skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Nadirah
Small woman with a big heart.Born in Perak, studied in Pahang. Works in Terengganu. Educate people in hospital and public. Loves writing.
View my complete profile

Archivo del blog

  • ► 2014 (3)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2013 (15)
    • ► October (2)
    • ► September (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► April (4)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (1)
    • ► April (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ▼ 2011 (36)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (1)
    • ► August (5)
    • ▼ July (7)
      • Setiap hari ialah perjalanan hidup yang baru (1)
      • Usah Jemu, Usah Berputus Asa
      • Terap Semangat Belajar
      • ~::Semoga saya dan mereka sentiasa dalam pemelihar...
      • Kasih Sayang Ayah
      • Bas
      • Pemeriksaan Kesihatan
    • ► June (4)
    • ► April (8)
    • ► March (2)
    • ► February (5)
    • ► January (2)
  • ► 2010 (58)
    • ► December (2)
    • ► October (3)
    • ► September (8)
    • ► August (8)
    • ► July (8)
    • ► June (4)
    • ► May (7)
    • ► April (6)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (6)
  • ► 2009 (33)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (3)
    • ► September (7)
    • ► August (7)
    • ► July (7)

'Ilman Naafi'a

  • Mujahid sepanjang zaman..
  • Ustaz Muhd Shaari Abd Rahman
  • Dr Nazhatul Muna Ahmad Nasharuddin
  • Kak Salwa Saleh
  • Dr Sha Mesir
  • Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
  • Ustaz Mohd Erfino Johari
  • Dr Hidayah Bani
  • Fatimah Syarha
  • Zaharah Muhammad
  • HEALS
  • Ust Pahrol
  • Dr Siti Sarah Shukor
  • Mohd Afiq Mohd Saleh
  • Dr Ummi
  • Ust Hasrizal
  • Langit Ilahi

Baitul Muslim

  • Usrah Khubaib & Aisyah
  • Usrah Ipin & Atiqah
  • Usrah Mujahid & Nihlah
  • Usrah Rizza & Mardhiah
  • Usrah Hawari & Hairena
  • Usrah Azreen & Asiyah
  • Usrah Hafiz & Mawaddah

Friends Forever

  • Nadirah Sulaiman
  • Noor Amirah Mat Nawi
  • Norjihada Izzah Ismail
  • Noor Munirah Awang Abu Bakar
  • Che Aishah Nazariah Ismail
  • Budak-Budak Hitam
  • Smiling Sakura
  • Noorsyuhada Mohd Salleh
  • Nur Sabrina Subri

Kata-Kata Hikmah

"Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu yang ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun jika sesuatu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah ada dalam GENGGAMAN"

Tautan Ukhuwah

  • Batrisyia Saffiyah & Aqeel Aisy
  • ::Mukminah Mujahidah Menongkah Arus::
  • Mohd Naim Rahim
  • Yassir Ramlee
  • Nur Asiyah Mustapha Kamil
  • Maryam Al-Batul Azizuddin
  • Esfarizam Abd Ghaffar

The Dietitians

  • Ilman Hadree Idris
  • Nur Ilanah Abdullah
  • Variety is the spice of life
  • Nurul Husna Aron
  • Dr Azdie
  • Mohd Hakim Zakaria
  • Ayat
  • Noor Sakini Salleh
  • Mardhiah Mohd Roslan
  • Diet Terapeutik Untuk Hati...
  • Creating Womanhood
  • Muhammad Huzaifah Ahmad
  • Sr Fathin
  • Ahmad Huzaifah Yusoff
  • Izzah Ismail
  • Geo Allen George
  • Sr Suraiya Hani Said
  • Abdur Rahman Al-Azmi
  • Mohd Faizal Salleh
  • Beautiful Soul
  • Hasmira Mohd Daud

SMKASR

  • Sharihana Ab Halim
  • Izyan Mardhiah Halmi
  • Nurshuhada Zainon
  • Nurul Husna Johari
  • Zarina Rosehan Anuar

