skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Nadirah
Small woman with a big heart.Born in Perak, studied in Pahang. Works in Terengganu. Educate people in hospital and public. Loves writing.
View my complete profile

Archivo del blog

  • ▼ 2014 (3)
    • ▼ March (1)
      • Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2013 (15)
    • ► October (2)
    • ► September (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► April (4)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (1)
    • ► April (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ► 2011 (36)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (1)
    • ► August (5)
    • ► July (7)
    • ► June (4)
    • ► April (8)
    • ► March (2)
    • ► February (5)
    • ► January (2)
  • ► 2010 (58)
    • ► December (2)
    • ► October (3)
    • ► September (8)
    • ► August (8)
    • ► July (8)
    • ► June (4)
    • ► May (7)
    • ► April (6)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (6)
  • ► 2009 (33)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (3)
    • ► September (7)
    • ► August (7)
    • ► July (7)

'Ilman Naafi'a

  • Ust Hasrizal
    Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
    5 days ago
  • Dr Sha Mesir
    Sanah Helwah Hana
    1 year ago
  • Ust Pahrol
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    2 years ago
  • Kak Salwa Saleh
    Kenapa kami suka pergi bercuti di PD?
    4 years ago
  • Zaharah Muhammad
    Jalan
    5 years ago
  • Langit Ilahi
    Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?
    6 years ago
  • Fatimah Syarha
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • Dr Ummi
    Kawan Sejati Atiqah
    7 years ago
  • Dr Siti Sarah Shukor
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • Dr Nazhatul Muna Ahmad Nasharuddin
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Mujahid sepanjang zaman..
    Aku mendung.
    9 years ago
  • Dr Hidayah Bani
    Tempat Baru
    11 years ago
  • Ustaz Muhd Shaari Abd Rahman
    KEM UMMAH SUKSES: TENTATIF DAN POSTER
    12 years ago
  • HEALS
    The DO's and DONT's of Studying
    12 years ago
  • Mohd Afiq Mohd Saleh
    TIPS BISNES AKHIRAT: AMAL JARIAH, HARTA YANG BERANAK-PINAK
    14 years ago
  • Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
  • Ustaz Mohd Erfino Johari

Baitul Muslim

  • Usrah Mujahid & Nihlah
    "Not bad"
    3 months ago
  • Usrah Rizza & Mardhiah
    Esok Mujahid UPSR!
    9 years ago
  • Usrah Hafiz & Mawaddah
    Ayah tak suka, tapi anak minat pula. Kenapalah wahai anakku?
    9 years ago
  • Usrah Azreen & Asiyah
    Kisah Nabi Di Pagi Hari
    10 years ago
  • Usrah Ipin & Atiqah
    End Of Posting..buat apa?
    11 years ago
  • Usrah Hawari & Hairena
    INNA MA'AL 'USRI YUSRA
    13 years ago
  • Usrah Khubaib & Aisyah
    Perniagaan
    14 years ago

Friends Forever

  • Noor Munirah Awang Abu Bakar
    Kedai makan best di MUAR
    10 years ago
  • Norjihada Izzah Ismail
    YA ALLAH, selamatkan GAZA & Palestinians
    12 years ago
  • Nur Sabrina Subri
    Meneladani rumah tangga Baginda Rasulullah s.a.w..~
    13 years ago
  • Noor Amirah Mat Nawi
    roh dan jasad itu makanannya berbeza..
    13 years ago
  • Smiling Sakura
    7 Steps to Create Productive Habits In 21 Days
    13 years ago
  • Noorsyuhada Mohd Salleh
    ...My BIG day...^_^ on 12th March 2011
    14 years ago
  • Budak-Budak Hitam
    Impian Jadi Kenyataan
    14 years ago
  • Nadirah Sulaiman
  • Che Aishah Nazariah Ismail

Kata-Kata Hikmah

"Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu yang ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun jika sesuatu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah ada dalam GENGGAMAN"

Tautan Ukhuwah

  • Maryam Al-Batul Azizuddin
    Planting Lavender
    7 years ago
  • ::Mukminah Mujahidah Menongkah Arus::
    Tersenyumlah
    9 years ago
  • Mohd Naim Rahim
    I'M BACK
    11 years ago
  • Yassir Ramlee
    Pemuda Pemudi Mengemudi Arus Perubahan
    11 years ago
  • Batrisyia Saffiyah & Aqeel Aisy
    Chacha wean off from formula milk
    12 years ago
  • Nur Asiyah Mustapha Kamil
    Happy Birthday, My Princess!
    13 years ago
  • Esfarizam Abd Ghaffar
    Anak-anak tak sihat
    13 years ago

The Dietitians

  • Creating Womanhood
    Sloth
    4 years ago
  • Diet Terapeutik Untuk Hati...
    MARY JARDIN ITU APA?
    7 years ago
  • Abdur Rahman Al-Azmi
    3 Peringkat Yang Akan Dilalui oleh Penuntut Ilmu
    7 years ago
  • Mohd Faizal Salleh
    Orang Tercari-cari Manikam Kita Pula Mencari-cari Cara Membuangnya
    8 years ago
  • Ayat
    mengapa menulis kalau bukan untuk memberi pengajaran?
    9 years ago
  • Dr Azdie
    Suara Keramat
    9 years ago
  • Variety is the spice of life
    Promo Dunkin Donuts
    9 years ago
  • Sr Suraiya Hani Said
    1st May 2015
    10 years ago
  • Noor Sakini Salleh
    New bestfriend
    10 years ago
  • Beautiful Soul
    BEST FEELING IN THE WORLD
    10 years ago
  • Izzah Ismail
    the fault in our stars
    10 years ago
  • Hasmira Mohd Daud
    Harum Semerbak!
    11 years ago
  • Muhammad Huzaifah Ahmad
    Ubat
    11 years ago
  • Nurul Husna Aron
    Hukuman mati
    11 years ago
  • Ahmad Huzaifah Yusoff
    UiTM di Hatiku?
    11 years ago
  • Ilman Hadree Idris
    Stevia Rebaudiana
    12 years ago
  • Geo Allen George
    WOW..CHECKING 1 2 3...
    13 years ago
  • Mohd Hakim Zakaria
    Selamat tinggal....
    14 years ago
  • Nur Ilanah Abdullah
    Eid Mubarak!!
    14 years ago
  • Mardhiah Mohd Roslan
  • Sr Fathin

