba dulu untuk jadual macam ini. Baru-baru ini ada mesyuarat bersama Kesihatan, FMS ada mencadangkan untuk dietitian mengadakan lawatan ke KK yang berjauhan. Memang saya akui, pesakit di kawasan Tengkawang sangat susah untuk datang semasa temujanji kerana mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri. Bas pun tak masuk kawasan sana, cuma kereta sapu yang beroperasi hanya hari Rabu.. Sangat kasihan.

Tanpa keputusan daripada saya, pengarah bersetuju mengarahkan saya membuat lawatan ke KK. Kalau ikutkan keputusan dia, saya hendaklah pergi ke semua KK dalam daerah ini. [Habis, dalam hospital siapa nak uruskan... Saya tahu dia bos, tapi saya yang nak buat kerja!] Silalah bertimbang rasa... Mujur saya cepat membantah, saya cuma perlu pergi ke KK Tengkawang dalam daerah Hulu Terengganu dan KK Wakaf Tapai di daerah Marang atas belas ihsan, insyaAllah perlu ikhlas selepas ni untuk berkejar ke sana sini..Arahan Pengarah memang mudah, pergi dengan menaiki kenderaan hospital tapi bila tiba masanya banyak pulak alasan yang diberi. Tak apalah, ikhlaskan hati. Bulatkan tekad. Moga Allah merahmati perjalanan kerjaya saya di sini...

Myth of Breastfeeding


Breastfeeding continues to be surrounded by a multitude of myths. Here are some of the more common ones:

MYTH: ‘I AM ON MEDICATION; SO BREASTFEEDING WILL HARM MY BABY.’
Many medications can be consumed while you are breastfeeding, but it is important to note that at least a small amount of these drugs will make their way into breast milk and can occasionally affect your milk supply. Always consult your doctor before taking any medication. 

MYTH: ‘MY BABY KEEPS CRYING FOR MILK. MAYBE I’M NOT PRODUCING ENOUGH.’
It is perfectly normal for your baby to ‘demand’ a feed every 2-3 hours. Breast milk is digested very easily and this may cause your baby to become hungry fast. Frequent ‘demand’ feeds have nothing to do with your milk supply.

MYTH: ‘I NEED TO TAKE A REST FROM BREASTFEEDING EVERY FEW DAYS.’
Some women say that skipping a feed during the day will produce milk more at night. Perhaps there is a connection between that and the origin of this myth. Unfortunately, skipping a feed will only result in lower amount of milk being produced the next day, as it is continuous breastfeeding that ensures a constant supply of milk. Therefore, there is no need to ‘take a breastfeeding break’. 

MYTH: ‘I’M NOT PRODUCING ENOUGH MILK.’
Many women come up with this line when they notice that the amount of milk produced in the first few days of delivery is relatively small. Do not be fooled by this! The ‘milk’ produced in the first days is actually not milk, but a substance called colostrum. Colostrum is a thin, white fluid excreted at the end of pregnancy and contains more lactoalbumin and lactoprotein than regular breast milk. It is rich in antibodies, proteins, and vitamins that are crucial in providing passive immunity to a newborn-that’s why it is called “liquid gold”. Colostrum is enough to nourish your baby until you start producing breast milk.

MYTH: ‘MY BREASTS WILL SAG IF I BREASTFEED’
Contrary to popular belief, sagging of breasts is not in any way related to breastfeeding. In fact, genetics and body type are responsible for this so-called ‘gravitational pull’, so don’t let this deter you from ensuring that your baby gets the best nutrition and protection that he or she can receive.

Kerinduan

Saya merindui suara ayah mengimamkan terawih 

Saya merindui "bebelan" emak mengejutkan sahur

Saya merindui lauk yang Yong masak

Saya merindui air yang Ajim buat untuk berbuka

Saya merindui celoteh dan riuh-rendah suara Mirul & Ibah

Saya rindu mereka, terlalu rindu... Oh, air mata! Kenapa kau jatuh jugak! Kau mungkir janji kita :'(

Setiap hari ialah perjalanan hidup yang baru (1)


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Tiada kesyukuran yang layak saya berikan melainkan kepada yang Maha Esa. Hari ini genap seminggu saya bermaustatin di negeri baru, Terengganu Darul Iman. Rasa macam baru semalam saya mengemas barang-barang untuk dibawa ke sini, 2 buah kereta mengiringi perjalanan hidup saya yang baru bermula. Sebuah kereta yang akan saya gunakan di sini dan sebuah lagi untuk mereka pulang. 

“Mak tak dapat nak hantar Angah nanti, ye! Susah pulak kena ambil cuti. Lagipun Adibah sekolah, nanti dia pulak ponteng sekolah. Nanti kat tempat orang jaga diri baik-baik, sorang-sorang kat sana pandai-pandailah bawak diri kat tempat orang,” pesan mak. 

