skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Nadirah
Small woman with a big heart.Born in Perak, studied in Pahang. Works in Terengganu. Educate people in hospital and public. Loves writing.
View my complete profile

Archivo del blog

  • ▼ 2014 (3)
    • ▼ March (1)
      • Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2013 (15)
    • ► October (2)
    • ► September (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► April (4)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (1)
    • ► April (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ► 2011 (36)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (1)
    • ► August (5)
    • ► July (7)
    • ► June (4)
    • ► April (8)
    • ► March (2)
    • ► February (5)
    • ► January (2)
  • ► 2010 (58)
    • ► December (2)
    • ► October (3)
    • ► September (8)
    • ► August (8)
    • ► July (8)
    • ► June (4)
    • ► May (7)
    • ► April (6)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (6)
  • ► 2009 (33)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (3)
    • ► September (7)
    • ► August (7)
    • ► July (7)

'Ilman Naafi'a

  • Dr Siti Sarah Shukor
    Sweet Bonanza 1000: почему казахстанцы выбирают этот слот и как не потерять голову
    1 day ago
  • Ust Hasrizal
    Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah
    4 months ago
  • Dr Sha Mesir
    Road to Bandung 2025
    7 months ago
  • Ust Pahrol
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    3 years ago
  • Kak Salwa Saleh
    Kenapa kami suka pergi bercuti di PD?
    4 years ago
  • Zaharah Muhammad
    Jalan
    6 years ago
  • Langit Ilahi
    Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?
    7 years ago
  • Fatimah Syarha
    I CUT APPLE A PARENTING
    7 years ago
  • Dr Ummi
    Kawan Sejati Atiqah
    8 years ago
  • Dr Nazhatul Muna Ahmad Nasharuddin
    Why I love working in Emergency Department
    10 years ago
  • Mujahid sepanjang zaman..
    Aku mendung.
    10 years ago
  • Dr Hidayah Bani
    Tempat Baru
    12 years ago
  • Ustaz Muhd Shaari Abd Rahman
    KEM UMMAH SUKSES: TENTATIF DAN POSTER
    13 years ago
  • HEALS
    The DO's and DONT's of Studying
    13 years ago
  • Mohd Afiq Mohd Saleh
    TIPS BISNES AKHIRAT: AMAL JARIAH, HARTA YANG BERANAK-PINAK
    15 years ago
  • Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
  • Ustaz Mohd Erfino Johari

Baitul Muslim

  • Usrah Mujahid & Nihlah
    "Not bad"
    1 year ago
  • Usrah Rizza & Mardhiah
    Esok Mujahid UPSR!
    9 years ago
  • Usrah Hafiz & Mawaddah
    Ayah tak suka, tapi anak minat pula. Kenapalah wahai anakku?
    10 years ago
  • Usrah Azreen & Asiyah
    Kisah Nabi Di Pagi Hari
    11 years ago
  • Usrah Ipin & Atiqah
    End Of Posting..buat apa?
    12 years ago
  • Usrah Hawari & Hairena
    INNA MA'AL 'USRI YUSRA
    14 years ago
  • Usrah Khubaib & Aisyah
    Perniagaan
    15 years ago

Friends Forever

  • Noor Munirah Awang Abu Bakar
    Kedai makan best di MUAR
    11 years ago
  • Norjihada Izzah Ismail
    YA ALLAH, selamatkan GAZA & Palestinians
    13 years ago
  • Nur Sabrina Subri
    Meneladani rumah tangga Baginda Rasulullah s.a.w..~
    14 years ago
  • Noor Amirah Mat Nawi
    roh dan jasad itu makanannya berbeza..
    14 years ago
  • Smiling Sakura
    7 Steps to Create Productive Habits In 21 Days
    14 years ago
  • Noorsyuhada Mohd Salleh
    ...My BIG day...^_^ on 12th March 2011
    15 years ago
  • Budak-Budak Hitam
    Impian Jadi Kenyataan
    15 years ago
  • Nadirah Sulaiman
  • Che Aishah Nazariah Ismail

Kata-Kata Hikmah

"Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu yang ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun jika sesuatu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah ada dalam GENGGAMAN"

Tautan Ukhuwah

  • Maryam Al-Batul Azizuddin
    Planting Lavender
    8 years ago
  • ::Mukminah Mujahidah Menongkah Arus::
    Tersenyumlah
    10 years ago
  • Mohd Naim Rahim
    I'M BACK
    12 years ago
  • Yassir Ramlee
    Pemuda Pemudi Mengemudi Arus Perubahan
    12 years ago
  • Batrisyia Saffiyah & Aqeel Aisy
    Chacha wean off from formula milk
    13 years ago
  • Nur Asiyah Mustapha Kamil
    Happy Birthday, My Princess!
    14 years ago
  • Esfarizam Abd Ghaffar
    Anak-anak tak sihat
    14 years ago

The Dietitians

  • Creating Womanhood
    Sloth
    5 years ago
  • Diet Terapeutik Untuk Hati...
    MARY JARDIN ITU APA?
    8 years ago
  • Abdur Rahman Al-Azmi
    3 Peringkat Yang Akan Dilalui oleh Penuntut Ilmu
    8 years ago
  • Mohd Faizal Salleh
    Orang Tercari-cari Manikam Kita Pula Mencari-cari Cara Membuangnya
    9 years ago
  • Ayat
    mengapa menulis kalau bukan untuk memberi pengajaran?
    9 years ago
  • Dr Azdie
    Suara Keramat
    9 years ago
  • Variety is the spice of life
    Promo Dunkin Donuts
    10 years ago
  • Sr Suraiya Hani Said
    1st May 2015
    11 years ago
  • Noor Sakini Salleh
    New bestfriend
    11 years ago
  • Beautiful Soul
    BEST FEELING IN THE WORLD
    11 years ago
  • Izzah Ismail
    the fault in our stars
    11 years ago
  • Hasmira Mohd Daud
    Harum Semerbak!
    12 years ago
  • Muhammad Huzaifah Ahmad
    Ubat
    12 years ago
  • Nurul Husna Aron
    Hukuman mati
    12 years ago
  • Ahmad Huzaifah Yusoff
    UiTM di Hatiku?
    12 years ago
  • Ilman Hadree Idris
    Stevia Rebaudiana
    13 years ago
  • Geo Allen George
    WOW..CHECKING 1 2 3...
    14 years ago
  • Mohd Hakim Zakaria
    Selamat tinggal....
    14 years ago
  • Nur Ilanah Abdullah
    Eid Mubarak!!
    15 years ago
  • Mardhiah Mohd Roslan
  • Sr Fathin

SMKASR

  • Nurshuhada Zainon
    My CL's Journey to Oxford
    5 years ago
  • Izyan Mardhiah Halmi
    MSSD BoLa JaRiNg DaeRaH SeMPoRNa 2012
    14 years ago
  • Nurul Husna Johari
    Tak seindah biasa
    16 years ago
  • Sharihana Ab Halim
  • Zarina Rosehan Anuar

IIUM Dietetics

  • Kitchen's Heart Cafe
    "Thinking mistakes" for weight loss management
    10 years ago
  • 5th Batch
    Sports gives great Well being, and what impact this has on the psychological health and good quality of life?
    14 years ago

Online Shop

  • Homecake Delicious
    kek kahwin
    6 years ago
  • Resipi Noraini
    JADUAL KURSUS 2020
    6 years ago
  • Edariman Online Mall
    AL-QURAN RUMI AL-MUMAYYAZ SAIZ A4
    7 years ago
  • Sinar Kehidupanku
    Talam Lapis Surabaya
    10 years ago
  • krafHATI
    TERKINI: PETA DUNIA UNTUK ANAK-ANAK SOLEH
    10 years ago
  • Butik Noraz
    Coming soon
    15 years ago

Education

  • Malaysian Association for the Study of Obesity
  • nutriWEB Malaysia
  • Malaysian Dietitians' Association
  • International Islamic University Malaysia

Labels

  • Ayah (3)
  • Bicara Hati (6)
  • Bisikan Sirr (1)
  • kembara dietitian (62)
  • Kenangan (15)
  • Mawaddah wa Rahmah (4)
  • Monolog (100)
  • Sakinah (4)
  • Tazkiyyatun Nafs (53)
  • Tips Diet (6)
  • Usrati (33)

Blogroll

About

Blogger templates

iluvislam

Blogger news

widgeo.net

Bicara Teman

Min Aina

Syahrul Islam

Al Waqtu Kas Saif...

Free Calendar & Clock

Tetamu Ziarah

Powered by Blogger.