SMKASR

  • Nurshuhada Zainon
    My CL's Journey to Oxford
    4 years ago
  • Izyan Mardhiah Halmi
    MSSD BoLa JaRiNg DaeRaH SeMPoRNa 2012
    13 years ago
  • Nurul Husna Johari
    Tak seindah biasa
    15 years ago
  • Sharihana Ab Halim
  • Zarina Rosehan Anuar

IIUM Dietetics

  • Kitchen's Heart Cafe
    "Thinking mistakes" for weight loss management
    9 years ago
  • 5th Batch
    Sports gives great Well being, and what impact this has on the psychological health and good quality of life?
    13 years ago

Online Shop

  • Homecake Delicious
    kek kahwin
    5 years ago
  • Resipi Noraini
    JADUAL KURSUS 2020
    5 years ago
  • Edariman Online Mall
    AL-QURAN RUMI AL-MUMAYYAZ SAIZ A4
    6 years ago
  • Sinar Kehidupanku
    Talam Lapis Surabaya
    9 years ago
  • krafHATI
    TERKINI: PETA DUNIA UNTUK ANAK-ANAK SOLEH
    9 years ago
  • Butik Noraz
    Coming soon
    14 years ago

Education

  • Malaysian Association for the Study of Obesity
  • nutriWEB Malaysia
  • Malaysian Dietitians' Association
  • International Islamic University Malaysia

Labels

  • Ayah (3)
  • Bicara Hati (6)
  • Bisikan Sirr (1)
  • kembara dietitian (62)
  • Kenangan (15)
  • Mawaddah wa Rahmah (4)
  • Monolog (100)
  • Sakinah (4)
  • Tazkiyyatun Nafs (53)
  • Tips Diet (6)
  • Usrati (33)

Blogroll

About

Blogger templates

iluvislam

Blogger news

widgeo.net

Bicara Teman

Min Aina

Syahrul Islam

Al Waqtu Kas Saif...

Free Calendar & Clock

Tetamu Ziarah

Powered by Blogger.

Pages - Menu

  • Home

Popular Posts

  • Menguatkan jiwa dengan Bantuan Ya 'Aziz, Ya Qawiyyu, Ya Matin, dan Ya Ba'ith
    oleh Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd Ya Allah, Ya 'Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawiyyu Yang Maha Kuat dan Ya Matin Yang Maha Teguh d...
  • Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf
    Buat semua yang bernama anak, inilah puisiku untukmu: Ingin kubisikkan resah seorang ayah resah kita bersama resah warisan lama b...
  • Sanah Helwah Ya Ummi!
    Dataran Pahlawan, Melaka "The Prophet S.A.W told us that we must obey Allah and His Messenger at all times But after that who else d...
  • Myth of Breastfeeding
    Breastfeeding continues to be surrounded by a multitude of myths. Here are some of the more common on...
  • Bonda
    You've helped me enrich my life with your love, care, guidance and support. You're not just my MOM but best friend too! Thank you ...
  • OPD setting bermula
    Alhamdulillah minggu pertama OPD di Poliklinik Beserah selesai, saya hanya mampu memberi kaunseling kepada 2 orang pesakit sahaja lantaran k...
  • Eid Mubarak
    30 Ramadhan 1431H Bulan Ramadhan dah sampai ke penghujungnya, syukur dengan sebanyak-banyaknya masih dipanjangkan usia untuk menikmati nikm...
  • Panduan Pemakanan bagi Kanak-Kanak yang Kekurangan Zat Makanan
    Sewaktu posting di Poliklinik Komuniti Beserah (PKB) (10 Og os -27 Ogos 2009), kumpulan kami dikehendaki mengendalikan satu kelas Pemakanan ...
  • Setiap hari ialah perjalanan hidup yang baru (1)
    Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Tiada kesyukuran yang layak saya berika...
  • Taqabbalallahu minna wa minkum, kullu `amin wa antum bikhair
    Ya Allah Di penghujung bulan yang agung ini Sayangi tangisan dan rintihan kami Pastikan bagi kami ampunan-Mu Sampaikan dengan sisa umur kami...

Followers

Lintasan Pena

Aku tak mampu menjadi sehebat mereka, tapi cukuplah menjadi semampu aku kerana aku ada DIA untuk terus kuat...

Pages

  • Home
Showing posts with label Ayah. Show all posts
Showing posts with label Ayah. Show all posts

Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf

Monday, March 24, 2014

Buat semua yang bernama anak, inilah puisiku untukmu:

Ingin kubisikkan resah seorang ayah
resah kita bersama
resah warisan lama
berkesinambungan sejak zaman silam
imbauan kisah Yaakub dan Yusuf Alaihisalam

Bila harapan suci seorang ayah telah diuji
bayangkan betapa terkejutnya Yaakub
menerima khabar kematian Yusuf.
Namun, jauh di sudut hati tetap tidak gementar
dia yakin Yusuf tetap dipelihara Allah
walaupun di tangannya baju yang berdarah.

