Alhamdulillah dah 2 minggu balik bercuti dari kampung, baru ada kesempatan menulis. Cuti Tahun Baru Cina (CNY) tahun ni sangat gembira. Bukan sahaja dapat merehatkan otak, tapi dapat berjumpa keluarga Cik Udin yang dah hampir 3 tahun tak jumpa! Hampir 2 bulan lebih tak balik kampung, cuti kali ni memang betul-betul bercuti rasanya. Syukur..
Khamis 19/01/12
Saya mengambil cuti rehat hari ni, hajat nak bertolak awal-awal pagi. Yong selamat sampai semalam dari Melaka, dia menemani saya memandu ke Perak dan pulang semula ke Terengganu nanti. Walaupun dah banyak kali mak 'bising' supaya naik bas, tapi entah kenapa hati saya keras untuk ini. Saya mohon mak doakan yang baik sepanjang perjalanan, sebab saya tak sanggup nak keletihan lagi memandu dari K.Terengganu ke K.Berang selepas 9 jam perjalanan kalau menaiki bas.
Cadangnya nak balik selepas aerobik, tapi hajat terbantut. Semalam jenuh bertegang urat dengan bos, sampai pukul 6 lebih untuk kelulusan ke Lawatan ke KLIA nanti. Kalau selesai aje semalam, tak la susah hari ni. Apa boleh buat, saya cuma kuli kecil.. Mujur bos HSNZ call, kalau tak pasti saya & ACO terlepas peluang.. Lebih kurang pukul 11 pagi baru kami dapat gerak, singgah di Pasar Payang dulu membeli buah tangan. Sempat la rembat kain pasang untuk mak & Dibah, sehelai baju untuk ayah [kiriman Ajim, sempena gaji pertama dia baru sempat nak cari..Huhuhu]..Yang lain-lain seperti biasa, beli sikit-sikit barang yang tak ada di Perak =)
Selesai pukul 1.00, terus gerak ikut jalan pantai. Singgah solat di Gong Badak, baru meneruskan perjalanan. Pemanduan kali ini sangat santai, berhenti di Seberang Takir beli keropok lekor untuk kami. Hari ni cuaca baik, Subhanallah! Pantai di Setiu sangat menarik dengan kebiruan air & kehijauan pokok. Tapi tak berhenti rehat di sini, jauh lagi perjalanan kami..
Jalan tak berapa jam, mungkin esok baru orang berpusu-pusu balik. Kami sampai di Dabong hampir pukul 6 petang, mak dah risau sebab hampir pukul 7 tak lepas Banding lagi. Saya pun cuak, Jalan Jeli-Banding tu sangat gelap & banyak haiwan di waktu malam. Tapi kuatkan hati untuk tidur di rumah malam ni. Mak cadangkan kami bermalam di Jeli, tapi dah alang-alang sampai sini sikit lagi yang mesti ditempuh walaupun berdebar-debar nak lalu jalan 'itu' malam-malam ni..
Ya, sangat susah saya rasa nak sampai ke Banding. Tapi Alhamdulillah Allah pelihara, mungkin hati ini tak sabar nak menatap wajah mak ayah yang dirindu dipermudahkan perjalanan. Pukul 11 malam baru kami sampai di rumah, singgah makan di Lenggong + perihal mencari masjid sangat susah malam-malam macam ni dek kerana tutup. Ada surau lama berhampiran tempat makan, tapi sangat gelap dan usang. Akhirnya kami singgah di R&R yang tutup pulak malam ni, saya bersolat di suraunya dalam ketakutan bersama Yong..Allahu Akbar, dugaan..
Sabtu 21/01/12
Kami sekeluarga ke Ipoh, menemani mak & ayah membuat rawatan. Azim, mak & ayah balik terus ke rumah, kami ke Popular & MPH nak menebus baucer buku 1 Malaysia sambil meronggeng-ronggeng. Moga dikurniakan pahala berganda buatmu, Azim atas pengorbananmu menjaga mak ayah selama ni..
Isnin 23/01/12
Kami ke Sitiawan, menziarah Cik Udin sekeluarga yang dah lama tak jumpa. Mereka pulang sekejap untuk urusan visa & daftar Adnin ke tahun 1.Sangat rindu! Amalyn & Adalia yang selama ini tengok dalam gambar, dapat dipeluk & dicium. Bekalan laksa Kuale menjadi santapan tengah hari kami.. Ayah dah pesan awal-awal, jangan menyusahkan mereka. Kita bawak buah tangan untuk dikongsi bersama. Kan elok macam tu..
