29 Syawal 1431H
Tengah hari kelmarin saya mendapat panggilan daripada salah satu hospital di Pantai Timur [saya agak mamai, sangat mengantuk masa tu dek tertidur semasa baca paper =P], "menjemput" saya untuk datang interview keesokan harinya. Saya ingat-ingat lupa, maklumlah lebih kurang 5 bulan lepas saya menghantar resume ke sana. Emmm macam mana saya boleh ke sana? Perjalanan dengan bas pun hampir 8-9 jam, mana mungkin saya akan sampai dan terus pergi interview pada petangnya! sedangkan kalau nak bershopping pun mesti membuat preparation, inikan pulak nak pergi interview.. hukhukhuk saya terkilan dengan sikap "orang" itu.
"Emm, boleh tak kalau saya nak mintak postpone isnin depan?" soal saya.
"Tak boleh, esok petang juga. Kami nak pakai orang cepat", ringkas suara di sana seolah-olah tak memberi peluang langsung kepada saya.
Saya terkedu!
"Boleh datang ke tak ni? Kami nak panggil interview pukul 3 petang. Dah arrange, kalau tak boleh datang tak pe". Full stop.
Tanpa berfikir panjang, sejujurnya saya menjawab, "emm kalau esok saya tak dapat datang..."Berat saya nak menjawab, terasa menolak rezeki. tapi itulah selayaknya yang saya harus balas kepada dia.
"Tak pelah kalau macam tu. Terima kasih".
Saya terkedu! Mana mungkin saya dapat sampai ke sana sesegera itu. Kebetulan ayah saya meeting di Pulau Pangkor, yang belum tahu bila pulangnya. Kalau ayah balik lewat, mesti letih nak hantar saya naik bas di Ipoh malam ni.
Saya pasrah.. Ya Allah, tak adakah peluang yang untuk saya? Serta-merta air mata mengalir deras tak tertahan lagi. Baru saya teringat yang saya belum solat dhuha lagi hari ini, astaghfirullah!
Seusai solat dhuha, air mata saya tak tertahan lagi.. Deras mengalir tanpa dipaksa. Ya Allah, aku yakin Engkau sentiasa menemani aku bila-bila masa sahaja, setiap saat setiap ketika. Ampunkan aku kerana selalu lalai mengingati-Mu..
Lepas menangis sepuas-puasnya, hati saya lega sikit. Saya pujuk hati, rezeki itu di tangan Dia bukan dia. Sabar & think positive.. Saya masih ingat kekuatan yang saya berikan kepada seorang sahabat baru-baru ini: "Menangislah kalau itu dapat menenangkan hati. Kadang kala dengan air mata kita dapat bangkit semula". Memang kata-kata ini saya pegang, saya pun tak pasti di mana kekuatan ini saya dapat. Alhamdulillah. Hakikatnya akhir-akhir ini saya sering tersentap! "Sentapan" di hari konvo yang lalu masih belum terubat... SABAR + REDHA
Saya tenggelam dengan perasaan sendiri, sampaikan di dapur semasa masak tengah hari saya masih "dibayangi" perasaan itu. Beberapa kali saya mengingatkan diri:
- Kalau saya ditakdirkan menjadi pegawai, ingatlah kesusahan saya sewaktu nak minta kerja. Jadi jangan susahkan calon dan menggunakan "kuasa" yang saya ada. Mereka bukan demand, tapi cukuplah diberi ruang untuk mereka sampai di tempat interview dengan ketenangan. Sedangkan untuk bershopping atau makan angin pun perlu plan yang betul, inikan pulak nak datang interview terutamanya calon yang dah berkarat otak macam saya ni...=P
- Schedule kerja elok-elok, bagi keutamaan kerja yang perlu dan penting untuk diselesaikan. Kadang-kadang ada benarnya kata mak saya, "Deme ni macam tak plan je nak panggil orang datang interview, ingat senang ke nak sampai sana?" Emm betul jugak tu, kalau kita nak orang bawahan kita sistematik buat kerja, pegawai kena sistematik dahulu. Qualification & kehendak untuk belajar di alam pekerjaan sangat penting untuk recruit staff, bukan sekadar "ada" untuk mengisi kekosongan berdasarkan kelayakan [sebab itulah ada staff yang tak sampai seminggu dah nak berhenti, sebab tak mahu buat kerja bawahan apabila jawatan sebagai pegawai. Jadi kalau turn over staff tinggi, kaji punca utamanya, mana tau berpunca daripada pegawai sendiri ;)]
**********************************
Petang itu, saya mendapat call balik daripada pihak sana. Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk postpone interview pagi isnin nanti (11/10/10) pukul 9. Subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akbar. Allah itu Maha Mendengar! Moga ada yang terbaik untuk saya, dan dipermudahkan segala urusan nanti.
5 comments:
kejamnye org yg kol awk mule2 2..huhu
nasib dpt g jgk iteview 2..
gudluck ye~
thank you wani.. emm tu lah, skrg ni mcm2. kwn sy pun pernah jugak jd cm tu, dia mmg xpegi. kesian dia. ada lg sorg siap dijanjikan dah, tp xjadi sbb ada org yg lebih berkelayakan katanya.. tulah pengalaman ;)
doakan sy ye!
Good luck K.Nad=))..All the best for you k;)
t.kasih mira. doakan akak selalu, moga langkah ini sentiasa mendapat redha Ilahi
mesti orang KPJ KUANTAN tu gak kan? hehe
Post a Comment