Ah, siapakah tidak tergugah bila berpisah?
Dan menangislah Yaakub menanggung resah seorang ayah.
Matanya menjadi buta, tetapi hatinya terus bercahaya
"Yusufku, Yusufku.. Demi Ilahi dia pasti kembali."
Lalu terjadilah tribulasi demi tribulasi
tragedi demi tragedi

Yusuf terjual menjadi hamba, terfitnah oleh wanita,
terasing dipenjara
Namun akhirnya Yusuf ternama
menjadi menteri mencatur ekonomi
Siasahnya menyelamatkan negara
Akhirnya Yusuf pulang kepada Yaakub
Pertemuan itu sudah termaktub.

Sudah beberapa dekad pula kita genggam anugerah itu
kita cuba perkukuhkan amanah demi hari.
Adakalanya kita tegak berdiri dengan ampuh
tetapi ada masanya kita terjatuh
dilanggar dan dirempuh
taufan kehidupan ini tidak sudi simpati.

Dengan sepercik iman, sekelumit keyakinan,
kita harungi jua badai penderitaan
Sesungguhnya titipan Tuhan ini bukan khayalan
kehadiran putera dan puteri adalah kenyataan
walaupun perjalanan peristiwa kekadang 
sepantas imbauan.

Ah, rasanya baru semalam, kita dipanggil anak
tapi hari ini, sudah bergelar ayah
Dulu, kita dibelai dan dimanja
namun kini kita dipagut susah, dipaut derita.
Oh, sedar-sedar sudah putih rambut di kepala
sudah berkedut garis di muka, usia sudah di ambang senja
mentari hidup kian redup, sudah hampir ke episod penutup.

Walaupun sesekali, terasa ingin berkejaran di tepi denai
atau berenang-renang ke sungai
Tapi siapakah mampu memutar kembali jarum waktu?
Yang berlalu, terus berlalu, terlalu laju.
Yang tinggal hanya kenangan,
yang kekal sebagai ingatan.
Ah, musim bermain hujan telah berlalu,
Kini musim bermandi hujan.

Marih kita ingat detik kelahiran mereka,
seorang demi seorang  
Bersama isteri di sisi, kita nikmati tangisan pertamanya
Lalu kita azan di telinga kanan, iqamat di telinga kiri
Kita ukirkan kalimat tauhid di kanvas hatinya yang suci
Itulah bekal utama, jati dirinya yang pertama
dan termaktub sudah janji di sisi Allah
Anak, kaulah hamba dan kaulah khalifah
Dan aku adalah ayahmu, pemegang amanah safarmu yang fana

Lalu bermulalah kembara anak di alam dunia.
Satu kembara yang panjang
bagi mereka yang alpa, masa terbuang sia-sia.
Satu kembara yang pendek
bagi mereka yang cerdik, masa terisi dengan baik

Kenalkan dahulu anak kepada Tuhan
Katakan Tuhan itu Ada, Esa, Agung dan Perkasa
Lihat awan dan bulan, itu semua Tuhan jadikan
Nun di sana burung dan ikan
Tuhanlah yang memberinya makan
Kalau di situ ketika anaknya bertanya,
'Ayah, kenapa  mendung begini?'
Katakan, 'Tuhan ingatkan kita supaya hargai nikmat mentari'

Walaupun masih di tahap fikrah terendah
anak mesti diajar mentauhidkan Allah
Kuasa hafalannya, terokailah
Kecepatan menirunya, manfaatkanlah.
Semuanya menuju satu
Segala terjurus lurus
Awwaluddin makrifatullah!

Bangkitlah di fajar Subuh,
dirikanlah solat berjemaah
Pimpin makmum kita,
tadahkan tangan bersama-samanya
Tagihlah simpati Ilahi
Gamitlah nur Rabbani
Ya Allah berkatilah hidup ini.
Pertingkatkanlah iman dan amal kami
Permudahkanlah langkah kami mencari rezeki
Agar yang halal-halal sahaja membajai dana rumah tangga ini

Jauhkanlah dari yang haram dan syubhat.
Janganlah hendaknya zuriat ini dibesarkan oleh usaha yang jahat
Biar tenggelam bermandi peluh menggenggam tanah sawah,
dari santai dibuai mewah menuai rasuah.
Darah, daging dan nafas hidup ini wajib ditempa dari rezeki yang bersih
Mudah-mudahan  anak kita menjadi insan terpilih
Anak yang soleh.
Jangan dibesarkan anak dengan rezeki yang haram
Nanti hatinya menjadi hitam
Didikan yang baik takkan meninggalkan kesan

Lepaskanlah anak ke persada buana.
Jangan dikurung, nanti jadi pemurung.
Biar mereka hirup udara kebebasan dan kemerdekaan.
Namun awasi langkah dan teliti tingkahnya.
Bekalkan ilmu buat mereka menyuluh.
Agar mereka tahu menilai pahala.
Arif mengenal dosa.

Selalulah berdamping dengannya.
Dengarkan luahan katanya yang tersurat.
Fahamilah isyarat dalamannya yang tersirat.
Kekadang mereka malu hendak menjelaskan, kitalah yang patut dahulu mentafsirkan.
Adakalanya mereka bertanya dalam bercerita.
Pandai-pandailah kita menjawabnya dalam selamba.

Istigamahkan didikan, berilah pimpinan.
Sesungguhnya tugas ini sulit sekali, justeru kita pun selalu tersasar
Sering juga kita melakukan yang mungkar.
Namun itu bukan alasan untuk menyerah kalah.
Jadilah seorang ayah... yang selalu  bermujahadah.

Ah, esok anak-anak kita pula akan menjadi ayah.
Bagaimana ya? Aduh... resah lagi.

