Nur Nadirah yang bermaksud "cahaya yang berseri" dihadiahkan oleh kedua orang tuanya. Tersangat besar doa sepasang kekasih ke atas anak mereka dengan harapan agar anak itu membesar menjadi insan yang sentiasa menyinari orang lain. Dilahirkan di Taiping, bandar warisan Perak tetapi dibesarkan di Kuala Kangsar, sebuah bandar Di Raja pada 15 Julai 1986.
Anak ini membesar dengan penuh kasih sayang oleh kedua orang tuanya. Dihadiahkan pendidikan bermula di Tabika Kemas kati pada usia 6 tahun seterusnya mengikut ayahnya ke Sekolah Kebangsaan Manong ketika di Tahun 1. Namun begitu, anak ini hanya sempat bersekolah di sana kira-kira 6 bulan dan berpindah pula ke Sekolah Kebangsaan Talang pada Julai 1993 sehinggalah tamat darjah 6 pada 1998.
Anak ini dianugerahkan peluang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River sejak dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 demi memenuhi impian seorang ayah yang sentiasa mahukan anaknya mendapat pendidikan agama yang sempurna. Kemudian anak ini ditawarkan pula ke Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya selama 2 tahun dalam bidang Sains Kesihatan Bersekutu.
Pada 2006, telah tiba masanya anak ini dikurniakan nikmat menyambung pengajiannya ke Taman Budi dan Ilmu nun jauh di Kuantan bagi menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda Dietetik (kepujian). Berjauhan dengan keluarga tidak pula mematahkan semangat anak ini, malah semakin mengeratkan hubungannya dengan kedua ibu bapanya. Anak ini juga berpeluang bermusafir ke Serdang selama 1 1/2 bulan, Sungai Petani 2 bulan dan Kota Bharu 11/2 bulan bagi membolehkannya mengutip sebanyak-banyaknya ilmu kaji diet agar dapat berbakti kepada umat kelak. Kini pada 7 April 2010 dengan rasminya anak ini menamatkan pengajiannya di Taman Budi dan Ilmu yang disayangi, pulang ke pangkuan ayah bonda yang tercinta.
Dengan izin Allah, Oktober 2010 anak ini akan dianugerahkan IJAZAH SARJANA MUDA DIETETIK dan telah tiba masanya anak ini turun ke gelanggang membantu ibu dan ayah serta masyarakat yang memerlukan khidmat kaunseling pemakanan agar mereka dapat menikmati kehidupan seperti orang lain. Anak ini sangat teruja ingin membantu sesiapa sahaja yang memerlukan panduan pemakanan bagi penyakit-penyakit kronik seperti obesiti, kanak-kanak kekurangan zat makanan, kencing manis, darah tinggi, buah penggang, penyakit jantung, kanser dan sebagainya.
Buatmu cahaya yang berseri,
Moga dirimu terus menyinari insan-insan yang memerlukan kepakaranmu. Berkorbanlah demi umat kerana setiap denyutan nadimu ada hak insan lain yang harus kau tunaikan...
[N] iatkan [A] malanmu [D] engan [I] khlas [R] edha [A] llah [H] amparannya
0 comments:
Post a Comment