Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?
Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.
Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?
Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.
Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku
Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.
Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku.
p/s: [Muhasabah buat diri]
Sombongkah aku?
Saturday, February 12, 2011
Posted by Nadirah at 5:32 AM
Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hehe.. perkara sebegini, agak sukar untuk membuatkan mereka memahami.. saye takde pengalaman macam tu, tp saye ade pengalaman pelik.. asyik dpt "silent caller". bile angkat phone, takde bunyi. just imagine, it had been "bugging" me for YEARS!!. dr matrik kot. gile ke ape budak tu. taktau orang yang same ke tak. num phone sentiasa bertukar.. taktau la die laki ke perempuan.. so now, im becoming a "silent answerer" pulak.. malas dah nak jadik the first to respond "Hello". anyhow, terlalu byk bende penting utk dibuat selain dr rase bingung dpt caller camtu. bak kate abg nudin "doakan die dpt hidayah n bertaubat". hehe.. BAEK! kpd "silent caller" , silelah save duit anda drpd membazir utk call saye ye. saye dah tak larat...
hehehe betul2 ayat. sgt susah nak terangkan. Hopefully lps ni "mereka" akan faham. mcm2 la kan manusia ni. Semoga mereka diberi hidayah & kembali kepada-Nya.. mari kita fikir tentang umat daripada membazir dgn benda2 yang tak berfaedah =)
Post a Comment