Oktober 2011 dah masuk minggu terakhir, sudah setahun saya meninggalkan rumah yang sentiasa dirindu.. Memulakan kerjaya di Kuantan pertengahan Oktober 2010, kini saya di Terengganu seperti sebelumnya. Oktober tahun ini, baru hari ini saya merasa untuk berada di rumah di hujung minggu. Hari-hari lain terkejar-kejar ke sana sini, kadang-kadang rasa hidup kurang berkualiti kerana badan terasa lesu. Baru-baru ni bersemangat waja nak menderma darah, tapi apakan daya Hb dah semakin menurun (April 2011: 14.0, Jun 2011:12.8, Oktober 2011: 11.8) dan di'reject' tanpa segan silu... :'( Patutlah akhir-akhir ni mudah penat, ingatkan disebabkan kerja yang menimbun dan bagai berlari tak cukup tanah masa kerja... Nampak gayanya kena ambil banyak lagi sumber-sumber vitamin C, bagi Hb naik lagi [memang akhir-akhir ni sangat kurang makan buah + sayur]
Hujung Minggu 1
Sambutan 1 Malaysia di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Program anjuran syarikat Dutch Lady, dijemput oleh rakan sekelas, Ida [sampai bos Ida pun tahu kami rakan sekelas, wow kelas gitu!!] Macam-macam aktiviti & hadiah disediakan, tapi nasib kurang baik sebab hanya dapat goodie bag aje =P Ada jugak slot berkenaan DHA, alhamdulillah semakin faham sikit daripada sebelumnya sebab banyak dah lupa.