skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Nadirah
Small woman with a big heart.Born in Perak, studied in Pahang. Works in Terengganu. Educate people in hospital and public. Loves writing.
View my complete profile

Archivo del blog

  • ▼ 2014 (3)
    • ▼ March (1)
      • Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2013 (15)
    • ► October (2)
    • ► September (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► April (4)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (1)
    • ► April (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ► 2011 (36)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (1)
    • ► August (5)
    • ► July (7)
    • ► June (4)
    • ► April (8)
    • ► March (2)
    • ► February (5)
    • ► January (2)
  • ► 2010 (58)
    • ► December (2)
    • ► October (3)
    • ► September (8)
    • ► August (8)
    • ► July (8)
    • ► June (4)
    • ► May (7)
    • ► April (6)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (6)
  • ► 2009 (33)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (3)
    • ► September (7)
    • ► August (7)
    • ► July (7)

'Ilman Naafi'a

  • Ust Hasrizal
    Perbandingan tentang Pembiayaan dan Tadbir Urus Sekolah: Finland dan Ireland
    1 week ago
  • Dr Sha Mesir
    Sanah Helwah Hana
    11 months ago
  • Ust Pahrol
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    1 year ago
  • Kak Salwa Saleh
    Kenapa kami suka pergi bercuti di PD?
    3 years ago
  • Zaharah Muhammad
    Jalan
    5 years ago
  • Langit Ilahi
    Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?
    5 years ago
  • Fatimah Syarha
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • Dr Ummi
    Kawan Sejati Atiqah
    7 years ago
  • Dr Siti Sarah Shukor
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • Dr Nazhatul Muna Ahmad Nasharuddin
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Mujahid sepanjang zaman..
    Aku mendung.
    9 years ago
  • Dr Hidayah Bani
    Tempat Baru
    11 years ago
  • Ustaz Muhd Shaari Abd Rahman
    KEM UMMAH SUKSES: TENTATIF DAN POSTER
    12 years ago
  • HEALS
    The DO's and DONT's of Studying
    12 years ago
  • Mohd Afiq Mohd Saleh
    TIPS BISNES AKHIRAT: AMAL JARIAH, HARTA YANG BERANAK-PINAK
    13 years ago
  • Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
  • Ustaz Mohd Erfino Johari

Baitul Muslim

  • Usrah Mujahid & Nihlah
    "Not bad"
    1 month ago
  • Usrah Rizza & Mardhiah
    Esok Mujahid UPSR!
    8 years ago
  • Usrah Hafiz & Mawaddah
    Ayah tak suka, tapi anak minat pula. Kenapalah wahai anakku?
    9 years ago
  • Usrah Azreen & Asiyah
    Kisah Nabi Di Pagi Hari
    10 years ago
  • Usrah Ipin & Atiqah
    End Of Posting..buat apa?
    11 years ago
  • Usrah Hawari & Hairena
    INNA MA'AL 'USRI YUSRA
    13 years ago
  • Usrah Khubaib & Aisyah
    Perniagaan
    14 years ago

Friends Forever

  • Noor Munirah Awang Abu Bakar
    Kedai makan best di MUAR
    10 years ago
  • Norjihada Izzah Ismail
    YA ALLAH, selamatkan GAZA & Palestinians
    12 years ago
  • Nur Sabrina Subri
    Meneladani rumah tangga Baginda Rasulullah s.a.w..~
    13 years ago
  • Noor Amirah Mat Nawi
    roh dan jasad itu makanannya berbeza..
    13 years ago
  • Smiling Sakura
    7 Steps to Create Productive Habits In 21 Days
    13 years ago
  • Noorsyuhada Mohd Salleh
    ...My BIG day...^_^ on 12th March 2011
    14 years ago
  • Budak-Budak Hitam
    Impian Jadi Kenyataan
    14 years ago
  • Nadirah Sulaiman
  • Che Aishah Nazariah Ismail

Kata-Kata Hikmah

"Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu yang ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun jika sesuatu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah ada dalam GENGGAMAN"

Tautan Ukhuwah

  • Maryam Al-Batul Azizuddin
    Planting Lavender
    6 years ago
  • ::Mukminah Mujahidah Menongkah Arus::
    Tersenyumlah
    9 years ago
  • Mohd Naim Rahim
    I'M BACK
    11 years ago
  • Yassir Ramlee
    Pemuda Pemudi Mengemudi Arus Perubahan
    11 years ago
  • Batrisyia Saffiyah & Aqeel Aisy
    Chacha wean off from formula milk
    12 years ago
  • Nur Asiyah Mustapha Kamil
    Happy Birthday, My Princess!
    13 years ago
  • Esfarizam Abd Ghaffar
    Anak-anak tak sihat
    13 years ago

The Dietitians

  • Creating Womanhood
    Sloth
    4 years ago
  • Diet Terapeutik Untuk Hati...
    MARY JARDIN ITU APA?
    7 years ago
  • Abdur Rahman Al-Azmi
    3 Peringkat Yang Akan Dilalui oleh Penuntut Ilmu
    7 years ago
  • Mohd Faizal Salleh
    Orang Tercari-cari Manikam Kita Pula Mencari-cari Cara Membuangnya
    8 years ago
  • Ayat
    mengapa menulis kalau bukan untuk memberi pengajaran?
    8 years ago
  • Dr Azdie
    Suara Keramat
    8 years ago
  • Variety is the spice of life
    Promo Dunkin Donuts
    9 years ago
  • Sr Suraiya Hani Said
    1st May 2015
    10 years ago
  • Noor Sakini Salleh
    New bestfriend
    10 years ago
  • Beautiful Soul
    BEST FEELING IN THE WORLD
    10 years ago
  • Izzah Ismail
    the fault in our stars
    10 years ago
  • Hasmira Mohd Daud
    Harum Semerbak!
    11 years ago
  • Muhammad Huzaifah Ahmad
    Ubat
    11 years ago
  • Nurul Husna Aron
    Hukuman mati
    11 years ago
  • Ahmad Huzaifah Yusoff
    UiTM di Hatiku?
    11 years ago
  • Ilman Hadree Idris
    Stevia Rebaudiana
    12 years ago
  • Geo Allen George
    WOW..CHECKING 1 2 3...
    13 years ago
  • Mohd Hakim Zakaria
    Selamat tinggal....
    13 years ago
  • Nur Ilanah Abdullah
    Eid Mubarak!!
    14 years ago
  • Mardhiah Mohd Roslan
  • Sr Fathin

SMKASR

  • Nurshuhada Zainon
    My CL's Journey to Oxford
    4 years ago
  • Izyan Mardhiah Halmi
    MSSD BoLa JaRiNg DaeRaH SeMPoRNa 2012
    13 years ago
  • Nurul Husna Johari
    Tak seindah biasa
    14 years ago
  • Sharihana Ab Halim
  • Zarina Rosehan Anuar

