skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Nadirah
Small woman with a big heart.Born in Perak, studied in Pahang. Works in Terengganu. Educate people in hospital and public. Loves writing.
View my complete profile

Archivo del blog

  • ▼ 2014 (3)
    • ▼ March (1)
      • Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2013 (15)
    • ► October (2)
    • ► September (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► April (4)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (1)
    • ► April (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ► 2011 (36)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (1)
    • ► August (5)
    • ► July (7)
    • ► June (4)
    • ► April (8)
    • ► March (2)
    • ► February (5)
    • ► January (2)
  • ► 2010 (58)
    • ► December (2)
    • ► October (3)
    • ► September (8)
    • ► August (8)
    • ► July (8)
    • ► June (4)
    • ► May (7)
    • ► April (6)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (6)
  • ► 2009 (33)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (3)
    • ► September (7)
    • ► August (7)
    • ► July (7)

'Ilman Naafi'a

  • Dr Siti Sarah Shukor
    Ideal Online-Kasino-Seiten, die Mastercard-Einzahlungen annehmen: Der ultimative Leitfaden
    1 week ago
  • Ust Hasrizal
    Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah
    6 months ago
  • Dr Sha Mesir
    Road to Bandung 2025
    8 months ago
  • Ust Pahrol
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    3 years ago
  • Kak Salwa Saleh
    Kenapa kami suka pergi bercuti di PD?
    5 years ago
  • Zaharah Muhammad
    Jalan
    7 years ago
  • Langit Ilahi
    Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?
    7 years ago
  • Fatimah Syarha
    I CUT APPLE A PARENTING
    7 years ago
  • Dr Ummi
    Kawan Sejati Atiqah
    8 years ago
  • Dr Nazhatul Muna Ahmad Nasharuddin
    Why I love working in Emergency Department
    10 years ago
  • Mujahid sepanjang zaman..
    Aku mendung.
    10 years ago
  • Dr Hidayah Bani
    Tempat Baru
    12 years ago
  • Ustaz Muhd Shaari Abd Rahman
    KEM UMMAH SUKSES: TENTATIF DAN POSTER
    13 years ago
  • HEALS
    The DO's and DONT's of Studying
    13 years ago
  • Mohd Afiq Mohd Saleh
    TIPS BISNES AKHIRAT: AMAL JARIAH, HARTA YANG BERANAK-PINAK
    15 years ago
  • Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
  • Ustaz Mohd Erfino Johari

Baitul Muslim

  • Usrah Mujahid & Nihlah
    "Not bad"
    1 year ago
  • Usrah Rizza & Mardhiah
    Esok Mujahid UPSR!
    10 years ago
  • Usrah Hafiz & Mawaddah
    Ayah tak suka, tapi anak minat pula. Kenapalah wahai anakku?
    10 years ago
  • Usrah Azreen & Asiyah
    Kisah Nabi Di Pagi Hari
    11 years ago
  • Usrah Ipin & Atiqah
    End Of Posting..buat apa?
    12 years ago
  • Usrah Hawari & Hairena
    INNA MA'AL 'USRI YUSRA
    14 years ago
  • Usrah Khubaib & Aisyah
    Perniagaan
    15 years ago

Friends Forever

  • Noor Munirah Awang Abu Bakar
    Kedai makan best di MUAR
    11 years ago
  • Norjihada Izzah Ismail
    YA ALLAH, selamatkan GAZA & Palestinians
    13 years ago
  • Nur Sabrina Subri
    Meneladani rumah tangga Baginda Rasulullah s.a.w..~
    14 years ago
  • Noor Amirah Mat Nawi
    roh dan jasad itu makanannya berbeza..
    14 years ago
  • Smiling Sakura
    7 Steps to Create Productive Habits In 21 Days
    14 years ago
  • Noorsyuhada Mohd Salleh
    ...My BIG day...^_^ on 12th March 2011
    15 years ago
  • Budak-Budak Hitam
    Impian Jadi Kenyataan
    15 years ago
  • Nadirah Sulaiman
  • Che Aishah Nazariah Ismail

Kata-Kata Hikmah

"Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu yang ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun jika sesuatu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah ada dalam GENGGAMAN"

Tautan Ukhuwah

  • Maryam Al-Batul Azizuddin
    Planting Lavender
    8 years ago
  • ::Mukminah Mujahidah Menongkah Arus::
    Tersenyumlah
    10 years ago
  • Mohd Naim Rahim
    I'M BACK
    12 years ago
  • Yassir Ramlee
    Pemuda Pemudi Mengemudi Arus Perubahan
    12 years ago
  • Batrisyia Saffiyah & Aqeel Aisy
    Chacha wean off from formula milk
    13 years ago
  • Nur Asiyah Mustapha Kamil
    Happy Birthday, My Princess!
    14 years ago
  • Esfarizam Abd Ghaffar
    Anak-anak tak sihat
    14 years ago