IIUM Dietetics

  • 5th Batch
  • Kitchen's Heart Cafe

Online Shop

  • Sinar Kehidupanku
  • Homecake Delicious
  • krafHATI
  • Edariman Online Mall
  • Resipi Noraini
  • Butik Noraz

Education

  • Malaysian Association for the Study of Obesity
  • nutriWEB Malaysia
  • Malaysian Dietitians' Association
  • International Islamic University Malaysia

Labels

  • Ayah (3)
  • Bicara Hati (6)
  • Bisikan Sirr (1)
  • kembara dietitian (62)
  • Kenangan (15)
  • Mawaddah wa Rahmah (4)
  • Monolog (100)
  • Sakinah (4)
  • Tazkiyyatun Nafs (53)
  • Tips Diet (6)
  • Usrati (33)

Blogroll

About

Blogger templates

iluvislam

Blogger news

widgeo.net

Bicara Teman

Min Aina

Syahrul Islam

Al Waqtu Kas Saif...

Free Calendar & Clock

Tetamu Ziarah

Powered by Blogger.

Pages - Menu

  • Home

Popular Posts

  • Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf
    Buat semua yang bernama anak, inilah puisiku untukmu: Ingin kubisikkan resah seorang ayah resah kita bersama resah warisan lama b...
  • Pelajar + Ibu Bapa + Pensyarah
    Tarikh: 10hb April 2010 (Sabtu) Tempat: Hotel MS Garden, Kuantan Pahang Masa: 8.00 - 11.00 malam         Alhamdulillah semua berjalan la...
  • Untukmu Ratuku
    Ratuku Ingin kuluahkan Apa yang sudah lama ingin kuluahkan Tentang kebimbanganku ini Tatkala melihat bunga-bunga berguguran Dipetik tan...
  • OPD setting bermula
    Alhamdulillah minggu pertama OPD di Poliklinik Beserah selesai, saya hanya mampu memberi kaunseling kepada 2 orang pesakit sahaja lantaran k...
  • Mencari Ketenangan di tengah Kesibukan
    Alhamdulillah, saya berjaya merembat satu lagi buku semasa Karnival Mahabbah IKIM.fm di Terengganu pada bulan lepas. Baru seminggu ini buku...
  • I asked ALLAH
    I asked Allah for strength And Allah gave me difficulties to make me strong I asked Allah for wisdom And Allah gave me problems to solve I...
  • Bukan berniat kejam!
    Sejak akhir-akhir ni memang sangatlah ramai students kat hospital buat attachment [ nursing, physio, pmacy, admin, lab ], ada yang saya ken...
  • Alhamdulillah..
    Alhamdulillah, hari ini tamatlah minggu kedua OPD di Beserah, bermakna tinggal seminggu sahaja lagi sebelum masuk semula IPD di HTAA. Semala...
  • Selamat Hari Lahir, Abang!
    Jauh berpisah jarak Ikan di laut pancingnya di kali Bukan bermakna kasih berkocak Jauh dibatasi masa Bukan bermakna berpisah ra...
  • Posting Sem Depan
    Semester depan saya & kawan2 Diet yang lain akan ditempatkan di beberapa hospital yang terpilih serata Semenanjung. Segalanya bermula se...

Followers

Lintasan Pena

Aku tak mampu menjadi sehebat mereka, tapi cukuplah menjadi semampu aku kerana aku ada DIA untuk terus kuat...

Pages

  • Home

Usah Jemu, Usah Berputus Asa

Friday, July 15, 2011

Alhamdulillah wa syukurillah. Hari ini Allah masih memanjangkan usia saya yang ke suku abad. Perjalanan hidup yang sangat singkat dan agak berliku namun unik untuk diingati. Ulang tahun kelahiran kali ini saya rasakan 'lain'. Satu nikmat yang dah lama saya pohon, Dia berikan di hari lahir saya. KERJAYA! Ya, kerjaya...