IIUM Dietetics

  • Kitchen's Heart Cafe
    "Thinking mistakes" for weight loss management
    9 years ago
  • 5th Batch
    Sports gives great Well being, and what impact this has on the psychological health and good quality of life?
    13 years ago

Online Shop

  • Homecake Delicious
    kek kahwin
    5 years ago
  • Resipi Noraini
    JADUAL KURSUS 2020
    5 years ago
  • Edariman Online Mall
    AL-QURAN RUMI AL-MUMAYYAZ SAIZ A4
    6 years ago
  • Sinar Kehidupanku
    Talam Lapis Surabaya
    9 years ago
  • krafHATI
    TERKINI: PETA DUNIA UNTUK ANAK-ANAK SOLEH
    9 years ago
  • Butik Noraz
    Coming soon
    14 years ago

Education

  • Malaysian Association for the Study of Obesity
  • nutriWEB Malaysia
  • Malaysian Dietitians' Association
  • International Islamic University Malaysia

Labels

  • Ayah (3)
  • Bicara Hati (6)
  • Bisikan Sirr (1)
  • kembara dietitian (62)
  • Kenangan (15)
  • Mawaddah wa Rahmah (4)
  • Monolog (100)
  • Sakinah (4)
  • Tazkiyyatun Nafs (53)
  • Tips Diet (6)
  • Usrati (33)

Blogroll

About

Blogger templates

iluvislam

Blogger news

widgeo.net

Bicara Teman

Min Aina

Syahrul Islam

Al Waqtu Kas Saif...

Free Calendar & Clock

Tetamu Ziarah

Powered by Blogger.

Pages - Menu

  • Home

Popular Posts

  • Menguatkan jiwa dengan Bantuan Ya 'Aziz, Ya Qawiyyu, Ya Matin, dan Ya Ba'ith
    oleh Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd Ya Allah, Ya 'Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawiyyu Yang Maha Kuat dan Ya Matin Yang Maha Teguh d...
  • Sanah Helwah Ya Ummi!
    Dataran Pahlawan, Melaka "The Prophet S.A.W told us that we must obey Allah and His Messenger at all times But after that who else d...
  • Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf
    Buat semua yang bernama anak, inilah puisiku untukmu: Ingin kubisikkan resah seorang ayah resah kita bersama resah warisan lama b...
  • Setiap hari ialah perjalanan hidup yang baru (1)
    Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Tiada kesyukuran yang layak saya berika...
  • Orang Tuamu, Orang Tuaku
    Karya Salim A. Fillah alhamdulillah sudah dibaca separuh, memang tak merugikan. "Orang tuamu, orang tuaku" antara isi kandungan ...
  • D.I.E.T.E.T.I.C.S
    Bachelor of Dietetics Saya terpana ketika mendapat surat tawaran daripada IIUM, Alhamdulillah pilihan pertama saya berjaya diterima. Saya s...
  • Myth of Breastfeeding
    Breastfeeding continues to be surrounded by a multitude of myths. Here are some of the more common on...
  • Mithaqan Ghalizan: Mihrab Cinta
    "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan dan zuriat keturunan yang menjadi penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin ba...
  • Pengalaman Itu Harus Dikongsi
    Catatan lama yang ditulis di blog kelas pada 25/08/2011 . Walaupun dah 2 tahun lebih berlalu, membaca catatan lama membuatkan saya bersyuku...
  • Untukmu Teman
    Di sini kita pernah bertemu  Mencari warna seindah pelangi Ketika kau menghulurkan tanganmu Membawaku ke daerah yang baru Dan hi...

Followers

Lintasan Pena

Aku tak mampu menjadi sehebat mereka, tapi cukuplah menjadi semampu aku kerana aku ada DIA untuk terus kuat...

Pages

  • Home

Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf

Monday, March 24, 2014

Buat semua yang bernama anak, inilah puisiku untukmu:

Ingin kubisikkan resah seorang ayah
resah kita bersama
resah warisan lama
berkesinambungan sejak zaman silam
imbauan kisah Yaakub dan Yusuf Alaihisalam

Bila harapan suci seorang ayah telah diuji
bayangkan betapa terkejutnya Yaakub
menerima khabar kematian Yusuf.
Namun, jauh di sudut hati tetap tidak gementar
dia yakin Yusuf tetap dipelihara Allah
walaupun di tangannya baju yang berdarah.

Ah, siapakah tidak tergugah bila berpisah?
Dan menangislah Yaakub menanggung resah seorang ayah.
Matanya menjadi buta, tetapi hatinya terus bercahaya
"Yusufku, Yusufku.. Demi Ilahi dia pasti kembali."
Lalu terjadilah tribulasi demi tribulasi
tragedi demi tragedi

Yusuf terjual menjadi hamba, terfitnah oleh wanita,
terasing dipenjara
Namun akhirnya Yusuf ternama
menjadi menteri mencatur ekonomi
Siasahnya menyelamatkan negara
Akhirnya Yusuf pulang kepada Yaakub
Pertemuan itu sudah termaktub.

Sudah beberapa dekad pula kita genggam anugerah itu
kita cuba perkukuhkan amanah demi hari.
Adakalanya kita tegak berdiri dengan ampuh
tetapi ada masanya kita terjatuh
dilanggar dan dirempuh
taufan kehidupan ini tidak sudi simpati.

Dengan sepercik iman, sekelumit keyakinan,
kita harungi jua badai penderitaan
Sesungguhnya titipan Tuhan ini bukan khayalan
kehadiran putera dan puteri adalah kenyataan
walaupun perjalanan peristiwa kekadang 
sepantas imbauan.

Ah, rasanya baru semalam, kita dipanggil anak
tapi hari ini, sudah bergelar ayah
Dulu, kita dibelai dan dimanja
namun kini kita dipagut susah, dipaut derita.
Oh, sedar-sedar sudah putih rambut di kepala
sudah berkedut garis di muka, usia sudah di ambang senja
mentari hidup kian redup, sudah hampir ke episod penutup.

Walaupun sesekali, terasa ingin berkejaran di tepi denai
atau berenang-renang ke sungai
Tapi siapakah mampu memutar kembali jarum waktu?
Yang berlalu, terus berlalu, terlalu laju.
Yang tinggal hanya kenangan,
yang kekal sebagai ingatan.
Ah, musim bermain hujan telah berlalu,
Kini musim bermandi hujan.

