Ada orang yang murah rezekinya, tak perlu mencari atau pergi temuduga tapi ditawar kerja kepadanya..
Ada orang yang murah juga rezekinya, hadir sekali temuduga terus dipanggil kerja...
Ada juga yang perlu hadir berkali-kali temuduga barulah berjaya dipanggil kerja..
Ada juga yang mendapat banyak tawaran temuduga atau kerja, tapi menolak kerana dirasakan tidak sesuai..
Ada pula yang menghantar resume di banyak tempat, tapi satu pun belum dipanggil untuk temuduga, apatah lagi untuk bekerja...
Walau apa pun kita ingatlah rezeki ada di mana-mana. Teruslah berusaha mencari dan mencuba, kalau diizinkan, kerja itu menjadi milik kita. Setelah berusaha, bertawakkallah kepada-Nya. Ingatlah firman Allah:
"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [Al-Baqarah: 216]
"dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." [At- Thalaq: 2-3]
p/s: mencari dan terus mencari, moga yang terbaik kepada diri, agama dan masa depan akan dimiliki. Bersabarlah hati, kerana kesabaran itu sesuatu yang manis untuk diri jika pandai menghargai ;)
0 comments:
Post a Comment