"Rabbigh fir lii wa li wa lidayya warham huma kama rabbayanii saghiraa" |
Hari ini merupakan hari terakhir ayah sebagai kakitangan kerajaan. Esok bermulalah kehidupannya sebagai seorang pesara kerajaan, saya rasa satu lagi fasa yang bakal ayah lalui dalam hidupnya. Sejak masuk bulan April, ayah kerap menghubungi saya bertanyakan khabar. Agak girang suaranya di telefon, mungkin tidak sabar atau sebenarnya ayah sedih meninggalkan alam pekerjaan yang ditempuh hampir 32 tahun!
Selasa lepas, ayah menelefon saya. "Angah sihat ke?" soalan yang wajib ayah tanya macam biasa. [sebenarnya saya yakin ada sesuatu yang nak ayah bagitau =) ].
"Alhamdulillah sihat" jawabku ringkas.
Selepas berbual-bual beberapa minit bercerita itu ini, "Tu la tadi ayah dapat dah surat pencen. kad pencen pun dah dapat sekali. Alhamdulillah la senang pulak kali ni. Lepas ni, jadi warga emas la dah ayah, kalau naik Trans dapat le diskaun 25%!" hehehehe sempat jugak ayah bergurau...
"Ada kawan ayah tu, dekat 2 bulan jugak baru settle semua", mendatar suaranya.
Alhamdulillah, alhamdulillah thumma alhamdulillah. Engkau memudahkan urusan ayah untuk kali ini! Berkat doa dan kesabarannya, moga sisa usia yang bakal ditempuh sentiasa mendapat redha Ilahi.
"Ketika kejauhan, masihku hangat kasihmu ayah.
Betapa kurindukan redup wajahmu hadir menemaniku
Betapa kurindukan redup wajahmu hadir menemaniku
Terbayang ketenangan, yang selalu kau pamerkan
bagaikan tiada keresahan"
Ayah yang kukenali seorang yang rajin bekerja dan gigih membesarkan kami. Sentiasa rasional dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang mencabar. Seingat saya, ayah tabah memegang amanah sebagai Guru Besar di sebuah sekolah kampung [a.k.a sekolah kekurangan murid-SKM] tanpa ada kerani selama 5 tahun. [jadi tugas perkeranian semua dibuat sendiri dengan bantuan seorang office boy] Mendidik anak-anak kampung yang agak kebelakang daripada murid lain sehingga ada di antara mereka memperoleh semua A dalam UPSR & mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Ayah disenangi oleh guru-guru di sekolahnya, sentiasa menjaga kebajikan staf-staf di bawahnya.
"Walau hatimu sering terluka, tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian
Ketikaku dalam kedukaan, kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan, kau setia mengajarku erti kekuatan "
Tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian
Ketikaku dalam kedukaan, kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan, kau setia mengajarku erti kekuatan "
"Assalamualaikum ustaz!" masih terngiang-ngiang lagi laungan anak-anak kampung di sepanjang perjalanannya menuju ke sekolah. Dan yang paling menggembirakan, penduduk kampung akan bergotong-royong setiap kali acara-acara tertentu [Hari sukan, hari ucapan & penyampaian hadiah, dll]. Sangat akrab hubungan cikgu-cikgu dan penduduk kampung, hasilnya bonet kereta mesti penuh setiap kali musim buah... ;)
Ayah yang kukenali tidak pernah meninggikan suara kepada anak-anak, tapi setiap kali ayah bersuara kami anak-anak mesti kecut! Entah kenapa pun saya tak pasti, tapi mungkin masa kecil-kecil dulu tak rapat sangat dengan ayah. Jadi kalau ada apa-apa pun memang jarang bercerita dengan ayah.Mungkin tu salah satu faktor kenapa agak "takut" bila ayah bersuara...
"Terpancar kebanggaan, dalam senyummu melihatku berjaya
Bilaku kegagalan, tak kau biarkan aku terus kecewa
Dengan kata azimat, engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan"
Bilaku kegagalan, tak kau biarkan aku terus kecewa
Dengan kata azimat, engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan"
Ayah yang kukenali memang jarang menunjukkan kasih sayangnya kepada anak-anak [mungkin sifat lelaki kot. ye ke?] tapi saya tahu dia amat kasihkan kami. Seingat saya, ayah mesti jenguk saya & adik di asrama setiap bulan tanpa jemu. Kalau tak bersama mak dll, ayah akan muncul berseorangan di kantin sekolah. Mengharungi 2 jam perjalanan dari rumah untuk bertemu dengan kami dalam masa yang singkat. Paling mengharukan ayah akan datang setiap minggu semasa 3 bulan saya di PLKN! [sebab ayah tahu saya tak nak pergi PLKN dari mula =P]. Bila dah masuk matrik & universiti, jarak dari rumah dah makin jauh. Saya selesa menaiki bas pulang ke kampung dan ayah tak pernah langsung biarkan saya menunggunya di stesen bas. Setiap kali turun bas, ayah akan setia menanti saya walaupun pada jam 4-5 pagi..
"Tak dapatku bayangkan hidupku ayah
Tanpa engkau disisi
Semua kasih sayang yang kau curahkan
Tersemat dihati..... "
Tanpa engkau disisi
Semua kasih sayang yang kau curahkan
Tersemat dihati..... "
"Esok ulang tahun kelahiran ayah yang ke-58. Ayah, Selamat hari jadi. Angah doakan semoga ayah sentiasa dalam pemeliharaan Allah, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki & dipermudahkan urusan nak pergi umrah nanti. Terima kasih sebab tak pernah jemu doakan Angah selama ni..."
0 comments:
Post a Comment