The Dietitians

  • Creating Womanhood
    Sloth
    5 years ago
  • Diet Terapeutik Untuk Hati...
    MARY JARDIN ITU APA?
    8 years ago
  • Abdur Rahman Al-Azmi
    3 Peringkat Yang Akan Dilalui oleh Penuntut Ilmu
    9 years ago
  • Mohd Faizal Salleh
    Orang Tercari-cari Manikam Kita Pula Mencari-cari Cara Membuangnya
    9 years ago
  • Ayat
    mengapa menulis kalau bukan untuk memberi pengajaran?
    10 years ago
  • Dr Azdie
    Suara Keramat
    10 years ago
  • Variety is the spice of life
    Promo Dunkin Donuts
    10 years ago
  • Sr Suraiya Hani Said
    1st May 2015
    11 years ago
  • Noor Sakini Salleh
    New bestfriend
    11 years ago
  • Beautiful Soul
    BEST FEELING IN THE WORLD
    11 years ago
  • Izzah Ismail
    the fault in our stars
    12 years ago
  • Hasmira Mohd Daud
    Harum Semerbak!
    12 years ago
  • Muhammad Huzaifah Ahmad
    Ubat
    12 years ago
  • Nurul Husna Aron
    Hukuman mati
    12 years ago
  • Ahmad Huzaifah Yusoff
    UiTM di Hatiku?
    12 years ago
  • Ilman Hadree Idris
    Stevia Rebaudiana
    13 years ago
  • Geo Allen George
    WOW..CHECKING 1 2 3...
    14 years ago
  • Mohd Hakim Zakaria
    Selamat tinggal....
    15 years ago
  • Nur Ilanah Abdullah
    Eid Mubarak!!
    16 years ago
  • Mardhiah Mohd Roslan
  • Sr Fathin

SMKASR

  • Nurshuhada Zainon
    My CL's Journey to Oxford
    5 years ago
  • Izyan Mardhiah Halmi
    MSSD BoLa JaRiNg DaeRaH SeMPoRNa 2012
    14 years ago
  • Nurul Husna Johari
    Tak seindah biasa
    16 years ago
  • Sharihana Ab Halim
  • Zarina Rosehan Anuar

IIUM Dietetics

  • Kitchen's Heart Cafe
    "Thinking mistakes" for weight loss management
    10 years ago
  • 5th Batch
    Sports gives great Well being, and what impact this has on the psychological health and good quality of life?
    14 years ago

Online Shop

  • Homecake Delicious
    kek kahwin
    6 years ago
  • Resipi Noraini
    JADUAL KURSUS 2020
    6 years ago
  • Edariman Online Mall
    AL-QURAN RUMI AL-MUMAYYAZ SAIZ A4
    7 years ago
  • Sinar Kehidupanku
    Talam Lapis Surabaya
    10 years ago
  • krafHATI
    TERKINI: PETA DUNIA UNTUK ANAK-ANAK SOLEH
    10 years ago
  • Butik Noraz
    Coming soon
    15 years ago

Education

  • Malaysian Association for the Study of Obesity
  • nutriWEB Malaysia
  • Malaysian Dietitians' Association
  • International Islamic University Malaysia

Labels

  • Ayah (3)
  • Bicara Hati (6)
  • Bisikan Sirr (1)
  • kembara dietitian (62)
  • Kenangan (15)
  • Mawaddah wa Rahmah (4)
  • Monolog (100)
  • Sakinah (4)
  • Tazkiyyatun Nafs (53)
  • Tips Diet (6)
  • Usrati (33)

Blogroll

About

Blogger templates

iluvislam

Blogger news

widgeo.net

Bicara Teman

Min Aina

Syahrul Islam

Al Waqtu Kas Saif...

Free Calendar & Clock

Tetamu Ziarah

Powered by Blogger.

Pages - Menu

  • Home

Popular Posts

  • Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf
    Buat semua yang bernama anak, inilah puisiku untukmu: Ingin kubisikkan resah seorang ayah resah kita bersama resah warisan lama b...
  • Pelajar + Ibu Bapa + Pensyarah
    Tarikh: 10hb April 2010 (Sabtu) Tempat: Hotel MS Garden, Kuantan Pahang Masa: 8.00 - 11.00 malam         Alhamdulillah semua berjalan la...
  • Untukmu Ratuku
    Ratuku Ingin kuluahkan Apa yang sudah lama ingin kuluahkan Tentang kebimbanganku ini Tatkala melihat bunga-bunga berguguran Dipetik tan...
  • D.I.E.T.E.T.I.C.S
    Bachelor of Dietetics Saya terpana ketika mendapat surat tawaran daripada IIUM, Alhamdulillah pilihan pertama saya berjaya diterima. Saya s...
  • Alhamdulillah..
    Alhamdulillah, hari ini tamatlah minggu kedua OPD di Beserah, bermakna tinggal seminggu sahaja lagi sebelum masuk semula IPD di HTAA. Semala...
  • OPD setting bermula
    Alhamdulillah minggu pertama OPD di Poliklinik Beserah selesai, saya hanya mampu memberi kaunseling kepada 2 orang pesakit sahaja lantaran k...
  • Motivation
    Jadikan daku hamba yang sentiasa memberi manfaat kepada yang lain "Maka tanyakanlah kepada orang yang berilmu, jika kamu tidak me...
  • Bahagian Saya, Bahagian Kita
    Mac datang lagi, mengulangi sejarah yang sama. Hospital jadi rumah kedua. Tahun lepas kami berkampung di IJN, tahun ni alhamdulillah cuma d...
  • Independent Studies in Dietetics Presentation
    a.k.a. Thesis Presentation Date: 30 November & 01 December 2009 Venue : Seminar Room 1, KAHS IIUM Kuantan 30 November 2009 Sugar-Swee...
  • Refresh
    "Mengejar ilmu itu memang memenatkan, kadangkala mengundang putus asa... Hakikatnya yang penat itulah bakal memberikan pulangan berharg...

Followers

Lintasan Pena

Aku tak mampu menjadi sehebat mereka, tapi cukuplah menjadi semampu aku kerana aku ada DIA untuk terus kuat...

