oleh Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd
Ya Allah, Ya 'Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawiyyu Yang Maha Kuat dan Ya Matin Yang Maha Teguh dan Sempurna Kekuatan-Mu, tiada yang lebih perkasa dan kuat melainkan Engkau Ya Allah. Diriku ini hanyalah hamba kepada-Mu Ya Khaliq dan kerana itulah diri ini sentiasa merasa lemah dan tidak berdaya.
Hamba-Mu ini memohon kepada-Mu Ya 'Aziz, Ya Qawiyyu dan Ya Matin kekuatan jiwa untukku hadapi segala rintangan dan ujian hidup ini kerana dengan kekuatan-Mu daku dapat mengatasi segala masalah dan kesulitan di dalam hidup. Ya Allah Ya Ba'ith Yang Maha Membakar Semangat, bakarlah semangatku untuk terus berusaha bagi menghadapi rintangan dan ujian. Hamba-Mu ini sedar Ya Allah, Engkau ingin menjadikan aku umpama berlian yang sangat bernilai dan berharga.
Sesungguhnya Ya Allah, aku sedar yang berlian itu dicipta dengan penuh tekanan yang amat dahsyat dan memakan masa yang amat lama sehingga terjadinya berlian yang sangat cantik dan berharga. Aku sedar proses tekanan dan ujian ini mesti dilalui kerana Engkau Ya Rahman Ya Rahim ingin menaikkan martabatku hampir kepada-Mu dan ianya mesti dilalui oleh setiap manusia yang hebat. Aku yakin Engkau Ya 'Aziz tentu akan menguatkanku dan membangkitkan semangatku. Engkau Ya Wahhab Yang Maha Memberi, Ya Mujib Yang Maha Mengabulkan, kabulkanlah permintaan hamba-Mu ini.
2 comments:
terima kasih ats perkongsian ilmu...
ikuti jg sy di
http://firdausmalek86.blogspot.com/
firdaus:sama2, saja kongsi. thanks atas ziarah ;)
Post a Comment