Pulang
Thursday, September 12, 2013
Posted by Nadirah at 12:55 AM 2 comments
Labels: Monolog
10 hari
Wednesday, September 4, 2013
| Syahdu, sungguh syahdu |
| Moga persaudaraan 2 keluarga ini sentiasa subur mewangi hingga ke syurga. Ameen |
Posted by Nadirah at 1:02 PM 1 comments
Labels: Mawaddah wa Rahmah, Sakinah, Usrati
Sunday, July 28, 2013
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Meski sebelum ini
Kami saling tak mengenali
Tapi doa kami Ya Illahi
Izinkan cinta ini mekar mewangi
Seindah seharum wangian kasturi
Agar berbunga cinta ini
Kan menjadi landasan untuk dua hati
Menggapai satu-satunya Cinta Hakiki
Cinta yang tak mungkin bisa ditandingi
Cinta yang mengatasi fana duniawi
Cinta yang harumnya kekal abadi
Dan bisa menghantar ke Jannah Firdausi
Itulah dia, CintaMu Illahi
Nadi utama perjuangan ini
Itulah ya Allah, impian kami
Itulah matlamat utama pernikahan ini
Demi meraih redha Illahi
Dan cinta Teragung Rabbul 'Izzati
"Perjalanan mendamba kasih
Illahi... kini tidak sendiri lagi.."
Posted by Nadirah at 4:23 PM 0 comments
Labels: Monolog
Usia Ini
Monday, July 15, 2013
Posted by Nadirah at 10:25 PM 0 comments
Labels: Monolog
Mencari Ketenangan di tengah Kesibukan
Sunday, June 16, 2013
Posted by Nadirah at 9:16 PM 0 comments
Labels: Monolog
Sakinah, Mawaddah, Rahmah
Tuesday, April 16, 2013
![]() |
Posted by Nadirah at 5:53 AM 0 comments
14/04/2013
Sunday, April 14, 2013
Posted by Nadirah at 12:32 AM 0 comments
Untukmu Teman
Wednesday, April 3, 2013
Posted by Nadirah at 3:11 AM 2 comments
Orang Tuamu, Orang Tuaku
Monday, April 1, 2013
Posted by Nadirah at 1:27 AM 0 comments
Labels: Tazkiyyatun Nafs
Bonda
Sunday, March 31, 2013
Posted by Nadirah at 12:37 PM 0 comments
Labels: Usrati
Bahagian Saya, Bahagian Kita
Tuesday, March 19, 2013
| ~Moga senyuman ini terus mekar dan melekat dalam jiwa sebagai penguat di kala duka~ |
Posted by Nadirah at 12:07 AM 0 comments
Bahagianya Merayakan Cinta
Thursday, February 7, 2013
![]() |
| Jom tambah ilmu :) |
Dibenarkan majlis perkahwinan tanpa daging
"Dalam majlis kahwin itu, tiada hidangan roti dan daging. Saya hanya disuruh Nabi supaya mengambil alas makan daripada lembaran kulit yang disamak lalu saya hamparkan. Kemudian, saya letakkan kurma, keju, dan minyak di atas hamparan di atas alas makan itu." (Diriwayatkan oleh an-Nasa'i dan Ahmad). Anas turut berkata, "Kemudian para tetamu makan sehingga mereka kenyang." (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, dan Anas bin Malik)
Orang-orang kaya turut menyumbang dalam mengadakan majlis perkahwinan
Pada pagi harinya, rasulullah S.A.W. sudah secara rasmi berkahwin. Nabi berkata, "Orang yang mempunyai benda bagi disumbangkan, sumbangkanlah." Baginda menghamparkan alas makan daripada lembaran kulit yang sudah disamak. Ada yang menyumbangkan keju, ada yang menyumbangkan kurma, dan ada yang menyumbangkan minyak. Mereka bersama-sama menmbuat hals (Makanan campuran keju, kurma dan minyak)." (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Anas bin Malik)
Undangan majlis perkahwinan adalah orang yang soleh
Rasulullah mengingatkan, "Usahakanlah makananmu hanya dimakan orang-orang yang bertaqwa." (Riwayat Abu Daud)
Tidak boleh mengundang orang kaya sahaja
Rasulullah memberi amaran, "Seburuk-buruk makanan adalah hidangan majlis perkahwinan yang orang kaya diundangkan menghadirinya tetapi orang miskin tidak. Orang yang tidak memenuhi undangan majlis kahwin, dia sudah menderhakai Allah dan Rasul-Nya." (HR al-Bukhari)
