Ya Allah Ya Tuhan Kami
Meski sebelum ini
Kami saling tak mengenali
Tapi doa kami Ya Illahi
Izinkan cinta ini mekar mewangi
Seindah seharum wangian kasturi
Agar berbunga cinta ini
Kan menjadi landasan untuk dua hati
Menggapai satu-satunya Cinta Hakiki
Cinta yang tak mungkin bisa ditandingi
Cinta yang mengatasi fana duniawi
Cinta yang harumnya kekal abadi
Dan bisa menghantar ke Jannah Firdausi
Itulah dia, CintaMu Illahi
Nadi utama perjuangan ini
Itulah ya Allah, impian kami
Itulah matlamat utama pernikahan ini
Demi meraih redha Illahi
Dan cinta Teragung Rabbul 'Izzati
"Perjalanan mendamba kasih
Illahi... kini tidak sendiri lagi.."
Sunday, July 28, 2013
Posted by Nadirah at 4:23 PM 0 comments
Labels: Monolog
Usia Ini
Monday, July 15, 2013
6 Ramadhan1434H
Alhamdulillah, thummalhamdulillah. Tiada ucapan yang layak diberikan melainkan kesyukuran yang tidak terhingga atas nikmat usia. Hari ini saya melewati setahun lagi pinjaman usia. Pada tahun ini ulangtahun kelahiran di bulan mulia, fasa rahmat yang Allah izinkan.
Pada hari ini juga bermulanya pengauditan ISO oleh SIRIM bagi peringkat hospital. Ingatan ulang tahun kelahiran seakan dilupakan dalam fikiran, untuk memberikan tumpuan kepada pengauditan tersebut. Sehinggalah ucapan dan doa-doa daripada mereka semua yang istimewa menceriakan perjalanan pada hari ini.
Namun, lewat Maghrib tadi saya mendapat berita kepulangan orang yang saya kenali ke pangkuan Illahi. Allah, bergetar hati saya semasa berbuka. Berulang-ulang kali saya membaca mesej daripada sahabat saya. Tidak sampai setahun kepulangan pasangan hidupnya pada tahun lepas, kini beliau pula. Alhamdulillah, selepas tarawih tadi Allah bagi kesempatan untuk menziarahi jenazah beliau buat kali terakhir. Moga pasangan ini sentiasa mendapat tempat yang paling mulia di sisi-Nya atas segala kebaikan yang dicurahkan.
`Ibrah terbesar buat ulangtahun ke-27 ini, kematian itu pasti. Hakikat yang perlu saya sedari; pertambahan umur itu mengingatkan bahawa iman, amal dan taqwa perlu dipertingkatkan sebagai bekalan bertemu Illahi. Moga Allah redha sisa usia.
:Sungguh, Ramadhan ini terlalu syahdu. Bersendirian di negeri ke-2. Pengkhabaran daripada kakak yang kesihatan ayah beransur baik, mampu mengimamkan tarawih di rumah. Rindu, terlalu rindu..:
Posted by Nadirah at 10:25 PM 0 comments
Labels: Monolog
Subscribe to:
Posts (Atom)