Insya-Allah malam ni penetapan 1 Ramadhan 1430H, dijangkakan lusa kita akan berpuasa. Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk bertemu Ramadhan kali ini. Jadikan madrasah Ramadhan tahun ini dapat mendidik jiwaku menjadi insan yang bertaqwa, anak solehah kebanggaan emak dan ayah serta pelajar yang tabah dan sabar menempuh tahun akhir yang penuh cabaran ini...Mudah-mudahan safarku esok hari dipermudahkan, izinkan aku menyambut Ramadhan bersama keluarga tercinta..
Harapan Ramadhan by Raihan & Man Bai
Kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada di bulan Ramadhan
Semula...
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahkan
Moga dapat kulenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti...
Tak ingin kubiarkan Ramadhan
Berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya
Dengan sabar
Kumemohon pada Tuhan
Diberi kekuatan
Kumerayu pada Tuhan
Diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmat-Mu
Kutempuh jua...
Pagi: nak ke NASOM, kumpulkan maklumat untuk research bersama researchmate; Nawa. Moga dipermudahkan urusan. Ameen...
Petang: Mengharungi perjalanan 9 jam untuk pulang ke Perak menyambut Ramadhan, biiznillah...Safarun sa'iid..:)
0 comments:
Post a Comment