Pages

  • Home
Showing posts with label Usrati. Show all posts
Showing posts with label Usrati. Show all posts

10 hari

Wednesday, September 4, 2013

Hari ini 28 Syawal. Lebih kurang 10 hari sahaja lagi untuk hari walimah, InsyaAllah. Berita perkahwinan saya agak mengejutkan ramai orang terutamanya di tempat kerja. Saya memang tidak pernah menyebut apatah lagi untuk menghebah-hebahkan yang saya akan berkahwin pada tahun ini kecuali kepada teman-teman rapat seuniversiti dan sekolah. Selepas kad jemputan diedarkan ke seluruh hospital, ke mana-mana saya pergi akan ada 3 soalan femes yang ditanya:

1. Orang Perak jugak? - Bukan
2. Sama belajar dulu ke?  - Bukan
3. Dietitian jugak ya? atau sama bidang (kesihatan)? - Bukan 

Habis macam mana boleh kenal? *senyum*

Itu soalan yang ditanya terang-terangan, tak kurang juga ada yang menjejaki profile siapa bakal suami saya di facebook dan bertanya kepada Pak Cik Google. Fuh gigih berusaha semua orang! Tersenyum saya dengan pelbagai respon, tak lupa di hujungnya saya sertakan, "doakan kami ya :) "

Saya khabarkan kepadanya huru-hara yang berlaku kat sini. Rupanya benda yang sama berlaku jugak di pejabat dia. Sejak jemputan yang dibuat melalui group whatsapp, kebanyakan kawan sekerjanya tak senang nak buat kerja; gigih mencari siapakah gerangan wanita itu. Hatta saya ada menerima beberapa permintaan untuk bersahabat di mukabuku dan terjumpa blog ini. Sungguh kelakar. 

Syahdu, sungguh syahdu

Moga persaudaraan 2 keluarga ini sentiasa subur mewangi hingga ke syurga. Ameen

Semalam, 3 September. Ulang bulan yang keenam pertunangan kami. 'Ala kulli hal, alhamdulillah untuk peluang ini. Mengenali seseorang yang asing sebelum ini dan akan menjadi orang yang paling rapat dalam seluruh kehidupan. Doaku moga dipermudahkan segalan urusan, dapat menumpang segala kebaikan yang dia ada, demi menuju kehidupan akhirat nanti. InsyaAllah. 

Posted by Nadirah at 1:02 PM 1 comments    

Labels: Mawaddah wa Rahmah, Sakinah, Usrati

Sakinah, Mawaddah, Rahmah

Tuesday, April 16, 2013


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…….

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu…

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih antara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


~Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jam'a baina kuma fii khayr buat mak & ayah untuk tahun ke-31. Pernikahan itu tanggungjawab, pernikahan itu menagih kesetiaan, dan pernikahan itu menuntut keikhlasan. Semoga cinta ini sentiasa subur hingga hujung nyawa; hingga ke syurga~  

Love,
Angah

Posted by Nadirah at 5:53 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Usrati

14/04/2013

Sunday, April 14, 2013


Seorang lelaki yang telah mengajarkanku bagaimana mencintaiMu ya Allah
Seorang lelaki yang hadir dalam setiap doa setelah solatku
Seorang lelaki yang meletakkan namaku dalam lantunan doanya untukMu
Seorang lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuku, Ibu, adik-kakakku, dan untukMu
Seorang lelaki yang selalu menasihatiku untuk membakar kelemahan dan kekuranganku
Seorang lelaki yang mengharapkan senyumku untuk mengatasi sedihnya
Seorang lelaki yang mengharapkan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang menjadi pemimpinku di saat aku kehilangan arah
Seorang lelaki yang mengharapkan doaku untuk kehidupannya
Seorang lelaki yang selalu mengingatkanku akan impian besarku
Seorang lelaki yang menjadi pahlawan dalam keluargaku
Seorang lelaki yang ku ingin untuk mendampingiku menuju JannahMu
Dan aku berdoa untuknya
Berikanlah kekuatan kepadanya untuk menghadapi UjianMu, agar ia mampu bangkit tiap kali badai menerpa
Berikanlah ia kehidupan yang mulia, sehingga ia dapat memuliakanMu
Berikanlah ia hati yang sentiasa ikhlas dan kuat menerima amanah-amanahMu untuk mentarbiah kami
Berikanlah ia dada yang lapang, sehingga ia dapat sabar dalam mendidik anak titipan dari Mu
Berikanlah ia umur yang berkah, sehinga tiap detik waktunya tak sia-sia di mata Mu 
Amin Ya Allah 

"Sanah helwah, ayah..."

Posted by Nadirah at 12:32 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Usrati

Bonda

Sunday, March 31, 2013

You've helped me enrich my life with your love, care, guidance and support. You're not just my MOM but best friend too! Thank you for everything... and a very happy birthday to you. I love you for the sake of Allah




Every day since I was born,
My mother cared for me.
Now that’s a lot of caring,
As anyone can see.

Please, Lord, protect my mother,
And keep her safe from harm,
For she is a cherished person,
With great wisdom, love and charm.

Lord, it’s my mother’s birthday
So please, help her to see
How much she means to us,
Her loving family.

Posted by Nadirah at 12:37 PM 0 comments    

Labels: Usrati

Bahagian Saya, Bahagian Kita

Tuesday, March 19, 2013

Mac datang lagi, mengulangi sejarah yang sama. Hospital jadi rumah kedua. Tahun lepas kami berkampung di IJN, tahun ni alhamdulillah cuma di hospital daerah. Baru ni ayah allergic to antibiotic, habis satu badan rashes (naik bintik-bintik merah), BP drop to 90-100/50-60 and SPO2 drop to 79% under room atmosphere. Sebagai pesakit buah pinggang yang perlu cuci darah 3X seminggu, keadaan kesihatan macam tu memang merbahayakan. Selepas mendapat panggilan telefon daripada Yong tengah hari tu, saya nekad untuk balik ke Perak malamnya. Alhamdulillah masih ada tiket, nak drive memang tak berani sebab dah lewat petang dari Terengganu. Dah terfikir nak ambik EL hari Ahad nanti, tapi bila mengenangkan ada mesyuarat negeri yang akan dihadiri oleh Ketua Profession Kebangsaan, hasrat tu terbantut. Dalam fikiran cuma satu, Allahu Rabbi, sampai hati mak tak bagi tau ayah masuk wad...  

