Alhamdulillah tamat sudah pusingan pertama praktikal di HTAA. Selepas ini saya akan ke Poliklinik Komuniti Beserah untuk bahagian pesakit luar pula. Mungkin cabaran lagi berbeza, lagi mencabar sebab kebanyakan orang di luar sana mempunyai kesedaran tentang kesihatan. Cumanya ada di antaranya cepat terpengaruh dengan produk2 kesihatan yang dijual di pasaran.
Minggu pertama praktikal di IPD (in-patient department) agak memenatkan dan agak sedikit "terkejut" dengan suasana hospital yang sibuk. Pesakit pertama yang kami temui ialah pesakit kanser di bahagian tulang muka (maxillary osteosarcoma). Refer to dietitian due to loss of appetite (LOA) and loss of weight (LOW).Pertama kali belajar clerk patient case agak pening juga kepala nak baca BHT, dengan tulisan doktor yang tak difahami, terms yang kurang familiar dan macam-macam lagi.huhu.. Alhamdulillah berkat kesabaran, tunjuk ajar daripada Sr. Jamilah serta sokongan kawan-kawan minggu pertama berlalu dengan jayanya. Banyak lagi benda yang mesti di'improve' untuk minggu2 yang seterusnya.
Masuk minggu kedua, kami dikehendaki clerk patient secara berasingan. Huhu, takut terlepas pandang pada maklumat2 penting yang mesti diketahui. Nanti kena naik wad semula..collect apa yang tertinggal. Hari-hari terakhir minggu kedua kami diminta memberikan kaunseling pemakanan kepada pesakit yang dirujuk. Antara kes-kes biasa yang dirujuk semasa IPD ialah uncontrolled Diabetes Mellitus (DM). Biasalah musim2 buah2an ni ramai yang tak mampu nak kawal pemakanan masing2 terutamanya yang memiliki kebun yang luas itu.. Hypertension (HPT), renal failure (CKD) dan Ryle's Tube Feeding (RTF).
Minggu ketiga minggu terakhir kami di HTAA, tapi minggu ni agak kurang patient yang dirujuk. Mungkin kes H1N1 yang melanda, jadi doktor tak sempat nak refer patient pada dietitian kot.hehe.. Tapi tak bermakna kami hanya duduk sahaja, follow up patient yang sebelum ni, tingkatkan kemahiran untuk membaca BHT dengan cepat! need lots of exercise ye!
Pelbagai perkara yang menyentuh hati saya sepanjang tiga minggu di sini. Keadaan patient yang lemah tak bermaya membuatkan hati saya sayu.. Beberapa kematian turut menyedarkan saya bahawa mungkin sudah tidak lama masa saya di dunia ini.
Hampir menitis air mata saya tatkala melihat bagaimana seorang ibu yang sedang mengandung sangat tabah menguruskan anaknya yang terlantar di hospital. Anaknya kemalangan semasa pulang ke kampung di Temerloh, koma beberapa minggu di ICU makan pun melalui tiub. Nasib menyebelahi kami petang itu, dapat melihat dengan sendiri bagaimana untuk memberikan susu (enteral product) kepada pesakit yang tidak boleh makan secara normal. Kebiasaannya tugas tersebut dikendalikan oleh nurse @ ahli keluarga pesakit sendiri.
Sebenarnya apa tugas dietitian di hospital??
1. Memberikan nasihat pemakanan (diet kaunseling) kepada pesakit yang dirujuk. Kebiasaannya untuk kes-kes kronik seperti uncontrolled DM, buah pinggang sama ada hemodialisis / peritoneal dialysis, darah tinggi (HPT), LOA and LOW, restriction of fluid (ROF) dan macam2 lagi le... selalunya pesakit yang dirujuk memiliki penyakit yang lebih daripada 1. Jadi tugas dietitian lah yang nak prioritizekan yang mana patut diatasi untuk mencegah komplikasi yang lebih teruk...
2. Untuk kes RTF, dietitian berperanan untuk memberikan produk yang sesuai dengan kondisi pesakit, meet Energy requirement, tengok patient boleh tolerate atau pun tak dengan apa yang kita bagi. Mulakan dengan kuantiti yang sedikit, tengok teloration of the patient. If tolerated, up the scoops and also ml of the water until the patient can tolerated the maximum feeding which meet his or her energy requirement.
senang nak difahami, tugas dietitian adalah memastikan pesakit mendapat makanan yang sihat, ubahsuai pemakanan yang tak sihat serta pastikan pesakit mendapat tenaga untuk meneruskan kehidupan iaitu melalui pemakanan... bukan senang nak puaskan hati semua orang, tapi apa yang penting we do the best for our part! selebihnya serahkan kepada Dia...
selepas ini, posting outpatient di Beserah, faiza 'azamta fa tawakkal 'alallah ;)
0 comments:
Post a Comment