Pages - Menu

  • Home

Popular Posts

  • Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf
    Buat semua yang bernama anak, inilah puisiku untukmu: Ingin kubisikkan resah seorang ayah resah kita bersama resah warisan lama b...
  • Pelajar + Ibu Bapa + Pensyarah
    Tarikh: 10hb April 2010 (Sabtu) Tempat: Hotel MS Garden, Kuantan Pahang Masa: 8.00 - 11.00 malam         Alhamdulillah semua berjalan la...
  • Untukmu Ratuku
    Ratuku Ingin kuluahkan Apa yang sudah lama ingin kuluahkan Tentang kebimbanganku ini Tatkala melihat bunga-bunga berguguran Dipetik tan...
  • D.I.E.T.E.T.I.C.S
    Bachelor of Dietetics Saya terpana ketika mendapat surat tawaran daripada IIUM, Alhamdulillah pilihan pertama saya berjaya diterima. Saya s...
  • Alhamdulillah..
    Alhamdulillah, hari ini tamatlah minggu kedua OPD di Beserah, bermakna tinggal seminggu sahaja lagi sebelum masuk semula IPD di HTAA. Semala...
  • OPD setting bermula
    Alhamdulillah minggu pertama OPD di Poliklinik Beserah selesai, saya hanya mampu memberi kaunseling kepada 2 orang pesakit sahaja lantaran k...
  • Bahagian Saya, Bahagian Kita
    Mac datang lagi, mengulangi sejarah yang sama. Hospital jadi rumah kedua. Tahun lepas kami berkampung di IJN, tahun ni alhamdulillah cuma d...
  • Bonda
    You've helped me enrich my life with your love, care, guidance and support. You're not just my MOM but best friend too! Thank you ...
  • 1 tahun lagi usia diambil
    Hari pertama tahun 2010 bermakna dah 15 hari meninggalkan tahun 1431 hijrah. Soalan yang selalu ditanya bila tiba tahun baru, "Apa azam...
  • Ketenangan
    Bersungguh-sungguhlah dengan kehinaanmu, nescaya Dia menolongmu dengan kemuliaan-Nya. Bersungguh-sungguhlah dengan ketidakberdayaanmu, nesc...

Followers

Lintasan Pena

Aku tak mampu menjadi sehebat mereka, tapi cukuplah menjadi semampu aku kerana aku ada DIA untuk terus kuat...

Pages

  • Home
Showing posts with label Tazkiyyatun Nafs. Show all posts
Showing posts with label Tazkiyyatun Nafs. Show all posts

Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf

Monday, March 24, 2014

Buat semua yang bernama anak, inilah puisiku untukmu:

Ingin kubisikkan resah seorang ayah
resah kita bersama
resah warisan lama
berkesinambungan sejak zaman silam
imbauan kisah Yaakub dan Yusuf Alaihisalam

Bila harapan suci seorang ayah telah diuji
bayangkan betapa terkejutnya Yaakub
menerima khabar kematian Yusuf.
Namun, jauh di sudut hati tetap tidak gementar
dia yakin Yusuf tetap dipelihara Allah
walaupun di tangannya baju yang berdarah.

Ah, siapakah tidak tergugah bila berpisah?
Dan menangislah Yaakub menanggung resah seorang ayah.
Matanya menjadi buta, tetapi hatinya terus bercahaya
"Yusufku, Yusufku.. Demi Ilahi dia pasti kembali."
Lalu terjadilah tribulasi demi tribulasi
tragedi demi tragedi

Yusuf terjual menjadi hamba, terfitnah oleh wanita,
terasing dipenjara
Namun akhirnya Yusuf ternama
menjadi menteri mencatur ekonomi
Siasahnya menyelamatkan negara
Akhirnya Yusuf pulang kepada Yaakub
Pertemuan itu sudah termaktub.

Sudah beberapa dekad pula kita genggam anugerah itu
kita cuba perkukuhkan amanah demi hari.
Adakalanya kita tegak berdiri dengan ampuh
tetapi ada masanya kita terjatuh
dilanggar dan dirempuh
taufan kehidupan ini tidak sudi simpati.

Dengan sepercik iman, sekelumit keyakinan,
kita harungi jua badai penderitaan
Sesungguhnya titipan Tuhan ini bukan khayalan
kehadiran putera dan puteri adalah kenyataan
walaupun perjalanan peristiwa kekadang 
sepantas imbauan.

Ah, rasanya baru semalam, kita dipanggil anak
tapi hari ini, sudah bergelar ayah
Dulu, kita dibelai dan dimanja
namun kini kita dipagut susah, dipaut derita.
Oh, sedar-sedar sudah putih rambut di kepala
sudah berkedut garis di muka, usia sudah di ambang senja
mentari hidup kian redup, sudah hampir ke episod penutup.

Walaupun sesekali, terasa ingin berkejaran di tepi denai
atau berenang-renang ke sungai
Tapi siapakah mampu memutar kembali jarum waktu?
Yang berlalu, terus berlalu, terlalu laju.
Yang tinggal hanya kenangan,
yang kekal sebagai ingatan.
Ah, musim bermain hujan telah berlalu,
Kini musim bermandi hujan.

Marih kita ingat detik kelahiran mereka,
seorang demi seorang  
Bersama isteri di sisi, kita nikmati tangisan pertamanya
Lalu kita azan di telinga kanan, iqamat di telinga kiri
Kita ukirkan kalimat tauhid di kanvas hatinya yang suci
Itulah bekal utama, jati dirinya yang pertama
dan termaktub sudah janji di sisi Allah
Anak, kaulah hamba dan kaulah khalifah
Dan aku adalah ayahmu, pemegang amanah safarmu yang fana

Lalu bermulalah kembara anak di alam dunia.
Satu kembara yang panjang
bagi mereka yang alpa, masa terbuang sia-sia.
Satu kembara yang pendek
bagi mereka yang cerdik, masa terisi dengan baik

Kenalkan dahulu anak kepada Tuhan
Katakan Tuhan itu Ada, Esa, Agung dan Perkasa
Lihat awan dan bulan, itu semua Tuhan jadikan
Nun di sana burung dan ikan
Tuhanlah yang memberinya makan
Kalau di situ ketika anaknya bertanya,
'Ayah, kenapa  mendung begini?'
Katakan, 'Tuhan ingatkan kita supaya hargai nikmat mentari'

Walaupun masih di tahap fikrah terendah
anak mesti diajar mentauhidkan Allah
Kuasa hafalannya, terokailah
Kecepatan menirunya, manfaatkanlah.
Semuanya menuju satu
Segala terjurus lurus
Awwaluddin makrifatullah!

Bangkitlah di fajar Subuh,
dirikanlah solat berjemaah
Pimpin makmum kita,
tadahkan tangan bersama-samanya
Tagihlah simpati Ilahi
Gamitlah nur Rabbani
Ya Allah berkatilah hidup ini.
Pertingkatkanlah iman dan amal kami
Permudahkanlah langkah kami mencari rezeki
Agar yang halal-halal sahaja membajai dana rumah tangga ini

Jauhkanlah dari yang haram dan syubhat.
Janganlah hendaknya zuriat ini dibesarkan oleh usaha yang jahat
Biar tenggelam bermandi peluh menggenggam tanah sawah,
dari santai dibuai mewah menuai rasuah.
Darah, daging dan nafas hidup ini wajib ditempa dari rezeki yang bersih
Mudah-mudahan  anak kita menjadi insan terpilih
Anak yang soleh.
Jangan dibesarkan anak dengan rezeki yang haram
Nanti hatinya menjadi hitam
Didikan yang baik takkan meninggalkan kesan

Lepaskanlah anak ke persada buana.
Jangan dikurung, nanti jadi pemurung.
Biar mereka hirup udara kebebasan dan kemerdekaan.
Namun awasi langkah dan teliti tingkahnya.
Bekalkan ilmu buat mereka menyuluh.
Agar mereka tahu menilai pahala.
Arif mengenal dosa.

Selalulah berdamping dengannya.
Dengarkan luahan katanya yang tersurat.
Fahamilah isyarat dalamannya yang tersirat.
Kekadang mereka malu hendak menjelaskan, kitalah yang patut dahulu mentafsirkan.
Adakalanya mereka bertanya dalam bercerita.
Pandai-pandailah kita menjawabnya dalam selamba.

Istigamahkan didikan, berilah pimpinan.
Sesungguhnya tugas ini sulit sekali, justeru kita pun selalu tersasar
Sering juga kita melakukan yang mungkar.
Namun itu bukan alasan untuk menyerah kalah.
Jadilah seorang ayah... yang selalu  bermujahadah.

Ah, esok anak-anak kita pula akan menjadi ayah.
Bagaimana ya? Aduh... resah lagi.

Semoga kita terus memiliki hati sekukuh Yaakub.
Agar anak-anak kita menjadi seteguh Yusuf. Dan semoga kisah itu akan tetap agung, terus bersambung...
kisah resah seorang ayah!

Pahrol Muhammad Juoi
02 Februari 2014


Posted by Nadirah at 12:43 PM 1 comments    

Labels: Ayah, Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Orang Tuamu, Orang Tuaku

Monday, April 1, 2013

Karya Salim A. Fillah alhamdulillah sudah dibaca separuh, memang tak merugikan. "Orang tuamu, orang tuaku" antara isi kandungan penting yang boleh dikongsi bersama.