Marih kita ingat detik kelahiran mereka,
seorang demi seorang  
Bersama isteri di sisi, kita nikmati tangisan pertamanya
Lalu kita azan di telinga kanan, iqamat di telinga kiri
Kita ukirkan kalimat tauhid di kanvas hatinya yang suci
Itulah bekal utama, jati dirinya yang pertama
dan termaktub sudah janji di sisi Allah
Anak, kaulah hamba dan kaulah khalifah
Dan aku adalah ayahmu, pemegang amanah safarmu yang fana

Lalu bermulalah kembara anak di alam dunia.
Satu kembara yang panjang
bagi mereka yang alpa, masa terbuang sia-sia.
Satu kembara yang pendek
bagi mereka yang cerdik, masa terisi dengan baik

Kenalkan dahulu anak kepada Tuhan
Katakan Tuhan itu Ada, Esa, Agung dan Perkasa
Lihat awan dan bulan, itu semua Tuhan jadikan
Nun di sana burung dan ikan
Tuhanlah yang memberinya makan
Kalau di situ ketika anaknya bertanya,
'Ayah, kenapa  mendung begini?'
Katakan, 'Tuhan ingatkan kita supaya hargai nikmat mentari'

Walaupun masih di tahap fikrah terendah
anak mesti diajar mentauhidkan Allah
Kuasa hafalannya, terokailah
Kecepatan menirunya, manfaatkanlah.
Semuanya menuju satu
Segala terjurus lurus
Awwaluddin makrifatullah!

Bangkitlah di fajar Subuh,
dirikanlah solat berjemaah
Pimpin makmum kita,
tadahkan tangan bersama-samanya
Tagihlah simpati Ilahi
Gamitlah nur Rabbani
Ya Allah berkatilah hidup ini.
Pertingkatkanlah iman dan amal kami
Permudahkanlah langkah kami mencari rezeki
Agar yang halal-halal sahaja membajai dana rumah tangga ini

Jauhkanlah dari yang haram dan syubhat.
Janganlah hendaknya zuriat ini dibesarkan oleh usaha yang jahat
Biar tenggelam bermandi peluh menggenggam tanah sawah,
dari santai dibuai mewah menuai rasuah.
Darah, daging dan nafas hidup ini wajib ditempa dari rezeki yang bersih
Mudah-mudahan  anak kita menjadi insan terpilih
Anak yang soleh.
Jangan dibesarkan anak dengan rezeki yang haram
Nanti hatinya menjadi hitam
Didikan yang baik takkan meninggalkan kesan

Lepaskanlah anak ke persada buana.
Jangan dikurung, nanti jadi pemurung.
Biar mereka hirup udara kebebasan dan kemerdekaan.
Namun awasi langkah dan teliti tingkahnya.
Bekalkan ilmu buat mereka menyuluh.
Agar mereka tahu menilai pahala.
Arif mengenal dosa.

Selalulah berdamping dengannya.
Dengarkan luahan katanya yang tersurat.
Fahamilah isyarat dalamannya yang tersirat.
Kekadang mereka malu hendak menjelaskan, kitalah yang patut dahulu mentafsirkan.
Adakalanya mereka bertanya dalam bercerita.
Pandai-pandailah kita menjawabnya dalam selamba.

Istigamahkan didikan, berilah pimpinan.
Sesungguhnya tugas ini sulit sekali, justeru kita pun selalu tersasar
Sering juga kita melakukan yang mungkar.
Namun itu bukan alasan untuk menyerah kalah.
Jadilah seorang ayah... yang selalu  bermujahadah.

Ah, esok anak-anak kita pula akan menjadi ayah.
Bagaimana ya? Aduh... resah lagi.

Semoga kita terus memiliki hati sekukuh Yaakub.
Agar anak-anak kita menjadi seteguh Yusuf. Dan semoga kisah itu akan tetap agung, terus bersambung...
kisah resah seorang ayah!

Pahrol Muhammad Juoi
02 Februari 2014


Posted by Nadirah at 12:43 PM 1 comments    

Labels: Ayah, Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Selamat Hari Lahir, Abang!

Thursday, February 20, 2014





Jauh berpisah jarak
Ikan di laut pancingnya di kali
Bukan bermakna kasih berkocak

Jauh dibatasi masa
Bukan bermakna berpisah rasa
Hati kita satu
Milik kau dan aku

Bukan kudamba kesyumulan dalam segala
Kerna kutahu
Kesyumulan itu hak milik Allah semata
Hanya kupohon kesetiaan dan keikhlasan
Agar benteng kasih tetap terpelihara
Agar cinta kita membawa ke syurga

Abang
Selamat Hari Lahir kuucapkan
Moga rahmat Dia Yang Satu
mengiringi tiap langkahmu
Terima kasih kuungkapkan
Atas kasih dan cinta yang kau hulurkan

Umpan di jari menari-nari
Cinta bertaut seikhlas hati
Syurga Firdausi menjadi destinasi

Posted by Nadirah at 3:49 PM 4 comments    

Labels: Mawaddah wa Rahmah, Sakinah

Pindah

Friday, January 31, 2014

Bismillahirrahmanirrahim

Sudah sekian lama tak menulis, terlalu banyak catatan yang mahu dicoretkan tapi apakan daya keadaan kadangkala tak mengizinkan. Kalau keadaan mengizinkan, idea pula tak keluar (alasan semuanya, kan! :P )

Bermula awal tahun yang lepas, pertukaran saya ke Perak diluluskan kementerian (selepas melalui beberapa siri ujian, alhamdulillah thumma alhamdulillah). Semasa melapor diri di JKN, ada 10 kekosongan di Perak di mana 2 daripadanya jawatan baru di klinik kesihatan. Kalau  mengikut hati dan perasaan, mau sahaja saya memilih hospital besar dengan harapan ada sahabat dietitian untuk berbincang (rasa serik untuk jadi boss + bekerja berseorangan untuk mengendalikan klinikal + pengurusan +  katering). Namun percaturan Allah itu lebih hebat, semua kekosongan di hospital agak jauh dari Kuala Lumpur; yang tidak membolehkan saya dan suami tinggal bersama. Tempoh 3 bulan berulang-alik setiap minggu Terengganu-KL-Perak + cuti hujung minggu yang berlainan, dirasakan tidak mampu untuk mengulanginya lagi kalau ada peluang yang lebih baik..

Selepas istikharah & istisyarah dengan suami dan kedua-dua keluarga, maka saya memilih untuk penempatan yang dekat dengan KL (sebab suami tak akan berpindah tempat kerja); di mana kekosongan hanya di klinik kesihatan. Bermula dengan itu, saya mesti bersedia untuk menghadapi  lagi cabaran dengan memulakan perjawatan baru. Sebagai satu perjawatan baru di klinik ini (dan daerah ini), saya bermula daripada kosong. Dari awal melapor diri lagi, penempatan saya sudah mencetuskan kontroversi di mana Pegawai Kesihatan Daerah tidak mahu meletakkan saya di penempatan yang telah dipilih oleh KKM dengan alasan kawasan pilihan KKM itu sudah ada Pegawai Sains Pemakanan (PSP). Panjang lebar saya terangkan bahawa bidang tugas kami berbeza, dan jawapan yang saya terima, "Saya terima surat penangguhan awak, nanti saya fikirkan kat mana saya nak letakkan awak!" terus pergi meninggalkan yang termangu-mangu. Allahu Rabbi, dengan sedikit kuasa yang ada saya langsung tidak dipandang. Mujurlah ada sedikit pengalaman hampir 3 tahun dalam kerajaan, seakan sudah masak dengan segelintir sikap anggotanya. Kalaulah saya baru pertama kali melapor diri dalam kerajaan, berkemungkinan besar saya tak menerimanya. 