Sejak akhir-akhir ini, saya sering dihujani dengan soalan yang sama daripada rakan-rakan dan adik-adik junior tentang kerjaya. Saya bukanlah 'ahli' yang selayaknya untuk bertanya, tapi apa yang boleh saya nasihatkan pada semua tetapkan matlamat dalam kehidupan. Apa yang hendak kita capai untuk jangka masa yang singkat dan akan datang. FOKUS. Satu lagi aspek yang perlu ada dalam menetapkan sasaran, kerana ada segelintir daripada kita masih kabur atau samar sama ada mahu menyambung pelajaran atau terus bekerja. Sekiranya mahu menyambung pelajaran, berusahalah ke arah itu. Ketepikan sementara soal kerja, jangan mengikut perancangan orang lain. Usah risau dengan sumber kewangan, kerana kita ada Dia Ar Razzaq ;)


Menyentuh mengenai soal kerjaya, syukur alhamdulillah perancangan saya bekerja di sektor kerajaan dipermudahkan [mungkin sebab mak ayah kerja dengan govt, terpengaruh sekali la tu...]. Bermula dengan temuduga yang sangat lama dan susah membuatkan saya hampir menangis! Tapi ayah kata, ayah yakin saya dapat. Kalau mereka tidak berkenan, dah pasti tak lama macam tu. [Lama = 45 minit, adik saya interview sampai 3 jam!]. Berbekalkan kata-kata ayah, saya yakin. Alhamdulillah, nama saya disenarai simpanan. Kenapa saya yakin, kerana kata-kata ayah & mak satu doa. Itu yang saya pegang, jadi setiap kali menelefon mak & ayah saya minta mereka doakan yang terbaik untuk saya (:

Menunggu dan terus menunggu, hampir 7 bulan tiada jawapan. SUNYI. Saya sudah pasrah, kalau setahun masih tak berjawab saya nekad berhenti kerja dan mahu sambung belajar. Saya rasakan jiwa saya sangat tidak sanggup menghadapi tekanan bekerja di sektor swasta apatah lagi apabila sudah tua nanti. Tambahan pula, persekitaran kerja kurang memotivasikan diri saya. Saya ada tanyakan kepada rakan saya yang lain, kalau-kalau mereka tahu mengenai pengambilan kali ini. Kemungkinan besar TIADA, kata mereka. Alasannya pengambilan sudah dibuat pada bulan Disember yang lepas. 

Menjelang Mei, rakan saya ada memberitahu :"Ko bersedialah bila-bila masa, sebab kementerian ada meeting baru-baru ni. Diorang nak serapkan yang simpanan, lepas tu tak bukak dah untuk tahun ni. Tapi tengok jugak, ko simpanan yang ke berapa..."  [oh, tak semua simpanan diambil? tak sanggup nak interview lagi...]

Pertengahan Mei, saya mendapat mesej daripada rakan yang sama-sama simpanan: "Nadi, semalam Nana dapat call daripada SPA. Dia suruh fax sijil ijazah sebab nak hantar offer letter..." [Kenapa saya tak terima apa-apa pun?]. Menunggu dan terus menunggu dalam pengharapan, hati saya kuat untuk berhenti kerja tanpa sebarang alasan kukuh... Hujung Mei [di hari lahir adik bongsu saya, saya menerima surat daripada SPA untuk lantikan U41. Alhamdulillah. Pada hari itu juga, saya menghantar notis berhenti kepada majikan yang menyebabkan berlaku sedikit kekecohan di pejabat pengurusan. Tak ada angin, tup tup nak berhenti kerja! Pada hari itu sepatutnya saya wajib membuat presentation for confirmation, sebab dah beberapa kali postpone atas sebab-sebab tertentu. Maafkan saya, saya nekad!]

