skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Nadirah
Small woman with a big heart.Born in Perak, studied in Pahang. Works in Terengganu. Educate people in hospital and public. Loves writing.
View my complete profile

Archivo del blog

  • ► 2014 (3)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2013 (15)
    • ► October (2)
    • ► September (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► April (4)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (1)
    • ► April (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ▼ 2011 (36)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (1)
    • ► August (5)
    • ▼ July (7)
      • Setiap hari ialah perjalanan hidup yang baru (1)
      • Usah Jemu, Usah Berputus Asa
      • Terap Semangat Belajar
      • ~::Semoga saya dan mereka sentiasa dalam pemelihar...
      • Kasih Sayang Ayah
      • Bas
      • Pemeriksaan Kesihatan
    • ► June (4)
    • ► April (8)
    • ► March (2)
    • ► February (5)
    • ► January (2)
  • ► 2010 (58)
    • ► December (2)
    • ► October (3)
    • ► September (8)
    • ► August (8)
    • ► July (8)
    • ► June (4)
    • ► May (7)
    • ► April (6)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (6)
  • ► 2009 (33)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (3)
    • ► September (7)
    • ► August (7)
    • ► July (7)

'Ilman Naafi'a

  • Ust Hasrizal
    Perbandingan tentang Pembiayaan dan Tadbir Urus Sekolah: Finland dan Ireland
    2 weeks ago
  • Dr Sha Mesir
    Sanah Helwah Hana
    11 months ago
  • Ust Pahrol
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    1 year ago
  • Kak Salwa Saleh
    Kenapa kami suka pergi bercuti di PD?
    3 years ago
  • Zaharah Muhammad
    Jalan
    5 years ago
  • Langit Ilahi
    Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?
    6 years ago
  • Fatimah Syarha
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • Dr Ummi
    Kawan Sejati Atiqah
    7 years ago
  • Dr Siti Sarah Shukor
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • Dr Nazhatul Muna Ahmad Nasharuddin
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Mujahid sepanjang zaman..
    Aku mendung.
    9 years ago
  • Dr Hidayah Bani
    Tempat Baru
    11 years ago
  • Ustaz Muhd Shaari Abd Rahman
    KEM UMMAH SUKSES: TENTATIF DAN POSTER
    12 years ago
  • HEALS
    The DO's and DONT's of Studying
    12 years ago
  • Mohd Afiq Mohd Saleh
    TIPS BISNES AKHIRAT: AMAL JARIAH, HARTA YANG BERANAK-PINAK
    13 years ago
  • Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
  • Ustaz Mohd Erfino Johari

Baitul Muslim

  • Usrah Mujahid & Nihlah
    "Not bad"
    1 month ago
  • Usrah Rizza & Mardhiah
    Esok Mujahid UPSR!
    8 years ago
  • Usrah Hafiz & Mawaddah
    Ayah tak suka, tapi anak minat pula. Kenapalah wahai anakku?
    9 years ago
  • Usrah Azreen & Asiyah
    Kisah Nabi Di Pagi Hari
    10 years ago
  • Usrah Ipin & Atiqah
    End Of Posting..buat apa?
    11 years ago
  • Usrah Hawari & Hairena
    INNA MA'AL 'USRI YUSRA
    13 years ago
  • Usrah Khubaib & Aisyah
    Perniagaan
    14 years ago

Friends Forever

  • Noor Munirah Awang Abu Bakar
    Kedai makan best di MUAR
    10 years ago
  • Norjihada Izzah Ismail
    YA ALLAH, selamatkan GAZA & Palestinians
    12 years ago
  • Nur Sabrina Subri
    Meneladani rumah tangga Baginda Rasulullah s.a.w..~
    13 years ago
  • Noor Amirah Mat Nawi
    roh dan jasad itu makanannya berbeza..
    13 years ago
  • Smiling Sakura
    7 Steps to Create Productive Habits In 21 Days
    13 years ago
  • Noorsyuhada Mohd Salleh
    ...My BIG day...^_^ on 12th March 2011
    14 years ago
  • Budak-Budak Hitam
    Impian Jadi Kenyataan
    14 years ago
  • Nadirah Sulaiman
  • Che Aishah Nazariah Ismail

