Hari pertama tahun 2010 bermakna dah 15 hari meninggalkan tahun 1431 hijrah. Soalan yang selalu ditanya bila tiba tahun baru, "Apa azam tahun ni? Semua azam tahun lepas berapa peratus dah capai?" Bagi diri saya, agak jarang juga meletakkan azam atau harapan yang tinggi kerana setiap hari saya selalunya akan menetapkan apa yang mahu saya capai pada hari tersebut =) Cuma, mungkin ada beberapa perkara 'besar' yang ingin saya fikirkan untuk saya capai pada masa terdekat ni..
- Tingkatkan amalan, rajinkan diri untuk amalan sunat especially dhuha + qiyam [sebab tu selalu rasa sedih, sebab dah banyak lalai dengan Tuhan]
- Latih diri untuk menjadi lebih sabar, kuat dan tabah menghadapi semester akhir ni [Yes, I can do the best biiznillah and strong support from myself as well as family too..Yang penting hati selalu ingat DIA]
- Menyiapkan logbook pada minggu ni & mula buat "case write up" sesegera mungkin
- Jenguk2 lah research yang 'terkubur tu'...
- Polish counseling and soft skill as preparation for special unit [di mana pula akan ditempatkan??]
Sekian dulu untuk masa ni, nanti banyak sangat plan tak tercapai pulak dek akal...
::Bila hati diserah kepada ALLAH, tiada resah tiada gelisah. Bila apa yang diburu hanyalah mardhotillah. Hilang rasa gundah, hidup rasa indah. Bila benih cinta disemai duhulu pada Yang ESA, barulah akan menyusul cinta telus sesama hamba.. Pergilah duka, hapuslah kecewa. Kerana bahagia Insya-Allah akan tiba di dunia ini & di akhirat sana. Dengan syarat iman & taqwa, kukuh disemai & tersemat dijiwa. Amal soleh bukti setia, seorang hamba kepada Rabbnya..::
Sorotan 2009
Community Placement~MCH, Poliklinik Komuniti Beserah Kuantan [Dis-April]
Therapeutic Diet Lab, Kitchen KAHS IIUM, Kuantan [Dis-April]
Annual Grand Dinner~Hyatt Regency, Kuantan [19 April]
Catering Placement ~ Hospital Serdang, Selangor [Mei-Jun]
Clinical Placement ~ HTAA, Poliklinik Komuniti Beserah, Klinik Kesihatan Bandar Kuantan [Julai-Oktober]
(I miss them a lot!)
(I miss them a lot!)
Gunung Jerai, Kedah [26 Dis]
~Semalam yang berlalu adalah kenangan, hari ini yang dilalui adalah kenyataan, dan esok yang bakal berlalu adalah harapan.. Moga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini kerana esok belum pasti lagi milik kita..~
2 comments:
Like this post soo much=)
Dah nak grad dah akak kan...
Nikmatnya mkin terasa kan^_^
All d besh kak..
Jgn lupa doakan kini=)
Insya-Allah..rasa kejap je masa berlalu, macam semalam baru daftar masuk UIA da nak grad. Pas ni alam kerjaya menjanjikan satu cabaran yang tak kurang hebatnya jugak=)
Post a Comment