Semalam berbual-bual dengan kawan-kawan sekelas, masing-masing berkongsi rasa dengan perancangan masin-masing selepas grad nanti. Ada yang nak sambung Master, ada yang nak mintak kerja, tak hebat juga ada yang merancang dan membuat persiapan nak berumah tangga. Rasa macam tak percaya, dah dewasa rupanya diri ini, dah sampai masanya kena berbakti pada mak ayah. Tapi kadang-kadang rasa yakin pada diri semakin kurang..Mengapa jadi begini?
"Pas ni nadirah nak wat ape? Tak berminat ke nak sambung master research tu?" kawan-kawan asyik bertanya. "Em, tak tau lagi, tengok la mana ada rezeki", ringkas jawapanku. Ya, bukan tak mahu nak berkongsi tapi diri ni sangat takut kalau2 tak menjadi..
'Kenapa nak risau kalau tak jadi? bukan ke tu satu perancangan jugak?'
'Biar la dulu, da selesai sume baru nak fikir. Tak larat nak serabut lagi. Sabar-sabar..'
Tiba-tiba hati rasa hiba, terasa macam tak de langsung perancangan untuk masa depan. Tanpa dipaksa air mata ini mengalir sederas-derasnya.. Sebolehnya hati mahu dekat dengan keluarga, rasa tak sanggup untuk berjauhan lagi, memandangkan ayah & mak bukanlah sihat sepenuhnya lagi.. Tapi kalau takdir untuk ku bermusafir lagi selepas ni aku redha..Ya Allah bantu lah diri hamba-Mu ni...
Majalah Solusi yang dibeli beberapa hari lepas dibelek, Alhamdulillah terasa Allah kurniakan Hidayah-Nya. Mengapa perlu rasa takut atau tak yakin dengan diri sendiri? Siapalah kita nak dibandingkan dengan Kuasa Dia? Ampunkan aku Ya Tuhan.. Kadangkala aku lupa berserah kepada-Mu lantaran hatiku kotor dengan tompokan dosa yang makin menggunung.. Na`uzubillahi min zalik..
Petikan daripada Majalah Solusi:
Punca buruk sangka kepada Allah
1. Tidak yakin dengan kekuasaan dan kebesaran Allah swt
2. Tidak dapat menerima hakikat bahawa lumrah hidup manusia yang sentiasa diuji
3. Ragu-ragu sama ada ibadah akan diterima oleh Allah atau tidak
Leburkan buruk sangka:
1. Berusaha menambah ilmu
2. Jangan sesekali berprasangka buruk tanpa asas
3. Pandang sisi baik, lupakan sisi jahat
4. Sekiranya tiada sisi baik pada seseorang, maka jangan tergesa-gesa membuat sebarang andaian negatif
5. Mintalah perlindungan Allah daripada bisikan syaitan
6. Sembunyi keburukan Muslim
7. Mohon kepada Allah diberi sangkaan yang baik. Doa Sa'id bin Jabir:
Allahumma inni as aluka sidqattawakkuli `alaika, wa husnazzonni bika
"Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu sebenar-benar tawakal ke atas-Mu, dan sebaik-baik sangka dengan-Mu"
0 comments:
Post a Comment