Rabu 24/01/12
Cuti dah habis semalam, sepatutnya saya sudah pulang ke Terengganu. Tapi hari ini menuju ke KL untuk Lawatan GMP & HACCP ke LSG Sky Chefs Brahim di Sepang bersama semua dietitian & ACO daerah Rombongan dari Terengganu menaiki bas, saya menumpang Azim ke Sepang. Rombongan sampai lewat, hampir pukul 10 malam. Kami bermalam di Seri Malaysia Bagan Lalang.
Highway agak sesak, cuma traffic berjalan lancar. RnR semua penuh, kami mengambil keputusan untuk singgah makan & solat di Slim River sambil-sambil mengimbau balik kenangan zaman outing di asrama dulu. Pekan Slim masih seperti dulu walaupun hampir 9 tahun meninggalkan zaman persekolahan, belum membangun. Cuma saya lihat ada sedikit pembaharuan dari segi perkhidmatan bas.
Khamis 25/01/12
Hari ni ulangtahun kelahiran sahabat saya, Sa'adah & Fadilah Noor. Semoga panjang umur, sahabat!
Sampai jugak kami ke dapur MAS yang diimpikan zaman belajar dulu. Alhamdulillah. Lenguh juga kaki nak bertawaf semua kawasan yang sangat luas. Makanan yang disediakan sangat awsome! Di sini, saya belajar ilmu baru: "Makanan yang disediakan di sini agak masin, sebab bila dalam flight di ketinggian 35000 kaki deria rasa kita akan berkurangan. Jadi bila kita makan dalam flight, rasa akan OK je.." terang Pengurus Operasi.
Saya terus balik ke Kuala petang tu. Alhamdulillah, elok-elok sampai Hentian Duta bas ke Kuala ada kosong. Terus naik & call mak. Badan saya sangat penat, tak henti-henti ke sana sini bulan ini.. Sedar-sedar dah sampai exit Plaza Tol Kuala Kangsar.. Mujur sempat call mak sebelum bertolak tadi, saya tak sedar apa-apa sepanjang perjalanan...Esok misi mencari ikan pekasam...
Jumaat 26/01/12
Misi mencari ikan pekasam bermula. Seriously, saya tak pernah cakna langsung perihal ikan ni, sebab makanan ni tak menjadi makanan keluarga kami. Bersama ayah & Yong, kami menghala ke Pekan Sauk, Kuak hampir ke Lenggong. Kalau tak disebabkan pesanan 15kg ikan ni, dah pasti saya sendiri tak tahu projek-projek IKS di kawasan saya. Hehehe.. Akhirnya jumpa dengan harga yang agak murah daripada pasaran, lepas ni boleh jadi agen di sana pulak. Dapat jugak saya develop new skill yang paling lemah: berniaga ;)
Sabtu 27/01/12
Secara rasminya berakhirlah cuti saya... Harus pulang ke Terengganu hari ini, singgah dulu mengambilikan pekasam yang ditempah. Jenuh menahan hidung dek bau 'special' ikan pekasam ni, pening juga dibuatnya! Pekasam-pekasam.. Biarlah, saya tak ada apa-apa buah tangan untuk staff saya. Cuma ini sahaja buat pengenalan pada mereka yang tak pernah mencuba. Kata mak, "Lepas ni jadi ghoje kamu la pulak nak angkut pekasam tiap-tiap kali balik. Kalau sikit tak apa la jugak.." "Biarlah mak, buat lepas ngidam deme.. bukan senang deme nak datang sini beli pekasam. Jauh. Macam kita nak merasa kepok lekor Ganu!," kata saya berbahasa basi.. 'Mudah-mudahan dengan menggembirakan hati-hati mereka sedikit sebanyak merupakan sedikit jariah saya sepanjang bermusafir..Ameen'
Kami singgah lunch di Banjaran Titiwangsa sebelum meneruskan perjalanan. Sesungguhnya percutian kali ini yang sangat gembira bagi saya walaupun sangat meletihkan! Terlepas rasa bebanan 3 bulan di bahu ini walaupun tahu macam-macam akan menanti saya naik cuti nanti.. Kerana saya tahu, pahala berganda diperoleh apabila menatap wajah & menggembirakan hati mak & ayah. Ya Allah, izinkan aku, izinkan aku, izinkan aku lagi.. Aku tak punya banyak kesempatan untuk berbuat selalu seperti orang lain kerana aku anak rantau...