Saya menelefon Ketua Perkhidmatan Negeri, memberitahu masalah yang dihadapi. Saya seakan mahu pitam lepas membaca mesej pada petang itu "Ikut sahaja di mana PKD nak letak awak". Ringkas. Saya malas hendak menyusahkan hati suami, malam itu saya pulang ke Terengganu dengan perasaan yang sangat sedih dan berat hati untuk pindah. Perasaan yang sangat lain berbanding semasa melapor diri kali pertama di Terengganu dahulu. Saya menunggu dan terus menunggu.. Saya meminta juga pendapat daripada Ketua Profesion Negeri yang lama, beliau sangat tidak setuju dengan apa yang berlaku kepada saya. Tapi katanya beliau tidak dapat untuk campur tangan atas pengurusan negeri  masing-masing. Saya hubungi juga Ketua Profesion Kebangsaan. Beliau memaklumkan bahawa PKD ada hak untuk menukarkan penempatan kerana lebih tau di mana keperluan yang sepatutnya. KKM hanya mencadangkan. Di hujung-hujung perbualan kami, "Takpe lah Nadirah, kamu redha dulu kat mana PKD nak letak kamu. Kamu buat yang terbaik kat situ, bagi diorang terbukak mata dengan servis kita". Hati saya sedikit lega sungguhpun bukan mudah untuk terus redha walaupun sangat senang menyebutnya. Mungkin saya ini yang kurang sabar...

Sepanjang tempoh 2 minggu penangguhan, masih tak ada kata putus. Hampir setiap hari menelefon kerani yang incharge di PKD. Jawapan yang sama saya terima, "Boss belum bagi jawapan". Saya rasakan kesabaran saya sudah hampir tamat. Saya katakan, "Kenapa susah sangat ye nak ada jawapan? Saya dah la nak cari rumah semua. Kalau macam tu, baik saya mohon tangguh sampai sebulan aje. Ni esok saya dah nak pindah Perak, lusa dah nak kena lapor diri tapi tempat tak tau lagi. Bukannya dekat Terengganu-Perak tu" Saya jadi geram, rumah sewa tak boleh dicari lagi sebabnya tiada penempatan. Mana mungkin mahu berulang dari rumah mak ayah yang mesti melalui 2 jam perjalanan highway? Mahu berulang dari Kota Damansara? Bertambah tak logik. Akhirnya saya meneruskan perpindahan sepertimana yang dirancang, sambil bertawakkal kepada Allah, moga ditempatkan di tempat yang baik untuk agama, keluarga & diri sendiri. Runsing, resah, hanya Allah yang tahu.

Selamat tinggal Terengganu.. Sungguh, ada rasa kesedihan meninggalkan tempat pertama berkhidmat. Susah senang bersendirian di awalnya, dihadiahkan pula jodoh semasa berkhidmat di sini. Melalui pengalaman berjauhan dan berulang alik dalam tempoh 3 bulan di awal perkahwinan meninggalkan kenangan yang tak akan kami lupakan. Namun, lumrah kehidupan. Pilihan ini saya yang buat, pilihan ini juga Allah yang izinkan. Doa saya, mungkin sudah tiba masanya untuk berhijrah, membina kehidupan yang lebih baik bersama keluarga.

30 Disember 2014. Hanya 2 hari sahaja lagi saya akan memulakan kerja di tempat baru. Pagi itu saya mencuba nasib, mudah-mudahan telah diputuskan. Alhamdulillah, thumma alhamdulillah. Klinik Kesihatan Tanjung Malim. Ringkas dan padat. Seinfiniti kesyukuran kami panjatkan di tempat baru InsyaAllah. Tanjung Malim lebih dekat dengan Kuala Lumpur, lebih kurang satu jam perjalanan dan agak banyak pilihan rumah untuk disewa. Dalam suasana kelam-kabut, Allah izin untuk kami mendapat rumah sewa. Walau bagaimanapun, beberapa kerosakan harus dibaiki sebelum kami duduk. Jadi, untuk tempoh 2 hari bekerja ni, kami menumpang dahulu rumah mertua di Kota Damansara yang mengambil masa dalam 45 minit perjalanan melalui Lebuh Raya Utara Selatan.

Perancangannya, kami menyewa di Tanjung Malim dan suami akan berulang ke KL setiap hari. Selepas percaturan dan perbincangan bersama dari segi ekonomi, masa dan kelelahan memandu, beliau memilih untuk menaiki keretapi laju ETS. Sungguh, memang sebelum Subuh dah bertolak pergi kerja dan pulang bila matahari dah terbenam. Memang rata-rata kawan-kawan yang tahu kisah kami kurang bersetuju dengan pemilihan ini, tapi kami perlu akur bahawa tugasan saya akan lebih mencabar kerana perlu travel ke 6 lagi klinik kesihatan lain dalam daerah ini yang menghala ke utara Perak. Jaraknya bukan dekat, perlu memasuki felda dan kampung yang sejauh hampir 80km sehala (sikit lagi dah boleh solat jama'). InsyaAllah buat masa ini, ini yang terbaik buat kami sekeluarga :)

Posted by Nadirah at 3:29 PM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Kenangan, Mawaddah wa Rahmah, Sakinah

Pengalaman Itu Harus Dikongsi

Thursday, October 24, 2013

Catatan lama yang ditulis di blog kelas pada 25/08/2011. Walaupun dah 2 tahun lebih berlalu, membaca catatan lama membuatkan saya bersyukur dengan kehidupan yang dilalui. Sungguhpun ada ketika tak punya banyak waktu senggang, tapi saya rasa hati ini tenang :)

Alhamdulillah, hari ni lebih kurang sebulan setengah saya kerja di sini. Ramai adik-adik junior bertanya, "Kak, macam mana keje? OK ke?" "Alhamdulillah, ok je setakat ni..." ringkas tapi ada makna tersirat =)


Saya ditempatkan di Hospital Daerah yang tiada pakar, dah pasti teramat lain suasana kerja dengan suasana semasa praktikal dulu (sebab praktikal semua di hospital besar & kes yang bombastik!). Kebanyakan komen yang saya dapat, ala hospital daerah best la tak busy. Kes-kes pun biasa-biasa aje. Balik-balik DM/HPT/HPL/GDM/PIH, lebih kurang macam OPD je. Tak la pening sangat. Ulang-ulang benda yang sama, macam boleh tape je..