Hujung Jun, saya pulang ke kampung halaman. Penempatan dari KKM belum saya terima, 1 Julai nanti baru boleh semak. Beberapa respons negatif saya terima, kenapa berhenti kerja terus sedangkan tempat tak tahu. Entahkan dapat, entahkan tidak kata mereka. Itu tidak mengapa, saya nak berbakti pada ayah sementara ada masa! Lepas ni tak tahu ke mana pulak saya... Jawab saya ringkas. Hati saya agak berat untuk menghubungi KKM, sebab dah tahu jawapannya: orang incharge cuti, line busy, tunggu aje surat, dll. Biarlah sejuk dahulu, sekarang ni mesti ramai yang nak tahu. Petang itu, Nawa menelefon saya: "Nadi dapat contact KKM tak?". "Tak, tak dapat nak reach", kata saya. "Nawa dapat tadi, tak sangka pulak. Nak tau tak dapat mana? Nawa dah tanyakan untuk Nadi sekali". "Kat mana Nawa?" Saya dah pasrah ke mana-mana sahaja, walaupun berharap di kawasan utara. 

"Nadi dapat Terengganu..." saya terdiam, Oh Tuhan Kau uji aku lagi! Saya tidak kisah ke mana ditempatkan, tapi bila memikirkan kesihatan ayah sekarang saya mahu dekat dengan keluarga. Namun apakan daya, saya tiada hak untuk itu. Permohonan yang saya buat belum berhasil walaupun alasan sangat kukuh [mengikut kata PIC kat KKM tu la...], tapi saya syukur sebab tak ditempatkan di Sabah atau Sarawak. Macam mana nak ke sana nanti? Saya tak mahu ayah & mak risau tentang saya...

Dua minggu saya menunggu surat penempatan, tidak berhasil. Kelmarin, saya nekad menelefon KKM kerana saya harus melapor diri minggu hadapan. "Oh, maaf la dik. Orang yang incharge tu cuti pulak hari ni." emm cuti lagi... "Dah tau ke tempatnya? Nanti pergi aje JKN sana kalau tak terima surat pun, nanti kat sana diorang akan bagilah hospital mana". Semudah itu? 

Nasib baik akal saya panjang, saya menghubungi JKN Terengganu. "Eh ye ke, kami tak terima apa-apa data pulak.. Bila awak kena lapor diri? Kalau minggu depan sepatutnya dah terima dah. Tak pe lah, kami kena contact KKM dulu lah macam tu, paling awal pun esok awak telefon balik." Kalaulah saya duduk di pedalaman yang tiada perkhidmatan telefon??

Petang itu, saya dan kakak ke Taiping untuk appointment ayah dengan opthalmologist. Mak menghubungi saya di kala hujan lebat. "Angah, surat dah sampai!"

[Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Pegawai dicadangkan untuk ditempatkan di Hospital Kemaman] - Hadiah hari lahir ke-25 =)

~Orang-orang Terengganu, izinkan saya mencurahkan bakti di sana~

Nota:
1. Perancangan saya berkhidmat di sektor kerajaan saya buat sejak saya Tingkatan 2, walaupun saya tidak terlintas untuk menjadi dietitian ;)

2. Sentiasalah berdoa & bersangka baik dengan Allah, kerana kita tidak tahu pada masa mana hati kita ikhlas & Allah dengar rintihan hambanya. Dia berikan apa yang terbaik untuk kita, bukan apa yang kita mahu. Jadi berdoa untuk yang terbaik supaya hati sentiasa redha.

3. Lusa dah nak bermusafir, antara waktu doa dimakbulkan adalah di waktu bermusafir. Jadi Allah izinkan saya bermusafir lagi supaya saya selalu berdoa. Allahumma ameen.

Posted by Nadirah at 5:43 AM    

Labels: kembara dietitian, Monolog

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Powered By Blogger

Blog Design by Gisele Jaquenod.