Semoga kita terus memiliki hati sekukuh Yaakub.
Agar anak-anak kita menjadi seteguh Yusuf. Dan semoga kisah itu akan tetap agung, terus bersambung...
kisah resah seorang ayah!

Pahrol Muhammad Juoi
02 Februari 2014


Posted by Nadirah at 12:43 PM 1 comments    

Labels: Ayah, Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Family: Terengganu

Saturday, November 17, 2012

3 Muharram 1434H


Sejak setahun bermaustatin kat sini, pertama kalinya famili datang melawat sambil bercuti. Saya teruja lepas cadangan mak dipersetujui ayah. Sejak ayah dialisis Mac lepas, ayah memang agak berat nak berjalan jauh. Agak lama kami ambil masa nak pujuk ayah. Setiap kali telefon mak/ayah, jawapan tetap sama: "Tak payah la, bukan senang nak cari tempat dialisis ayah.." Saya tau, tu cuma alasan. Jauh di sudut hati ayah berkobar-kobar dia nak datang melawat anak dia yang sorang ni. Setiap kali nak balik Ganu, ayah memang tak nak hantar saya ke muka pintu. Saya tau ayah sebak T_T

11/11/12 (Ahad)
Alhamdulillah mereka selamat sampai Kuala Berang selepas 7 jam perjalanan. Hari itu saya bekerja dengan hati tak tenang. Sejak mesej dari Yong bagitau diorang dah bertolak, saya tak boleh fokus nak siapkan semua kerja memikirkan keselamatan diorang sepanjang perjalanan. Agaknya macam ni la perasaan mak ayah setiap kali saya pulang ke Perak, lebih-lebih lagi apabila memandu bersendirian. Homestay Anggerik Kirana menjadi teduhan kami untuk 2 malam. Perancangan asal cuma semalam di Kuala Berang & 3 malam di Kuala Terengganu. Tapi memandangkan kelewatan saya booking homestay di Kuala Terengganu, tarikh yang dipilih dah penuh. Jadi, percutian kali ni 2 malam di Kuala Berang & 2 malam di Kuala Terengganu. Semua keletihan, malam tu tak ke mana-mana. Sekadar menikmati keselesaan homestay :)

Dapur yang lengkap dengan peti sejuk & meja makan. Pinggan mangkuk, cawan pun dah siap sedia :)

12/11/12 (Isnin)
Hari ini saya masih bekerja juga, confirmation schedule dialisis ayah di saat-saat akhir membuatkan saya tak boleh bercuti lama. Pagi hari ke-2, ayah dialisis di hospital saya bekerja. Alhamdulillah, dipermudahkan untuk ayah cuci darah, semua tempat dialisis di KT dah penuh & kebetulan tinggal 1 kekosongan di sini. Sejak ayah sakit, kami sekeluarga belajar jadi manusia yang lebih terancang untuk suit dengan keadaan ayah. Penginapan yang tak ada tangga yang suitable for wheelchair, cari tempat dialisis untuk ditumpangkan dan paling banyak kami belajar menguruskan emosi ayah yang asyik sensitif. Moga-moga Allah sentiasa kurniakan kami kesabaran &jadikan kami kuat dalam meneladeni ayah.

Di rumah, ayah dialisis di pusat swasta. Jadi semua benda staff pusat tu yang buatkan. Tapi agak beza sedikit dialisis di hospital kerajaan. Semua benda pesakit atau waris yang buat sendiri sebab kekurangan staff. Pesakit dan waris dilatih untuk berdikari; ambil alat-alat (dialyzer, syringe, normal saline,etc), pasangkan kat mesin dan staff tolong untuk prick. Mana pesakit yang dah expert tu, boleh prick sendiri! Kagum saya. Tapi saya rasa sangat gembira sebab belajar benda baru dalam hidup, menyelami kehidupan pesakit dialisis yang ramah-tamah. Terasa macam satu  keluarga, membuatkan saya semakin cinta dan membuak-buak nak jadi renal dietitian!

Kenangan sementara tunggu ayah dialisis  
Hari ni cuma ada 1 referral, tu pun follow up sebab patient readmitted due to hyponatremia (old CVA). Selepas iring ayah di unit hemodialisis, saya pergi ke wad. Dari pagi kepala serabut sikit sebab Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) kena hantar sebelum hujung bulan. Memo baru dapat 2 hari lepas. Saya tidak rasa berat pada diri sendiri, tapi memikirkan staff. Dengan komputer yang terhad hanya di bilik pegawai & staff kurang kemahiran nak menggunakan komputer apatah lagi sistem online memang menjadi penghalang pada mereka. Itu tak termasuk lagi kalau line ada masalah atau jam. Sangat menguji iman..

[Kerjaya & Keluarga] Baru balik dari wad
Ayah habis dialisis lebih kurang pukul 4 petang. Sementara menunggu ayah, mak, Azim, Adibah & Yong sempat pusing-pusing pekan Kuala Berang & melawat Memorial Batu Bersurat. Pekan Kuala Berang tak besar mana, macam Sungai Siput kata mak. Sekurang-kurangnya mereka dah tau persekitaran & suasana kehidupan saya kat sini.
Ni la Batu Bersurat dalam buku teks Sejarah dulu

Mak mencatat kenangan kat sini ^_^
Petang tu kami tak ke mana-mana, ayah tak berapa sihat nak pergi jalan-jalan. Dah menjadi kebiasaan, ayah agak keletihan selepas dialisis. Malam tu, saya bawak mak ziarah bekas anak muridnya yang kebetulan bekerja di hospital. Anak murid mak tinggal sekampung dengan kami dulu di Kati, tapi selepas kami sekeluarga pindah ke Talang tahun 1993 memang dah tak jumpa sampailah saya dapat kerja di sini. Dia berkahwin dengan orang Ajil & terus menetap kat sini hampir 8 tahun.. 