Kata-Kata Hikmah

"Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu yang ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun jika sesuatu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah ada dalam GENGGAMAN"

Tautan Ukhuwah

  • Maryam Al-Batul Azizuddin
    Planting Lavender
    7 years ago
  • ::Mukminah Mujahidah Menongkah Arus::
    Tersenyumlah
    9 years ago
  • Mohd Naim Rahim
    I'M BACK
    11 years ago
  • Yassir Ramlee
    Pemuda Pemudi Mengemudi Arus Perubahan
    11 years ago
  • Batrisyia Saffiyah & Aqeel Aisy
    Chacha wean off from formula milk
    12 years ago
  • Nur Asiyah Mustapha Kamil
    Happy Birthday, My Princess!
    13 years ago
  • Esfarizam Abd Ghaffar
    Anak-anak tak sihat
    13 years ago

The Dietitians

  • Creating Womanhood
    Sloth
    4 years ago
  • Diet Terapeutik Untuk Hati...
    MARY JARDIN ITU APA?
    7 years ago
  • Abdur Rahman Al-Azmi
    3 Peringkat Yang Akan Dilalui oleh Penuntut Ilmu
    7 years ago
  • Mohd Faizal Salleh
    Orang Tercari-cari Manikam Kita Pula Mencari-cari Cara Membuangnya
    8 years ago
  • Ayat
    mengapa menulis kalau bukan untuk memberi pengajaran?
    8 years ago
  • Dr Azdie
    Suara Keramat
    8 years ago
  • Variety is the spice of life
    Promo Dunkin Donuts
    9 years ago
  • Sr Suraiya Hani Said
    1st May 2015
    10 years ago
  • Noor Sakini Salleh
    New bestfriend
    10 years ago
  • Beautiful Soul
    BEST FEELING IN THE WORLD
    10 years ago
  • Izzah Ismail
    the fault in our stars
    10 years ago
  • Hasmira Mohd Daud
    Harum Semerbak!
    11 years ago
  • Muhammad Huzaifah Ahmad
    Ubat
    11 years ago
  • Nurul Husna Aron
    Hukuman mati
    11 years ago
  • Ahmad Huzaifah Yusoff
    UiTM di Hatiku?
    11 years ago
  • Ilman Hadree Idris
    Stevia Rebaudiana
    12 years ago
  • Geo Allen George
    WOW..CHECKING 1 2 3...
    13 years ago
  • Mohd Hakim Zakaria
    Selamat tinggal....
    13 years ago
  • Nur Ilanah Abdullah
    Eid Mubarak!!
    14 years ago
  • Mardhiah Mohd Roslan
  • Sr Fathin

SMKASR

  • Nurshuhada Zainon
    My CL's Journey to Oxford
    4 years ago
  • Izyan Mardhiah Halmi
    MSSD BoLa JaRiNg DaeRaH SeMPoRNa 2012
    13 years ago
  • Nurul Husna Johari
    Tak seindah biasa
    14 years ago
  • Sharihana Ab Halim
  • Zarina Rosehan Anuar

IIUM Dietetics

  • Kitchen's Heart Cafe
    "Thinking mistakes" for weight loss management
    9 years ago
  • 5th Batch
    Sports gives great Well being, and what impact this has on the psychological health and good quality of life?
    13 years ago

Online Shop

  • Homecake Delicious
    kek kahwin
    5 years ago
  • Resipi Noraini
    JADUAL KURSUS 2020
    5 years ago
  • Edariman Online Mall
    AL-QURAN RUMI AL-MUMAYYAZ SAIZ A4
    6 years ago
  • Sinar Kehidupanku
    Talam Lapis Surabaya
    9 years ago
  • krafHATI
    TERKINI: PETA DUNIA UNTUK ANAK-ANAK SOLEH
    9 years ago
  • Butik Noraz
    Coming soon
    14 years ago