Memang permulaannya saya pun berfikiran begitu, (sume fresh grad sure fikir nak fokus klinikal, baru lah dietitian sejati). Tapi lepas dapat motivasi daripada Pn Ramlah fikiran saya bertukar lain. "Saya dulu Nadirah, 10 tahun kerja sorang di hospital negeri. Awak kira OKlah hospital daerah, tok sah riso lah banyak benda awak boleh buat untuk Hulu tu. Jangan rasa kita sorang tak boleh buat apa, semua atas kita. Bagi meriah sikit hospital tu, buat aktiviti ke. Lama-lama nanti Ok lah tu.." Banyak hikmah saya cari kenapa Allah pilih saya di sini, sebab DIA tak akan beban hamba-Nya dengan sesuatu yang tak sanggup dipikulkan? Alhamdulillah saya menjumpainya, walaupun tak banyak tapi mudah-mudahan dapat dimanfaatkan bersama ;)

1. ALLAH nak saya belajar benda yang tak ada dalam kelas
Awal-awal saya datang, agak huru-hara. Sebelum ini dietitian pelawat sahaja 2X/bulan, jadi referral semua buat di klinik pakar walaupun IPD. Jadi bila saya ada pun referral ke klinik pakar jugak, jadi saya pergi ke wad (ada 4 je pun; lelaki, perempuan, kanak-kanak & bersalin...) terangkan satu-satu kepada SN cara nak refer patient. Bawak borang referral, perkenal diri kat doktor & inform jugak kepada semua ketua unit dalam mesyuarat. Kira macam jaja diri jugak la... =P

Perkara ni tak semudah yang dibayangkan, ada juga MO tak tak mahu refer kes kepada dietitian walaupun pesakit dah ada komplikasi DM/HPT (kira penyakit berangkai). Mungkin bagi mereka tak penting kot? Tapi bila baca balik CPG (DM terutamanya), pesakit haruslah dilihat oleh yang berkaitan dan salah satunya ialah dietitian! Jadi apa yang saya buat?

Kebiasaannya kalau tak ada mesyuarat atau benda penting yang mesti diselesaikan, saya akan ke wad lelaki & perempuan. Kalau tak ada refer hari tu, saya review patient yang lama. Tengok cencus atau diet order kat dapur mana ada kes-kes baru yang boleh saya tengok. Baca BHT kemudian bagitau doktor atau nurse (kalau Dr tak ada), "Saya nak tengok patient ni eh, nanti suruh Dr isi borang!" Hehehe bertapa tak malunye saya ^_^

Untuk OPD pulak melibatkan Klinik Kesihatan (KK), di daerah Hulu Terengganu ni ada 4 buah KK. Saya sediakan surat bagi pihak pengarah & edarkan ke semua KK memberitahu perkhidmatan dietetik di hospital ini. Mohon MO atau FMS refer untuk kes-kes yang harus dilihat (kebanyakannya PIH & GDM) dan mendapatkan appointment di Klinik Pakar. Memang agak huru-hara pada mulanya, sebab SN di klinik pakar agak bersungut apabila saya menerima banyak sangat referral. Kalau tetapkan 10 orang satu sesi, yang datang adalah 3 orang. Takke membazir masa saya menunggu aje? Lebih baik saya ambil lebih-lebih sikitkan.. Biasalah mengajar orang yang 'lebih dewasa' memerlukan kesabaran..

*Dulu masa jadi student, saya rasa banyak benda jugak disuap oleh lecturer atau dietitian. Datang hospital tengok referral, kadang-kadang ada jugak cari sendiri bila dietitian suruh. Tapi sekarang sistem itu perlu diwujudkan terlebih dahulu dan difahami oleh semua orang. Komunikasi tersangatlah penting antara satu sama lain. Memang terus terang saya menghubungi kawan-kawan & dietitian di HSNZ, Dungun or Besut & Setiu. Malah dietitian di SP dulu pun saya contact, mintak pendapat beliau untuk set up klinik OPD. Sampai beliau kata, "Amboi, panjangnye antena awak cari channel. Sampai ke utara!" Saya bertuah ada senior, agaknya macam mana senior dulu survive masa nak mulakan dietetik di Malaysia? ^_^

2. ALLAH nak saya sabar + redha
Penduduk di sini tak sama macam di Kuantan (dulu rasa di Bukit Sekilau agak educated berbanding Beserah sebab dekat dengan bandar. Sorry kalau underestimate..), SP, Kubang Kerian apatah lagi KL atau Selangor. Cabaran pertama yang saya hadapi ialah dialek. Kalau setakat loghat Terengganu, insyaAllah boleh faham lagi tapi loghat Kuala Berang agak "special". Kebanyakan pesakit di wad sudah berusia, jadi lontaran suara semasa kaunseling tu dah pastilah high pitching punya! Tambahan pulak bulan puasa ni, tersangatlah menguji kesabaran. Kadang-kadang mereka sendiri tak memahami apa yang ditanya, hanya tersenyum. Macam mana kaunseling nak dibuat, saudara-mara pun tak ada bersama pesakit...

Selain itu, mereka jugak bukan semuanya boleh membaca. Jadi flipchart jadi sangat-sangat penting setiap kali nak ke wad atau klinik. Pamphlet macam tak laku sangat, sebab mereka lebih berkenankan gambar-gambar yang menarik. Jadi, saya kena rajin membuat flipchart lagilah nampaknya ;) Kalau macam senduk tu, kena bawak yang real punya, kalau tunjuk gambar kadang-kadang mereka tak dapat nak bayangkan. Kalau tunjuk mangkuk lagilah tak tahu sukatan, untuk pesakit DM bahagian CHO portion kena ulang banyak kali seperti mengajar anak kecil untuk pastikan mereka faham. Sebabnya kebiasaannya pesakit DM akan hypo selepas kaunseling sebab mereka takut nak makan apa yang dihidangkan..

Satu hari 2 orang pesakit memberitahu saya: "Mujur la doktor mari ke mak cik kabo gini, lama dah mak cik ada kencing manis ni tapi tak rajin pun doktor cerita lagu mana nak makan. Kalau tak sampai bila-bila mak cik salah. Gula sokmo la tinggi walaupun tak makan.Tak tahu dah nak buat lagu mana.. Kalau pegi check, Doktor kadang bising bila gula mak cik tinggi rupanya cara makan mak cik ni salah selama ni.." (sambil menggosok-gosok bahu saya..terharu!)

Kalau pesakit yang degil tu, biasalah bukan semua orang senang nak berubah. Cuma setiap kali nak memulakan kaunseling saya akan baca doa ini: Rabbanaftah bainana wa baina qaumina bil haq, wa anta khairul faatihiin.. Moga Allah membuka hati mereka, InsyaAllah. 