13/11/12 (Selasa)


Air Terjun Sekayu. Perghhh...sejuk!
Sebelum check out tengah hari, kami adik-beradik sempat melencong ke Air Terjun Sekayu. Mak dengan ayah tak nak ikut. Mulanya sekadar nak celup-celup kaki & ambil gambar. Tapi dek kesejukan & ketenangan air terjun tu memang tergoda la.. Azim siap berenang & menyelam, berposing maut macam mermaid. Sangat jelous! Kami cuma tengok aje la sebab tak bawak baju spare. Lepas ni tak boleh jadi, kena pergi lagi sekali nampak gayanya ;)

Sebaik sampai, tangkap gambo dulu ;)
Peta. Mana tau kalau tersesat nanti
Aiseh, siap menyelam. Sape tak jelous!

Aksi mermaid la pulak. Hadoi~

Hanya mampu melihat + rendam kaki :'(

Wokeh, kena datang sebelum Januari 2013. Lepas ni kena bayar RM2 seorang

Homestay Anggerik Kirana K.Berang

Mesti rindukan momen lepas ni~~

Gurau-gurau adik-beradik =,=
Kami bertolak ke Kuala Terengganu sebelum Zohor, check in di Homestay As Salam di Kg Tg Jaafar berhampiran airport. Rumah yang selesa, lengkap dengan keperluan asas. Dah sampai KT memang tak sah kalau tak ke Pasar Payang selepas lunch & solat.  Ayah tak mahu ikut kami, mahu berehat katanya. Mujur ada Yong yang sudi temankan ayah sementara kami ke sana. Dah mungkin tak ada rezeki, Pasar Payang black out petang tu. Jenuh jugak la membeli dalam gelap + panas terutamanya barang penting yang mak nak beli. Disebabkan dah sampai situ, habis jugak la tingkat 2 tu kami round. Barang-barang yang dah di'aim' dapat dibeli walaupun dalam gelap. Ni la namanya kesungguhan, walau apa jua keadaan akan diusahakan :D

Pasar Payang bahagian belakang
Psssstttt. Ni la barang penting yang mak cari <(")

Elok habis shopping kat Pasar Payang, hujan turun selebat-lebatnya tapi mujur tak lama alhamdulillah. Teruskan plan ke Waterfront sementara ada waktu sebelum Maghrib. Orang agak ramai petang tu, air sungai pun agak deras sebab baru lepas hujan. Pemandangan masyaAllah sangat menenangkan hati, rasa tak nak balik. Sementara nak tunggu Maghrib, sempat kami ke Pulau Duyong tadabbur alam kat sana pulak.

Ibunda tercinta di muara Sungai Tganu ^_^

I-city KT 

Menanti senja di Pulau Duyong

Disebabkan tersilap jalan (aiseh, macam mana la tourist guide nih!) menghala ke KT, kami teruskan la perjalanan ke Giant foodcourt untuk beli makan malam (Dah ada atas Jambatan Sultan Mahmud tu, memang tak boleh nak u-turn la kan sampai ke simpang Mydin Mall tu). Balik kepenatan malam tu, tak jadi nak keluar lagi pergi ambik angin malam di pantai..

14/11/12 (Rabu)
Hari ni ayah dialisis sekali lagi di Kuala Berang. Perjalanan ke sana hampir 20 minit sehala melalui highway LPT 2 + 4jam sesi dialisis. Jadi, saya & Yong ambik keputusan untuk temankan ayah. Sementara nak tunggu 4jam tu, saya boleh singgah office selesaikan apa yang patut & berehat di kuarters. Azim bawak mak & Adibah sekali lagi ke Pasar Payang untuk beli barang-barang yang tak habis dicari semalam ;)

Adik bongsu. "Ayah, Angah akan ingat semua pesan ayah. Satu yang Angah minta, ayah usah rasa terbeban dengan semua yang berlaku. InsyaAllah ni terbaik untuk kita"

Dalam perjalanan, ayah  banyak diamkan diri. Saya tahu, ada benda penting yang ayah nak luahkan pada kami daripada riak wajahnya. Ada satu ketika ayah kata: "Ayah mintak maaf, sebab susahkan kome semua..Tak tau macam mana lagi ayah nak buat kalau kome tak ada." Ada beberapa lagi perkara yang ayah ingatkan, paling tersentuh bila ayah cakap: "Kome tolong tengok-tengokkan Adibah tu (Adik bongsu kami yang baru tingkatan 2). Ayah kesian kat dia, kecik-kecik lagi kena susah. Nanti bila ayah dah tak ada, kome pun dah bekeluarga, jangan abaikan hidup dia. Macam mana kome berjaya, ayah nak dia pun dapat sama". Serius, saya tak boleh nak tahan air mata masa tu. Saya pujuk ayah (sebenarnya pujuk diri sendiri), yang sebenarnya apa yang kami buat tak mampu nak balas sama dengan kesusahan ayah dengan mak membesarkan kami berpuluh-puluh tahun. Bukan seorang, tapi 5 orang anak yang berlainan karekter. Saya tau, memang itu yang menguasai hati ayah. Hari ke-2, mak ada bagitau ayah menangis. Sebab itu ayah bagi alasan nak berehat, sebenarnya ayah tak nak kekurangannya untuk bergerak membantutkan percutian kami di sini. Ya Allah, mulianya hati ayah!

