Bismillah thumma alhamdulillah
Hari ni dah 5 hari sekolah penggal kedua dibuka. Cuti sekolah baru-baru ini mencatatkan sejarah dalam hidup saya kira. Alhamdulillah perancangan saya sebelum cuti bermula diizinkan-Nya walaupun tak semuanya. Cuti kali ini saya isi dengan perjalanan di tiga penjuru [Perak-Kelantan-Kedah], menghadiri walimah sahabat serta menziarahi sahabat yang dikasihi. Selepas ini, saya cuma ada seminggu berbaki untuk mentarbiyah anak-anak didik yang saya sayang. Moga seminggu ini dapat saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya :)
Bila tiba cuti sekolah, boleh dikatakan aktiviti wajib adalah menghadiri majlis perkahwinan. Tahniah buat sahabat-sahabat yang melangsungkan perkahwinan (Asyikin & Shahir, Kak Ti & Zulkarnain, Shafiqah & Yusri, Kak Ida & Mizan, Syida & Suami, Mahfuz & Muna, Apos & Bib serta Eday & Hazrin). Terima kasih atas jemputan, tapi minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak penuhi semua undangan. Moga baitul muslim yang dibina sentiasa mendapat rahmat dan redha daripada Ilahi. Selamat bercinta hingga ke syurga!
Saya teringin sangat nak menghadiri walimah Kak Ti di Kelantan, ya lah 1st Sister yang kawin dalam batch saya! Siapa yang tak nak tengok, kan...tapi keadaan tak mengizinkan. Namun saya bersyukur kerana ada rakan-rakan yang hadir sudi meng"upload" gambar untuk tatapan kami yang tak dapat hadir.
05.06.10 [Azyyati + Zulkarnain]- Wakaf Baru, Kelantan
Credit to Muni: saya ambil daripada facebook =P
Bilik pengantin yang menjadi idaman ramai orang, simple but exclussive~
Antara sebab utama saya tak menghadiri walimah Kak Ti adalah kerana saya harus memenuhi undangan sahabat baik saya, Shafiqahtul Ain pada keesokan harinya di Ipoh. Mana mungkin saya boleh berada di dua negeri yang berbeza dalam satu hari. Kalaulah saya ada ilmu Tok Kenali, alangkah bagus.. Saya tak mampu nak menolak jemputan sahabat saya, dari majlis pertunangannya pada tahun lepas, saya tak dapat datang kerana sedang berpratikal di Serdang. Sejak dari bulan Januari yang lepas dia sudah berpesan untuk mengosongkan tarikh tersebut... Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk menggembirakan hatinya di hari bahagia... Perasaan saya agak sayu apabila rakan baik saya telah selamat pun bergelar isteri orang. Moga dikau sentiasa bahagia, ya ukhti!
06.06.10 [Shafiqah + Yusri] - Ipoh, Perak
Barakallahu la kuma wa baraka 'alaikuma wa jam'a baina kuma fii khayr
sangat cantik...
Minggu kedua jemputan ke majlis perkahwinan semakin rancak. Pada Sabtu 12.06.10 sahaja, tiga orang rakan persekolahan saya mengadakan walimah. 'Afwan kathir ya sahabat, saya telah berjanji untuk ke negeri lain. Setelah berfikir panjang, saya membulatkan tekad untuk meraikan walimah Kak Ida di Tanah Merah, Kelantan.. Faizah pun dah bersetuju untuk menumpangkan saya di rumahnya, tiket pun dah siap saya beli.
Ya Allah, selamatkanlah perjalananku...
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun saya sangat-sangatlah mengalami masalah kewangan buat masa ini. Berkat belas ihsan mak dan ayah, cukuplah untuk saya alas perut sepanjang permusafiran saya nanti. Kepada mak dan ayah, saya khabarkan perancangan saya untuk langsung ke rumah Sa'adah di Sungai Petani. Sudah banyak kali saya bertangguh untuk menunaikan janji kepada sahabat saya seorang itu, mujurlah dia sangat memahami dan bersabar dengan jadual saya..
12.06.10 [Kak Ida + Mizan] - Tanah Merah, Kelantan
Menceroboh bilik pengantin =P
timo kasih oghe klate sudi bawok sayo jale2..
