Bas dah menjadi kawan baik semenjak sekolah menengah, terutamanya apabila tiba musim cuti atau perayaan untuk pulang ke kampung. Mak dan ayah pun lebih selesa "membiarkan" saya berjaulah dengan bas. "Ghiso le kome nak bawak ghete tu, baik naik bas je. Senang sikit". Ringkas jawapan mereka.
Apabila saya meniliti perjalanan saya dengan bas:
1. Sekolah Menengah
[Kuala Kangsar - Slim River]: 1 1/2 - 2 jam
2. Matrikulasi
[Kuala Kangsar - Petaling Jaya]: 3-4 jam
3. Universiti / Kerja sementara
[Kuala Kangsar - Kuantan]: 8 jam
4. Kerja
[Kuala Kangsar - Terengganu InsyaAllah]: 12 jam!
Nota: Oh, waktu permusafiran semakin bertambah nampaknya. Ini menunjukkan duit yang bakal mengalir + sakit badan pun akan bertambah juga... Moga dipermudahkan untuk mengendalikan agenda yang Kau aturkan Ya Baari' ^_^
2 comments:
uish... x smpai 12jam la kuala kangsar-KT... amek bus yg lalu ikut gerik... dalam 6jam je rasenya...
anonymous: saya dah tanya bas KK yang lalu gerik, tp sampai KB je. so kena ambik bas lain pulak kalau nak ke KT. bas ke KT memang lalu Karak, sbb singgah Kuantan then terus ke KT. tu yang lama...
Post a Comment