3. ALLAH memilih saya menjadi pemimpin
Hanya seorang dietitian di sini, dan secara automatiknya menjadi Ketua Unit Dietetik dan Sajian seperti di hospital lain. Awal-awal saya masuk, semacam ada konflik. Ramai yang mempertikaikan mengapa saya pulak menjadi Ketua Unit sedangkan saya masih baru dan paling terasa ada yang merasakan saya merampas  semua tanggungjawab yang dipegang oleh CO selama ini. Allahu Akbar! Terlalu susah untuk saya terangkan. Dietitian dan CO dua benda yang berbeza, saya cuma memantau untuk bahagian sajian dan perlu ambil tahu  apa yang berlaku dalam unit walaupun 70% perlu ditumpukan kepada klinikal. Semua mesyuarat berkaitan perlu dihadiri, dan di sinilah perancangan dan pembahagian masa amat penting. Kalau dah satu petang hbis untuk mesyuarat (tak termasuk lagi mesyuarat tergempar! Kalau tergempar,sure dah wakil kena pergi.hehe..), pesakit kat wad atau klinik mestilah kena tengok cepat-cepat. Laporan-laporan yang macam-macam tu.. Hospital yang kecil ni tak ada HIS macam hospital besar, jadi report pesakit still tulis dalam borang macam logbook dulu.. Alhamdulillah sekarang dah ada lebih 45 orang pesakit dengan saya untuk bulan pertama ni ;) Di sinilah ALLAH nak ajar saya supaya hargai masa. Biarlah terkejar-kejar ke sana sini, tapi apa yang dirancang pada hari itu dapat dilaksanakan dengan baik. InsyaALLAH.
Satu hari seorang staff bertanya kepada saya,"Habis sekarang ni awaklah yang pergi wad? CO dah tak pegi wad dah? Mesyuarat pun dia dah tak masuk" Macam peluru berpandu soalan tu dan saya tak tahu apa motif soalan tu ditanya. Saya jawab,"CO memang tak tengok patient, selama ni pun visiting dietitian je yang tengok. Kalau mesyuarat tu, memang sebelum ni CO sebab dia ketua unit. Tapi bila ada dietitian, ketua unit dah bertukar jadi CO kira bawah dietitian la..." "Ooo ye ke. Macam tu pulak. Pelik." jawabnya. Saya cuma diam aje, biasalah benda baru dah pasti tak dapat diterima oleh semua orang. 

Di unit sendiri, masih menyesuaikan diri. Staff semua yang dah berpengalaman, jadi saya harus belajar untuk sesetengah perkara. Saya juga harus mengajar dalam banyak aspek bagi memastikan apa yang disediakan untuk pesakit bersesuaian dengan penyakit mereka. Jadi, selain daripada menjadi ketua, saya rasakan dietitian berperanan sebagai murabbi kepada staff. Setiap makanan yang disediakan, harus diberitahu kenapa & mengapa. Ajar mereka untuk relate antara modifikasi yang dibuat & penyakit, bukan sekadar memasak sahaja.

Rasanya setakat tu dulu, kalau ada apa-apa yang nak ditambah mungkin selepas ni kot. Moga semakin lama bekerja, saya semakin nampak hikmah yang ALLAH nak bagi. Selamat Maju Jaya untuk kawan-kawan dan adik-adik, sesungguhnya pengalaman setiap orang itu berbeza-beza tapi amat bermakna kalau dikongsi ;)

Semoga kita berjumpa satu hari nanti, rindu semua...

Posted by Nadirah at 12:35 PM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Kenangan

Mithaqan Ghalizan: Mihrab Cinta

Wednesday, October 23, 2013

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan dan zuriat keturunan yang menjadi penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa" (25:74)

Tak terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu nan indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan nan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Di antara harap pinta padanya
Tuhan  tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Memboncah di hati harapan nan suci
Dalam mihrab cinta

~'Ala kulli hal, alhamdulillah wa syukurillah untuk kehidupan yang baru~

p/s: Kali pertama dengar lagu ini, saya jatuh cinta ;)

Posted by Nadirah at 1:36 AM 2 comments    

Labels: Mawaddah wa Rahmah, Monolog, Sakinah

Pulang

Thursday, September 12, 2013

6 Zulkaedah 1434H

Bismillahirrahmanirrahim

Pulang pada malam ini ke kampung bukan kepulangan biasa. 
Pulang bagi menyempurnakan separuh daripada agama.
Pulang bagi menerima amanah baru daripadaMu.
Pulang untuk diserahkan kepada seseorang yang ikhlas untuk mengambil amanah daripada ayah.

Ya Allah, Engkau berkatilah permusafiranku pada malam ini. Pada malam Saiyidul Ayyam yang penuh dengan barakah. Engkau rahmatilah kehidupan ini pada masa lalu, sekarang dan akan datang. Moga lebih menjadi hamba-Mu yang lebih bertaqwa :)

Posted by Nadirah at 12:55 AM 2 comments    

Labels: Monolog

10 hari

Wednesday, September 4, 2013

Hari ini 28 Syawal. Lebih kurang 10 hari sahaja lagi untuk hari walimah, InsyaAllah. Berita perkahwinan saya agak mengejutkan ramai orang terutamanya di tempat kerja. Saya memang tidak pernah menyebut apatah lagi untuk menghebah-hebahkan yang saya akan berkahwin pada tahun ini kecuali kepada teman-teman rapat seuniversiti dan sekolah. Selepas kad jemputan diedarkan ke seluruh hospital, ke mana-mana saya pergi akan ada 3 soalan femes yang ditanya:

1. Orang Perak jugak? - Bukan
2. Sama belajar dulu ke?  - Bukan
3. Dietitian jugak ya? atau sama bidang (kesihatan)? - Bukan 

Habis macam mana boleh kenal? *senyum*

Itu soalan yang ditanya terang-terangan, tak kurang juga ada yang menjejaki profile siapa bakal suami saya di facebook dan bertanya kepada Pak Cik Google. Fuh gigih berusaha semua orang! Tersenyum saya dengan pelbagai respon, tak lupa di hujungnya saya sertakan, "doakan kami ya :) "

Saya khabarkan kepadanya huru-hara yang berlaku kat sini. Rupanya benda yang sama berlaku jugak di pejabat dia. Sejak jemputan yang dibuat melalui group whatsapp, kebanyakan kawan sekerjanya tak senang nak buat kerja; gigih mencari siapakah gerangan wanita itu. Hatta saya ada menerima beberapa permintaan untuk bersahabat di mukabuku dan terjumpa blog ini. Sungguh kelakar. 

Syahdu, sungguh syahdu

Moga persaudaraan 2 keluarga ini sentiasa subur mewangi hingga ke syurga. Ameen

Semalam, 3 September. Ulang bulan yang keenam pertunangan kami. 'Ala kulli hal, alhamdulillah untuk peluang ini. Mengenali seseorang yang asing sebelum ini dan akan menjadi orang yang paling rapat dalam seluruh kehidupan. Doaku moga dipermudahkan segalan urusan, dapat menumpang segala kebaikan yang dia ada, demi menuju kehidupan akhirat nanti. InsyaAllah. 