Rehat kat sini

Bersinar-sinar, pantulan kristal la kot

Dari Pasar Payang, diorang ke Pulau Wan Man. Solat Zohor di Masjid Kristal. Hajat nak masuk taman Tamadun Islam, tapi fees agak mahal tak berbaloi mak kata. Jadi usha dari luar dah cukup =P

Round Taman Tamadun Islam dalam kereta ^^v

Kalau Adibah dapat 9A PMR nanti, Angah belanja naik flight =P
Malam tu, ayah tunaikan hajat kami. Ayah setuju nak ikut dinner kat luar (sebenarnya, saya tak nak ayah rasa inferior dengan kesihatan dia. Ayah yang saya kenal seorang yang kuat semangat, tak pernah mengeluh bila susah atau ada masalah.. Cuma sejak matanya makin kabur, ayah agak lain. Semakin menyendiri + sensitif, kurang nak berbual dengan orang luar. Makan pun makin sikit, ayah dah hampir underweight :-( ). Lepas dinner, kami pusing-pusing area Seberang Takir & Pantai Teluk Ketapang ambik angin malam sebab esok dah nak balik Perak...

Terima kasih, ayah tunaikan hajat kami

Homestay As Salam, KT


15/11/12 (Khamis)


Bersama Ustaz Pauzi & isterinya. 

Pagi ni, ayah sempat bertemu sahabat sekelas di Maktab dulu, Ustaz Pauzi (Ayah kepada Kak Tihah-sama UIA & kerja di Kuala Berang). Lepas habis maktab 1979, memang tak jumpa langsung sampai la 2006 kat UIA Kuantan semasa pendaftaran kami. Lepas 6 tahun kemudian baru jumpa balik, keciknya dunia! Mereka suami isteri ajak datang rumah, tapi mak ayah berat hati sebab kami rushing nak balik. Jadi kami berjumpa di Restoran My Mum Nasi Lemak, berhampiran dengan homestay kami.

Kesempatan pagi tu kami gunakan ke pantai sekali lagi. Owh, sangat jatuh cinta dengan ketenangan laut! Ombak yang menderu, bau pasir, angin sepoi bahasa.. Pasti rindu momen ni kalau saya tak duduk di Terengganu suatu hari nanti.



Ayah yang setia menunggu

Aktiviti yang dirindu sejak kecil. Mengutip cengkerang di pasir pantai

Mak pesan: Pandai-pandai la jaga diri kat tempat orang ^_^

Kami ke Losong menjejak keropok lekor, bekalan teman-teman di Perak. Pagi itu juga, rakan seperjalanan saya Munirah datang melawat kami dengan tambahan keropok lekor juga. Alhamdulillah murahnya rezeki.

Sebelum pulang~
 Kami check out dalam pukul 11 lebih, kebetulan ada majlis kahwin depan homestay. Sempat la diorang melihat majlis perkahwinan orang Terengganu yang sedikit berbeza dengan kami di Perak :)

Bila cinta hati mahu pulang, sedikit semangat saya turut terbang~

"Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)" (An-Nur 24:40)

Ya Allah, masihkah aku mempunyai peluang sebegini lagi selepas ini...

Posted by Nadirah at 4:28 PM 2 comments    

Labels: Ayah, Monolog, Usrati

IJN oh IJN

Monday, July 9, 2012


Catatan pada 28 April 2012


"Thousands feelings lie behind a smiling face, keep on digging, you'll see the truth of life beneath it"

Mac 2012 merupakan bulan dugaan bagi kami sekeluarga. Selepas refer nephrologist (Pakar Buah Pinggang) di Hospital Taiping, keadaan buah pinggang ayah dah tahap kritikal. Bahan-bahan toksik dalam badan semakin meningkat, tak ada cara lain selain dialisis.. Creatinine meningkat sangat cepat.. Dari 600++ naik 1000++ dalam tempoh 3 bulan. Allahu Rabbi, saya seakan rebah bila memikir hal ini. Ayah tak ada uremic symptoms, loss of appetite and signs of edema. Cuma kadang-kadang ayah seakan semput bila berjalan banyak. Masalah utama, fistula belum dibuat lagi. Fistula merupakan cantuman antara 2 salur darah (arteri & vena), sangat penting bagi pesakit dialisis. Ayah warded 1 hari di Taiping, tapi masih belum boleh buat fistula sebab doktor baru realized ayah ada masalah jantung, refer ke IJN dulu. Kami sekeluarga pasrah dalam kebimbangan, saya sangat runsing bila adik bagitau masalah tu tapi saya cuba pujuk mak jangan fikir yang bukan-bukan. Tunggu saya balik untuk sama-sama review laporan doktor (sebagai orang biasa, dah tentu mak tak faham medical terms). Apa yang ada dalam fikiran saya, angioplasty? bypass? Allah, jangan Kau izinkan ayah untuk operation lagi..Saya tak sanggup! Hati saya sikit tenang bila mak maklumkan ayah free from angina, no blockage based on doctor's report..


Temujanji IJN sepatutnya 7 Mac, tapi keadaan ayah semakin uzur. Kaki & tangan ayah semakin membengkak. Pernafasan pun tak sekata, kadang-kadang ayah SOB (shortness of breath)-tanda pengumpulan air yang banyak di kawasan jantung/kaki/tangan. Doktor ada bekalkan ubat (T.Frusemide) untuk keluarkan air berlebihan melalui air kencing tapi tak berhasil. Saya semakin risau, mak dah pakat dgn Pak Cik di KL untuk percepatkan bawak ayah ke IJN. Kalau di sana tak terima kami pasrah..

