Hari ini 28 Syawal. Lebih kurang 10 hari sahaja lagi untuk hari walimah, InsyaAllah. Berita perkahwinan saya agak mengejutkan ramai orang terutamanya di tempat kerja. Saya memang tidak pernah menyebut apatah lagi untuk menghebah-hebahkan yang saya akan berkahwin pada tahun ini kecuali kepada teman-teman rapat seuniversiti dan sekolah. Selepas kad jemputan diedarkan ke seluruh hospital, ke mana-mana saya pergi akan ada 3 soalan femes yang ditanya:
1. Orang Perak jugak? - Bukan
2. Sama belajar dulu ke? - Bukan
3. Dietitian jugak ya? atau sama bidang (kesihatan)? - Bukan
Habis macam mana boleh kenal? *senyum*
Itu soalan yang ditanya terang-terangan, tak kurang juga ada yang menjejaki profile siapa bakal suami saya di facebook dan bertanya kepada Pak Cik Google. Fuh gigih berusaha semua orang! Tersenyum saya dengan pelbagai respon, tak lupa di hujungnya saya sertakan, "doakan kami ya :) "
Saya khabarkan kepadanya huru-hara yang berlaku kat sini. Rupanya benda yang sama berlaku jugak di pejabat dia. Sejak jemputan yang dibuat melalui group whatsapp, kebanyakan kawan sekerjanya tak senang nak buat kerja; gigih mencari siapakah gerangan wanita itu. Hatta saya ada menerima beberapa permintaan untuk bersahabat di mukabuku dan terjumpa blog ini. Sungguh kelakar.
|
Syahdu, sungguh syahdu |
|
Moga persaudaraan 2 keluarga ini sentiasa subur mewangi hingga ke syurga. Ameen |
Semalam, 3 September. Ulang bulan yang keenam pertunangan kami. 'Ala kulli hal, alhamdulillah untuk peluang ini. Mengenali seseorang yang asing sebelum ini dan akan menjadi orang yang paling rapat dalam seluruh kehidupan. Doaku moga dipermudahkan segalan urusan, dapat menumpang segala kebaikan yang dia ada, demi menuju kehidupan akhirat nanti. InsyaAllah.