Posted by Nadirah at 1:02 PM 1 comments    

Labels: Mawaddah wa Rahmah, Sakinah, Usrati

Sunday, July 28, 2013

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Meski sebelum ini
Kami saling tak mengenali
Tapi doa kami Ya Illahi
Izinkan cinta ini mekar mewangi
Seindah seharum wangian kasturi

Agar berbunga cinta ini
Kan menjadi landasan untuk dua hati
Menggapai satu-satunya Cinta Hakiki
Cinta yang tak mungkin bisa ditandingi
Cinta yang mengatasi fana duniawi
Cinta yang harumnya kekal abadi
Dan bisa menghantar ke Jannah Firdausi

Itulah dia, CintaMu Illahi
Nadi utama perjuangan ini
Itulah ya Allah, impian kami
Itulah matlamat utama pernikahan ini
Demi meraih redha Illahi
Dan cinta Teragung Rabbul 'Izzati

"Perjalanan mendamba kasih Illahi... kini tidak sendiri lagi.."

Posted by Nadirah at 4:23 PM 0 comments    

Labels: Monolog

Usia Ini

Monday, July 15, 2013

6 Ramadhan1434H

Alhamdulillah, thummalhamdulillah. Tiada ucapan yang layak diberikan melainkan kesyukuran yang tidak terhingga atas nikmat usia. Hari ini saya melewati setahun lagi pinjaman usia. Pada tahun ini ulangtahun kelahiran di bulan mulia, fasa rahmat yang Allah izinkan.

Pada hari ini juga bermulanya pengauditan ISO oleh SIRIM bagi peringkat hospital. Ingatan ulang tahun kelahiran seakan dilupakan dalam fikiran, untuk memberikan tumpuan kepada pengauditan tersebut. Sehinggalah ucapan dan doa-doa daripada mereka semua yang istimewa menceriakan perjalanan pada hari ini. 

Namun, lewat Maghrib tadi saya mendapat berita kepulangan orang yang saya kenali ke pangkuan Illahi. Allah, bergetar hati saya semasa berbuka. Berulang-ulang kali saya membaca mesej daripada sahabat saya. Tidak sampai setahun kepulangan pasangan hidupnya pada tahun lepas, kini beliau pula. Alhamdulillah, selepas tarawih tadi Allah bagi kesempatan untuk menziarahi jenazah beliau buat kali terakhir. Moga pasangan ini sentiasa mendapat tempat yang paling mulia di sisi-Nya atas segala kebaikan yang dicurahkan.

`Ibrah terbesar buat ulangtahun ke-27 ini, kematian itu pasti. Hakikat yang perlu saya sedari; pertambahan umur itu mengingatkan bahawa iman, amal dan taqwa perlu dipertingkatkan sebagai bekalan bertemu Illahi. Moga Allah redha sisa usia. 

:Sungguh, Ramadhan ini terlalu syahdu. Bersendirian di negeri ke-2. Pengkhabaran daripada kakak yang kesihatan ayah beransur baik, mampu mengimamkan tarawih di rumah. Rindu, terlalu rindu..:

Posted by Nadirah at 10:25 PM 0 comments    

Labels: Monolog

Mencari Ketenangan di tengah Kesibukan

Sunday, June 16, 2013

Alhamdulillah, saya berjaya merembat satu lagi buku semasa Karnival Mahabbah IKIM.fm di Terengganu pada bulan lepas. Baru seminggu ini buku ini berjaya dipegang sungguhpun terlalu lambat untuk menghabiskan satu muka surat. Sungguh, saya  mahu memaksa diri untuk satu hobi yang semakin saya lupakan; membaca. 


"Jika kesunyian tak mampu menghadirkan ketenangan, jika sujud dan ruku' kita tak lagi mendatangkan ketenteraman dan kesejukan jiwa, ada yang perlu kita tengok dalam diri kita. Kita perlu mengambil jarak dan melakukan hentian sejenak dari kesibukan-kesibukan yang terus memacu diri kita untuk berlari. Kita perlu mencari kejernihan di tengah hiruk-pikuk kehidupan mahupun mimpi-mimpi kita..


Jika bertambahnya rezeki tak menambah kebahagiaan, ketenangan dan kekhusyukan, ada yang perlu kita periksa sejenak. Atas sedekah dan ibadah kita, ada yang perlu kita cermati dengan jernih barangkali ada salah niat yang terselip. Atas berlimpahnya harta yang tak menambah keteduhan hati dan kesejukan jiwa, ada yang perlu kita renungi; tentang diri sendiri, tentang tetangga kita, tentang doa-doa kita serta pelbagai hal yang berkaitan hubungan kita dengan Allah Ta'ala mahupun sesama manusia.


Ambillah jarak, luangkan waktu dan lakukan hentian sejenak.. Semoga kita dapat menemukan ketenangan di tengah kesibukan" (Mohammad Fauzil Adhim)



Membelek-belek buku ini, dapat dirasakan penulisan yang lahir dari hati penulis. Bait-bait ayatnya memberikan kekuatan kepada diri yang kadang kala hampir terlupa untuk kembali kepada Pencipta dek kesibukan dunia. Ya Allah ampunkan diri ini. 

Posted by Nadirah at 9:16 PM 0 comments    

Labels: Monolog

Sakinah, Mawaddah, Rahmah

Tuesday, April 16, 2013


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…….

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu…

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih antara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


~Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jam'a baina kuma fii khayr buat mak & ayah untuk tahun ke-31. Pernikahan itu tanggungjawab, pernikahan itu menagih kesetiaan, dan pernikahan itu menuntut keikhlasan. Semoga cinta ini sentiasa subur hingga hujung nyawa; hingga ke syurga~  

Love,
Angah

Posted by Nadirah at 5:53 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Usrati

14/04/2013

Sunday, April 14, 2013


Seorang lelaki yang telah mengajarkanku bagaimana mencintaiMu ya Allah
Seorang lelaki yang hadir dalam setiap doa setelah solatku
Seorang lelaki yang meletakkan namaku dalam lantunan doanya untukMu
Seorang lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuku, Ibu, adik-kakakku, dan untukMu
Seorang lelaki yang selalu menasihatiku untuk membakar kelemahan dan kekuranganku
Seorang lelaki yang mengharapkan senyumku untuk mengatasi sedihnya
Seorang lelaki yang mengharapkan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang menjadi pemimpinku di saat aku kehilangan arah
Seorang lelaki yang mengharapkan doaku untuk kehidupannya
Seorang lelaki yang selalu mengingatkanku akan impian besarku
Seorang lelaki yang menjadi pahlawan dalam keluargaku
Seorang lelaki yang ku ingin untuk mendampingiku menuju JannahMu
Dan aku berdoa untuknya
Berikanlah kekuatan kepadanya untuk menghadapi UjianMu, agar ia mampu bangkit tiap kali badai menerpa
Berikanlah ia kehidupan yang mulia, sehingga ia dapat memuliakanMu
Berikanlah ia hati yang sentiasa ikhlas dan kuat menerima amanah-amanahMu untuk mentarbiah kami
Berikanlah ia dada yang lapang, sehingga ia dapat sabar dalam mendidik anak titipan dari Mu
Berikanlah ia umur yang berkah, sehinga tiap detik waktunya tak sia-sia di mata Mu 
Amin Ya Allah 

"Sanah helwah, ayah..."

