Bismillahirrahmanirrahim.
Semoga semua sentiasa berada dalam rahmat Allah. Lama tak bertemu kawan-kawan, alhamdulillah masing-masing dah ada kerjaya dan keluarga sendiri. Saya cuma nak kongsi sikit pengalaman, mungkin tak sehebat kawan-kawan yang lain tapi bagi saya terlalu banyak yang saya belajar sepanjang sebulan ini. Saya ditempatkan di sebuah hospital daerah yang tiada pakar; Hospital Hulu Terengganu [ramai yang tanya, kat mana tu?], di Kuala Berang, Terengganu. Tempat yang memang tak ada dalam fikiran untuk pergi apatah lagi bekerja dan menetap di sini. Kalau ikut ABM KKM 2011, Hulu Terengganu salah satu hospital yang dibuka post Pegawai Dietetik pada tahun ini. Maknanya, sayalah dietitian pertama kat sini dan melengkapkan semua hospital di Terengganu mempunyai dietitian sekurang-kurangnya seorang.[Pn Ramlah kata negeri pertama kat Malaysia, hehe bangga!] untuk cerita awal, klik
sini ;)
Hari kedua lapor diri, saya diminta mewakili Pengarah Hospital ke Majlis Penutup Sambutan Seminar Makanan 1 Malaysia peringkat negeri Terengganu. Serius, tersangatlah berdebar sebab tempat dah la tak tau kat mana, orang pun tak kenal siapa-siapa. Peringkat negeri, tu! Dah pasti orang-orang besar akan datang. Ya, tepat sekali akan dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri. Tapi PKN tak dapat datang, diwakili oleh Timbalan Pengarah (Bahagian Farmasi). Nasib baik pihak pengurusan dah uruskan kereta hospital, saya hanya pergi [macam senang aje bunyinye kan..] Orang yang tak suka berprotokol macam saya tersangatlah tak suka nak datang aktiviti-aktiviti macam ni, tapi terpaksa =P Di sana dapat jumpa kawan baru dari pelbagai sektor dan jabatan, cuma saya tak tunggu lama. Sebaik sahaja habis, terus aje balik tak sempat makan pun sebab driver dah tunggu. Rasa tak best pulak bila ada orang tunggu kita...
Dalam seminggu, saya memang termangu-mangu macam tak tau nak buat apa. Nak jumpa Pn Ramlah, beliau ke MDA Conference kat Sarawak jadi tunggu sampai beliau balik. Jadi minggu pertama lebih kurang makan gaji buta jugak la, berkenalan dengan staf hospital dan unit aje sambil-sambil plan apa yang patut saya buat kat hospital ni dengan kemudahan dan kakitangan yang terhad. Kebetulan pulak saya sibuk uruskan hal penempatan, jadi tak rasa bosan sangat sebab duk risau tak tau nak menginap kat mana nanti [Kuarters ada, tapi ada beberapa masalah, saya tak boleh duduk lagi. Jadi, seminggu saya berulang-alik dari KT (lebih kurang 45 min sehala) menyewa hotel (dengan keluarga) dan rumah Ida. Mujur Ida tolong saya, memang saya terasa sangat-sangat asing di tempat orang ^_^]
Minggu kedua saya dapat jumpa Pn Ramlah & dietitian HSNZ (U44 & U48) yang selalu menjadi dietitian pelawat di Hulu. Beberapa masalah yang selalu timbul sewaktu lawatan, dan kerjasama daripada pesakit & staff sendiri dibentangkan kepada saya. Saya harus mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut, bukan apa dengan staff vateran yang dah lama dalam kerajaan dah pasti "ego" tu ada. Alhamdulillah dengan cadangan daripada sifu-sifu saya di HSNZ, dah nampak sikit jalan macam mana nak mulakan perkhidmatan dietetik di hospital ni. Cuma semua perubahan akan ambil masa, dah pasti tak boleh secara drastik. Masalah paling besar ialah tempat. Di mana saya nak wujudkan klinik Diet OPD? Biasanya dietitian pelawat dibuat di Klinik Pakar 2X/bulan (Minggu ke-2 & ke-4). Jadi since saya permenant post di sini, klinik kena buat sama lebih kerap, sedangkan satu bilik di Klinik Pakar tu digunakan oleh hampir 9 pakar lawatan mengikut jadual! Tambahan pulak, di daerah Hulu ni ada 4 Klinik Kesihatan yang mesti cover dah pasti akan ada referral dari luar jugak. Pening-pening..
Puan Ramlah mencadangkan supaya buat OPD di pejabat saya di dapur. Tapi Pengarah tak benarkan, wajib buat di Klinik Pakar. Ada satu bilik kosong, tapi apa-apa pun tak ada termasuk kipas apatah lagi air-cond ;) Takkan la nak berkaunseling dalam kepanasan! Pengarah kata, tahun ni tak akan ada apa-apa renovation sebab tak ada budget. Jadi guna pakai apa yang boleh. Bila saya tanya pada SN incharge, jawapan mereka: "Mana ada dah kosong, ni semua penuh. Kita bukannya ada sorang dua je pakar pelawat, dekat 9 ni termasuk dietetik!" dengan nada marah-marah.. Sangat sedih masa tu, terasa macam kedatangan saya kat hospital ni tak dialu-alukan langsung! Selepas berbincang dengan pengarah, akhirnya pengarah janji untuk benarkan bilik kosong tu jadi klinik diet tapi tahun depan kot dan mintak wujudkan satu sudut di hujung klinik untuk jadikan ruang kaunseling. Tersangatlah tak sistematik tapi apa boleh buat. Cumanya sampai sekarang meja pun tak ada, tak tau nak cari kat mana...
Entah macam mana Allah nak tolong saya, lepas buat survey hati tergerak untuk mintak sendiri jadual klinik tersebut. Saya buat analisis sendiri, minggu pertama hari Selasa setiap bulan tak ada klinik. Jadi, saya 'paksa' juga Klinik Pakar untuk jadikan klinik diet, mereka pasrah... ;) Mulai bulan depan, klinik diet akan beroperasi 3X sebulan. Tak apalah, walaupun tak dapat banyak kali saya cuba dulu untuk jadual macam ini. Baru-baru ini ada mesyuarat bersama Kesihatan, FMS ada mencadangkan untuk dietitian mengadakan lawatan ke KK yang berjauhan. Memang saya akui, pesakit di kawasan Tengkawang sangat susah untuk datang semasa temujanji kerana mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri. Bas pun tak masuk kawasan sana, cuma kereta sapu yang beroperasi hanya hari Rabu.. Sangat kasihan.
Tanpa keputusan daripada saya, pengarah bersetuju mengarahkan saya membuat lawatan ke KK. Kalau ikutkan keputusan dia, saya hendaklah pergi ke semua KK dalam daerah ini. [Habis, dalam hospital siapa nak uruskan... Saya tahu dia bos, tapi saya yang nak buat kerja!] Silalah bertimbang rasa... Mujur saya cepat membantah, saya cuma perlu pergi ke KK Tengkawang dalam daerah Hulu Terengganu dan KK Wakaf Tapai di daerah Marang atas belas ihsan, insyaAllah perlu ikhlas selepas ni untuk berkejar ke sana sini..Arahan Pengarah memang mudah, pergi dengan menaiki kenderaan hospital tapi bila tiba masanya banyak pulak alasan yang diberi. Tak apalah, ikhlaskan hati. Bulatkan tekad. Moga Allah merahmati perjalanan kerjaya saya di sini...