oleh: Prof Madya Dr. Wan Maseri bt Wan Mohd
Ya Allah Ya Baari', sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengatur Urusan manusia dan mengatur agenda makhluk-Mu. Aturan dan agenda-Mu Maha Hebat, tiada tolok bandingnya. Hamba-Mu ini sedar yang daku hanya seorang hamba yang tidak mampu mengatur urusan hidup dan agenda. Agendaku sering silap dan mempunyai pelbagai kelemahan. Oleh itu Ya Allah Ya Baari', hamba-Mu ini menyerahkan seluruh jiwa dan ragaku kepada-Mu untuk Engkau aturkan dan daku rela mengikut agenda-Mu Ya Baari'. Perintakanlah apa sahaja untukku lakukan, daku berazam untuk mengorbankan apa sahaja yang ada pada diriku ini demi mengikut perintah-Mu.
Ya Allah Ya Haadi Yang Maha Memberi Petunjuk, setelah Engkau aturkan agenda hidupku, berilah daku petunjuk apa yang harus daku lakukan bagi mengikuti agenda-Mu. Bantulah daku dengan kekuatan-Mu Ya 'Aziz, Ya Qowiy, Ya Mateen agar daku merasa kuat dan bakarlah semangatku Ya Ba'its agar daku tidak merasa penat dan sentiasa bersemangat.
Bantulah daku Ya 'Alim Ya Hakim, Ya Rshid dengan ilmu-Mu agar daku mampu melaksanakan sesuatu agenda-Mu dengan penuh berilmu, berhikmah & cerdas. Bukalah juga bagiku sedikit rezeki-Mu Ya Razzaq, kekayaan-Mu Ya Ghaniy dan sifat kekayaan-Mu Ya Mughniy agar daku mampu melaksanakan semua tugas yang Engkau berikan dengan sebaik mungkin. Dan Ya Allah ya Quddus Ya Jalil, sucikanlah jiwaku ini daripada sebarang penyakit dari bisikan syaitan dan kecintaan kepada dunia dan manusia kerana ianya pasti akan mengganggu tugas yang sedang daku jalankan.
0 comments:
Post a Comment