Yang kau cintai ini lahir daripada seorang ibu berkolam peluh,
berdarah meregang nyawa selepas masa panjang

Yang kau cintai ini adalah permata hati ayah 
tangan yang keletihan sepulang kerja pun sembuh begitu
mengendong anak kecilnya

Yang kau cintai ini adalah anugerah terindah bagi orang tuanya
tawa di saat susah, senyum di waktu sedih, harapan di saat kecewa
ramai di saat sepi, cair di tengah kekakuan dan canda di tengah 
ketegangan tapi juga, adalah tangis di suatu kala, yang sebenarnya
tak dimahukan

Yang kau cintai ini mencintai ayah dan ibunya dan kekasih adalah 
ia mencintai kecintaan kekasihnya

"Memuliakan mertua mengalirkan cinta ke sudut terindah dalam hati pasangan kita. Memuliakan mertua menelusupkan benang cinta menelusuri susur simpang siur terdalam dalam hatinya dan memintalnya menjadi sutera kasih"

Mari kita bersahabat dengan mertua. Sunnah menuntun langkah-langkahnya. Namun sebelum kita bertemasya ke sana, mari kita tutup segala prasangka. Tidak hanya prasangka kepada mertua, malahan prasangka kepada diri kita sendiri. prasangka kepada Allah apatah lagi. 

Rasulullah sudah berpesan yang kita tidak mampu mencukupkan manusia denganharta ataupun kepandaian ataupun keterampilan yang kita pelajari. Kita hanya mampu mencukupkan manusia dengan akhlak yang baik dan wajah yang ceria. 

Terdapat beberapa tuntutan sunnah perihal bagaimana berinteraksi dengan orang tua dan mertua serta berpesan kepada pasangan kita supaya membantu pasangan memahami mertuanya iaitu ayah bonda kita. Minta juga supaya dia membantu kita memahami orang tuanya. Mudah-mudahan Allah sentiasa membaiki akhlak kita. 

1. Cara memandang
Cara memandang yang bagaimanakah yang penuh cinta? Al-Baihaqi dalam kitab Syu'abul Iman merekodkan daripada Abdullah bin Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Bagi anak yang berbakti kepada orang tua, kemudian dia memandang wajah orang tuanya dengan penuh, Allah menulis pahala haji mabrur untuknya setiap kali pandang."

"Abdullah bertanya, 'Ya Rasul, sekiranya anak itu memandang seratus kali bagaimana?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Ya, pasti sahaja lebih agung pahalanya. Ini kerana Allah lagi Maha Agung lagi Maha Baik'"

Al-Baihaqi dalam kita Syuba'ul Iman mencatatkan juga, "Sekiranya si anak memandang orang tuanya dengan wajah gembira, dia turut memperoleh pahala seperti orang yang memerdekakan hamba."

2. Cara berkata-kata
"...Ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia. Rendahkan dirimu kepada mereka dengan penuh kasih sayang" (Al-Isra': 23)

Abdul Huddaj bertanya kepada Said bin al-Musayyab, ulama besar daripada golongan  tabiin, "Wahai Said, semua yang disebut dalam Al-Quran perihal birrul walidain sudah saya fahami maksudnya kecuali ayat Allah "...Ucapkanlah kepada mereka perkatan yang mulia..."

Said menjawab, "Seperti kata-kata si hamba yang melakukan kesalahan di hadapan majikan yang kejam"

3. Cara bersikap
At-Tabrani merekodkan dalam Mu'jam al-Ausath, "Pada suatu hari, ada lelaki menemui Rasulullah. Lelaki itu membawa lelaki lain yang sudah lanjut usia. rasulullah bertanya, "Siapa yang bersamamu ini?"

Dia menjawab, "Bapa saya"

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, "Jangan kamuj berjalan di hadapannya. Jangan kamu duduk sebelum dia duduk. Jangan kamu memanggil namanya dengan sembarangan dan jangan kamu menyebabkan dia mendapat cacian daripada orang lain."

4. Meminta izin

Al-Bukhari dalam Adabul Mufrad meriwayatkan, "Suatu hari, ada lelaki datang menemui Abdullah bin Mas'ud. Dia berkata, Ya Abdullah, apakah saya perlu meminta izin kepada ibuku setiap kali mahu masuk ke biliknya?"

Abdullah menjawab, "Bahkan pada setiap saat ibumu melihatmu dan dilihat olehmu"

 5. Menyambut kedatangan
Abu Dawud dan At Tirmizi meriwayatkan daripada Aisyah, "Saya  tidak pernah melihat orang yang sama dengan Rasulullah s.a.w. dalam sudut ketenangan, keagungan dan keterangannya kecuali Fatimah binti Muhammad. Apabila Fatimah mengunjungi Rasulullah, Rasulullah segera bangun mengalu-alukannya, menciumnya dan mempersilakan si puteri duduk di tempat baginda. Begitu juga sebaliknya. Apabila Rasulullah melawat puterinya, puteri Rasulullah itu menyambut Rasulullah, mencium dan mempersilakan baginda duduk di tempatnya."

6. Mendoakan
Al-Hakim dalam At-Tarikh dan ad-Dailami dalam Musnadul Firdaus meriwayatkan, "Sekiranya si anak tidak pernah mendoakan orang tuanya, rezekinya akan terhenti."

Suatu ketika, Sufyan at-Tsauri ditanya, "Wahai Sufyan, berapa kalikah si anak perlu mendoakan orang tuanya? Adakah satu hari sekali, sebulan sekali ataupun setahun sekali?"

Beliau menjawab, "Alangkah baiknya apabila kamu mendoakan mereka setiap kali selesai membaca tahiyat dalam solat."


Posted by Nadirah at 1:27 AM 0 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Bahagianya Merayakan Cinta

Thursday, February 7, 2013

Jom tambah ilmu :)
Saya terjumpa buku ni semasa google di online book store Iman Shoppe. Cukup teruja nak hadiahkan pada sahabat-sahabat yang akan mendirikan rumah tangga. Sejak geng single makin berkurang, sebak. Tapi tu lumrah hidup, moga dikurniakan yang terbaik untuk kita semua. Karya Salim A. Fillah tak pernah merugikan, bait-bait ayatnya menusuk qalbu :)

Minggu lepas, semasa balik kampung mak mengajak pergi menziarah sepupu yang baru lepas bersalin. Kami singgah di Mydin Hypermarket Meru Raya, Ipoh. Kebetulan promosi buku-buku di tahun baru. Diskaun 10%, saya ternampak buku ni terus beli tak fikir lagi dah. 

Membaca muqaddimahnya dah mengujakan! 

"Terdapat banyak jalan yang ditawarkan bagi menuju kebahagiaan. Namun tiada yang menjamin pengakhiran yang baik kecuali kita memilih mengutamakan berkat. Maka saya membuka dengan Barakallahu laka, supaya tercipta Bahagianya Merayakan Cinta.



Izinkan dia hadir bagi mengasah kepekaan cinta dalam perkahwinan, menghadirkan cita rasa 

syurga dan melukiskan dengan warna-warna berkat.

Benarlah, berkat itu dalam keadaan apa juga membawa kebahagiaan. Ada cetusan kegembiraan dalam hati, kelapangan di dada, kejernihan pada akal dan rasa nikmat pada jasad. Berkat itu memberikan suasana yang lain dan mencurahkan keceriaan musim bunga walau apa juga masalah yang sedang melanda rumah tangga kita.

Berkat itu membawakan senyuman meskipun air mata menitik-nitik. Berkat itu menusuk rasa rindu di tengah-tengah kejengkelan. Berkat itu memberikan kelapangan dan belaian lembut pada saat dada kita sesak dengan masalah" (Salim A. Fillah)


Di kesempatan ni, cuma nak kongsi mengenai Adab-adab majlis kahwin yang sesuai dengan sunnah:

Kewajipan majlis perkahwinan
Ahmad merekodkan yang Rasulullah S.A.W. bersabda "Bagi satu pengantin (dalam rekod lain: Sepasang pengantin), perlu diadakan majlis kahwin.

Pengertian majlis perkahwinan
Ibnu Hibban merekodkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda,"Rahsiakan pinangan dan umumkanlah pernikahan."

Anas bin Malik r.a. pula mengingatkan,"Sewaktu Rasulullah S.A.W. berkahwin, baginda mengutuskan saya supaya mengundang orang ramai bagi menghadiri majlis makan."

Tempat majlis perkahwinan
Ahmad dan Tirmizi merekodkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda,"Umumkanlah pernikahan ini. Adakanlah di dalam masjid. Meriahkan dengan pukulan rebana."

Al-Bukhari merekodkan ketika Abu Usaid as-Sa'idi menikah, beliau mengundang Nabi dan para sahabat ke rumahnya. 

Waktu majlis perkahwinan
Abu Ya'la merekodkan Anas bin Malik menyatakan, "Pada waktu nabi menikahi Safiyah binti Huyyai, baginda mengadakan pembebasan diri Safiyah sebagai mahar. Beliau mengadakan majlis kahwin selama tiga hari."

Ini adalah selang waktu mengunjungi pengantin bagi mendoakan mereka dan ini termasuk mengunjungi tempat tinggal mereka. 