Sepanjang perjalanan memang sedih, bila berlaku emergency sangat lambat nak sampai rumah. Hari ni dah 2 hari mak tak pergi sekolah, ulang-alik keseorangan ke hospital. Perancangannya kalau saya balik malam Jumaat tu, keesokan paginya boleh tukar shift dengan mak. Jadi  mak boleh pergi sekolah. Alhamdulillah selamat sampai pagi Jumaat. Sungguhpun keseorangan di stesen bas pada awal pagi sementara menunggu mak sampai, berulang-ulang doa, "Ya Hafiz, aku mohon perlindungan-Mu". 

Beberapa hari lepas, saya mendapat satu berita. Saya sepatutnya melapor diri di negeri baru semalam. Tapi impian saya hancur berkecai apabila pertukaran itu ditarik balik atas alasan perkhidmatan. Sekali lagi saya mencipta sejarah dalam perkhidmatan apabila perkara ni pertama kali berlaku. Surat pertukaran dah diedar, kemudian saya akan diberikan surat kedua; surat pengekalan di tempat lama oleh orang atas. Menunggu kedua-dua surat itu sampai di tangan saya seolah-olah menunggu hukuman gantung. Kuasa di tangan mereka. Biarkan. Saya mempositifkan diri, banyakkan tersenyum sepanjang minggu untuk menerima semuanya dengan hati yang ikhlas. Sungguh, nafas terasa sesak namun saya cuba bertenang dan bertenang. Syukur saya tidak langsung membuat persiapan apa-apa, tapi saya sangat sedih bila mengenangkan harapan palsu yang mereka berikan kepada mak dan ayah. 

Apabila dihimpit dengan situasi macam ni, bohong kalau kata tak de perasaan apa-apa. Cuma kali ini saya kurang menangis, seakan lali dengan apa yang dialami. Sahabat-sahabat yang mendapat tahu berita ini yang mengalirkan air mata, tak kurang juga memeluk saya dengan kuat seakan merasai apa yang berlaku pada saya. Sungguh saya tak kuat, hampir nak rebah. Tapi bila diingat pesan ayah selepas dapat berita tu, "sabar la nak.. dah bahagian kita! Doakan ayah selalu dan jaga diri baik-baik kat sana. Hari-hari mak denga ayah tak pernah putus berdoa untuk Angah" saya mesti bangkit. Ini cuma ujian kecil untuk persediaan kepada ujian yang lebih besar selepas ni. 

Saya sampai ke Terengganu subuh hari Ahad. Menumpang sekejap di rumah kawan untuk urus diri, kemudian bersiap-siap untuk mesyuarat di hospital besar. Mesyuarat sarat dengan input dan tindakan yang mesti diambil. Segala gerak kerja mesti selaras dengan target dan apa yang dah dirancangkan baik di peringkat negeri atau kebangsaan. Kepala rasa berat, sekali sekala berdenyut-denyut tapi cuba bagi tumpuan dan komitmen seikhlas hati. Alhamdulillah selesai.

Semasa di tempat mesyuarat, ada dalam kalangan mereka nak dapatkan kepastian tentang kisah pertukaran itu dan saya cuma feedback secara berbasa basi. Ada yang diam, ada yang bagi response. Dan antara response terbaik yang saya dapat; "Masa dapat tau boleh tukar tu, kamu seronok sangat la ye? Lepas tu bila tak jadi tu tak sedih ke?" (soalan macam tak puas hati sebab diorang tengok saya rileks bercerita seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku). Sebenarnya dalam hati nak jawab je "nak tak rasa penumbuk saya??"

Biarlah, itu bahagian saya. Ada hikmah Allah nak bagi untuk semua. Dia bagi nikmat dan Dia juga berhak untuk mengambilnya semula. Sesungguhnya tiada nikmat yang terbesar melainkan nikmat kembali kepada Pencipta :)

~Moga senyuman ini terus mekar dan melekat dalam jiwa sebagai penguat di kala duka~

Posted by Nadirah at 12:07 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Usrati

MenDERU

Monday, December 31, 2012

23/12/2012
Dah masuk minggu ke-2 hujan  berterusan kat sini, hari ni masuk hari ke-3 dengan sangat lebat. Pagi tadi sebelum Subuh pergi ambil Yong di Kuala Berang. Sekarang minggu ulangkaji sebelum peperiksaan akhir semester, Yong datang ke sini nak temankan balik Perak nanti. Mak dah bagi warning awal-awal untuk tak drive sorang-sorang dalam musim hujan.

-Hujan menemani perjalanan kami ke KT-

Semalam dapat call daripada Acik Anim, diorang sekeluarga ada di Terengganu untuk menghantar barang-barang Shafiq. Tahniah, cousin. Jadi orang Ganu, mike! Kerja molek-molek kat Texas City tu ;)


Rileks je kakak berdua ni redah air. Dalam kot sampai ke lutut!

