28 Dzulhijjah 1431H
Astaghfirullah, dah hampir sebulan tak menulis apa-apa. Terasa diri saya futur dalam penulisan. Bukan tak mahu, tapi syndrome buntu menyerang & beberapa masalah terpaksa dihadapi terutamanya laptop yang dirasakan macam nyawa rosak.. Semua maklumat tak dapat diselamatkan, sabarlah wahai hati..
So far, alhamdulillah dah hampir 2 bulan di alam kerjaya. Bohonglah kalau tak ada kesusahan dihadapi, tapi biarlah disimpan sebagai iktibar supaya tak diulangi. Banyak kali saya nasihat pada diri, sabar & redha, buat bersungguh-sungguh.Walaupun baru memulakan kerja tapi tak bermakna tak pandai buat kerja. Itulah yang mesti dibuktikan sebab dah menjadi mind setting kebanyakan orang fresh grad tak tau apa-apa.. Alhamdulillah, berkat doa mak ayah & kawan-kawan sekarang saya "agak diterima" oleh kebanyakan orang. Biarlah apa orang kata, yang penting saya faham dan tahu amanah ini. Banyak kali saya pujuk hati, dikurniakan yang terbaik dan disabarkan dengan apa yang dihadapi.
Antara perkara wajib sebagai dietitian adalah memberi ceramah kepada orang ramai. Hari kedua saya melapor diri, sudah tertera nama saya untuk radio talk di Pahang fm di poster pada 2 minggu berikutnya. Subhanallah, dengan ilmu yang sedikit apa yang boleh saya kongsikan? Perasaan bimbang sememangnya sentiasa ada tapi saya cuba positifkan diri sahut semua ini sebagai cabaran. Sekiranya tidak mencuba, sampai bila-bila saya tak akan berani. Betul tak?
Sebelum live ke Pahang fm, saya menerima undangan ceramah untuk 3 hari berturut-turut. Bermula dengan Parentcraft Class (antenatal class) petang Sabtu, esoknya Talk & Health Campaign di Petronas Kerteh [dari pagi sampai petang. Huhu memang tak rehat minggu tu]. Berkebetulan, pada hari Sabtu itu saya dimaklumkan mendapat jemputan memberi ceramah kepada pelajar Tahun 6 pada hari Isnin nanti. Ini bermakna saya perlu siapkan diri untuk berceramah buat tiga hari berturut-turut! Saat ini saya rasakan sedikit tertekan kerana slide yang hampir 80% siap hilang ditelan virus. Saya positifkan diri, ada hikmah untuk semua.. SABAR.
Syukur ke hadrat Allah, semua berjalan lancar. Laa hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azeem.. Dialah yang memberi kekuatan kepada saya dan melancarkan urusan saya pada saat genting itu. Pengalaman memberi ceramah memang sangat-sangat berguna kepada saya yang baru bertatih. Kalau dahulu, saya amat mencemburui seniors yang berkeyakinan untuk berada di hadapan. Kini peluang terbuka luas untuk saya memperbaiki diri. "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" Astaghfirullah...
6 comments:
Alhamdulillah.. smg dipermudahkan sgl urusan nadirah :) rindu dgn awk ^_^
nad, moga urusan awk jugak dipermudahkan. rindu dgn awk & kwn2 yang lain. moga dpt ketemu satu hari nnt =_=
Alhamdulillah kak. Moga dipermudah utk urusan2 mendatang. Ameen =)
p/s: Smlm lalu di KPJ Ktn, he5 =)
Epah, ameen insyaAllah. moga dipermudahkan urusan epah jugak.Nanti kalau lalu KSH, jemput la dtg office =)
~Sabar itu indah~ boleh rasa nadhirah ni ikon kecekalan... Tahniah! Mabruk!
Rangkuti:
~Ye, sabar itu indah kerana syurga itu manis :)~
oh, jauh sgt nak jd ikon tu. belum layak lg. 'ala kulli hal, alhamdulillah. all the best
Post a Comment