"The pinky" khemah
Pagi Jumaat tu (11.06.10), saya bertolak ke Kota Bharu. Dengan janji yang dibuat bersama Faizah, saya menunggu di stesen bas bandar [yang tak pasti nama sebenar stesen bas tu, berhampiran Telekom;)], memang jam teruk... Tak sangka saya cuti sekolah bandar Kota Bharu dipenuhi dengan kenderaan, memang nak berjalan-jalan ke bandar pun tak ada perasaan.. Saya bermalam di rumah Faizah sepanjang di Kelantan. Terima kasih buat Pak Cik Rahman & mak Cik Fatimah sekeluarga..Moga kalian sentiasa diluaskan rezeki oleh Allah..
Kahfi Tom Yam
Bergemerlapan...
Setelah 3 hari di Kelantan,saya meneruskan perjalanan terus ke Sungai Petani. Berbekalkan doa mak & ayah serta tawakkal kepada Yang Esa, perjalanan 6 jam saya sampai juga ke destinasinya. Kebiasaannya saya akan tidur sepanjang perjalanan, tapi entah kenapa saya terjaga sewaktu sampai di Jeli. Berbekalkan semangat untuk mengambil gambar pemandangan di Tasik Banding, saya memang tak boleh tidur. Sempatlah saya snap beberapa keping gambar di situ [dari dalam bas aje la...tak berhenti pun;P]. Kebetulan saya duduk di tingkat atas dan jalan KB-SP yang bengkang-bengkok, agak lama jugak saya menahan rasa loya & nak muntah sepanjang perjalanan [selalunya ok je tak ada masalah, mungkin sebab naik bas 2 tingkat jadi gaung yang dalam tu pun boleh nampak. Setiap kali sampai di selekoh tajam, memang berdoa banyak-banyak sebab bas agak laju juga.Huhu berdebar!]. Alhamdulillah, saya sampai di Sungai Petani seperti yang dijangkakan. Sa'adah sedia menunggu saya dalam hujan lebat :)
Tasik Banding 1 [atas jambatan]
Tasik Banding 2 [atas jambatan juga]
Maa ajmala!
Ramai yang bertanya, apakah tujuan saya ke Sungai Petani? Ke rumah bakal mertuakah? atau menghadiri walimah? Rasa nak tergelak dengan soalan pertama..Saya ke sana untuk menziarahi keluarga sahabat saya yang telah banyak berkorban sepanjang saya berpraktikal dulu. Tambahan pula saya dah berjanji dengan Sa'adah untuk mengulangkaji bersama-sama. Saya mahu ke sana untuk memberi semangat dan kekuatan kepadanya untuk mengharungi klinikal yang bermula bulan 7 nanti, dan dalan masa yang sama saya juga mahu mencari semula semangat menjadi seorang dietitian yang kadang kala tenggelam timbul...
Sempat bertemu dengan Farah di Village Mall =)
Mak Cik Rahmah belanja makan di HPA Oriental Cuisine, kalau depa datang Perak mana nak bawak makan?!
Saya sangat bersyukur pada Tuhan yang mengaturkan perjalanan saya ini. Hati saya tenang sedikit tatkala bermusafir dan melihat keindahan alam. Sekurang-kurangnya rasa resah di hati tatkala rakan-rakan yang lain menerima tawaran kerja seorang demi seorang hilang apabila saya pilih untuk memberi. Walaupun cuma sedikit, tapi saya gembira kerana dapat berkongsi dengan Sa'adah. Semangat dan galakan daripada Hidayah dan Faizah juga menjadi kekuatan untuk saya agar bertambah yakin bahawa rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting terus berusaha dan tak jemu memberi. Syukran ya sahabat!
Ya Allah, kurniakan kami kebaikan agar dapat berbakti untuk Islam.Eratkanlah hati kami kerana rindu kepada syurga-Mu
Sepanjang kehidupan saya di Sungai Petani, saya dilayan bagaikan sang puteri. Makan dan pakai saya semua diambil berat oleh Sa'adah sekeluarga. Hati saya sangat tersentuh kerana terlalu banyak yang mereka berikan, tak sempat untuk saya balas dan tak setimpal langsung dengan 'pemberian' saya. Semoga Sa'adah sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah. Petang Khamis (17/0610), saya pulang ke kampung halaman. Walaupun belum sempat semua topik untuk diulangkaji, saya fikir saya harus balik kerana tugasan saya di rumah belum lagi saya laksanakan sepenuhnya. Namun saya bersyukur, perancangan saya sepanjang cuti persekolahan kali ini betul-betul bermakna buat saya!
Sebelum menaiki bas, Mak Sa'adah menghadiahkan "sesuatu" yang tidak layak untuk saya terima. Saya terkejut dan tergamam, tetapi saya hanya menyedari ketika berada dalam bas. Kepulangan saya ke Perak pada petang itu diiringi air mata...
0 comments:
Post a Comment