Rumah ini sepi sejak akhir-akhir ini. Saya akui, belum mampu untuk terus istiqamah dalam penulisan memandangkan saya masih lagi dalam proses 'menyesuaikan diri' dengan alam yang baru.. Bulan pertama 2011 ini saya rasakan terlalu banyak komitmen yang harus saya berikan. Kadang kala saya terfikir, saya harus membahagikan diri saya kepada 6 bahagian dalam 1 hari [HOS, dietitian, catering dietitian, health educator, perunding menu untuk setiap function, PPK] alasan semua tu... Terkejar-kejar ke sana-sini dan kadang kala saya capek!
ISO (12-14/01/11)
Tirai 2011 dimulakan dengan audit ISO. Sebagai sebuah perkhidmatan yang silih berganti ketuanya, sudah tentu banyak dokumen yang harus dikemas kini dan diwujudkan. Sebagai seorang anggota pekerja yang baru, saya akui memerlukan sedikit masa untuk memahami selok-belok ISO tu sendiri, pelaksanaannya & penghayatan kepada semua staff. Dua malam berturut-turut berkampung di hospital, sampai 12 tengah malam menyiapkan segala benda yang diperlukan. Walaupun tak 100% dokumen yang diperlukan ada, tapi sekurang-kurangnya ada update terbaru. Hasilnya, perkhidmatan [department] saya mungkin agak kebelakang berbanding dengan mereka yang lebih berpengalaman. Biarlah yang penting saya yang melindungi sesuatu untuk mendapat nama. Biar TELUS dan tidak menyusahkan sesiapa...
MUHASABAH
Pada pandangan saya, pelaksanaan ISO sangat bagus, bukan sahaja kepada ketua jabatan malah kepada staf bawahan juga. Mereka ada guideline yang harus dipatuhi, dan mencapai apa yang dirancangkan. Walau bagaimanapun, antara kesilapan yang saya dapat lihat adalah tiada penghayatan dan amalan dengan apa yang telah didokumenkan. Bagi saya adalah sia-sia, sesuatu tugasan itu tidak dijadikan amalan yang berterusan; hanya sekadar apabila audit dijalankan.
Sebagai contoh yang mudah saya berikan kepada staf saya mengenai pemakaian mask, glove & apron semasa menghidang makanan kepada pesakit. Apabila tiada pengawasan daripada dietitian atau supervisor, staf kadangkala akan mengabaikan amalan ini. Memakai glove hanya sebelah tangan dan tidak memakai mask. Alasan: "nak cepat" [memang alasan biasa oleh pekerja food service]. Saya ingatkan kepada mereka, "kalau hanya sekadar audit baru nak praktik, sakitlah awak semua. Tapi kalau dah dijadikan amalan, tak susah langsung. Buat apalah kita hanya nak berlakon untuk satu hari, membuktikan kita perfect sedangkan pada hari-hari lain tak sama dengan apa yang dilihat. Saya tak mampu nak mengawasi awak pada setiap masa, tapi sampai bila harus nak jadi PELAKON?"
Parentcraft Class(22/01/11)
Parentcraft a.k.a antenatal class merupakan aktiviti wajib sekali dalam sebulan. Disebabkan tiada permintaan daripada pesakit bulan lepas, saya terleka dengan slide yang dah saya siapkan sebelum ni. Baru saya sedar, slide tu dah pun ditelan virus dan kesimpulannya kena buat slide yang baru. Adeh~~
Jadi, terpaksalah stay up buat slide yang baru.. [seriously, waktu kerja memang tak sempat nak luangkan masa buat slide or pamphlet semua]. Mengenangkan kembali zaman belajar yang dirindu, stay up malam-malam dengan kawan-kawan.. Cuma bezanya, sekarang stay up sorang-sorang ;'(
Walaupun dah diingatkan banyak kali oleh kawan-kawan untuk tak membawa balik kerja di hospital, tapi tak mampu... Masa & bebanan saya tak sama macam mereka, sharp pukul 5 boleh terus balik. Di rumah boleh rehat. Lepas pukul 5 lah baru saya boleh nak ada masa sendiri, siapkan report patient yang refer, buat plan untuk esok hari, settlekan complaint tentang inpatient food, dll. Jadi di rumah la kalau saya nak buat benda- benda yang tak sempat saya buat di office untuk kerja luar. Hmmm...
Alhamdulillah, daripada 9 pasangan yang mendaftar, 5 pasangan yang datang. Boleh la tahan... Kelas berjalan lancar, respon yang diberikan pun agak baik. [dietitian = cikgu?, rasanya memang betul sebab asasnya adalah mendidik]. Selesai 1 bab, balik prepare untuk talk esok pagi di Kemaman [stay up lagi malam ni, slide belum buat + bercadang nak bagi pamphlet about healthy eating out]
Talk at Weatherford (Oil & Gas) Kemanan Supply Base
Alhamdulillah seperti yang dirancangkan, talk on healthy eating dapat saya kongsi bersama staf di Weatherford. Lebih kurang 40 orang juga yang datang, penuh dengan soalan-soalan yang saya dapat duga. Allah mudah & lancarkan pertuturan saya pada hari ini. Program ni diadakan bersempena dengan meeting bulanan mereka, diselitkan dengan slot yang saya fikirkan amat berguna (health/safety/equipment concern). 40-45 minit berkongsi ilmu bersama mereka, saya selesa di samping layanan dan kerjasama juga amat baik.
Pengajaran hari ini:
1. Belajar bergaul dengan mereka yang lebih berpangkat & berpengalaman di bidang yang berbeza (engineering (specifically oil & gas) & dietetics)
2. Berpeluang lunch bersama Base Manager yang baik hati + very humble + very cool + sangat sempoi - saya memang terkejut selepas diperkenalkan dengan beliau sebab tak rupa "orang besar" pun.. Sehebat mana pun kita, jadilah insan yang humble. I'm really respect to him! Di usia yang masih muda, tapi dipercayai untuk memegang jawatan Base Manager dan tidak perlu kepada formality untuk sesetengah perkara ;)
3. Perlu tingkatkan cara nak sampaikan talk, mungkin lebih kepada perkongsian pengalaman & apa intervention yang dibuat supaya mereka lebih yakin & bersemangat untuk memilih gaya hidup yang lebih sihat.
*Saya tak pernah terfikir dapat bergaul dengan mereka yang terlibat dalam industri minyak & gas atau offshore [sebab Pantai Barat tak ada pelantar =P]. Memang saya pernah terfikir macam mana hidup mereka di pelantar tengah laut tu masa zaman sekolah dulu [tiap-tiap kali belajar Geografi pasal sumber asli, mesti saya akan fikir]. Alhamdulillah, sekarang Allah bagi saya peluang untuk mendalami kehidupan mereka di sana yang penuh dengan risiko walaupun gaji yang lumayan...
0 comments:
Post a Comment