Lepas balik kerja, kami ke KT untuk berjumpa dengan Acik Anim sekeluarga. Hati berat nak pergi, tapi digagahkan jugak sambil-sambil nak bawa Yong jalan-jalan. Saya terfikir nak lalu di LPT 2 dari Ajil, tapi bimbang air naik di Gong Badak. Lagipun jauh sikit nak pusing ke sana, jadi teruskan lalu jalan Kuala Berang-Kuala Terengganu untuk ke bandar. Sampai di Bukit Payong, air dah naik atas jalan. Tapi masih boleh lalu di laluan sebelah sana. Terasa nak patah balik semula ke Kuala Berang, tapi beranikan diri jugak nak tempuh memandangkan banyak kereta meneruskan perjalanan.

Sembang-sembang di lobi Hotel Seaview

 Lepas ni kena bergambar di Istana Nur Nadhirah pulak ;)
Selamat sampai KT, makan yee mee sizling kat Mydin Mall. Jumpa Acik Anim & Najiha. Lepas borak-borak, kami balik ke Kuala Berang melalui LPT 2. 

24/12/2012
Hati makin bimbang, hujan tak reda malah makin lebat. Beberapa kampung di Kuala Berang dah dinaiki air. Ramai jugak staff hospital tak dapat nak datang kerja dek terkepung dengan banjir. Malamnya, laluan Sungai Tong yang biasa dilalui dah ditutup. Plan nak pusing laluan pantai dari KT, lalu Pantai Penarik di Setiu. Kalau hujan lebat berterusan, mungkin tak jadi balik kali ni. Sedih :(

25/12/2012
Kuantan lumpuh. Banjir kilat sekitar Restoran Taj, Megamall. Sangat dahsyat! 

Pagi ini hujan renyai-renyai. Selepas subuh, kami dah gerak keluar. Cadang untuk ke pekan Kuala Berang, nak belikan mak nasik kapit yang sedap tu. Tapi apakan daya, jalan ke pekan pun dah ditutup. Jadi kami terus melencong ke KT untuk beli barang-barang lain di Pasar Payang sementara update laluan mana yang dah dibuka.

Kami ke KT melalui LPT 2, nak selamat dan tak nak harung air di Bukit Payong. Alhamdulillah lepas sampai Gemuruh, tapi tersilap teknik. Kononnya nak elak banyak kereta di Wakaf Tembesu, jadi lalu di Kampung Padang Hangus untuk shortcut ke Gong Badak. Sekalinya dussshhhh!!!! Air dah tinggi kat situ, memang tak perasan. Dah separuh jalan mengharung air, teruskan jugak. Memang terasa bawak motorboat!

Tinggi ni la air yang AHL harung!
Tali kipas memang dah berbunyi, enjin pun bunyi lain sikit tapi tak mati tengah air tu. Kalau enjin mati, habis la kena tolak kereta la pulak pagi tu. Lepas cabaran pertama, ada satu tempat di depan sana untuk diharung. Haru! Kali ni air cetek sikit tapi panjang laluannya. Tambahan pulak di selekoh tajam, memang sejuk kaki tangan sambil bawak kereta. Kakak dah pucat, saya buat-buat cool. Dalam hati Tuhan aje yang tahu..Cepat-cepat telefon ayah nak buat apa lepas tu. Sebelum buat tak fikir panjang, bila dah jadi baru nak gelabah. Hai la, Nadirah! Berani yang bukan-bukan. Ayah pesan kalau tali kipas terus berbunyi, ganti dulu sebelum balik Perak. Air memang masuk dalam kereta, habis semua karpet basah =(

Lepas selesai beli barang-barang di Pasar Payang, kami bertolak balik ikut laluan pantai ke Setiu (Batu Rakit-Penarik).. Singgah di Setiu memborong keropok lekor dalam hujan renyai, macam nak balik dekat aje, bersuka-ria ke sana sini. Mak tak putus telefon dah sampai kat mana. Siapa yang tak takut, tapi saya malas nak beratkan kepala. Harung aje apa yang nak jadi nanti sambil update berita daripada kawan-kawan.

Sampai di Pantai Penarik, laluan ke Bandar Permaisuri dah ditutup. Banyak kereta tersadai di tepi jalan. Awalnya nak harung air lagi sekali, tapi bila tengok Hilux, Storm semua patah balik jadi kami pun tak jadi nak teruskan. Dalam kepala memang nekad nak balik, terfikir laluan dari KL... Kami berpatah balik, Yong mintak singgah di Pantai Penarik untuk ambil gambar ombak yang semakin mengganas.

Pantai Penarik, Setiu
Sedang asyik ambik gambar, Yong  perasan ada sesuatu yang hilang pada kereta kami..

aaaaaa macam mana boleh hilang???

Macam-macam dugaan balik kampung kali ni, bila no plat dah hilang semangat makin pudar.. Kawan dari Kuantan maklum semua laluan Kuantan-Kuala Terengganu dah ditutup. Musnah harapan nampaknya. Jadi, terus je ambik keputusan untuk buat no plat baru, lepas tu baru fikir macam mana. Jam dah hampir pukul 12 tengah hari.. Perut berdondang sayang pulak.