Education

  • Malaysian Association for the Study of Obesity
  • nutriWEB Malaysia
  • Malaysian Dietitians' Association
  • International Islamic University Malaysia

Labels

  • Ayah (3)
  • Bicara Hati (6)
  • Bisikan Sirr (1)
  • kembara dietitian (62)
  • Kenangan (15)
  • Mawaddah wa Rahmah (4)
  • Monolog (100)
  • Sakinah (4)
  • Tazkiyyatun Nafs (53)
  • Tips Diet (6)
  • Usrati (33)

Blogroll

About

Blogger templates

iluvislam

Blogger news

widgeo.net

Bicara Teman

Min Aina

Syahrul Islam

Al Waqtu Kas Saif...

Free Calendar & Clock

Tetamu Ziarah

Powered by Blogger.

Pages - Menu

  • Home

Popular Posts

  • Menguatkan jiwa dengan Bantuan Ya 'Aziz, Ya Qawiyyu, Ya Matin, dan Ya Ba'ith
    oleh Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd Ya Allah, Ya 'Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawiyyu Yang Maha Kuat dan Ya Matin Yang Maha Teguh d...
  • Sanah Helwah Ya Ummi!
    Dataran Pahlawan, Melaka "The Prophet S.A.W told us that we must obey Allah and His Messenger at all times But after that who else d...
  • Panduan Pemakanan bagi Kanak-Kanak yang Kekurangan Zat Makanan
    Sewaktu posting di Poliklinik Komuniti Beserah (PKB) (10 Og os -27 Ogos 2009), kumpulan kami dikehendaki mengendalikan satu kelas Pemakanan ...
  • Bonda
    You've helped me enrich my life with your love, care, guidance and support. You're not just my MOM but best friend too! Thank you ...
  • Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf
    Buat semua yang bernama anak, inilah puisiku untukmu: Ingin kubisikkan resah seorang ayah resah kita bersama resah warisan lama b...
  • Taqabbalallahu minna wa minkum, kullu `amin wa antum bikhair
    Ya Allah Di penghujung bulan yang agung ini Sayangi tangisan dan rintihan kami Pastikan bagi kami ampunan-Mu Sampaikan dengan sisa umur kami...
  • D.I.E.T.E.T.I.C.S
    Bachelor of Dietetics Saya terpana ketika mendapat surat tawaran daripada IIUM, Alhamdulillah pilihan pertama saya berjaya diterima. Saya s...
  • Setiap hari ialah perjalanan hidup yang baru (1)
    Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Tiada kesyukuran yang layak saya berika...
  • Myth of Breastfeeding
    Breastfeeding continues to be surrounded by a multitude of myths. Here are some of the more common on...
  • Mithaqan Ghalizan: Mihrab Cinta
    "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan dan zuriat keturunan yang menjadi penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin ba...

Followers

Lintasan Pena

Aku tak mampu menjadi sehebat mereka, tapi cukuplah menjadi semampu aku kerana aku ada DIA untuk terus kuat...

Pages

  • Home

Terap Semangat Belajar

Tuesday, July 12, 2011

Kalam ini saya ambil daripada penulisan IM Mohd Hassan Adli yang baru sahaja menjuarai Imam Muda 2 dalam ruangan Kalam Imam Muda, Harian Metro 10 Julai 2011. Moga menjadi iktibar buar semua...

Bersyukur saya kerana diberi kesempatan menulis dalam ruangan Kalam Imam Muda di Metro Ahad yang saya kira antara medium terbaik bagi mendekatkan diri di kalangan umum, sekaligus berkongsi ilmu serta pengalaman yang dimiliki.

Saya kira, masih ramai di luar sana belum mengenali diri saya secara dekat walaupun setelah muncul sebagai "Imam Muda Unggul" bagi Program Imam Muda Musim Kedua 2011.