Sabtu 3 Mac, kami nekad. Saya balik dengan bas khamis malam (1 Mac) & sampai Subuh Jumaat (2 Mac). Jumaat malam, Azim sampai dari Shah Alam. Dia mohon cuti seminggu untuk uruskan ayah (disebabkan dia baru kerja, dia tak ada cuti tahunan. Jadi dia mohon cuti tanpa gaji). Pagi Sabtu kami ke KL. Sampai di KL pukul 3 lebih, kami ke rumah Pak cik dulu di Wangsa Maju. Sepanjang perjalanan ayah macam biasa, cuma bila di rumah pak cik kaki ayah cramp tiba-tiba (Agaknya lama duduk dalam kereta) + semakin tercungap2. Lepas solat asar, kami ke A&E IJN. Hampir 5 jam kami di situ, doktor nak bagi ayah stabil dulu. Ubat tablet utk keluarkan air tu dah tak jalan, kena masuk melalui salur darah (IV) juga. Bantuan oksigen dipakaikan pada ayah, baru lega. Pukul 10.30 malam baru dapat masuk wad.. Malam tu, saya temankan ayah di IJN, Azim & mak balik rumah Pak Cik di Wangsa Maju.

Hari ke-2 di IJN

Malam tu, ayah tidur sedikit lena berbanding di rumah. Saya yang tak lena tidur, sekejap-sekejap bangun. Setiap kali bangun, mesti saya terlintas; "alhamdulillah, dada ayah berombak lagi..." Saya tak bersedia kalau Allah ambil ayah malam tu! Hari minggu doktor pakar tak ada, jadi kena tunggu Isnin. Ahad malam sepatutnya saya balik ke Terengganu, tiket dari Perak dah dibeli awal burn terus ayah suruh. Disebabkan Ahad public holiday bagi Terengganu, jadi tiket malam tu habis semuanya. Isnin saya Emergency Leave, bagitahu bos ayah masuk IJN. Tapi saya sangat sedih, staf-staf lain dimaklumkan saya berkursus di KL. Biarlah, apa yang orang lain tafsirkan. Isnin pagi doktor datang, maklumkan buah pinggang ayah perlu diuruskan dahulu memandangkan keadaan ayah semakin agak tenat. Dialisis perlu dibuat, tapi perlu pakar buah pinggang tengok dulu. Petang Isnin, pakar buah pinggang datang dan terus dialisis melalui peha selama 2 jam sebagai permulaan (sepatutnya 4 jam, tapi risau kalau-kalau ayah pengsan). Jadi Isnin 5 Mac secara rasminya ayah menjadi pesakit dialisis. Satu kehidupan yang ayah saya tak mahu, tapi Allah bagi tanda kecintaan-Nya pada hamba-Nya yang sabar.. 


Celebrate Birthday (March+April) & 30th Anniversary ;)
Memang agak sukar untuk terima, tapi Allah tahukan mana yang terbaik. Bila doktor kata dialisis, ayah banyak diam. Kami (Saya, Yong & Azim) tak dapat kata apa-apa sebab masa tu kami di lobi bawah, waktu melawat untuk tengah hari dah habis. Cuma mak aje yang ada dengan ayah, mak pujuk ayah. Ni jalan yang terbaik Allah bagi kat ayah. Kena tunggu waktu melawat petang pulak. Dalam pukul 4, kami ke Hemodialisis Unit. Memang ayah banyak diam, nurse tanya pun dia tak nak bercakap sangat. Saya tahu, ayah masih terkejut. Pantas, ya terlalu pantas untuk kami terima semua apatah lagi ayah.. Kalau kami tak kuat, memang kami rebah.

Saya tahu ayah susah hati. Sejak dia sakit memang banyak diamkan diri berfikir sesuatu. Bila kami tanya, dia kata tak ada apa-apa. Tapi saya tahu, dia rasa dia banyak susahkan orang terutamanya mak. Sebab tinggal dia dengan mak berdua di rumah, mak bekerja dan kadang-kadang tergopoh gapah balik untuk uruskan ayah. Susah untuk saya zahirkan, hakikatnya saya di sini sangat-sangat risaukan keadaan mereka berdua. Kadang-kadang datang kerja pun tak tenang. Hanya doa yang mampu saya berikan, moga Allah kuatkan hati-hati kami dalam menempuh ujian-Nya.

Isnin malam, saya bertolak balik ke Terengganu dengan perasaan yang sedih+risau. Sepanjang perjalanan tak henti-henti air mata mengalir, akhirnya saya lena sendiri dek kepenatan. Saya mahu cuti lama, tapi keadaan tak mengizinkan. Selasa pagi saya ada klinik, serba salah nak batalkan temujanji di saat akhir. hampir 15 pesakit yang menunggu, agak susah nak batalkan. Rabu pulak unit saya akan diaudit oleh Jabatan Kesihatan Negeri bagi program GMP. Khamis pula mesyuarat bersama kesihatan. Saya sampai pagi selasa di Kuala Terengganu, tak larat nak drive balik Kuala Berang. Saya tumpang dulu rumah adik junior di Kuala Terengganu. Selepas subuh baru drive balik Kuala Berang & terus masuk kerja. Kepala memang toing-toing skit tapi gagahkan jugak, hari tu saya kurang berpuas hati dengan kerja saya. Kaunseling pun tak bersemangat, sekadar menghabiskan semua pesakit seramai 12 orang termasuk di wad.. 

