Bonda
Sunday, March 31, 2013
Posted by Nadirah at 12:37 PM 0 comments
Labels: Usrati
Bahagian Saya, Bahagian Kita
Tuesday, March 19, 2013
Mac datang lagi, mengulangi sejarah yang sama. Hospital jadi rumah kedua. Tahun lepas kami berkampung di IJN, tahun ni alhamdulillah cuma di hospital daerah. Baru ni ayah allergic to antibiotic, habis satu badan rashes (naik bintik-bintik merah), BP drop to 90-100/50-60 and SPO2 drop to 79% under room atmosphere. Sebagai pesakit buah pinggang yang perlu cuci darah 3X seminggu, keadaan kesihatan macam tu memang merbahayakan. Selepas mendapat panggilan telefon daripada Yong tengah hari tu, saya nekad untuk balik ke Perak malamnya. Alhamdulillah masih ada tiket, nak drive memang tak berani sebab dah lewat petang dari Terengganu. Dah terfikir nak ambik EL hari Ahad nanti, tapi bila mengenangkan ada mesyuarat negeri yang akan dihadiri oleh Ketua Profession Kebangsaan, hasrat tu terbantut. Dalam fikiran cuma satu, Allahu Rabbi, sampai hati mak tak bagi tau ayah masuk wad...
Sepanjang perjalanan memang sedih, bila berlaku emergency sangat lambat nak sampai rumah. Hari ni dah 2 hari mak tak pergi sekolah, ulang-alik keseorangan ke hospital. Perancangannya kalau saya balik malam Jumaat tu, keesokan paginya boleh tukar shift dengan mak. Jadi mak boleh pergi sekolah. Alhamdulillah selamat sampai pagi Jumaat. Sungguhpun keseorangan di stesen bas pada awal pagi sementara menunggu mak sampai, berulang-ulang doa, "Ya Hafiz, aku mohon perlindungan-Mu".
Beberapa hari lepas, saya mendapat satu berita. Saya sepatutnya melapor diri di negeri baru semalam. Tapi impian saya hancur berkecai apabila pertukaran itu ditarik balik atas alasan perkhidmatan. Sekali lagi saya mencipta sejarah dalam perkhidmatan apabila perkara ni pertama kali berlaku. Surat pertukaran dah diedar, kemudian saya akan diberikan surat kedua; surat pengekalan di tempat lama oleh orang atas. Menunggu kedua-dua surat itu sampai di tangan saya seolah-olah menunggu hukuman gantung. Kuasa di tangan mereka. Biarkan. Saya mempositifkan diri, banyakkan tersenyum sepanjang minggu untuk menerima semuanya dengan hati yang ikhlas. Sungguh, nafas terasa sesak namun saya cuba bertenang dan bertenang. Syukur saya tidak langsung membuat persiapan apa-apa, tapi saya sangat sedih bila mengenangkan harapan palsu yang mereka berikan kepada mak dan ayah.
Apabila dihimpit dengan situasi macam ni, bohong kalau kata tak de perasaan apa-apa. Cuma kali ini saya kurang menangis, seakan lali dengan apa yang dialami. Sahabat-sahabat yang mendapat tahu berita ini yang mengalirkan air mata, tak kurang juga memeluk saya dengan kuat seakan merasai apa yang berlaku pada saya. Sungguh saya tak kuat, hampir nak rebah. Tapi bila diingat pesan ayah selepas dapat berita tu, "sabar la nak.. dah bahagian kita! Doakan ayah selalu dan jaga diri baik-baik kat sana. Hari-hari mak denga ayah tak pernah putus berdoa untuk Angah" saya mesti bangkit. Ini cuma ujian kecil untuk persediaan kepada ujian yang lebih besar selepas ni.
Saya sampai ke Terengganu subuh hari Ahad. Menumpang sekejap di rumah kawan untuk urus diri, kemudian bersiap-siap untuk mesyuarat di hospital besar. Mesyuarat sarat dengan input dan tindakan yang mesti diambil. Segala gerak kerja mesti selaras dengan target dan apa yang dah dirancangkan baik di peringkat negeri atau kebangsaan. Kepala rasa berat, sekali sekala berdenyut-denyut tapi cuba bagi tumpuan dan komitmen seikhlas hati. Alhamdulillah selesai.
Semasa di tempat mesyuarat, ada dalam kalangan mereka nak dapatkan kepastian tentang kisah pertukaran itu dan saya cuma feedback secara berbasa basi. Ada yang diam, ada yang bagi response. Dan antara response terbaik yang saya dapat; "Masa dapat tau boleh tukar tu, kamu seronok sangat la ye? Lepas tu bila tak jadi tu tak sedih ke?" (soalan macam tak puas hati sebab diorang tengok saya rileks bercerita seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku). Sebenarnya dalam hati nak jawab je "nak tak rasa penumbuk saya??"
Biarlah, itu bahagian saya. Ada hikmah Allah nak bagi untuk semua. Dia bagi nikmat dan Dia juga berhak untuk mengambilnya semula. Sesungguhnya tiada nikmat yang terbesar melainkan nikmat kembali kepada Pencipta :)
~Moga senyuman ini terus mekar dan melekat dalam jiwa sebagai penguat di kala duka~ |
Posted by Nadirah at 12:07 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)