Yang nyata, di sebalik anugerah itu, ia memberi saya satu lagi tanggungjawab besar yang perlu digalas dan diharapkan saya mampu memikul cabaran ini engan sama-sama saling bertukar buah fikiran tanpa mengira skop sesuatu isu, khusunya dalam aspek agama. 

Bukan untuk mengatakan saya hebat dalam bidang agama, namun yang saya harapkan, kita sebagai satu masyarakat khusunya yang beragama Islam, mampu duduk bersama, berbincang dan mencari kesepakatan serta penyelesaian dalam pelbagai isu pada masa kini. 

Terus terang, saya tidak menduga dinobatkan sebagai Imam Muda Unggul dan apabila nama saya diumumkan , tubuh saya seakan-akan sejuk dan lutut menjadi lemah untuk melangkahkan kaki kerana berasa bagaikan mimpi. 


Perasaan ketika itu bercampur baur kerana sebagai manusia saya mengakui mempunyai kelemahan tersendiri sama seperti hamba Allah yang lain. 

Yang pasti kemenangan malam itu mengubah kehidupan saya di mana saya bukan lagi sekadar pemenang dan peserta Imam Muda, sebaliknya 'public figure' yang saya percaya menjadi perhatian masyarakat. 

Sebagai pengenalan, sebelum saya teruskan dengan pelbagai kupasan menerusi ruangan ini, kiranya lebih baik saya menerangkan serba sedikit kaitan antara kemenangan saya pada malam berkenaan dengan kehidupan yang saya lalui.

Kemenangan itu pada saya adalah hadiah kepada ibu, Arpah Mohd; 60, yang membesarkan saya bersama sembilan beradik yang lain sejak kematian ayah pada 1992.

Bagi saya, doa membuatkan saya berjaya pada hari ini, jika tidak, pastinya sukar untuk kekal sebagai finalis program berkenaan.

Sejak detik itu, ibu memainkan peranan sebagai ayah dan ibu yang bersusah payah membanting tulang membesarkan dan memberi pendidikan kepada saya bersama adik beradik lain.

Saya diajar berdikari sejak kecil lagi di mana seawal usia enam tahun, berulang alik sendirian menaiki bas dari kampung, di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak ke sekolah agama swasta di pekan Sri Manjung hingga darjah tiga sebelum menyambung persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Wangi sehingga tamat darjah enam. 

Saya masih ingat ibu pernah bercerita arwah ayah menamakan saya Mohd Hassan Adli sempena nama seorang tokoh ulama tersohor tanah air sekitar tahun 1950-an yang berasal dari Bagan Datoh, Perak.

Hasrat arwah ayah serta susah payah itulah menguatkan diri saya mendalami bidang agama. Pada 1998, saya mendaftar di Maahad Ehya' Diniah Islamiah, Kampung Gajah, Perak (sekarang berstatus Sekolah Agama Bantuan Kerajaan-SABK).

Hanya pada 1999, baru saya dapat menyambung belajar ke tingkatan dua di Sekolah Izzuddin Shah, sekolah idaman saya selama ini sehingga tamat tingkatan lima.

Di sinilah saya mengasah bakat menjadi vokalis utama bersama kumpulan nasyid Soutul Faizin dan memperoleh pencapaian tertinggi iaitu Anugerah Moderator Terbaik Peringkat Negeri Perak 2001. Di sini juga saya dilatih menjadi 'naqib' untuk mengendalikan usrah, tazkirah, tahlil dan mengimamkan solat jemaah serta qiyamullail, sekali gus kemahiran saya diacu dan dibentuk sebagai pendakwah.

Selepas tamat tingkatan lima, saya meneruskan pengajian setahun setengah di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di Petaling Jaya, Selangor sebelum melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang Sains Kemanusiaan di kampus utama UIAM Gombak, Selangor.

Masuk tahun kedua pengajian, saya memohon kepada pihak fakulti menukar kursus kepada pengajian ilmu wahyu. Sebabnya kerana pengajian Sains Kemanusiaan yang saya pelajari dua tahun tidak begitu cocok dengan jiwa saya yang dipupuk lebih meminati bidang agama. 

