"Angah balik dulu ayah, minggu depan Angah da mula exam. Ayah doakan Angah ye," pintaku sebelum kami berpisah semalam.
"Angah exam mula hari ape?" tanya ayah.
"Rabu ni, mula dengan praktikal kat klinik. Pas tu hospital pulak baru exam bertulis," hatiku sebak.
"Jauh ke nak ke klinik tu?" ayah mengubah tajuk, kukira ayah dapat rasa getaran suaraku.
"Klinik tempat kami praktikal selalu tu, dekat je dengan UIA," jawabku.
"Buat yang terbaik. Banyakkan BERDOA, Dia yang menentukan semua. Kalau kita usaha banyak2 pun tapi lupa pada Dia, tak boleh buat juga. Quran jangan tinggal, sembahyang hajat jangan lupa buat," air mataku kutahan semahu-mahunya. Tak mahu ayah tahu apa yang terbuku di hatiku.
Kuteruskan 9 jam permusafiranku dengan pesanan ayah di minda... Air mataku tak tertahan lagi...Ya Allah, bantulah aku mengharungi tahun akhir ini dengan penuh kesabaran. Fainna ma'al 'usri yusraa. Inna ma'al 'usri yusraa~

3 comments:
assalamualaikum..moga diberi kekuatan dlm mengharungi peperiksaan di dunia dan di dunia..sungguh tiada kekuatan melainkan Dia..
Pengorbanan itu pahit kerana syurga itu manis. ..:-D
sya: wslm, syukran atas doa yang tak pernah putus. Moga dirimu juga sentiasa mendapat kekuatan dalam mengharungi mehnah dunia
Rangkuti: berjuang memang pahit, kerana syurga itu manis. Jazakallah
Post a Comment