Air mata saya tahan supaya tak gugur di hadapan mak sebab saya tak mahu mak risau. Mak mana yang tak risau nak lepaskan anak terutamanya perempuan berjauhan dengan keluarga. Tambah-tambah pula tiada saudara-mara di kawasan Pantai Timur. 

“Tak apalah mak, jauh tu nak hantar. Nanti mak kena ambik cuti semua, bila-bila cuti sekolah mak datang la bercuti ke sana. Mak doakan Angah selalu, tu je,” kata saya ringkas. 

Perjalanan kami dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh ayah. Ayah berkeras untuk turut serta walaupun kesihatannya tidak mengizinkan, semua barang keperluan ayah disiapkan terlebih dahulu. Semua dokumen penting dipastikan ada. Azim dan saya memulakan pemanduan, buat pertama kalinya saya memandu ke laluan Gerik-Jeli yang terkenal dengan laluan maut, Na’uzibillah mohon dijauhkan…

Dengan izin Allah & bantuan GPS, Alhamdulillah kami sampai di Kuala Terengganu jam 5.30 petang setelah melalui 7 jam perjalanan. Saya dan Amirul bertukar giliran memandu di Jeli manakala Azim meneruskan pemanduannya bersendiri. Syabas! Kami menginap di Hotel Seri Malaysia, KT. Perancangan awal untuk bermalam di KT selama 1 malam dan diteruskan ke Kemaman kerana saya mungkin ditempatkan di sana (kalau mengikut surat dr KKM). Keesokan hari saya harus melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT). Badan penat, tapi tidur tak lena… Beberapa maklumat harus diisi, tapi saya tak faham maklumat apa yang dikehendaki… 

Usah Jemu, Usah Berputus Asa

Alhamdulillah wa syukurillah. Hari ini Allah masih memanjangkan usia saya yang ke suku abad. Perjalanan hidup yang sangat singkat dan agak berliku namun unik untuk diingati. Ulang tahun kelahiran kali ini saya rasakan 'lain'. Satu nikmat yang dah lama saya pohon, Dia berikan di hari lahir saya. KERJAYA! Ya, kerjaya...

Sejak akhir-akhir ini, saya sering dihujani dengan soalan yang sama daripada rakan-rakan dan adik-adik junior tentang kerjaya. Saya bukanlah 'ahli' yang selayaknya untuk bertanya, tapi apa yang boleh saya nasihatkan pada semua tetapkan matlamat dalam kehidupan. Apa yang hendak kita capai untuk jangka masa yang singkat dan akan datang. FOKUS. Satu lagi aspek yang perlu ada dalam menetapkan sasaran, kerana ada segelintir daripada kita masih kabur atau samar sama ada mahu menyambung pelajaran atau terus bekerja. Sekiranya mahu menyambung pelajaran, berusahalah ke arah itu. Ketepikan sementara soal kerja, jangan mengikut perancangan orang lain. Usah risau dengan sumber kewangan, kerana kita ada Dia Ar Razzaq ;)

Terap Semangat Belajar

Kalam ini saya ambil daripada penulisan IM Mohd Hassan Adli yang baru sahaja menjuarai Imam Muda 2 dalam ruangan Kalam Imam Muda, Harian Metro 10 Julai 2011. Moga menjadi iktibar buar semua...

Bersyukur saya kerana diberi kesempatan menulis dalam ruangan Kalam Imam Muda di Metro Ahad yang saya kira antara medium terbaik bagi mendekatkan diri di kalangan umum, sekaligus berkongsi ilmu serta pengalaman yang dimiliki.

Saya kira, masih ramai di luar sana belum mengenali diri saya secara dekat walaupun setelah muncul sebagai "Imam Muda Unggul" bagi Program Imam Muda Musim Kedua 2011.

Yang nyata, di sebalik anugerah itu, ia memberi saya satu lagi tanggungjawab besar yang perlu digalas dan diharapkan saya mampu memikul cabaran ini engan sama-sama saling bertukar buah fikiran tanpa mengira skop sesuatu isu, khusunya dalam aspek agama. 

Bukan untuk mengatakan saya hebat dalam bidang agama, namun yang saya harapkan, kita sebagai satu masyarakat khusunya yang beragama Islam, mampu duduk bersama, berbincang dan mencari kesepakatan serta penyelesaian dalam pelbagai isu pada masa kini. 

Terus terang, saya tidak menduga dinobatkan sebagai Imam Muda Unggul dan apabila nama saya diumumkan , tubuh saya seakan-akan sejuk dan lutut menjadi lemah untuk melangkahkan kaki kerana berasa bagaikan mimpi. 
~::Semoga saya dan mereka sentiasa dalam pemeliharaan-Mu Ya Hafiz:: ~

Masa berjalan pantas, tinggal lebih kurang seminggu lagi saya nak 'menyambung' semula perantauan saya. Kali ini di tempat baru, cabaran baru, suasana baru; memulakan perantauan di tempat baru perlu ada bekalan. Baik fizikal, emosi dan terutamanya rohani ada jiwa kuat & dijauhi daripada segala bencana dan mala petaka. Biiznillah.

"Ayat-ayat manzil, amalkan. Jangan tinggal Ma'thurat & Ayatul Kursi. Al-Quran tadabbur hari-hari. Kita merantau perlu pendinding jugak, tambah lagi anak perempuan..." 

Ayah, Angah akan ingat pesan ayah setiap masa. Angah memang harap untuk kerja dekat, nak habiskan banyak masa dengan mak ayah. Tolong ayah masa ayah sakit ni, tapi Allah pilihkan tempat yang terbaik untuk Angah. Ayah & Mak doakan Angah selalu, Angah doakan ayah cepat sihat & kuat semangat. Dulu, masa di Kuantan Angah jadi kuat sebab semangat ayah. Kali ni ayah mesti kuat semangat supaya Angah boleh pinjam semangat ayah ^_^

Moga doa-doa kita semua dimakbulkan Allah....

Kasih Sayang Ayah

Lakaran garisan di wajahnya yang timbul setiap kali melonjak kepada usia baru sudah cukup memberi erti kepada kegigihan malah kesungguhannya untuk mendidik anak sendiri. Tiada yang diimpikan,melainkan melihat anak sendiri berjaya dalam semua prospek mahupun duniawi ataupun akhirat. Kehilangannya, kerukunan institusi keluarga itu mungkin akan sedikit longgar.

Dialah ketua, dialah idola, dialah segala-galanya. Dialah bapa. Bapa yang merupakan peneraju bagi anak-anak mahupun isteri untuk berlindung.

Dia tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya, yang dapat mengirimkan bacaan doa kepadanya apabila dia tiada nanti, yang sentiasa melakukan kebaikan untuk nusa dan bangsa. Adakah kita seperti yang dia inginkan?

Renungkan sejenak, mengambil semula nostalgia lama, menghirup semula memori dahulu, adakah kita pernah melukakan hati dia? Sering ingkar akan arahannya? Adakah kita tidak berfikir, kesukarannya dulu menjaga kita di waktu kecil, bersengkang mata bagi memastikan kita nyenyak, mengikat perut demi memastikan kita tidak kelaparan, malah memberikan keselesaan kepada kita dengan memberikan segala-galanya yang kita inginkan. Segantang emas belum tentu dapat menebus semula pengorbanan yang telah dia lakukan. Teramat besar pengorbanannya.

Bas

Bas dah menjadi kawan baik semenjak sekolah menengah, terutamanya apabila tiba musim cuti atau perayaan untuk pulang ke kampung. Mak dan ayah pun lebih selesa "membiarkan" saya berjaulah dengan bas. "Ghiso le kome nak bawak ghete tu, baik naik bas je. Senang sikit". Ringkas jawapan mereka.

Apabila saya meniliti perjalanan saya dengan bas:

1. Sekolah Menengah
[Kuala Kangsar - Slim River]: 1 1/2 - 2 jam

2. Matrikulasi
[Kuala Kangsar - Petaling Jaya]: 3-4 jam

Tak ada diskaun ke untuk penumpang setia...


3. Universiti / Kerja sementara
[Kuala Kangsar - Kuantan]: 8 jam

4. Kerja
[Kuala Kangsar - Terengganu InsyaAllah]: 12 jam!

Nota: Oh, waktu permusafiran semakin bertambah nampaknya. Ini menunjukkan duit yang bakal mengalir + sakit badan pun akan bertambah juga... Moga dipermudahkan untuk mengendalikan agenda yang Kau aturkan Ya Baari' ^_^

Pemeriksaan Kesihatan

Saya dikehendaki menjalankan pemeriksaan doktor untuk pelantikan ke perkhidmatan awam sebelum melapor diri nanti. Alhamdulillah tarikh lapor diri ditangguhkan ke 17 Julai nanti, sebab saya tak sempat nak buat medical check up masa di Kuantan. Minggu lepas, saya ke hospital berhampiran rumah. Ingatkan boleh siap semua dalam masa yang terdekat. Rupa-rupanya kena tunggu lagi seminggu. Saya balik selepas siap X-Ray & ujian dadah dalam air kencing...

-Medan Dakwah-
"Jadilah orang baik; bertemu dengannya dikasihi, berpisah dengannya dirindui & apabila dia meninggal dunia ditangisi" -Tanyalah ustaz 07/06/11-
Ya Allah aku nak jadi orang baik....
 

Motivation

Jadikan daku hamba yang sentiasa memberi manfaat kepada yang lain

"Maka tanyakanlah kepada orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui" [Al-Anbiya': 7]

Pembelajaran bermula dari rumah!

Pemakanan hari ini menentukan kesihatan di hari esok