Setiap kali bukak blog, mesti rasa banyak benda nak tulis, tapi saya sendiri pun tak tahu kenapa kekeringan idea. Istiqamah Nadirah, istiqamah........
************************************************
Alhamdulillah wa syukurillah. Semalam merupakan peperiksaan bertulis terakhir yang saya hadapi sebagai pelajar undergrad. Saya sendiri pun tak sedar sampailah kawan saya cakap"perasan tak, ari ni kan exam last kite!! tapi undergrad la.." Entah kenapa terlalu rasa sayu nak tinggalkan zaman belajar, memang ada cita-cita nak sambung belajar lagi, tapi tengok pada rezeki selepas ni...Ada rezeki kerja, mungkin kerja dulu lepas tu sambung master. Target nak ada PhD sebelum 30, Insya-Allah akan berusaha sebaik mungkin ke arah tu. Bila tanya pengalaman dietitian, ada yang prone kerja dulu, cari pengalaman pas tu sambung belajar. Tapi kalau bersama ahli akademik, dah pasti menggalakkan untuk sambung belajar. Bagi saya dua-dua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mudah-mudahan impian nak belajar sampai peringkat yang tertinggi terus subur sampai bila-bila..
"Ayah kalau boleh nak ada anak ayah yang jadi Professor"
0 comments:
Post a Comment