Al-Quran itu Kalam Allah,
Jibrail penyampai wahyu Allah,
Mukjizat teragung Rasulullah,
Menjadi panduan, pegangan ummah
Bahasanya indah tersusun,
Meredakan hati nan marah,
Bertukar tenang kerana hidayah,
Keunggulannya tiada tara,
Hingga akhir zaman
Banyak hikmah terkandung di dalamnya,
Pelbagai ilmu, ajaran agama,
Fakta sejarah, sains dan perbuatan,
Kisah Al-Anbiya' menjadi teladan
Rakan-rakan, sahabat sekalian,
Itulah kelebihan kitab Al-Quran,
Budayakannya sepanjang hayat,
Mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat
p/s: tengah hari tadi mengajar murid-murid tahun 4 tentang Mukjizat Al-Quran. Harapnya mereka faham apa yang dibincang... Ya Allah, sinarilah mereka dengan hidayah-Mu agar mereka tak jemu menuntut ilmu-Mu...
Al-Quran
Tuesday, June 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment