25 Syaaban 1433H
Di hari konvokesyen bersama permata hati |
Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku,
agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya
Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada Mu
Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmat abadi
Muzium Negeri Terengganu |
Ya Allah, jadikanlah aku merasa qana'ah (merasa
cukup, puas, rela) terhadap apa yang telah engkau rezekikan kepadaku,
dan berikanlah berkat kepadaku di dalamnya, dan jadikanlah bagiku semua
yang hilang dariku dengan lebih baik." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim)
Hari terakhir Praktikal di Sg Petani |
"Wahai
Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan
jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa." (Al-Furqan:74)
Roomates+classmates+buddies |
"Wahai
Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah
diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang
berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan
cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah
Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah:128)
0 comments:
Post a Comment