Sewaktu posting di Poliklinik Komuniti Beserah (PKB) (10 Ogos-27 Ogos 2009), kumpulan kami dikehendaki mengendalikan satu kelas Pemakanan bagi Kanak-kanan yang Kekurangan Zat Makanan (KZM) a.k.a Failure to Thrive (FTT). Kelas ni merupakan aktiviti berkala yang dirancang pada setiap minggu ketiga setiap bulan oleh Klinik Kesihatan Keluarga (MCH), PKB. If I not mistaken that class on 19th August. Oleh yang demikian, kami telah menyediakan bahan-bahan yang berkaitan untuk dikongsi ersama-sama dengan ibu-ibu di luar sana (As group 1st to handle FTT class, so excited to lebih skit. Sigghhh..^_+) Walau bagaimanapun, impian dan cita-cita kami tak kesampaian. Huhu.. Kelas to cancel pulak.. Mungkin disebabkan kes H1N1 yang melanda, tambah pulak bulan Ramadhan bakal menjelang minggu depannya jadi patient agak ramai juga minggu tu. Jadi eloklah rasanya nak kongsi bersama-sama tetamu sekalian. Moga ada khairnya!
Panduan Pemakanan bagi Kanak-kanak yang Kekurangan Zat Makanan
oleh: Ayat, Salihah, Zairunida, Nadirah & Hazirah
Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak secara semulajadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ada sesetengah yang lain pula secara semulajadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimanapun, kekurangan berat badan yang sebenarnya mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan, atau emosi.
Bagaimanakah cara untuk mengetahui anak saya mengalami kekurangan zat makanan?
1. Pertumbuhan kanak-kanak mestilah mengikut corak pertumbuhannya.
2. Timbang berat dan ukur ketinggiannya, buat perbandingan dengan standard-carta pertumbuhan (Growth Chart). Plot nilai berat badan dan ketinggian anak pada carta berat badan & ketinggian mengikut jantina. (Refer growth chart CDC-weight and stature for age for boys and girls).
3. Selain itu, Indeks Jisim Tubuh (IJT) a.k.a. Body Mass Index (BMI) boleh dikira dengan rumus BMI= Berat (kg) / (Tinggi X Tinggi) (m2). Kemudian, plotkan BMI anak pada carta BMI. If your child's BMI is:
- <5th percentile: underweight
- between 5th percentile to 85th percentile: normal
- >85th percentile: overweight
- >95th percentile: obese
* Oleh yang demikian, KZM boleh didefinisikan apabila BMI anak anda < 5th percentile.
Apakah yang patut anak saya makan?
Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin. Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi:
1. Tambahkan marjerin, mentega kacang atau keju ke atas biskut kraker
2. Tambahkan marjerin lembut (soft margerine), mentega kacang (peanut butter) atau keju ke atas roti
3. Tambahkan ayam / daging / minyak / marjerin ke dalam masakan bubur
4. tambahkan susu / minyak / marjerin / keju ke dalam telur
5. Tambahkan serbuk coklat atau ais krim ke dalam susu
6. Tambahkan susu / minyak / merjerin ke dalam kentang lenyek
Sebagai pelajar dietetik, penyediaan menu amatlah dititik beratkan. Bak kata Sr. Aishah, "Menu sangat penting bagi dietitian, tu la yang nak bezakan antara kita dengan orang lain. Bukan senang nak prepare menu, saya nak awak semua biasakan diri dari sekarang. Nanti senang bile awk dah keje nanti"
Ya, bukan senang nak sediakan menu. Kalau setakat menu yang biasa tu semua orang boleh, tapi menyediakan menu sihat tu yang payah.. Mesti memenuhi keperluan tenaga yang disyorkan seperti dalam RNI..Di sinilah pentingnya peranan dietitian, inilah juga yang membezakan antara dietitian dengan chef / tukang masak. Betul tak kawan-kawan??
Berikut, kami sediakan contoh menu untuk kanak-kanak 1-3 tahun dan 4-6 tahun yang mengalami masalah KZM:
Sarapan Pagi
1/2 gelas susu penuh krim
1 keping roti bakar
Minum Pagi
1/2 gelas susu penuh krim
Makan Tengahari
1/2 cawan nasi putih
1 keping telur dadar (1 biji telur + kobis bunga + putik jagung + bayam)
Sup sayur (sawi + lobak merah+ kobis bunga + putik jagung)
1 gelas air kosong
1 potong betik
Makan Malam
Mi sup
- 1/2 cawan mi
- ayam + kentang
- sayur (sawi + kobis + lobak merah + kobis bunga)
1 gelas air kosong
Menu Kanak-kanak 4-6 tahun (1300 kcal)
Sarapan Pagi
1/2 gelas susu penuh krim berperisa coklat
1 keping lempeng kentang (+ 1/2 cawan susu penuh krim)
Minum Pagi
1 keping kek coklat
1 gelas air kosong
Makan Tengahari
1/2 cawan nasi
Sup ayam (+ 1/2 kentang, lobak merah, seleri, bayam)
1 gelas air kosong
1 potong tembikai
Minum Petang
1 ketul cekodok pisang (sederhana besar)
1 gelas air kosong
Makan Malam
1 set sandwich ayam
-1 ketul ayam yang dicarik isinya
-Timun + salad + tomato
-1/2 sudu teh marjerin lembut + 1/2 sudu teh mayonis
1 gelas jus epal tanpa gula
Minum Malam
1 gelas susu penuh krim berperisa coklat
5 comments:
salam...
terima kasih untuk tips..izinkan saya copy menu tersebut. saya sedang mendapatkan guideline utk pemakanana anak saya.
sama2 kak lin.. sila la ambil, moga dapat membantu akak sekeluarga :)
salam... mohon izin untuk saya copy entry panduan pemakanan kanak-kanak ini boleh ??
sila2.. jangan malu2 =)
salam...terima kasih atas perkongsian maklumat mengenai menu utk kanak-kanak yg kekurangan berat badan. Ia cukup membantu saya.
saya ada satu soalan. Anak saya berumur 18bln, boleh ka dberi susu full krim dlm kotak seperti susu kotak jenama dutch lady tu? saya takut ia akan menyebabkan anak saya cirit-birit sekiranya dberi susu selain drpd susu rutin nya. tq Nadirah
Post a Comment