Sepanjang perjalanan tu, tak jumpa kedai yang bukak. Maklum la cuti umum krismas + hujan lebat. Akhirnya kami jumpa kedai sekitar Batu Rakit. Dengan perasaan segan, maklumkan pada tauke kedai nak buat no plat. Rupanya ramai yang alami nasib yang sama! Hehehe. Tauke kedai tak tanya banyak; cuma nak tempah depan atau belakang, straight ataupun  2 lapis, terus buat ukuran. Memang nak tergelak betul rasanya. Pengalaman hidup anak rantau, kalau tak jadi macam ni tak de kenangan yang boleh dikongsi ;)

Mujur saya ada co-driver yang peka~

Pilih, pilih. Nak mana satu!
Hujan tak de tanda nak sidang, hati dah nekad nak balik tidur di Kuala Berang. Penat sangat, bertambah penat bila rasa jalan nak balik tu tak de. Sedih! Ayah dengan mak tak putus-putus telefon tanya khabar kami. Lagi bertambah stress.. Saya ajak Yong makan dulu, lepas solat baru fikir nak gerak ke mana. Dalam hati tak putus doa... "Kami nak balik kampung jumpa mak ayah, permudahkanlah Ya Allah. Izinkan kami, izinkan kami, izinkan kami..."

Setiba di Masjid Wakaf Tembesu, saya dapat call daripada Hazirah. Dia dah selamat sampai di LPT 2, dalam perjalanan ke Kerteh. Laluan Sungai Tong yang biasa kami lalu dah dibuka. Ada beberapa tempat di Besut dah naik air, tapi masih boleh lalu untuk kenderaan kecil. Harapan bersinar kembali, terasa ringan bahu. Yong dah tak boleh nak fikir, dia ikut aje ke mana saya nak bawak. Kesian pulak.

Lepas solat, saya nekad + tawakkal. Moga perjalanan kami dilindungi & diselamatkan daripada segala bahaya & bencana. Alhamdulillah perjalanan kami sangat-sangat dimudahkan. Hujan rintik-rintik sampai ke Besut. Walaupun banyak jalan rosak dan air 'melintas' atas jalan, kami selamat sampai di Kawasan rehat Titiwangsa sebelum Maghrib. Cuaca sangat sejuk atas gunung, menggigil. Terasa macam di Cameron Highlands ;) Kami rehat, sempat pekena pau yang best tu dan air panas.. Lepas Maghrib bertolak balik ke Perak, alhamdulillah 10.30 malam selamat sampai rumah.. 15 jam memandu, pinggang memang rasa nak patah. Mata berpinar menahan silau lampu, tapi boleh senyum sampai telinga sebab dapat peluk mak ayah ^_^

Time sejuk memang sodap pekena teh tarik + pau!
p/s: 
1. Bila susah, baru merasai nikmat bertawakkal
2. Berani sifat yang baik, tapi kalau terlalu berani macam ni la jadinya..
3. Anak rantau tak boleh manja, semangat mesti waja macam besi. 

Sesungguhnya Dialah yang memudahkan perjalanan kami, melindungi kami daripada segala mara bahaya. Syukur pada-Mu Ya Allah, dengan ujian kecil ini~

Posted by Nadirah at 11:41 PM 4 comments    

Labels: Kenangan, Monolog, Tazkiyyatun Nafs, Usrati

Family: Terengganu

Saturday, November 17, 2012

3 Muharram 1434H


Sejak setahun bermaustatin kat sini, pertama kalinya famili datang melawat sambil bercuti. Saya teruja lepas cadangan mak dipersetujui ayah. Sejak ayah dialisis Mac lepas, ayah memang agak berat nak berjalan jauh. Agak lama kami ambil masa nak pujuk ayah. Setiap kali telefon mak/ayah, jawapan tetap sama: "Tak payah la, bukan senang nak cari tempat dialisis ayah.." Saya tau, tu cuma alasan. Jauh di sudut hati ayah berkobar-kobar dia nak datang melawat anak dia yang sorang ni. Setiap kali nak balik Ganu, ayah memang tak nak hantar saya ke muka pintu. Saya tau ayah sebak T_T

11/11/12 (Ahad)
Alhamdulillah mereka selamat sampai Kuala Berang selepas 7 jam perjalanan. Hari itu saya bekerja dengan hati tak tenang. Sejak mesej dari Yong bagitau diorang dah bertolak, saya tak boleh fokus nak siapkan semua kerja memikirkan keselamatan diorang sepanjang perjalanan. Agaknya macam ni la perasaan mak ayah setiap kali saya pulang ke Perak, lebih-lebih lagi apabila memandu bersendirian. Homestay Anggerik Kirana menjadi teduhan kami untuk 2 malam. Perancangan asal cuma semalam di Kuala Berang & 3 malam di Kuala Terengganu. Tapi memandangkan kelewatan saya booking homestay di Kuala Terengganu, tarikh yang dipilih dah penuh. Jadi, percutian kali ni 2 malam di Kuala Berang & 2 malam di Kuala Terengganu. Semua keletihan, malam tu tak ke mana-mana. Sekadar menikmati keselesaan homestay :)

Dapur yang lengkap dengan peti sejuk & meja makan. Pinggan mangkuk, cawan pun dah siap sedia :)

12/11/12 (Isnin)
Hari ini saya masih bekerja juga, confirmation schedule dialisis ayah di saat-saat akhir membuatkan saya tak boleh bercuti lama. Pagi hari ke-2, ayah dialisis di hospital saya bekerja. Alhamdulillah, dipermudahkan untuk ayah cuci darah, semua tempat dialisis di KT dah penuh & kebetulan tinggal 1 kekosongan di sini. Sejak ayah sakit, kami sekeluarga belajar jadi manusia yang lebih terancang untuk suit dengan keadaan ayah. Penginapan yang tak ada tangga yang suitable for wheelchair, cari tempat dialisis untuk ditumpangkan dan paling banyak kami belajar menguruskan emosi ayah yang asyik sensitif. Moga-moga Allah sentiasa kurniakan kami kesabaran &jadikan kami kuat dalam meneladeni ayah.