3 hari berlalu terasa sangat lama. Mak jugak balik ke Perak, berbincang dengan Guru Besar dia tentang cuti. Kemudian, akan datang semula ke KL Sabtu selepas majlis akad nikah sepupu di Ipoh dengan adik bongsu. Cuti sekolah dah bermula. Sepanjang tempoh tu, Azim la yang temankan ayah di IJN. Pada mulanya, mintak Pak Cik yg di KL ni ambilkan mak, kebetulan dia pun akan ke majlis yang sama. Cuma dia agak keberatan sebab kena patah balik ambil mak dulu di Kuala Kangsar, dah pasti kena bertolak awal-awal pagi dari KL sebab akad nikah pukul 11.30 pg. Entah kenapa saya jadi sedih, bila keadaan macam ni terpaksa susahkan ramai orang. Saya tekad, saya nak balik Perak bawak kereta then bawak mak & Adibah pegi KL tengok ayah. Khamis malam tu, saya call kakak dengan Azim untuk tanya pendapat diorang. Awal-awal sure tak bagi, tapi lepas yakinkan diorang setuju jugak. Sebab diorang pun setuju kesian mak kena naik bas datang KL. Ayah tahu jugak, cuma dia kata baik-baik jalan. Jangan lupa servis kereta. Saya tahu ayah risau...

Malam tu, saya call  mak. Saya cuma bertanyakan plan untuk ke KL aje. Sepatah pun saya tak maklumkan yang saya nak drive balik Perak esok pagi. Sangka mak, saya naik bas. Mujur mak tak tanya banyak. Kalau saya bagitahu, memang tak ada harapan dah. Saya cuma bagitau mak, bila saya dah sampai Dabong (Jeli, Kelantan). Sah-sah la mak terkejutkan!  "Budak bertuah ni, buat risau orang je.." Dah sampai situ takkan nak suruh patah balik. Cumanya, saya sedih sebab jam tangan pemberian kawan saya di Kuantan dulu hilang. Saya berhenti di Petronas Setiu sebab perut tak sihat sangat hari tu, then terlupa nak pakai balik. Bila tengok balik dah tak ada. Mungkin kaffarah dosa buat mak ayah risau 

Barakallah Kak Siti & Arif
Sabtu (10 Mac), kami bertiga (saya, mak, Adibah) bertolak ke Ipoh untuk pernikahan sepupu (anak Pak Long). Lepas tu terus ke IJN. Saya ambik cuti sampai Isnin, sebab Selasa saya ada mesyuarat JDS negeri. Jadi kena balik Terengganu jugak. Sepanjang di KL, gilir-gilir jaga ayah. Ayah alhamdulillah sihat, cuma selera makan agak kurang. Mungkin emosi pun terganggu. Semua berlaku mengejut, sure ambil masa nak terima dengan redha. Bahagian jantung ayah alhamdulillah tak ada blok, kalau ada blok sure kena operation untuk masukkan belon/bypass. Keadaan ayah tak fit for operation. Doktor bagitau injap ayah ada bocor, sebab tu saya perasan masa ayah sihat pun ayah cepat penat. Ingatkan benda biasa... Doktor hold dulu tentang jantung, dia kata settlekan dulu tentang buat pinggang. Jantung tu dia nak observe dulu then appoinment lain.

Lobi IJN- menunggu waktu melawat petang
Ayah dialisis di bahagian peha pada awalnya sebab fistula tak buat lagi. Kita ada 2 salur darah besar: satu di peha (femoral), satu di tengkuk (jugular). Kedua-duanya untuk sementara, tak boleh pakai lama sebab risiko jangkitan kuman. Baru 3 kali pakai di peha, ayah demam. Memang ada kuman dalam darah ayah (MSSA), then doktor tebuk tengkuk untuk dialisis situ. Hampir 3 minggu lebih di IJN untuk completekan antibiotik, then doktor bagi transfer keTaiping sebab kesian kat kami nak berulang jauh.. Lebih kurang 3 hari di Taiping ayah boleh discaj & Azim pun sambung kerja balik. Mujur bos dia sangat memahami, benarkan cuti tanpa gaji sebulan. Saya sangat sedih sebab saya tak dapat peluang macam dia dapat jaga mak ayah.

Tak lama keluar Taiping, fistula dah boleh buat. Kami buat di hospital private sebab lambat nak tunggu government. Agak lama jugak operation tu, sebab urat tangan ayah kecil. Setakat ni masih belum boleh guna tapi hidup doktor kata. Kelmarin, ayah follow up untuk fistula tu, doktor kata ada masalah sikit. Dia hidup tapi ayah kena buat satu bawah siku, satu lagi atas siku sebab urat ayah kecik. Ayah agak down bila doktor kata dia punya tak sama dengan orang lain. Saya kesian kat mak, sebab ayah sangat sensitif sejak sakit. Mak kata kadang-kadang merajuk bila lambat sikit ikut apa yang dia nak. Saya pujuk mak, ayah sebenarnya stress tu. Sebab tu dia sensitif. Mak kira beruntung boleh kumpul pahala..

Mak, Angah doakan Allah selalu kuatkan semangat mak!

Sekarang, rutin harian keluarga kami sedikit berbeza. Ayah ke dialisis 3X/minggu lepas mak balik sekolah. Kesian mak terkejar-kejar sana sini, kadang-kadang ada hal sekolah waktu petang. Tengah adapt dengan keadaan sekarang, tak apalah sekurang-kurangnya masih ada ayah untuk teman mak. Anak-anak semua jauh-jauh, serba salah. Mak ayah risau anak-anak, anak-anak risau mak ayah. Kalau dah kawin mungkin mak ayah kurang risau kot. Bila menghadapi semua ni, kami redha. Keadaan ni membuatkan saya sangat-sangat rasa tawakkal kepada Allah. Bila mana Dia izinkan, semua boleh! Kawan-kawan ramai marah dengan saya bila tau drive sorang-sorang. Tapi saya nak buat apa, semua sibuk & takkan nak ambil cuti untuk temankan saya. Saya kuatkan semangat, ingat selalu: Allahkan ada!  

Posted by Nadirah at 12:23 AM 6 comments    

Labels: Ayah, Kenangan, Monolog, Usrati

Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Powered By Blogger

Blog Design by Gisele Jaquenod.