Hidangan majlis perkahwinan
"Suatu ketika Abdul Rahman bin Auf datang kepada Rasulullah S.A.W. dengan mengenakan pakaian yang berbau wangian za'faran (ataupun dalam rekod lain, khaluq). Rasulullah S.A.W bertanya kepada Abdul Rahman, 'kenapa berwangi-wangi begi, wahai sahabat?' Abdul Rahman membalas, 'Wahai Rasulullah, saya sudah menikah dengan wanita Ansar.' Rasulullah bertanya lagi, 'Apa maharnya?' Abdul Rahman menjawab, 'Emas satu nawat.' Nabi berkata, 'Semoga Allah memberkati perkahwinanmu. Adakanlah majlis kahwin walaupun dengan hanya seekor kambing." Direkodkan oleh al-Bukhari Anas bin Malik.

"Tidaklah pernah aku lihat Nabi membuat majlis kahwin untuk isteri beliau seperti yang aku saksikan ketika baginda menikahi Zainab. Baginda menyembelih seekor kambing." Dalam rekod Ahmad, Anas turut menyatakan, "Baginda menjamu tetamu dengan roti dan daging sehingga masih ada baki." (Riwayat Al-Bukhari dan Anas bin Malik)

Dibenarkan majlis perkahwinan tanpa daging
"Dalam majlis kahwin itu, tiada hidangan roti dan daging. Saya hanya disuruh Nabi supaya mengambil alas makan daripada lembaran kulit yang disamak lalu saya hamparkan. Kemudian, saya letakkan kurma, keju, dan minyak di atas hamparan di atas alas makan itu." (Diriwayatkan oleh an-Nasa'i dan Ahmad). Anas turut berkata, "Kemudian para tetamu makan sehingga mereka kenyang." (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, dan Anas bin Malik)

Orang-orang kaya turut menyumbang dalam mengadakan majlis perkahwinan
Pada pagi harinya, rasulullah S.A.W. sudah secara rasmi berkahwin. Nabi berkata, "Orang yang mempunyai benda bagi disumbangkan, sumbangkanlah." Baginda menghamparkan alas makan daripada lembaran kulit yang sudah disamak. Ada yang menyumbangkan keju, ada yang menyumbangkan kurma, dan ada yang menyumbangkan minyak. Mereka bersama-sama menmbuat hals (Makanan campuran keju, kurma dan minyak)." (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Anas bin Malik)

Undangan majlis perkahwinan adalah orang yang soleh
Rasulullah mengingatkan, "Usahakanlah makananmu hanya dimakan orang-orang yang bertaqwa." (Riwayat Abu Daud)

Tidak boleh mengundang orang kaya sahaja
Rasulullah memberi amaran, "Seburuk-buruk makanan adalah hidangan majlis perkahwinan yang orang kaya diundangkan menghadirinya tetapi orang miskin tidak. Orang yang tidak memenuhi undangan majlis kahwin, dia sudah menderhakai Allah dan Rasul-Nya." (HR al-Bukhari)

Wajib menghadiri walimah walaupun sedang berpuasa
Orang yang tidak memenuhi undangan majlis kahwin, dia sudah menderhakai Allah dan Rasul-Nya." (HR al-Bukhari)

Nabi berpesan, "Apabila salah seorang daripada kamu diundang menghadiri jamuan, hendaklah dia memenuhi undangan itu. Sekiranya dia tidak berpuasa, dia perlu makan bersama-sama. Sekiranya dia berpuasa, hendaklah dia mendoakan" (HR Muslim)

Adab mengadakan majlis perkahwinan
1. Menghapuskan peranan orang, amalan, dan alatan yang bertentangan dengan agama
2. Penyajian hiburan yang sesuai dengan syariah
3. Tidak boleh ada arak
4. Tidak boleh ada unsur tabarruj jahiliyyah dalam makeup pengantin
5. Pengantin seelok-eloknya turut sama melayan tetamu
6. Mencegah terjadinya percampuran bebas tetamu lelaki dan perempuan
7. Menghindari pembaziran dalam menghias tempat dan hal-hal yang lain

Adab menghadiri majlis perkahwinan
1. Niat sebagai ibadah dan memenuhi hak sesama Muslim

2. Menutup aurat

3. Memerhatikan adab-adab makan

4. Memberikan ucapan selamat kepada pasangan yang sudah menikah sepertimana doa Rasulullah:

"Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jam'a bainakuma fii khayr"
(Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu, semoga Allah memberi keberkatan ke atasmu dan semoga Dia menghimpunkan kalian dalam kebaikan)

5. Mendoakan tuan rumah atas sajiannya:

Daripada Abdullah bin Basar yang bapa beliau pernah membuatkan makanan untuk Nabi. Kemudian bapanya itu menjemput Nabi makan. Rasulullah memenuhi undangan beliau dan selesai makan, baginda berdoa:

"Ya Allah, ampunilah mereka, sayangilah mereka, dan berikanlah keberkatan pada makanan yang Eangkau anugerahkan untuk mereka"

~Moga bermanfaat untuk kita semua~

Posted by Nadirah at 6:19 PM 2 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Senarai semak

Saturday, January 5, 2013

1434H dan 2013M menjengah, mengharungi setahun lagi pinjaman usia. Moga usia yang berbaki sentiasa dalam rahmat Allah, berusaha menjadi hamba yang dekat kepada Pencipta dan anak solehah penyejuk mata, penawar hati, penenang diri mak ayah yang sentiasa dirindui.

Hari tu terbaca dalam Majalah Jom! edisi ke-9, artikel tetang dakwah bil hal. Checklist harian yang nak diperbaiki: 
- Senyum
- Sabar
- Jujur
- Menepati janji
- Berkasih sayang

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. " (Al-Hasyr:18)

Posted by Nadirah at 8:37 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs

MenDERU

Monday, December 31, 2012

23/12/2012
Dah masuk minggu ke-2 hujan  berterusan kat sini, hari ni masuk hari ke-3 dengan sangat lebat. Pagi tadi sebelum Subuh pergi ambil Yong di Kuala Berang. Sekarang minggu ulangkaji sebelum peperiksaan akhir semester, Yong datang ke sini nak temankan balik Perak nanti. Mak dah bagi warning awal-awal untuk tak drive sorang-sorang dalam musim hujan.

-Hujan menemani perjalanan kami ke KT-

Semalam dapat call daripada Acik Anim, diorang sekeluarga ada di Terengganu untuk menghantar barang-barang Shafiq. Tahniah, cousin. Jadi orang Ganu, mike! Kerja molek-molek kat Texas City tu ;)


Rileks je kakak berdua ni redah air. Dalam kot sampai ke lutut!

Lepas balik kerja, kami ke KT untuk berjumpa dengan Acik Anim sekeluarga. Hati berat nak pergi, tapi digagahkan jugak sambil-sambil nak bawa Yong jalan-jalan. Saya terfikir nak lalu di LPT 2 dari Ajil, tapi bimbang air naik di Gong Badak. Lagipun jauh sikit nak pusing ke sana, jadi teruskan lalu jalan Kuala Berang-Kuala Terengganu untuk ke bandar. Sampai di Bukit Payong, air dah naik atas jalan. Tapi masih boleh lalu di laluan sebelah sana. Terasa nak patah balik semula ke Kuala Berang, tapi beranikan diri jugak nak tempuh memandangkan banyak kereta meneruskan perjalanan.

Sembang-sembang di lobi Hotel Seaview

 Lepas ni kena bergambar di Istana Nur Nadhirah pulak ;)
Selamat sampai KT, makan yee mee sizling kat Mydin Mall. Jumpa Acik Anim & Najiha. Lepas borak-borak, kami balik ke Kuala Berang melalui LPT 2. 

24/12/2012
Hati makin bimbang, hujan tak reda malah makin lebat. Beberapa kampung di Kuala Berang dah dinaiki air. Ramai jugak staff hospital tak dapat nak datang kerja dek terkepung dengan banjir. Malamnya, laluan Sungai Tong yang biasa dilalui dah ditutup. Plan nak pusing laluan pantai dari KT, lalu Pantai Penarik di Setiu. Kalau hujan lebat berterusan, mungkin tak jadi balik kali ni. Sedih :(

25/12/2012
Kuantan lumpuh. Banjir kilat sekitar Restoran Taj, Megamall. Sangat dahsyat! 

Pagi ini hujan renyai-renyai. Selepas subuh, kami dah gerak keluar. Cadang untuk ke pekan Kuala Berang, nak belikan mak nasik kapit yang sedap tu. Tapi apakan daya, jalan ke pekan pun dah ditutup. Jadi kami terus melencong ke KT untuk beli barang-barang lain di Pasar Payang sementara update laluan mana yang dah dibuka.

