Tundukku malu di depan-Mu
Kernaku insan berdosa
Kuadukan sesalanku
Apakah akan Kau terima
Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
Tinggalkan semalam yang nanah
Lantas meratap hina kan ku pada sempurna-Mu
Terpaut aku tak berpaling
Bersyukur hanya pada-Mu Tuhan
Kau temukan laluan bermula
Dan cinta-Mu bagai air di tandus sahara
Suburkan cahaya menerangi langkahku
Semaikan segala indah hias-Mu
Bersyukur hanya pada-Mu Tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cinta-Mu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga
Ku mohon Kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
Bimbang Kau singkirkan taubatku
Kurayu Kau hulurkan keampunan-Mu padaku
Kelak kuzalimi diriku
Janjiku pada-Mu abdikan seluruh jiwa
Sehingga masanya Kau seru hujung nyawaku
Bersyukur hanya pada-Mu Tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cinta-Mu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga
Tak jemu di manakah hentinya rayuan taubatku pada-Mu
0 comments:
Post a Comment