Dalam kesibukan saya mengakhiri latihan praktikal di sini, saya mendapat khabar gembira seorang kawan sekelas Tahun 6, Nurshuhadah akan menamatkan zaman bujangnya pada 06 Februari nanti. Alhamdulillah, berakhir sudah teka-teki siapa yang akan menamatkan dulu zaman gadis dalam geng kami :) Tahniah Shu, semoga jodoh kekal hingga ke syurga! Moga baitul Muslim yang dibina sentiasa mendapat sakinah, mawaddah wa rahmah daripada-Nya.
Walimah Murniyati (Disember 2007) di Dewan Merdeka
Bekalang dr kanan: Dahlia, Murniyati, Aminah, Husna, Syahirah, Shu, Nadirah
Bekalang dr kanan: Dahlia, Murniyati, Aminah, Husna, Syahirah, Shu, Nadirah
Hadapan dr kanan: Harithan, Hakim
Zaman persekolahan memang sangat indah untuk dikenang, terlalu banyak kenangan yang tak dapat dicatatkan sepanjang kami membesar bersama. Alhamdulillah Allah sentiasa pelihara ukhuwah ni meskipun masing-masing punya karier tersendiri. Saya bersyukur, kami berjaya sehingga ke saat ni dengan berkat doa ibu bapa dan cikgu-cikgu sekalian. Sungguhpun haluan kita berbeza, tapi kita tetap mesra seperti dulu. Terima kasih sahabat atas ukhuwah ni, moga kalian juga sukses di dunia dan akhirat. Sayang semua!
Dari kanan: Shahadah (Sains Perpustakaan UiTM), Syafia (Perubatan USM), Aminah (Undang-Undang UIAM)
Dari kanan: Ruhayah (Sumber Manusia UPM), Syahirah (Farmasi UKM), Nadirah (Dietetik UIAM)
Husna nun jauh di Scotland!
Shuhadah (Jururawat UiTM), Hakim (Farmasi UKM)
Kami warga 6 Bestari
0 comments:
Post a Comment