Di rumah, ayah dialisis di pusat swasta. Jadi semua benda staff pusat tu yang buatkan. Tapi agak beza sedikit dialisis di hospital kerajaan. Semua benda pesakit atau waris yang buat sendiri sebab kekurangan staff. Pesakit dan waris dilatih untuk berdikari; ambil alat-alat (dialyzer, syringe, normal saline,etc), pasangkan kat mesin dan staff tolong untuk prick. Mana pesakit yang dah expert tu, boleh prick sendiri! Kagum saya. Tapi saya rasa sangat gembira sebab belajar benda baru dalam hidup, menyelami kehidupan pesakit dialisis yang ramah-tamah. Terasa macam satu  keluarga, membuatkan saya semakin cinta dan membuak-buak nak jadi renal dietitian!

Kenangan sementara tunggu ayah dialisis  
Hari ni cuma ada 1 referral, tu pun follow up sebab patient readmitted due to hyponatremia (old CVA). Selepas iring ayah di unit hemodialisis, saya pergi ke wad. Dari pagi kepala serabut sikit sebab Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) kena hantar sebelum hujung bulan. Memo baru dapat 2 hari lepas. Saya tidak rasa berat pada diri sendiri, tapi memikirkan staff. Dengan komputer yang terhad hanya di bilik pegawai & staff kurang kemahiran nak menggunakan komputer apatah lagi sistem online memang menjadi penghalang pada mereka. Itu tak termasuk lagi kalau line ada masalah atau jam. Sangat menguji iman..

[Kerjaya & Keluarga] Baru balik dari wad
Ayah habis dialisis lebih kurang pukul 4 petang. Sementara menunggu ayah, mak, Azim, Adibah & Yong sempat pusing-pusing pekan Kuala Berang & melawat Memorial Batu Bersurat. Pekan Kuala Berang tak besar mana, macam Sungai Siput kata mak. Sekurang-kurangnya mereka dah tau persekitaran & suasana kehidupan saya kat sini.
Ni la Batu Bersurat dalam buku teks Sejarah dulu

Mak mencatat kenangan kat sini ^_^
Petang tu kami tak ke mana-mana, ayah tak berapa sihat nak pergi jalan-jalan. Dah menjadi kebiasaan, ayah agak keletihan selepas dialisis. Malam tu, saya bawak mak ziarah bekas anak muridnya yang kebetulan bekerja di hospital. Anak murid mak tinggal sekampung dengan kami dulu di Kati, tapi selepas kami sekeluarga pindah ke Talang tahun 1993 memang dah tak jumpa sampailah saya dapat kerja di sini. Dia berkahwin dengan orang Ajil & terus menetap kat sini hampir 8 tahun.. 

13/11/12 (Selasa)


Air Terjun Sekayu. Perghhh...sejuk!
Sebelum check out tengah hari, kami adik-beradik sempat melencong ke Air Terjun Sekayu. Mak dengan ayah tak nak ikut. Mulanya sekadar nak celup-celup kaki & ambil gambar. Tapi dek kesejukan & ketenangan air terjun tu memang tergoda la.. Azim siap berenang & menyelam, berposing maut macam mermaid. Sangat jelous! Kami cuma tengok aje la sebab tak bawak baju spare. Lepas ni tak boleh jadi, kena pergi lagi sekali nampak gayanya ;)

Sebaik sampai, tangkap gambo dulu ;)
Peta. Mana tau kalau tersesat nanti
Aiseh, siap menyelam. Sape tak jelous!

Aksi mermaid la pulak. Hadoi~

Hanya mampu melihat + rendam kaki :'(

Wokeh, kena datang sebelum Januari 2013. Lepas ni kena bayar RM2 seorang

Homestay Anggerik Kirana K.Berang

Mesti rindukan momen lepas ni~~

Gurau-gurau adik-beradik =,=
Kami bertolak ke Kuala Terengganu sebelum Zohor, check in di Homestay As Salam di Kg Tg Jaafar berhampiran airport. Rumah yang selesa, lengkap dengan keperluan asas. Dah sampai KT memang tak sah kalau tak ke Pasar Payang selepas lunch & solat.  Ayah tak mahu ikut kami, mahu berehat katanya. Mujur ada Yong yang sudi temankan ayah sementara kami ke sana. Dah mungkin tak ada rezeki, Pasar Payang black out petang tu. Jenuh jugak la membeli dalam gelap + panas terutamanya barang penting yang mak nak beli. Disebabkan dah sampai situ, habis jugak la tingkat 2 tu kami round. Barang-barang yang dah di'aim' dapat dibeli walaupun dalam gelap. Ni la namanya kesungguhan, walau apa jua keadaan akan diusahakan :D

Pasar Payang bahagian belakang
Psssstttt. Ni la barang penting yang mak cari <(")

Elok habis shopping kat Pasar Payang, hujan turun selebat-lebatnya tapi mujur tak lama alhamdulillah. Teruskan plan ke Waterfront sementara ada waktu sebelum Maghrib. Orang agak ramai petang tu, air sungai pun agak deras sebab baru lepas hujan. Pemandangan masyaAllah sangat menenangkan hati, rasa tak nak balik. Sementara nak tunggu Maghrib, sempat kami ke Pulau Duyong tadabbur alam kat sana pulak.

Ibunda tercinta di muara Sungai Tganu ^_^

I-city KT 

Menanti senja di Pulau Duyong

Disebabkan tersilap jalan (aiseh, macam mana la tourist guide nih!) menghala ke KT, kami teruskan la perjalanan ke Giant foodcourt untuk beli makan malam (Dah ada atas Jambatan Sultan Mahmud tu, memang tak boleh nak u-turn la kan sampai ke simpang Mydin Mall tu). Balik kepenatan malam tu, tak jadi nak keluar lagi pergi ambik angin malam di pantai..

