Bergunung mana pun harta, bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa
Segagah mana pun diri, bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat ditahan
Secantik mana pun rupa nan ayu, bukanlah namanya ratu jika buruk tingkah laku
Setinggi mana pun darjat, bukanlah namanya mulia jika tiada iman di dada
Melangit mana pun ilmu, bukanlah namanya bijaksana jika tidak diamal dan diguna
Sealim mana pun wara', bukanlah namanya ulama' jika takbur dan riya'
~Sekadar renungan buat memperbaiki diri yang telah melewati 1 tahun lagi pinjaman usia~
p/s: Hari ni dah masuk 10 Muharram 1431 H, berusaha nak berubah ke arah yang lebih baik. Tabahkan hati menghadapi dugaan yang melanda. SABAR itu perlu..
M.U.H.A.S.A.B.A.H.
Sunday, December 27, 2009
Posted by Nadirah at 2:41 AM 0 comments
Labels: Monolog
Di sebalik nikmat ada ujian...
Monday, December 21, 2009
Alhamdulillah, hari ni da masuk minggu ketiga saya berkelana di negeri ini. Sepanjang di sini, ada beberapa perkara yang Allah tetapkan untuk saya hayati, untuk saya ambil iktibar kerana sering lalai dan leka dengan nikmat dunia yang sedikit.
Permusafiran saya di sini dipermudahkan, Alhamdulillah rumah sewa pun senang dapat walaupun dalam masa yang singkat. Kami menyewa homestay dengan bayaran RM400, sebulan, fully furnished. Boleh dikatakan agak mewah jugak bagi saya yang masih belajar ni. Syukur dengan bantuan mak kepada rakan sekelas, saya dan kawan-kawan ada tempat berlindung di sini. Jiran-jiran pun sangat mengambil berat dan prihatin.
Cuma kenderaan menjadi sedikit halangan buat saya dan kawan-kawan sebab kami tak bawa transport ke sini.. Kami pergi & balik hospital dengan teksi selama seminggu, lebih kurang RM 20 jugak la satu hari. Duit merah mengalir macam air paip, walaupun saya gembira dapat save budget for food [food murah kat sini, harga macam kat UIA, tapi banyak sampai kenyang sangat2...]
Posted by Nadirah at 1:35 AM 2 comments
Labels: kembara dietitian, Monolog
Khabar dari Sungai Petani
Friday, December 11, 2009
Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar sahabat2 semua? Alhamdulillah kami di SP sihat sejahtera. Cuaca kat sini agak panas, berbeza sikit dari Kuantan yg selalu hujan hujung2 tahun. Alhamdulillah wa syukurillah, minggu pertama kami di sini berjaya diharungi dengan beberapa assignment yang mesti disiapkan weekend ni :)
Hospital Sultan abdul Halim, Sungai Petani antara hospital di Malaysia yang menggunakan e-HIS (Hospital Information System), jadi semua data memang kena access dalam sistem. Kena mahir la jugak nak guna sistem nih, kalau tak susah la nanti. Kat sini cuma ada 3 orang dietitian- Pn Balqis (U48)~HOD, Pn Hanee (U44) & Pn Norzaila (U41), patient lebih kurang dalam 500 orang. Refer memang agak banyak, lebih kurang hampir 15-20 orang dalam 1 hari utk IPD.
Oleh sebab klinik diet kat sini buka setiap hari (8.30 pg-1.00 ptg), jadi kami buat OPD masa tu dengan bimbingan Pn Zaila. Patient OPD tak la terlalu ramai, bergantung pada keadaan. Ada walk in, ada by appointment. Lebih kurang 3-4 orang jugak la 1 hari, kadang-kadang boleh sampai 8-10 orang jugak. cuma kalau Ahad tu ramai sebab cuti Jumaat dgn Sabtu kan... Kat sini banyak jugak kes peads (FTT / Childhood obesity) selain kes2 DM / HPT / CVD & Renal.
Posted by Nadirah at 10:51 PM 2 comments
Labels: kembara dietitian
Independent Studies in Dietetics Presentation
Friday, December 4, 2009
a.k.a. Thesis Presentation
Date: 30 November & 01 December 2009
Venue : Seminar Room 1, KAHS IIUM Kuantan
30 November 2009
Sugar-Sweetened Beverages Consumption and the Trend of Overweight in IIUM Kuantan
Presenter: Nurul Farhanah bt Md Fozi
Supervisor: Mdm Aflah bt Afandi
Nutritional Knowledge Score and Pathogenic of Weight Loss among Female Athletes in SUKPA Pahang
Presenter: Nurulhidayah bt Nazri
Supervisor: Mdm Aflah bt Afandi
Dietery Assessment of Autistic Children in NASOM Kuantan
Presenter: Nur Nadirah bt Khairuddin
Supervisor: Mdm Wan Fathin Fariza bt Wan Mahmood
Comparison of the Nutritional Status of Hemodialysis and Peritoneal Dialysis Patients in HTAA
Presenter: Shariah Hussenbocus
Supervisor: Mdm Wan Fathin Fariza bt Wan Mahmood
Posted by Nadirah at 1:21 AM 0 comments
Labels: kembara dietitian
Subscribe to:
Posts (Atom)