Kami ke KT melalui LPT 2, nak selamat dan tak nak harung air di Bukit Payong. Alhamdulillah lepas sampai Gemuruh, tapi tersilap teknik. Kononnya nak elak banyak kereta di Wakaf Tembesu, jadi lalu di Kampung Padang Hangus untuk shortcut ke Gong Badak. Sekalinya dussshhhh!!!! Air dah tinggi kat situ, memang tak perasan. Dah separuh jalan mengharung air, teruskan jugak. Memang terasa bawak motorboat!

Tinggi ni la air yang AHL harung!
Tali kipas memang dah berbunyi, enjin pun bunyi lain sikit tapi tak mati tengah air tu. Kalau enjin mati, habis la kena tolak kereta la pulak pagi tu. Lepas cabaran pertama, ada satu tempat di depan sana untuk diharung. Haru! Kali ni air cetek sikit tapi panjang laluannya. Tambahan pulak di selekoh tajam, memang sejuk kaki tangan sambil bawak kereta. Kakak dah pucat, saya buat-buat cool. Dalam hati Tuhan aje yang tahu..Cepat-cepat telefon ayah nak buat apa lepas tu. Sebelum buat tak fikir panjang, bila dah jadi baru nak gelabah. Hai la, Nadirah! Berani yang bukan-bukan. Ayah pesan kalau tali kipas terus berbunyi, ganti dulu sebelum balik Perak. Air memang masuk dalam kereta, habis semua karpet basah =(

Lepas selesai beli barang-barang di Pasar Payang, kami bertolak balik ikut laluan pantai ke Setiu (Batu Rakit-Penarik).. Singgah di Setiu memborong keropok lekor dalam hujan renyai, macam nak balik dekat aje, bersuka-ria ke sana sini. Mak tak putus telefon dah sampai kat mana. Siapa yang tak takut, tapi saya malas nak beratkan kepala. Harung aje apa yang nak jadi nanti sambil update berita daripada kawan-kawan.

Sampai di Pantai Penarik, laluan ke Bandar Permaisuri dah ditutup. Banyak kereta tersadai di tepi jalan. Awalnya nak harung air lagi sekali, tapi bila tengok Hilux, Storm semua patah balik jadi kami pun tak jadi nak teruskan. Dalam kepala memang nekad nak balik, terfikir laluan dari KL... Kami berpatah balik, Yong mintak singgah di Pantai Penarik untuk ambil gambar ombak yang semakin mengganas.

Pantai Penarik, Setiu
Sedang asyik ambik gambar, Yong  perasan ada sesuatu yang hilang pada kereta kami..

aaaaaa macam mana boleh hilang???

Macam-macam dugaan balik kampung kali ni, bila no plat dah hilang semangat makin pudar.. Kawan dari Kuantan maklum semua laluan Kuantan-Kuala Terengganu dah ditutup. Musnah harapan nampaknya. Jadi, terus je ambik keputusan untuk buat no plat baru, lepas tu baru fikir macam mana. Jam dah hampir pukul 12 tengah hari.. Perut berdondang sayang pulak.

Sepanjang perjalanan tu, tak jumpa kedai yang bukak. Maklum la cuti umum krismas + hujan lebat. Akhirnya kami jumpa kedai sekitar Batu Rakit. Dengan perasaan segan, maklumkan pada tauke kedai nak buat no plat. Rupanya ramai yang alami nasib yang sama! Hehehe. Tauke kedai tak tanya banyak; cuma nak tempah depan atau belakang, straight ataupun  2 lapis, terus buat ukuran. Memang nak tergelak betul rasanya. Pengalaman hidup anak rantau, kalau tak jadi macam ni tak de kenangan yang boleh dikongsi ;)

Mujur saya ada co-driver yang peka~

Pilih, pilih. Nak mana satu!
Hujan tak de tanda nak sidang, hati dah nekad nak balik tidur di Kuala Berang. Penat sangat, bertambah penat bila rasa jalan nak balik tu tak de. Sedih! Ayah dengan mak tak putus-putus telefon tanya khabar kami. Lagi bertambah stress.. Saya ajak Yong makan dulu, lepas solat baru fikir nak gerak ke mana. Dalam hati tak putus doa... "Kami nak balik kampung jumpa mak ayah, permudahkanlah Ya Allah. Izinkan kami, izinkan kami, izinkan kami..."

Setiba di Masjid Wakaf Tembesu, saya dapat call daripada Hazirah. Dia dah selamat sampai di LPT 2, dalam perjalanan ke Kerteh. Laluan Sungai Tong yang biasa kami lalu dah dibuka. Ada beberapa tempat di Besut dah naik air, tapi masih boleh lalu untuk kenderaan kecil. Harapan bersinar kembali, terasa ringan bahu. Yong dah tak boleh nak fikir, dia ikut aje ke mana saya nak bawak. Kesian pulak.

Lepas solat, saya nekad + tawakkal. Moga perjalanan kami dilindungi & diselamatkan daripada segala bahaya & bencana. Alhamdulillah perjalanan kami sangat-sangat dimudahkan. Hujan rintik-rintik sampai ke Besut. Walaupun banyak jalan rosak dan air 'melintas' atas jalan, kami selamat sampai di Kawasan rehat Titiwangsa sebelum Maghrib. Cuaca sangat sejuk atas gunung, menggigil. Terasa macam di Cameron Highlands ;) Kami rehat, sempat pekena pau yang best tu dan air panas.. Lepas Maghrib bertolak balik ke Perak, alhamdulillah 10.30 malam selamat sampai rumah.. 15 jam memandu, pinggang memang rasa nak patah. Mata berpinar menahan silau lampu, tapi boleh senyum sampai telinga sebab dapat peluk mak ayah ^_^

Time sejuk memang sodap pekena teh tarik + pau!
p/s: 
1. Bila susah, baru merasai nikmat bertawakkal
2. Berani sifat yang baik, tapi kalau terlalu berani macam ni la jadinya..
3. Anak rantau tak boleh manja, semangat mesti waja macam besi. 

Sesungguhnya Dialah yang memudahkan perjalanan kami, melindungi kami daripada segala mara bahaya. Syukur pada-Mu Ya Allah, dengan ujian kecil ini~

Posted by Nadirah at 11:41 PM 4 comments    

Labels: Kenangan, Monolog, Tazkiyyatun Nafs, Usrati

Kenangan: Ustazah

Friday, December 7, 2012

23 Muharram 1434H

Sedar tak sedar, dah habis minggu pertama Disember. Tak lama lagi, 2012 akan ditinggalkan. Bermakna setahun lagi pinjaman usia akan ditarik..

Kenangan bersama guru-guru merupakan antara kenangan yang manis untuk dikenang terutamanya sewaktu zaman sekolah. Bersama guru-guru yang saya rapat dengan mereka, saya tak segan nak berkongsi cerita. Dalam kalangan mereka, saya selalu terkenangkan seorang Murabbiyyah. Ustazah Maznah namanya. Beliau berasal dari Terengganu tapi mengajar di Perak ketika itu. Beliau mengajar saya Bahasa Arab dari Tingkatan 1 hingga 3 dan Pendidikan Syariah Islamiyah di Tingkatan 4 dan 5. 

Sejak kecil, saya memang kurang berminat dengan bahasa; sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.  Tetapi disebabkan cikgu yang mengajar tu seronok, sikit-sikit saya belajar untuk mencintai bahasa walaupun karangan saya tak selalu dapat markah yang baik :'(  Apabila ayah menegaskan untuk saya bersekolah di sekolah agama, agak jadi masalah besar bagi saya. Saya mesti belajar Bahasa Arab, satu lagi pelajaran yang memeningkan kepala saya.. Tambahan saya tak pergi ke sekolah petang (KAFA) semasa di sekolah rendah, jadi pendedahan kepada Bahasa Arab memang la tak banyak. Saya kenal beberapa perkataan daripada adik, yang pernah tadika di tadika ABIM. Jadi setiap kali balik sekolah, dia akan menyanyi atau menceritakan apa yang dia belajar kat tadika. 

Guru Arab pertama saya, seorang ustaz. Beliau pertama kali mengajar menengah rendah, jadi cara mengajarnya macam kakak dan abang di menengah atas. Saya yang baru nak celik mata kenal perkataan-perkataan arab ni memang terlopong, selalu stress terutamanya masa nak periksa. Banyak perkataan asas yang saya susah nak hafal, banyak kali saya terfikir nak keluar dari sekolah tu. Tingkatan 1 duduk asrama, memang ambil masa yang lama nak biasa kan diri dengan cara belajar, kawan-kawan dan lain-lain. Bila ditambah dengan keadaan ni, saya semakin runsing.. Cuma kuatkan semangat, menghafal mana yang termampu walaupun soalan agak senang tapi apa yang dihafal tak lekat di kepala. Hasilnya, markah Bahasa Arab saya antara yang mendapat markah rendah semasa ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun. Saya fikir, kalau perkara ni berterusan saya nekad nak keluar sekolah sebab tak boleh nak bawa. Sedangkan yang asas pun saya tak boleh nak kuasai, ni kan pulak bab nahu dan lain-lain.