Wajib menghadiri walimah walaupun sedang berpuasa
Orang yang tidak memenuhi undangan majlis kahwin, dia sudah menderhakai Allah dan Rasul-Nya." (HR al-Bukhari)
Nabi berpesan, "Apabila salah seorang daripada kamu diundang menghadiri jamuan, hendaklah dia memenuhi undangan itu. Sekiranya dia tidak berpuasa, dia perlu makan bersama-sama. Sekiranya dia berpuasa, hendaklah dia mendoakan" (HR Muslim)
Adab mengadakan majlis perkahwinan
1. Menghapuskan peranan orang, amalan, dan alatan yang bertentangan dengan agama
2. Penyajian hiburan yang sesuai dengan syariah
3. Tidak boleh ada arak
4. Tidak boleh ada unsur tabarruj jahiliyyah dalam makeup pengantin
5. Pengantin seelok-eloknya turut sama melayan tetamu
6. Mencegah terjadinya percampuran bebas tetamu lelaki dan perempuan
7. Menghindari pembaziran dalam menghias tempat dan hal-hal yang lain
Adab menghadiri majlis perkahwinan
1. Niat sebagai ibadah dan memenuhi hak sesama Muslim
2. Menutup aurat
3. Memerhatikan adab-adab makan
4. Memberikan ucapan selamat kepada pasangan yang sudah menikah sepertimana doa Rasulullah:
"Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jam'a bainakuma fii khayr"
(Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu, semoga Allah memberi keberkatan ke atasmu dan semoga Dia menghimpunkan kalian dalam kebaikan)
5. Mendoakan tuan rumah atas sajiannya:
Daripada Abdullah bin Basar yang bapa beliau pernah membuatkan makanan untuk Nabi. Kemudian bapanya itu menjemput Nabi makan. Rasulullah memenuhi undangan beliau dan selesai makan, baginda berdoa:
"Ya Allah, ampunilah mereka, sayangilah mereka, dan berikanlah keberkatan pada makanan yang Eangkau anugerahkan untuk mereka"
Posted by Nadirah at 6:19 PM 2 comments
Labels: Tazkiyyatun Nafs
Senarai semak
Saturday, January 5, 2013
Posted by Nadirah at 8:37 AM 0 comments
Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs
MenDERU
Monday, December 31, 2012
| Rileks je kakak berdua ni redah air. Dalam kot sampai ke lutut! |
| Sembang-sembang di lobi Hotel Seaview |
| Lepas ni kena bergambar di Istana Nur Nadhirah pulak ;) |
| Tinggi ni la air yang AHL harung! |
Lepas selesai beli barang-barang di Pasar Payang, kami bertolak balik ikut laluan pantai ke Setiu (Batu Rakit-Penarik).. Singgah di Setiu memborong keropok lekor dalam hujan renyai, macam nak balik dekat aje, bersuka-ria ke sana sini. Mak tak putus telefon dah sampai kat mana. Siapa yang tak takut, tapi saya malas nak beratkan kepala. Harung aje apa yang nak jadi nanti sambil update berita daripada kawan-kawan.
Sampai di Pantai Penarik, laluan ke Bandar Permaisuri dah ditutup. Banyak kereta tersadai di tepi jalan. Awalnya nak harung air lagi sekali, tapi bila tengok Hilux, Storm semua patah balik jadi kami pun tak jadi nak teruskan. Dalam kepala memang nekad nak balik, terfikir laluan dari KL... Kami berpatah balik, Yong mintak singgah di Pantai Penarik untuk ambil gambar ombak yang semakin mengganas.
| Pantai Penarik, Setiu |
| aaaaaa macam mana boleh hilang??? |
Macam-macam dugaan balik kampung kali ni, bila no plat dah hilang semangat makin pudar.. Kawan dari Kuantan maklum semua laluan Kuantan-Kuala Terengganu dah ditutup. Musnah harapan nampaknya. Jadi, terus je ambik keputusan untuk buat no plat baru, lepas tu baru fikir macam mana. Jam dah hampir pukul 12 tengah hari.. Perut berdondang sayang pulak.