Posted by Nadirah at 12:32 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Usrati

Untukmu Teman

Wednesday, April 3, 2013


Di sini kita pernah bertemu 
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah 
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman 
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu
Kenangan bersamamu 
Takkan kulupa 
Walau badai datang melanda 
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa 
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

Posted by Nadirah at 3:11 AM 2 comments    

Labels: Kenangan, Monolog

Orang Tuamu, Orang Tuaku

Monday, April 1, 2013

Karya Salim A. Fillah alhamdulillah sudah dibaca separuh, memang tak merugikan. "Orang tuamu, orang tuaku" antara isi kandungan penting yang boleh dikongsi bersama.

Yang kau cintai ini lahir daripada seorang ibu berkolam peluh,
berdarah meregang nyawa selepas masa panjang

Yang kau cintai ini adalah permata hati ayah 
tangan yang keletihan sepulang kerja pun sembuh begitu
mengendong anak kecilnya

Yang kau cintai ini adalah anugerah terindah bagi orang tuanya
tawa di saat susah, senyum di waktu sedih, harapan di saat kecewa
ramai di saat sepi, cair di tengah kekakuan dan canda di tengah 
ketegangan tapi juga, adalah tangis di suatu kala, yang sebenarnya
tak dimahukan

Yang kau cintai ini mencintai ayah dan ibunya dan kekasih adalah 
ia mencintai kecintaan kekasihnya

"Memuliakan mertua mengalirkan cinta ke sudut terindah dalam hati pasangan kita. Memuliakan mertua menelusupkan benang cinta menelusuri susur simpang siur terdalam dalam hatinya dan memintalnya menjadi sutera kasih"

Mari kita bersahabat dengan mertua. Sunnah menuntun langkah-langkahnya. Namun sebelum kita bertemasya ke sana, mari kita tutup segala prasangka. Tidak hanya prasangka kepada mertua, malahan prasangka kepada diri kita sendiri. prasangka kepada Allah apatah lagi. 

Rasulullah sudah berpesan yang kita tidak mampu mencukupkan manusia denganharta ataupun kepandaian ataupun keterampilan yang kita pelajari. Kita hanya mampu mencukupkan manusia dengan akhlak yang baik dan wajah yang ceria. 

Terdapat beberapa tuntutan sunnah perihal bagaimana berinteraksi dengan orang tua dan mertua serta berpesan kepada pasangan kita supaya membantu pasangan memahami mertuanya iaitu ayah bonda kita. Minta juga supaya dia membantu kita memahami orang tuanya. Mudah-mudahan Allah sentiasa membaiki akhlak kita. 

1. Cara memandang
Cara memandang yang bagaimanakah yang penuh cinta? Al-Baihaqi dalam kitab Syu'abul Iman merekodkan daripada Abdullah bin Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Bagi anak yang berbakti kepada orang tua, kemudian dia memandang wajah orang tuanya dengan penuh, Allah menulis pahala haji mabrur untuknya setiap kali pandang."

"Abdullah bertanya, 'Ya Rasul, sekiranya anak itu memandang seratus kali bagaimana?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Ya, pasti sahaja lebih agung pahalanya. Ini kerana Allah lagi Maha Agung lagi Maha Baik'"

Al-Baihaqi dalam kita Syuba'ul Iman mencatatkan juga, "Sekiranya si anak memandang orang tuanya dengan wajah gembira, dia turut memperoleh pahala seperti orang yang memerdekakan hamba."

2. Cara berkata-kata
"...Ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia. Rendahkan dirimu kepada mereka dengan penuh kasih sayang" (Al-Isra': 23)

Abdul Huddaj bertanya kepada Said bin al-Musayyab, ulama besar daripada golongan  tabiin, "Wahai Said, semua yang disebut dalam Al-Quran perihal birrul walidain sudah saya fahami maksudnya kecuali ayat Allah "...Ucapkanlah kepada mereka perkatan yang mulia..."

Said menjawab, "Seperti kata-kata si hamba yang melakukan kesalahan di hadapan majikan yang kejam"

3. Cara bersikap
At-Tabrani merekodkan dalam Mu'jam al-Ausath, "Pada suatu hari, ada lelaki menemui Rasulullah. Lelaki itu membawa lelaki lain yang sudah lanjut usia. rasulullah bertanya, "Siapa yang bersamamu ini?"

Dia menjawab, "Bapa saya"

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, "Jangan kamuj berjalan di hadapannya. Jangan kamu duduk sebelum dia duduk. Jangan kamu memanggil namanya dengan sembarangan dan jangan kamu menyebabkan dia mendapat cacian daripada orang lain."

4. Meminta izin

Al-Bukhari dalam Adabul Mufrad meriwayatkan, "Suatu hari, ada lelaki datang menemui Abdullah bin Mas'ud. Dia berkata, Ya Abdullah, apakah saya perlu meminta izin kepada ibuku setiap kali mahu masuk ke biliknya?"

Abdullah menjawab, "Bahkan pada setiap saat ibumu melihatmu dan dilihat olehmu"

 5. Menyambut kedatangan
Abu Dawud dan At Tirmizi meriwayatkan daripada Aisyah, "Saya  tidak pernah melihat orang yang sama dengan Rasulullah s.a.w. dalam sudut ketenangan, keagungan dan keterangannya kecuali Fatimah binti Muhammad. Apabila Fatimah mengunjungi Rasulullah, Rasulullah segera bangun mengalu-alukannya, menciumnya dan mempersilakan si puteri duduk di tempat baginda. Begitu juga sebaliknya. Apabila Rasulullah melawat puterinya, puteri Rasulullah itu menyambut Rasulullah, mencium dan mempersilakan baginda duduk di tempatnya."

6. Mendoakan
Al-Hakim dalam At-Tarikh dan ad-Dailami dalam Musnadul Firdaus meriwayatkan, "Sekiranya si anak tidak pernah mendoakan orang tuanya, rezekinya akan terhenti."

Suatu ketika, Sufyan at-Tsauri ditanya, "Wahai Sufyan, berapa kalikah si anak perlu mendoakan orang tuanya? Adakah satu hari sekali, sebulan sekali ataupun setahun sekali?"

Beliau menjawab, "Alangkah baiknya apabila kamu mendoakan mereka setiap kali selesai membaca tahiyat dalam solat."


Posted by Nadirah at 1:27 AM 0 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Bonda

Sunday, March 31, 2013

You've helped me enrich my life with your love, care, guidance and support. You're not just my MOM but best friend too! Thank you for everything... and a very happy birthday to you. I love you for the sake of Allah




Every day since I was born,
My mother cared for me.
Now that’s a lot of caring,
As anyone can see.

Please, Lord, protect my mother,
And keep her safe from harm,
For she is a cherished person,
With great wisdom, love and charm.

Lord, it’s my mother’s birthday
So please, help her to see
How much she means to us,
Her loving family.

Posted by Nadirah at 12:37 PM 0 comments    

Labels: Usrati

Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)
Powered By Blogger

Blog Design by Gisele Jaquenod.