Alhamdulillah wa syukrulillah, atas nikmat Islam dan iman kurniaan-Nya. Pada 5 Syawal (24 September 2009) yang lepas, saya mengikuti rombongan pertunangan sepupu ke Gerik, Perak. Kami sampai lebih kurang pukul 1.00 petang, berkumpul di Masjid Jamek Gerik sebelum bertolak ke rumah perempuan selepas solat Zohor.
Sebaik sahaja sampai, "Ustaz Mujahid! Ustaz Mujahid!" jerit beberapa orang anak-anak kecil dari atas rumah (hehe masa ni memang nak tergelak, nasib baik la si Mujahid cool aje!)
Kami dihidangkan dengan makan tengahari sebelum majlis perbincangan dimulakan; memandangkan dah hampir pukul 2.30 ++. Perut pun dah mula berkeroncong... Alhamdulillah majlis berjalan lancar, walaupun hujan turun agak lebat masa tu (hujan rahmat mudah-mudahan). Semua yang dibincangkan disepakati dan walimah ditetapkan sebulan akan datang (24 Oktober 2009) untuk pihak perempuan, manakala majlis sambut menantu pulak pada 31 Oktober di Ipoh.

Sedikit pengenalan bakal pengantin,
Muhammad Mujahid b. Hj Mohammad Fadzil ialah sepupu saya, anak kepada Pak Long (abang mak). Berusia sebaya dengan saya, 23 tahun dan sedang menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah dalam bidang Usuluddin.
Shahidatul Akmal bt Mohd Dahalan juga merupakan penuntut Universiti Al-Azhar (cawangan Iskandariah) juga berusia 23 tahun. Bidang saya tak pasti, tak sempat nak bertanya lagi. Huhu...
Shahidatul Akmal bt Mohd Dahalan juga merupakan penuntut Universiti Al-Azhar (cawangan Iskandariah) juga berusia 23 tahun. Bidang saya tak pasti, tak sempat nak bertanya lagi. Huhu...
Mengikut perancangannya, mereka akan meneruskan pengembaraan di ardhul kinanah awal bulan November sebaik sahaja walimah diadakan. Semoga segalanya berjalan lancar, didoakan agar jodoh berkekalan hingga ke syurga. Sekalung tahniah diucapkan kepada pasangan:
Muhammad Mujahid bin Hj. Mohammad Fadzil
&
Shahidatul Akmal binti Mohd Dahalan
&
Shahidatul Akmal binti Mohd Dahalan
0 comments:
Post a Comment