Syukur kerana permohonan saya diluluskan puhak universiti dan saya kembali menruskan pengajian dalam bidang Ilmu Wahyu. 

Daripada berniaga kecil-kecilan, mengajar kanak-kanak mengaji dari rumah ke rumah, mengajar tafsir Al-Quran Harfiyah hinggalah menjadi penceramah motivasi sambilan di sebuah syarikat latihan di Seri Gombak, Selangor, semuanya saya lakukan untuk memastikan ibu dan adik beradik tidak dibebani beban kewangan semata-mata kerana kehendak saya untuk belajar. 

Nyata, pejam celik, pejam celik, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian dengan ijazah sarjana muda kepujian ilmu wahyu di UIAM pada 2009. 

Ketika tamat semester akhir pengajian di UIAM, saya dan seorang sahabat terbang ke Syria mengikuti kursus bahasa Arab dan Talaqqi Al-Quran selama empat bulan di Maahad Al-Idrisi, Damsyik.

Semangat untuk belajar dan mendalami ilmu agama sentiasa berkobar-kobar dalam diri saya. Pada akhir tahun 2010, saya mendaftarkan diri untuk belajar di peringkat sarjana dalam bidang usuluddin di Universiti Malaya. Walau bagaimanapun, atas kesuntukan masa, saya hanya belajar secara sambilan.

Allah Maha Kaya! Sewaktu dipelawa menjadi imam tetap di Masjid Kemensah Heights, saya berkenalan dengan Ustaz Zulkifli Hamdan yang terkenal sebagai ahli Taranum Al-Quran. 

Peluang itu sedikit sebanyak menguatkan ilmu Taranum dalam diri saya sebelum mencuba uji bakat bagi program realiti Akedemi Al-Quran.

Walaupun terpilih menyertai program itu, namun sudah takdir bukan rezeki, pada pertengahan siri berkenaan, saya tersingkir. 

Berbekalkan pengalaman lalu, saya mencuba uji bakat Imam Muda Musim Ke-2, dan alhamdulillah, berkat doa ibu, percubaan saya menjadi lagi. 

Bagaimanapun, sebelum melangkah masuk ke Program Imam Muda, saya merujuk hasrat itu kepada beberapa mentor, antaranya Ustaz Zahazan Mohamed.

Amanat dan nasihat beliau juga antara penguat jiwa saya yang melakukannya hanya kerana Allah dan bukan kerana niat lain.

Bermula daripada hari pertama di Masjid Wilayah Kuala Lumpur sehingga terpilih menjadi finalis Imam Muda minggu ke-10 iaitu minggu terakhir program, pelbagai rintangan dan dugaan saya tempuh.

Begitu juga banyak pelajaran dan ilmu yang saya timba sepanjang mengikuti program itu sehinggalah dinobatkan sebagai Imam Muda Unggul Musim kedua dan inilah rezeki dan ketetapan nikmat yang Allah kurniakan kepada saya.

Sesungguhnya saya bersyukur dan berterima kasih atas nikmat yang dianugerahkan selain berharap jika ada kesilapan atau ilmu dimiliki, dapatlah sama-sama kita kongsi sebagai panduan dalam kehidupan ini.

Dan akhir sekali, terima kasih kerana percaya dengan adanya ruangan ini, umat Islam akan sepakat dan sekali gus memartabatkan ukhuwah Muslim. 

Nota:
1. IM Hassan merupakan sahabat saya dalam Nuqaba' Executive Council (NEC) di Pusat Matrikulasi UIAM Gombak. Saya amat bangga dengan pencapaian beliau!

2. Untuk sahabat saya, jangan kempunan ya! Saya dah tolong tuliskan untuk kamu.... :-)

Posted by Nadirah at 1:52 AM    

Labels: Bicara Hati, Monolog

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Powered By Blogger

Blog Design by Gisele Jaquenod.