Esok genaplah seminggu nenek meninggalkan kami semua, bertemu Pencipta Yang Maha Agung. Telah tersurat, tepat jam 7.30 pagi 15hb November 2009 nenek dijemput Allah dengan tenangnya di Hospital Kelang... Ya Allah, janji-Mu pasti tiada awal mahupun terlewat. Saya menerima Qadha' & Qadar ini dengan tenang walaupun hatiku hiba tak sempat untuk bertemu nenek buat kali terakhir, tapi apakan daya keadaan tak mengizinkan dek perjalanan dari Kuantan-Slim River yang mengambil masa hampir 6 jam. Namun saya bersyukur, Allah memudahkan urusan pada hari itu dan segalanya berjalan lancar bermula daripada urusan memandikan, mengapankan, menyembahyangkan seterusnya dibawa ke Slim River untuk dikebumikan. Hujan rahmat turun sebaik sahaja talkin dibacakan.
"Metabolic Severe Acidosis" sebab kematian yang telah disahkan doktor. Ya Allah, tenangkan hati kami untuk menerima kematian ini, moga kami semua dapat menyiapkan diri kami yang bakal menyusul untuk bertemu dengan-Mu selepas ini.. Nenek, damailah dirimu di alam sana. Moga rohmu dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Kami akan menyusul pula selepas ini, moga kita bertemu di sana dengan rahmat Allah.
Kami mengunjungi pusara nenda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili nenda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan Bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih nenda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili nenda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan Bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih nenda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir nenda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi Bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Hanya doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi Bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Hanya doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah nenda dalam pengabdian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bukti kami berikan
Tiada sama nenda melahirkan
Kasih nenda tiada sempadan
Kemuncak Bumi kemuliaan insan
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah nenda dalam pengabdian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bukti kami berikan
Tiada sama nenda melahirkan
Kasih nenda tiada sempadan
Kemuncak Bumi kemuliaan insan
p/s: Adaptasi daripada lagu Ke Makam Bonda oleh UNIC
0 comments:
Post a Comment