|
Maka nikmat Tuhan-Mu yang manakah yang kamu dustakan? |
Bismillah, thumma alhamdulillah wa syukurillah. Masih lagi berkesempatan menghirup Bumi Tuhan dengan pelbagai nikmat yang tak terhingga. Antara nikmat yang terbesar & terkesan di hati; nikmat ukhuwwah. Ikatan persaudaraan yang Allah salurkan dalam hati. Sepertimana firman-Nya dalam Surah Al-Hujarat, ayat 10: "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah itu); dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat"
31/08/2012
Cuti merdeka lepas, saya dan teman seperjalanan Muni & Ida berkesempatan menziarahi sahabat kami yang lama menyepi, Sal yang sedang berjuang menyiapkan projek PhDnya. Ziarah raya, plan asal nak ziarah beberapa buah rumah sahabat yang lain, tapi terpaksa cancel last minute. Jadi, jaulah kami hari tu cuma pusing-pusing bandar KT sambil menikmati keindahan alam.
Dimulakan dengan beraya di rumah Sal di Marang, teringat kenangan second year dulu. Singgah rumah Sal sebelum bertolak ke Kota Bharu. Sempat kami menjolok mempelam buat bekalan sepanjang perjalanan ;)
|
Juadah best hasil tangan chef Sal :) |
Sebelum Zohor, kami singgah ke HSNZ untuk menziarahi Azwan yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ni. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk Azwan. Syafahullah.
|
Masjid Ladang: Excited! |
|
4 hati bersatu ;) |
|
Masjid Putih: calm & peace |
|
Sekian saja untuk hari ni, lepas ni kita kumpul lagi.. |
21/09/2012
Alhamdulillah, sekali lagi kami berkesempatan untuk program kumpul-mengumpul sambil makan-makan :) Kali ni lokasi di Pantai Batu Buruk pulak. Bersempena meraikan perpisahan Cie yang akan berpindah ke KK Kuala Abang, selepas berkhidmat setahun sebagai PRP di HHT.
Trip kali ni lagi meriah, potluck style. Masing-masing ada tugasan tersendiri. Kak Tihah sebagai Masterchef utama, sediakan meehoon goreng & keropok, Muni berkobar-kobar sediakan popiah goreng, Ida buatkan air, Cie bawak dessert, saya cuma sempat buatkan bubur jagung je.. Sal tetamu khas, kami suruh dia datang bawak perut je. Hehe..
|
Popiah in the making :D |
|
Hasil tangan ramai-ramai. Best! |
|
Khusyu' menikmati juadah |
|
Dah nak balik dah... |
Eh singgah dulu naik kereta kuda! Antara tarikan di Pantai Batu Buruk ni, ada kereta kuda. Boleh la nak merasa pusing-pusing pantai. Dewasa RM5, kanak-kanak RM3. Lebih kurang 2 round pusing-pusing, boleh jugak nak tangkap gambar dengan kuda. Cuma tak boleh menunggang aje la. Kalau berminat untuk menunggan kuda, boleh pergi TER di Kuala Ibai ataupun Pantai Teluk Ketapang. Memang best la duduk Terengganu ni, macam-macam aktiviti ada..
|
Macam mana boleh terpandang adik yang kat luar tu?? |
|
^^v |
|
Sebenarnya nak naik kereta kuda yang ni, ala-ala princess gitu~ |
|
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul
dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya." (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
|
|
Teman-teman & kuda |
|
Good Luck, Cie. Moga jadi bos yang baik |
Sahabat sejati itu yang kalau kita pandang kepadanya, rasa kasih tertumpah. Yang kalau kita bersamanya, jiwa kita terasa lapang dan senang, Yang kalau kita bergembira dengannya, kita tidak lalai. Yang kalau kita terlupa, dia akan mengingatkan~~
0 comments:
Post a Comment