Takdir Allah itu indah. Selepas peperiksaan pertengahan tahun, saya mendapat cikgu lain. Ustazah Maznah mengajar kelas saya. Pendekatannya sangat berbeza, disantuni kami anak-anaknya seperti budak kecil yang baru nak celik mata dengan lughatul jannah. Walaupun hanya berbekalkan buku teks, tapi contoh-contoh yang diberikan dan kesungguhannya untuk menerangkan kepada kami dengan jelas dan berulang-ulang memudahkan saya untuk absorp apa yang dipelajari. Sikit demi sedikit, saya mula mencintai subjek ini, semakin rajin untuk mengulangkaji selepas kelas habis dan mampu mengajar pula kawan-kawan yang lain. Kebetulan ustazah juga seorang warden asrama, jadi hubungan kami tak berakhir di situ.

Zaman remaja juga, antara masa mencari identiti. Saya pun tak terlepas sama. Ada ketika datangnya nakal kami di asrama, memeningkan kepala warden asrama. Malam tu malam minggu. Tak ada kelas prep, jadi boleh rehat-rehat. Selepas isyak, saya duduk lepak-lepak di dorm sebelah sambil buka halaqah makan betul-betul depan pintu dorm. Tiba-tiba asrama blackout, tapi tak lemahkan semangat kami. Dalam gelap tu, kami teruskan makan sambil berborak-borak (memang tak ingat dunia!) Tiba-tiba... ada satu cahaya menyuluh halaqah kami. "Astaghfirullahal azim budak-budak ni...! Gelap-gelap ni boleh pulak kamu makan sambil bergelak ketawa. Ish, ish, ish. Kamu pun ada Nadirah, bukan kamu dorm sebelah ke?" (kantoi sudah kat situ..). Orang itu ialah ustazah! Beliau bertugas malam tu, buat round dalam gelap nak pastikan anak-anak beliau selamat. Malu, serious malu tak terkata (",)

Ustazah sangat sayang kepada anak-anak muridnya. Setiap kali pulang bercuti dari Terengganu, beliau mesti mengajak kami pelajar puteri beramai-ramai datang ke rumahnya. Keropok lekor menjadi buah tangan yang sangat istimewa masa tu, memang meriah. Tak lupa juga ada bekalan buat pelajar putera. Setiap bulan juga, ketua kelas mesti mendapat nota cinta daripada ustazah; menyuruh ketua kelas mengambil kuih/makanan di kantin yang beliau belanja. Masya-Allah baik sungguh akhlaknya! Semasa usia tu, memang tak pernah nak tolak jemputan. Apa sahaja yang orang bagi, mesti ambil walaupun sekadar seketul kuih. Kadangkala ada timbul rasa cemburu pada kelas yang ustazah jadi guru kelas mereka. Jamuan akhir tahun, berbarbeque di rumah ustazah (BBQ dah sangat istimewa bagi budak sekolah ^_^) berbanding dengan kami jamuan kelas di sambut dalam kelas aje =P

Ustazah seorang yang berjiwa kental. Setiap apa yang beliau buat, akan dibuat dengan bersungguh-sungguh. Banyak kali beliau pesan kepada kami, "Kesungguhan akan membuka pintu hati yang tertutup". Mengajar dalam kelas sampai kami faham, selagi ada yang blur akan diulang-ulang sampai majoriti dalam kelas faham. Ketika di Tingkatan 4, saya dilantik menjadi exco badan dakwah di sekolah. Pada tahun itu, buat pertama kalinya memecah tradisi sekolah apabila pelajar Tingkatan 4 memegang beberapa jawatan bagi mainboard (yang kebiasaannya dipegang oleh pelajar Tingkatan 5). Apabila sesuatu yang luar daripada kebiasaan berlaku, dah pasti ada mata memandang serong. Agak lama juga saya dan kawan-kawan diboikot, tapi ustazah banyak bagi semangat pada kami. "Kepimpinan ni bukan ikut umur, tapi Allah nampakkan kebolehan masing-masing pada kami. Kamu usah fikir susah, saya tahu kamu boleh. Buat sungguh-sungguh, Nadirah" ujar beliau semasa kami beriringan balik dari Mu'tamar. Saya balik dengan satu semangat, supaya Allah mudahkan perjalanan kami.

Selepas habis SPM, saya masih berhubung dengan ustazah. Ada masa mesej saya dibalas, ada kalanya ustazah menyepi. Tapi saya tahu, ustazah masih mengingati saya. Mungkin beliau sibuk. Tapi apabila ustazah semakin menyepi, saya  dah tak contact ustazah lagi. Segan. Semasa di Tahun 2 di Kuantan, saya dapat tahu daripada junior yang ustazah dah dapat tukar ke Terengganu cuma tak pasti lokasi yang sebenar. Selidik punya selidik, ustazah mengajar di SMKA Duruan Guling, Marang; sekolah lama sahabat saya di UIA dan kebetulan adik bongsunya juga bersekolah kat situ. Daripada adik kawan tu saya risik, terbukti kesahihannya.  Allahu Rabbi, kecilnya dunia!

Julai 2011
Apabila saya mendapat posting di Terengganu, perkara pertama yang saya fikir adalah nak jejak ustazah. Walaupun tak tahu di mana, tapi hati saya kuat mengatakan kami akan dekat. Semasa dalam perjalanan ke Kuala Berang untuk lapor diri, saya baru tahu yang sekolah ustazah tu dalam laluan saya ke Kuala Terengganu. Berbunga-bunga hati. Beberapa minggu melapor diri, saya maklumkan pada ustazah yang saya dekat dengannya. Tapi masa tu ustazah agak sibuk, beliau berkursus di Besut. Tak dapat kami nak jumpa. Masing-masing menyepi, sibuk dengan urusan kerja masing-masing walaupun duduk dekat.  

Februari 2012
Hari itu, saya mencuba nasib, saya mesej pada ustazah sebab dah lama tak tanya khabar beliau. Ustazah menelefon saya, subhanallah rasa nak melayang badan. Insan yang saya rindu sejak 9 tahun dulu, sekarang dekat dengan saya. Ustazah mengajak datang ke rumah..

Esoknya, saya ke rumah beliau. Tangan yang saya kucup, badan yang saya dakap masih sama dengan 9 tahun dulu. Tak tergambar perasaan saya masa tu. Sangat syahdu! Banyak yang kami bualkan, macam adik-beradik yang terpisah lama. Setiap nama anak murid yang meniti kat bibir, ustazah senyum. Saya tahu, sebagai guru tak ada apa yang menggembirakan hatinya melainkan kejayaan anak-anak murid. Bertuahnya saya rasa kalau jadi anak murid yang sentiasa menjadi ingatan cikgu-cikgu dengan perkara baik.

Pagi itu, saya menemani ustazah membeli-belah di Kuala Terengganu. Lepas satu kedai ke satu kedai kami jejak. Terasa berjalan-jalan dengan kakak. Terubat rindu pada keluarga di Perak. Ustazah mengajak saya bermalam di rumahnya, tapi saya perlu ke pejabat di hari minggu. Ada kerja penting yang perlu saya selesaikan. Saya janji pada ustazah untuk datang lagi. Sebelum saya pulang, ustazah ada menghadiahkan saya barang. Ustazah memang macam tu, beliau akan hadiahkan apa sahaja barang yang beliau sayang. Ustazah bercuti di Korea cuti sekolah Mac lepas, sempat saya bisik pada beliau mohon doakan agar Allah mudahkan perjalanan hidup saya. Ustazah cakap, "Nadirah, kalau kamu rasa seorang duduk kat sini. Ingat ustazah ada. Apa-apa masalah, jangan segan bagitau ustazah. Ustazah dah rasa apa yang kamu rasa dulu. Nanti mari lagi sekali, tidur sini ye". Saya peluk beliau kuat-kuat. Air mata saya dah bertakung, cuma saya tahan. Terasa saat keluarga saya jauh, ada orang sudi nak tolong tengok-tengokkan. 

Sejak itu, saya seakan terputus hubungan dengan ustazah. Masing-masing menyepi, tapi tak pernah putus untuk mendoakan. Setiap kali saya lalu depan sekolah ustazah untuk ke Kuala Terengganu, saya terasa-rasa tubuh saya didakap. Ada satu kekuatan walaupun dah hampir berbulan-bulan kami tak berjumpa. Mesej pun tak dibalas, call tak diangkat. Memang masa tak sesuai, dah mesti ustazah sibuk dengan anak-anak murid. PMR & SPM dah makin dekat..

Disember 2012
Kali ini, saya mencuba nasib sekali lagi ;) Malam itu, saya mesej kepada beliau. Sengaja bertanya khabar, tapi tak mendapat balasan. Keesokan paginya saya mendapat call daripada ustazah selepas subuh! Cepat-cepat beliau memohon maaf untuk semua seolah dah buat kesilapan besar. Allahu Rabbi, Engkau muliakan hatinya. Moga rahmat-Mu sentiasa mengiringi perjalanan hidup beliau. Janji dah dibuat, Isnin mahu berjumpa untuk kesekian kalinya.