14/11/12 (Rabu)
Hari ni ayah dialisis sekali lagi di Kuala Berang. Perjalanan ke sana hampir 20 minit sehala melalui highway LPT 2 + 4jam sesi dialisis. Jadi, saya & Yong ambik keputusan untuk temankan ayah. Sementara nak tunggu 4jam tu, saya boleh singgah office selesaikan apa yang patut & berehat di kuarters. Azim bawak mak & Adibah sekali lagi ke Pasar Payang untuk beli barang-barang yang tak habis dicari semalam ;)

Adik bongsu. "Ayah, Angah akan ingat semua pesan ayah. Satu yang Angah minta, ayah usah rasa terbeban dengan semua yang berlaku. InsyaAllah ni terbaik untuk kita"

Dalam perjalanan, ayah  banyak diamkan diri. Saya tahu, ada benda penting yang ayah nak luahkan pada kami daripada riak wajahnya. Ada satu ketika ayah kata: "Ayah mintak maaf, sebab susahkan kome semua..Tak tau macam mana lagi ayah nak buat kalau kome tak ada." Ada beberapa lagi perkara yang ayah ingatkan, paling tersentuh bila ayah cakap: "Kome tolong tengok-tengokkan Adibah tu (Adik bongsu kami yang baru tingkatan 2). Ayah kesian kat dia, kecik-kecik lagi kena susah. Nanti bila ayah dah tak ada, kome pun dah bekeluarga, jangan abaikan hidup dia. Macam mana kome berjaya, ayah nak dia pun dapat sama". Serius, saya tak boleh nak tahan air mata masa tu. Saya pujuk ayah (sebenarnya pujuk diri sendiri), yang sebenarnya apa yang kami buat tak mampu nak balas sama dengan kesusahan ayah dengan mak membesarkan kami berpuluh-puluh tahun. Bukan seorang, tapi 5 orang anak yang berlainan karekter. Saya tau, memang itu yang menguasai hati ayah. Hari ke-2, mak ada bagitau ayah menangis. Sebab itu ayah bagi alasan nak berehat, sebenarnya ayah tak nak kekurangannya untuk bergerak membantutkan percutian kami di sini. Ya Allah, mulianya hati ayah!

Rehat kat sini

Bersinar-sinar, pantulan kristal la kot

Dari Pasar Payang, diorang ke Pulau Wan Man. Solat Zohor di Masjid Kristal. Hajat nak masuk taman Tamadun Islam, tapi fees agak mahal tak berbaloi mak kata. Jadi usha dari luar dah cukup =P

Round Taman Tamadun Islam dalam kereta ^^v

Kalau Adibah dapat 9A PMR nanti, Angah belanja naik flight =P
Malam tu, ayah tunaikan hajat kami. Ayah setuju nak ikut dinner kat luar (sebenarnya, saya tak nak ayah rasa inferior dengan kesihatan dia. Ayah yang saya kenal seorang yang kuat semangat, tak pernah mengeluh bila susah atau ada masalah.. Cuma sejak matanya makin kabur, ayah agak lain. Semakin menyendiri + sensitif, kurang nak berbual dengan orang luar. Makan pun makin sikit, ayah dah hampir underweight :-( ). Lepas dinner, kami pusing-pusing area Seberang Takir & Pantai Teluk Ketapang ambik angin malam sebab esok dah nak balik Perak...

Terima kasih, ayah tunaikan hajat kami

Homestay As Salam, KT


15/11/12 (Khamis)


Bersama Ustaz Pauzi & isterinya. 

Pagi ni, ayah sempat bertemu sahabat sekelas di Maktab dulu, Ustaz Pauzi (Ayah kepada Kak Tihah-sama UIA & kerja di Kuala Berang). Lepas habis maktab 1979, memang tak jumpa langsung sampai la 2006 kat UIA Kuantan semasa pendaftaran kami. Lepas 6 tahun kemudian baru jumpa balik, keciknya dunia! Mereka suami isteri ajak datang rumah, tapi mak ayah berat hati sebab kami rushing nak balik. Jadi kami berjumpa di Restoran My Mum Nasi Lemak, berhampiran dengan homestay kami.

Kesempatan pagi tu kami gunakan ke pantai sekali lagi. Owh, sangat jatuh cinta dengan ketenangan laut! Ombak yang menderu, bau pasir, angin sepoi bahasa.. Pasti rindu momen ni kalau saya tak duduk di Terengganu suatu hari nanti.



Ayah yang setia menunggu

Aktiviti yang dirindu sejak kecil. Mengutip cengkerang di pasir pantai

Mak pesan: Pandai-pandai la jaga diri kat tempat orang ^_^

Kami ke Losong menjejak keropok lekor, bekalan teman-teman di Perak. Pagi itu juga, rakan seperjalanan saya Munirah datang melawat kami dengan tambahan keropok lekor juga. Alhamdulillah murahnya rezeki.

Sebelum pulang~
 Kami check out dalam pukul 11 lebih, kebetulan ada majlis kahwin depan homestay. Sempat la diorang melihat majlis perkahwinan orang Terengganu yang sedikit berbeza dengan kami di Perak :)

Bila cinta hati mahu pulang, sedikit semangat saya turut terbang~

"Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)" (An-Nur 24:40)

Ya Allah, masihkah aku mempunyai peluang sebegini lagi selepas ini...

Posted by Nadirah at 4:28 PM 2 comments    

Labels: Ayah, Monolog, Usrati

Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Powered By Blogger

Blog Design by Gisele Jaquenod.