Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar sahabat2 semua? Alhamdulillah kami di SP sihat sejahtera. Cuaca kat sini agak panas, berbeza sikit dari Kuantan yg selalu hujan hujung2 tahun. Alhamdulillah wa syukurillah, minggu pertama kami di sini berjaya diharungi dengan beberapa assignment yang mesti disiapkan weekend ni :)
Hospital Sultan abdul Halim, Sungai Petani antara hospital di Malaysia yang menggunakan e-HIS (Hospital Information System), jadi semua data memang kena access dalam sistem. Kena mahir la jugak nak guna sistem nih, kalau tak susah la nanti. Kat sini cuma ada 3 orang dietitian- Pn Balqis (U48)~HOD, Pn Hanee (U44) & Pn Norzaila (U41), patient lebih kurang dalam 500 orang. Refer memang agak banyak, lebih kurang hampir 15-20 orang dalam 1 hari utk IPD.
Oleh sebab klinik diet kat sini buka setiap hari (8.30 pg-1.00 ptg), jadi kami buat OPD masa tu dengan bimbingan Pn Zaila. Patient OPD tak la terlalu ramai, bergantung pada keadaan. Ada walk in, ada by appointment. Lebih kurang 3-4 orang jugak la 1 hari, kadang-kadang boleh sampai 8-10 orang jugak. cuma kalau Ahad tu ramai sebab cuti Jumaat dgn Sabtu kan... Kat sini banyak jugak kes peads (FTT / Childhood obesity) selain kes2 DM / HPT / CVD & Renal.
Lepas zohor, baru ward round. Kami dibahagikan kepada 2- Su ikut Pn Hanee, Nadirah & Yat ikut Pn Zaila. Attachment selama sebulan utk 2 dietitian ni, nanti tukar la antara kami. InsyaAllah 21hb ni kami akan dapat kawan baru dari UKM, jadi 6 orang la yg akan buat klinikal kat sini.
Suasana kat hospital ni agak tenang juga, mungkin hospital baru, so design ward lebih teratur.. Doktor & Nurse pun baik, sangat menghargai kedatangan dietitian ke ward [diorg sgt faham peranan dietitian tu sendiri- bila perkenalkan diri sebagai dietitian terus je bagi BHT patient yang dirujuk...tak payah susah2 nak cari BHT tu :) kalau tak pun BHT memang da tersusun kat kaunter nurse, tak payah pening2. Kadang2 nurse siap tolong carikan lagi BHT..baik tak??]
Sepanjang seminggu di sini, kebanyakan patient yang direfer untuk IPD kes2 lebih kurang IPD 1 dulu [DM / HPT / Gout / CVD / CKD]. cuma ada 1 kes 'baru' - wheat allergy, peads 11 months. Ha..masa tu baru la kami kelam-kabut cari food list yg baby to kena elak. utk bagi pada parents & doctor [sbb doktor pun mintak juga]. Inilah padahnye tak hafal betul2 masa dulu..Huhu, jangan ikut contoh tak baik nih!
Kes RTF pun agak banyak juga, mostly to start feeding or review to increase feeding. Ada 1 kes RTF, patient has non-stop diarrhea. Patient nak transfer Hospital Baling, so kena review jugak pagi tu. Saya & Pn Zaila review this patient, bila tengok notes dalam BHT dr. plan nak tukar Ensure ke Jevity. Tapi kena consider jugak sama ada Hospital Baling ada produk tu atau tak & macam mana pulak management bila patient discharge nanti. Hmm...last2 dapat jugak detect, patient tu on antibiotics so mungkin antibiotics tu yg sebabkan diarrhea..[baru teringat knp Sr Aishah tekankan sangat management diarrhea dlm MNT tu]. So proceed with Ensure as previous plan, but added with probiotics (HEXBIO) to resolve diarrhea. Probiotic tu diambil 2 paket sehari, tambah masa flushing [tak kisah sama ada sebelum atau selepas feeding] & kena ambil sekurang2nya 4 jam sebelum atau selepas ambil antibiotics. Explain kat caregiver about the feeding & use of probiotics. ~satu pengetahuan & pengalaman baru bagi saya~
Pengalaman yang baru lagi~ tulis SOAP notes dalam BHT... [You can imagine how's our feelings right].
Apa yang perlu kami improve, based on comments from dietitians:
1. Familiar with food here - of course kat mana2 pun sama jugakkan?! kat sini ramai patient Melayu & India, so restoran nasi kandaq, nature food kat sini kena tau la apa yang ada. hehe..
2. Characteristics setiap enteral product kena hafal & faham, tak boleh hafal ikut disease tapi based on the product itself =)
3. Build rapport with patient- jadikan sesi kaunseling macam sembang, jangan formal sangat. Put ourselves in patient's situation. Ingat tuh!!
4. Improve how to write notes in BHT- cara dah betul, cuma ayat yang banyak kena improve. Baca ayat2 dalam MNT tu, terms yg digunakan...
Rasanya setakat ni dulu untuk kali ni, Insya-Allah ada kelapangan kami sambung lagi... Harapnya kawan2 lain di JB, KT, Ampang, Kuantan pun sudi berkongsi dengan dengan kami juga ye! Rindu kalian semua...^_^
Kami yang kejauhan; Nadirah, Su & Yat, Sungai Petani Kedah
2 comments:
Seronok dgr kabar dari di sana...
Alhamdulillah,sejuk je dgr..
Semoga Allah mudahkan segalanya=)
Alhamdulillah, dipermudahkan urusan di sini. tapi cabaran lain pula yg menanti. Moga pengalaman di sini sentiasa mendewasakan diri yg kecil serta mematangkan fikiran yg cetek ini :)
Post a Comment