Isnin itu, saya ada klinik lawatan di Wakaf Tapai langsung ke rumah beliau lepas off petang diluluskan. Biarlah, walaupun kerja melambak kat office, saya nak lari sekejap. Kali ini saya bermalam di rumah beliau dan terus ke tempat kerja esok pagi. Sepatutnya ustazah nak balik kampung di Dungun, tapi beliau tangguhkan supaya kami boleh berjumpa.  Dinner malam tu, ustazah masak nasi daging (bukhari) dan sup bebola daging. Sengaja masak lebih, "esok, boleh bawak bekal ke office" ujar beliau. 

Malam itu, macam-macam kami bualkan. Daripada hal kerja, kenangan lama sampai kepada masalah akhlak muda mudi zaman sekarang. Ustazah banyak kali cakap, "Budak sekolah sekarang tak sama Nadirah dengan zaman kamu dulu. Banyak sangat dah hanyut, terutamanya bila adanya gadget yang canggih-canggih. Risau saya tengok" (dan beberapa kisah yang boleh diambil iktibar). Benar, apa yang saya gusarkan selama ni rupanya dirisaukan juga oleh 'sahabat' yang lebih berpengalaman. 

Awal pagi lagi, ustazah dah ke dapur. Menyediakan sarapan untuk saya. Nasi bukhari dan sup semalam dipanaskan semula, selebihnya buat bekalan saya untuk makan tengah hari. Sebelum balik, macam-macam yang ustazah hadiah. Tudung dari Mesir, ole-ole dari Korea, bekas minuman tupperware. Segan sangat saya nak terima. Mujur ada hadiah kecil yang saya stand by, tapi ustazah tak nak terima awalnya. Jenuh dipujuk ;)

Kiriman hadiah daripada ustazah ^_^
 Sebelum berpisah, ustazah sempat berpesan dengan beberapa perkara. Yang sangat terkesan kat hati saya, "Kamu jadilah diri kamu, Nadirah. Walau macam mana pun orang sekeliling kita, itulah realiti hidup. Apa yang kamu belajar dulu, ni lah masanya untuk guna. Sama ada untuk benda baik ataupun tak, kamu lebih tau."

Ya Allah, terima kasih atas anugerah yang tak ternilai ini...

Posted by Nadirah at 7:44 PM 3 comments    

Labels: Kenangan, Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Seminar SuperMom SuperDad

Thursday, November 1, 2012

Alhamdulillah, 20/10/12 lepas saya dan 2 orang akhawat dari Kuala Berang berkesempatan pergi ke Seminar SuperMom SuperDad anjuran Wanita IKRAM Terengganu dengan kerjasama Petronita dan Biro Muslimah Surau Rautau Petronas. Seminar diadakan di Dewan Seri Delima, Bangunan Petronas Wilayah Pantai Timur Kerteh. Seminar ini merupakan sebahagian daripada siri program keluarga sakinah yang digerakkan oleh Wanita IKRAM Terengganu. 

Kami bertolak dari Kuala Berang dalam pukul 7.15 pagi. Dengan kemudahan highway LPT 2, perjalanan ke Kerteh tak begitu lama. Kami bersarapan di Dungun, alhamdulillah pagi tu rezeki murah. Sarapan kami dibelanja oleh Pembantu Penyediaan Makanan (PePM aka Tukang Masak) Hospital Dungun yang berkebetulan makan kat situ. Segan saya, tapi tu lah nikmat ukhuwwah! Baru berjumpa 2 kali, Kak Nora tak segan silu memperkenalkan ahli keluarganya dan belanja kami makan :)

Seusai sampai, program dah berlangsung. Sebaik sahaja masuk dewan, slot pertama bertajuk "Perjalanan Hidupku" yang disampaikan oleh Dr Hjh Hafidzah Mustakim. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan, Ketua Wanita IKRAM Kelantan dan juga Timbalan Pengerusi Raudatus Sakinah Kelantan. Satu ceramah yang cukup bertenaga, diselang seli dengan panduan hidup bekeluarga yang boleh dijadikan panduan dan pedoman buat mak ayah yang nak berjaya dalam mendidik anak-anak berdasarkan peranan ibu bapa 5 bintang yang beliau perkenalkan. 

Setiap insan berhak memiliki keluarga 5 bintang!
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuat untuk hari esok (akhirat), bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik" (Al-Hasyr: 18-19)
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil bertanya dengan firmanNya): “Bukankah aku Tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”. (Al-A'raf: 172)



Dr Hafidzah mengajak untuk kita refleksi diri. Tanyakan 3 soalan ini setiap masa dan ketika untuk menyedari hakikat kehidupan yang semakin singkat:
1. Dari mana aku datang?
2. Untuk apa aku diwujudkan
3. Ke mana aku akan pergi selepas ni?

Ajarilah anak dengan Best kalimah cinta: "Bismillahirrahmanirrahim" supaya anak-anak mendahului Allah dalam apa sahaja perkara yang nak dibuat. 

Ibu kepada 8 orang anak ini juga menekankan tentang kepentingan hidup bermatlamat dan Islam telah meletakkan matlamat yang jelas kepada manusia bahawa tugasan mereka di dunia ialah untuk menjadi hamba Allah yang taat kepada perintah-Nya dan menjadi khalifah Allah yang mengurus dan memakmurkan bumi berdasarkan syariat-Nya. Kehidupan di dunia termasuk mengurus dan memimpin diri dan seisi keluarga adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita untuk memastikan kita berjaya mendapatkan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan layak memasuki syurga Allah s.w.t di akhirat nanti :) 




Beliau juga mengajak semua peserta agar memastikan seluruh isi keluarga dan keturunan kita berada di syurga berdasarkan surah At-Tur ayat 21 yang bermaksud:

"Dan orang-orang beriman, beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga) dan Kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya"  

Barisan ahli panel & moderator

Satu lagi program istimewa sempena seminar ni ialah Forum Menyerlah Potensi SuperMom SuperDad, yang membariskan ahli-ahli panel yang mantap iaitu Ustaz Hj Mohd Lokman b. Dato' Awang- YDP IKRAM Terengganu (Panelis 1), Ustazah Hjh Samsiah bt. Dato' Awang- Pengarah habatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) (Panel 2) dan Dr Hjh Hafidzah Mustakim (Panel 3). Forum ini dikendalikan oleh Ustazah Hjh Rosmawati bt Ahmad- Timb Wanita IKRAM Kemaman. 

Ust Lokman selaku panelis pertama menekankan bertapa pentingnya asas kejayaan ibu ayah diletakkan kepada pandangan dan tasawwur Islam tu sendiri. SUPER = contoh terbaik, mithali. Konsep super itu sendiri memerlukan ibu ayah menjadi qudwah hasanah (ikutan yang baik) kepada anak-anak. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahrim:6)

Ust Lokman menegaskan agar kembali semula kepada institusi keluarga di mana ketua keluarga itu merupakan takungan yang cukup penting untuk menakung hati-hati isteri dan anak-anak yang akhirnya dapat membina jati diri Muslim dan keluarga serta masyarakat Muslim. 

Selain itu, Ust Lokman turut berkongsi ciri penting superdad Muslim iaitu thiqah (boleh dipercayai) pada dirinya, agamanya, dan cara hidup. Seorang superdad merupakan qudwah hasanah (ikutan yang baik) kepada anak-anak, ayah sentiasa dihormati oleh anak-anak walaupun ayah tiada di depan mata anak-anak. 

Ustazah Samsiah sempat berkongsi pengalaman beliau dalam mendidik anak-anak seramai 9 orang & dalam masa yang sama beliau seorang wanita yang bekerjaya. Beliau menegaskan bertapa pentingnya seorang ibu memberikan masa berkualiti bersama anak-anak dan menjadikan suasana dalam rumah sentiasa kondusif supaya anak-anak tidak terasa jauh dengan ibu ayah. Senda gurau yang diselangselikan sepanjang forum berlangsung membuatkan kami tak kering gusi.