Sepanjang perjalanan tu, tak jumpa kedai yang bukak. Maklum la cuti umum krismas + hujan lebat. Akhirnya kami jumpa kedai sekitar Batu Rakit. Dengan perasaan segan, maklumkan pada tauke kedai nak buat no plat. Rupanya ramai yang alami nasib yang sama! Hehehe. Tauke kedai tak tanya banyak; cuma nak tempah depan atau belakang, straight ataupun 2 lapis, terus buat ukuran. Memang nak tergelak betul rasanya. Pengalaman hidup anak rantau, kalau tak jadi macam ni tak de kenangan yang boleh dikongsi ;)
| Mujur saya ada co-driver yang peka~ |
| Pilih, pilih. Nak mana satu! |
Setiba di Masjid Wakaf Tembesu, saya dapat call daripada Hazirah. Dia dah selamat sampai di LPT 2, dalam perjalanan ke Kerteh. Laluan Sungai Tong yang biasa kami lalu dah dibuka. Ada beberapa tempat di Besut dah naik air, tapi masih boleh lalu untuk kenderaan kecil. Harapan bersinar kembali, terasa ringan bahu. Yong dah tak boleh nak fikir, dia ikut aje ke mana saya nak bawak. Kesian pulak.
Lepas solat, saya nekad + tawakkal. Moga perjalanan kami dilindungi & diselamatkan daripada segala bahaya & bencana. Alhamdulillah perjalanan kami sangat-sangat dimudahkan. Hujan rintik-rintik sampai ke Besut. Walaupun banyak jalan rosak dan air 'melintas' atas jalan, kami selamat sampai di Kawasan rehat Titiwangsa sebelum Maghrib. Cuaca sangat sejuk atas gunung, menggigil. Terasa macam di Cameron Highlands ;) Kami rehat, sempat pekena pau yang best tu dan air panas.. Lepas Maghrib bertolak balik ke Perak, alhamdulillah 10.30 malam selamat sampai rumah.. 15 jam memandu, pinggang memang rasa nak patah. Mata berpinar menahan silau lampu, tapi boleh senyum sampai telinga sebab dapat peluk mak ayah ^_^
| Time sejuk memang sodap pekena teh tarik + pau! |
1. Bila susah, baru merasai nikmat bertawakkal
2. Berani sifat yang baik, tapi kalau terlalu berani macam ni la jadinya..
3. Anak rantau tak boleh manja, semangat mesti waja macam besi.
Sesungguhnya Dialah yang memudahkan perjalanan kami, melindungi kami daripada segala mara bahaya. Syukur pada-Mu Ya Allah, dengan ujian kecil ini~
Posted by Nadirah at 11:41 PM 4 comments
Labels: Kenangan, Monolog, Tazkiyyatun Nafs, Usrati
Kenangan: Ustazah
Friday, December 7, 2012
Zaman remaja juga, antara masa mencari identiti. Saya pun tak terlepas sama. Ada ketika datangnya nakal kami di asrama, memeningkan kepala warden asrama. Malam tu malam minggu. Tak ada kelas prep, jadi boleh rehat-rehat. Selepas isyak, saya duduk lepak-lepak di dorm sebelah sambil buka halaqah makan betul-betul depan pintu dorm. Tiba-tiba asrama blackout, tapi tak lemahkan semangat kami. Dalam gelap tu, kami teruskan makan sambil berborak-borak (memang tak ingat dunia!) Tiba-tiba... ada satu cahaya menyuluh halaqah kami. "Astaghfirullahal azim budak-budak ni...! Gelap-gelap ni boleh pulak kamu makan sambil bergelak ketawa. Ish, ish, ish. Kamu pun ada Nadirah, bukan kamu dorm sebelah ke?" (kantoi sudah kat situ..). Orang itu ialah ustazah! Beliau bertugas malam tu, buat round dalam gelap nak pastikan anak-anak beliau selamat. Malu, serious malu tak terkata (",)
| Kiriman hadiah daripada ustazah ^_^ |
Posted by Nadirah at 7:44 PM 3 comments
Labels: Kenangan, Monolog, Tazkiyyatun Nafs