Ustazah Samsiah juga sempat berkongsi tips daripada pengalaman beliau bagaimana menyerlahkan potensi supermom & superdad:
1. Sekolahkan anak di sekolah agama untuk melahirkan Profaz (professional huffaz)
2. Suami yang tegas, isteri yang cool supaya anak-anak tidak stress. Kalau dua-dua tegas, anak-anak akan terasa jauh dan mungkin akan memberontak
3. Pendengar yang baik (active listener)
4. Ayah menunjukkan contoh yang baik (contoh: tidak merokok di hadapan anak-anak. Sebaiknya berhenti merokok)
5. Tegas dalam pendidikan anak-anak
6. Isteri tidak boleh sewenang-wenangnya keluar rumah tanpa izin suami. Jadi anak-anak akan terlatih untuk minta izin ibu ayah sebelum keluar rumah
7. Up-to-date: Harus advance daripada anak-anak (teknologi / informasi, dll)

Selain itu, Dr Hafidzah selaku panelist ke-3 mendefinisikan bahawa supermom = ibu yang hebat = orang yang bertanggungjawab pada dirinya & dapat mengimbangkan diri antara kerjaya & dakwah. Antara ciri-ciri ibu bapa berdasarkan Panduan Mendidik Anak Cara Rasulullah yang sempat dikongsikan:
1. Hargai little things yang anak-anak buat
2. Jangan bercakap kasar dengan anak, terutamanya di usia 0-6 tahun kerana usia itu anak-anak sedang mendownload apa yang diperhatikan daripada orang yang rapat dengannya (ibu ayah)
3. Memaafkan kesalahan yang dibuat, dalam masa yang sama latih anak untuk mengakui kesilapan
4. Tidak membebaninya
5. Tidak memakinya  
sangat soleh anak ni. khusyu' dengar skali ibu ayah die ;)

"Jadilah ibu di mana sebagai tempat untuk anak-anak bersandar". Kata-kata azimat daripada Dr Hafidzah akan sentiasa tersemat di hati. Beliau juga menegaskan ibu ayah perlu ada asas agama yang kukuh dalam mengimpikan anak soleh dan solehah. Sebagai ibu ayah, berikan hak sepenuhnya kepada anak-anak. Bukan menuntu hak pada anak-anak. Dan akhirnya, beliau mengingatkan kami semua supaya sentiasa tak jemu berdoa agar anak-anak cemerlang dunia akhirat kerana antara doa yang paling mujarab adalah doa ibu ayah :)
Sempat bergambar sebelum balik

Sesungguhnya, saya sangat-sangat bersyukur berpeluang menghadiri seminar yang sangat bermanfaat ni. Tak rugi memandu sedikit jauh ke Kerteh untuk Majlis Ilmu. Moga Allah redha! ^_^

Posted by Nadirah at 4:36 PM 0 comments    

Labels: Bicara Hati, Tazkiyyatun Nafs

10 Malam Terakhir Ramadhan sebagai Seorang Daie

Wednesday, August 15, 2012

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini 26 Ramadhan, terlalu cepat masa berlalu. Ramadhan kedua di alam kerjaya, sangat menguji iman dan taqwa. Alhamdulillah wa syukurillah, Sabtu lepas saya 'dijemput' Allah untuk menghadiri Daurah  bertempat di Pejabat IKRAM K.Terengganu. Pengisian kali ini disampaikan oleh Ustazah Khadijah Dibok (a.k.a Cik Joh), Ketua Wanita IKRAM Terengganu. Semoga dengan sedikit perkongsian dapat dimanfaatkan untuk perancangan iman dan taqwa selepas Ramadhan kelak. 

Lailatul Qadr: Pencarian Bermula  

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu." [Muttafaqun 'alaih]

Cik Joh memfokuskan dalam tazkirah beliau tentang bagaimana untuk mengekalkan taqwa dalam diri. LANGKAH 1: TAUBAT

"Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun " (Maryam:60)
  • Maksiat merosakkan iman. Jadi, bagaimana iman mahu ditingkatkan?

  • Sudah pasti dengan mohon pengampunan dengan Allah- Dalam ayat tersebut, mengapa Allah mendahulukan taubat daripada iman?
  • Bukti taubat mesti dilakukan berterusan walaupun bukan di bulan Ramadhan-setiap hari, setiap malam. Sedangkan Rasulullah s.a.w bertaubat sebanyak 70 kali setiap malam, insan yang ma'sum dijanjikan syurga. Inikan pula kita yang hina??

Mengapa perlu TAUBAT??- Muhasabah:

1. Tidak melakukan dosa besar? Tidak perlu bertaubat? Tak pernahkah kita solat di hujung-hujung waktu? ataupun tidur sampai terlepas waktu solat (contoh: Subuh gajah)? Bukankah itu dosa besar? 


Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang mengumpulkan antara 2 solat tanpa uzur, maka itu telah menandatangani pintu antara pintu-pintu dosa besar" [ HR At-Tirmizi dan Al-Hakim]

2. Orang yang lalai dalam solat
 "Maka celakalah bagi orang yang sholat. (Iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya " 
(Al-Ma'un: 4-5)

3. Bagaimana dosa mengumpat secara sedar atau tidak? Adakah itu dosa kecil? 
 "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Al-Hujarat: 12)

4. Lalai dengan tujuan penciptaan Allah (Kita diciptakan untuk mengenal Allah, menyembahnya dengan baik, menjalankan perintah atau amanah dan mensyukuri nikmatnya). Alangkah gembiranya kita dapat bertemu dengan Allah di sana nanti. Nak tunggu apa lagi? 
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya” (Al-Kahfi:110)

5. Bertaubat kerana kufur nikmat Allah, menggunakan nikmat untuk tempat yang salah. Kita perlu sedar dengan 3 perkara:
- Siapa kita?
- Apa tujuan kita diciptakan?
- Ke mana kita nak tuju selepas hidup ini?

6. Taubat daripada melakukan dosa kecil. Dosa kecil, kalau dihimpun-himpunkan akan jadi dosa besar.

Syarat-syarat TAUBAT

1. Menyesali perbuatan, lisan dan hati
- Pedih hati dengan apa yang dah dibuat
- Bagaimana tindakan kita dengan kawan-kawan & orang sekeliling. Ada tak mereka terasa hati dengan perbuatan kita?
- Lahirkan rasa bersalah dengan mengalirkan air mata/bersedekah/solat sunat taubat


Diriwayatkan daripada Abu Zar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda kepada aku:  

"Bertakwalah kepada Allah walau di mana sahaja kamu berada dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tadi akan menghapuskan kejahatan dan bergaullah bersama manusia dengan akhlak yang mulia". [HR Imam Tirmizi].  


2. Berhenti daripada melakukan dosa 
"Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya. Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Furqan: 68-70)

3. Bertekad tidak mengulanginya lagi
- Ramai orang bertaubat, tapi masih mengulanginya lagi
- Taubat Nasuha: taubat menyeluruh dari segala sesuatu & juga memberi erti lain iaitu memberi nasihat kepada pemiliknya setiap kali pemiliknya ingin melakukan maksiat [Hati boleh memberi nasihat kepada pemiliknya setiap kali ingin melakukan maksiat. Kalau tak, bermakna kita tak taubat sungguh-sungguh] 

 "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.(At-Tahrim: 8)

- Sentiasa maafkan orang lain. Sematkan dalam diri, Ya Allah, jangan Kau hinakan kami di hari akhirat..

Dalam Tazkirah ini jugak, Cik Joh ada ceritakan beberapa kisah orang yang bertaubat di kalangan Nabi, Sahabat dan Tabiin. Kisah yang terkesan dalam hati saya tentang Malik bin Dinar. Jom Tadabbur Surah Al-Hadid, ayat 16 :)

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka."

Untuk akhirnya, mari kita nilai di mana martabat solat kita kalau benar-benar kita bertaqwa.


  1. Orang yang tidak menjaga solat, tidak menjaga wudhu', tidak menjaga rukun solat dan jauh sekali dari khusyu'  - Mendapat azab Allah
  2. Orang yang menjaga solat, menjaga wudhu', menjaga rukun tetapi tidak khusyu' - Dihisab dengan kasar
  3. Orang yang menjaga solat, menjaga wudhu', menjaga rukun solat dengan sebaiknya tetapi terpaksa berperang dengan syaitan untuk mendapatkan kekhusyukan (berjihad) - Ditutup kekurangannya (Lulus)
  4. Orang yang menjaga solat, menjaga wudhu', menjaga rukun dengan sebaiknya. Solatnya khusyu' dan amat gigih melawan syaitan - Mendapat pahala penuh (100%)
  5. Orang yang sangat-sangat menjaga solat, sangat-sangat menjaga wudhu', sangat-sangat menjaga rukun solat dan khusyu'. Hatinya fana' dengan Allah - Mencapai puncak kebahagiaan. Kata-kata sahabat: Puncak kebahagiaanku terletak pada solat (Urwah bin Zubayr)

Renungan kata-kata Imam Al-Ghazali:
Carilah hatimu di tiga tempat:
1) ketika solat
2) ketika membaca Al-Quran
3) ketika menziarahi perkuburan
Barangsiapa yang tidak menemuinya, pintalah kepada Allah untuk hati yang baru


Daripada Abu Hurairah r.a beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda " Allah yang Maha Mulia dan Maha Tinggi martabatNya berfirman," AKU seperti yang disangka oleh hambaKu dan AKU sentiasa bersamanya setiap kali dia mengingatiKu.AKU benar2 gembira menerima taubat hambaKu,lebih gembira daripada saudara yang menjumpai barangnya kembali di padang pasir.Siapa yang datang dekat kepadaKu sejengkal,maka AKU datang dekat kepadanya sehasta.Siapa dekat kepadaKu sehasta,maka AKU datang dekat kepadanya sedepa.Apabila dia datang berjalan kepadaKu,maka AKU berlari-lari kepadanya." [HR Bukhari dan Muslim]




Posted by Nadirah at 12:25 PM 0 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Powered By Blogger

Blog Design by Gisele Jaquenod.