Mencari Ketenangan di tengah Kesibukan
Sunday, June 16, 2013
Posted by Nadirah at 9:16 PM 0 comments
Labels: Monolog
Sakinah, Mawaddah, Rahmah
Tuesday, April 16, 2013
![]() |
Posted by Nadirah at 5:53 AM 0 comments
14/04/2013
Sunday, April 14, 2013
Posted by Nadirah at 12:32 AM 0 comments
Untukmu Teman
Wednesday, April 3, 2013
Posted by Nadirah at 3:11 AM 2 comments
Orang Tuamu, Orang Tuaku
Monday, April 1, 2013
Posted by Nadirah at 1:27 AM 0 comments
Labels: Tazkiyyatun Nafs
Bonda
Sunday, March 31, 2013
Posted by Nadirah at 12:37 PM 0 comments
Labels: Usrati
Bahagian Saya, Bahagian Kita
Tuesday, March 19, 2013
| ~Moga senyuman ini terus mekar dan melekat dalam jiwa sebagai penguat di kala duka~ |
Posted by Nadirah at 12:07 AM 0 comments
Bahagianya Merayakan Cinta
Thursday, February 7, 2013
![]() |
| Jom tambah ilmu :) |
Dibenarkan majlis perkahwinan tanpa daging
"Dalam majlis kahwin itu, tiada hidangan roti dan daging. Saya hanya disuruh Nabi supaya mengambil alas makan daripada lembaran kulit yang disamak lalu saya hamparkan. Kemudian, saya letakkan kurma, keju, dan minyak di atas hamparan di atas alas makan itu." (Diriwayatkan oleh an-Nasa'i dan Ahmad). Anas turut berkata, "Kemudian para tetamu makan sehingga mereka kenyang." (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, dan Anas bin Malik)
Orang-orang kaya turut menyumbang dalam mengadakan majlis perkahwinan
Pada pagi harinya, rasulullah S.A.W. sudah secara rasmi berkahwin. Nabi berkata, "Orang yang mempunyai benda bagi disumbangkan, sumbangkanlah." Baginda menghamparkan alas makan daripada lembaran kulit yang sudah disamak. Ada yang menyumbangkan keju, ada yang menyumbangkan kurma, dan ada yang menyumbangkan minyak. Mereka bersama-sama menmbuat hals (Makanan campuran keju, kurma dan minyak)." (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Anas bin Malik)
Undangan majlis perkahwinan adalah orang yang soleh
Rasulullah mengingatkan, "Usahakanlah makananmu hanya dimakan orang-orang yang bertaqwa." (Riwayat Abu Daud)
Tidak boleh mengundang orang kaya sahaja
Rasulullah memberi amaran, "Seburuk-buruk makanan adalah hidangan majlis perkahwinan yang orang kaya diundangkan menghadirinya tetapi orang miskin tidak. Orang yang tidak memenuhi undangan majlis kahwin, dia sudah menderhakai Allah dan Rasul-Nya." (HR al-Bukhari)
Wajib menghadiri walimah walaupun sedang berpuasa
Orang yang tidak memenuhi undangan majlis kahwin, dia sudah menderhakai Allah dan Rasul-Nya." (HR al-Bukhari)
Nabi berpesan, "Apabila salah seorang daripada kamu diundang menghadiri jamuan, hendaklah dia memenuhi undangan itu. Sekiranya dia tidak berpuasa, dia perlu makan bersama-sama. Sekiranya dia berpuasa, hendaklah dia mendoakan" (HR Muslim)
Adab mengadakan majlis perkahwinan
1. Menghapuskan peranan orang, amalan, dan alatan yang bertentangan dengan agama
2. Penyajian hiburan yang sesuai dengan syariah
3. Tidak boleh ada arak
4. Tidak boleh ada unsur tabarruj jahiliyyah dalam makeup pengantin
5. Pengantin seelok-eloknya turut sama melayan tetamu
6. Mencegah terjadinya percampuran bebas tetamu lelaki dan perempuan
7. Menghindari pembaziran dalam menghias tempat dan hal-hal yang lain
Adab menghadiri majlis perkahwinan
1. Niat sebagai ibadah dan memenuhi hak sesama Muslim
2. Menutup aurat
3. Memerhatikan adab-adab makan
4. Memberikan ucapan selamat kepada pasangan yang sudah menikah sepertimana doa Rasulullah:
"Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jam'a bainakuma fii khayr"
(Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu, semoga Allah memberi keberkatan ke atasmu dan semoga Dia menghimpunkan kalian dalam kebaikan)
5. Mendoakan tuan rumah atas sajiannya:
Daripada Abdullah bin Basar yang bapa beliau pernah membuatkan makanan untuk Nabi. Kemudian bapanya itu menjemput Nabi makan. Rasulullah memenuhi undangan beliau dan selesai makan, baginda berdoa:
"Ya Allah, ampunilah mereka, sayangilah mereka, dan berikanlah keberkatan pada makanan yang Eangkau anugerahkan untuk mereka"
Posted by Nadirah at 6:19 PM 2 comments
Labels: Tazkiyyatun Nafs
Senarai semak
Saturday, January 5, 2013
Posted by Nadirah at 8:37 AM 0 comments
Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs
MenDERU
Monday, December 31, 2012
| Rileks je kakak berdua ni redah air. Dalam kot sampai ke lutut! |
| Sembang-sembang di lobi Hotel Seaview |
| Lepas ni kena bergambar di Istana Nur Nadhirah pulak ;) |
| Tinggi ni la air yang AHL harung! |
Lepas selesai beli barang-barang di Pasar Payang, kami bertolak balik ikut laluan pantai ke Setiu (Batu Rakit-Penarik).. Singgah di Setiu memborong keropok lekor dalam hujan renyai, macam nak balik dekat aje, bersuka-ria ke sana sini. Mak tak putus telefon dah sampai kat mana. Siapa yang tak takut, tapi saya malas nak beratkan kepala. Harung aje apa yang nak jadi nanti sambil update berita daripada kawan-kawan.
Sampai di Pantai Penarik, laluan ke Bandar Permaisuri dah ditutup. Banyak kereta tersadai di tepi jalan. Awalnya nak harung air lagi sekali, tapi bila tengok Hilux, Storm semua patah balik jadi kami pun tak jadi nak teruskan. Dalam kepala memang nekad nak balik, terfikir laluan dari KL... Kami berpatah balik, Yong mintak singgah di Pantai Penarik untuk ambil gambar ombak yang semakin mengganas.
| Pantai Penarik, Setiu |
| aaaaaa macam mana boleh hilang??? |
Macam-macam dugaan balik kampung kali ni, bila no plat dah hilang semangat makin pudar.. Kawan dari Kuantan maklum semua laluan Kuantan-Kuala Terengganu dah ditutup. Musnah harapan nampaknya. Jadi, terus je ambik keputusan untuk buat no plat baru, lepas tu baru fikir macam mana. Jam dah hampir pukul 12 tengah hari.. Perut berdondang sayang pulak.
Sepanjang perjalanan tu, tak jumpa kedai yang bukak. Maklum la cuti umum krismas + hujan lebat. Akhirnya kami jumpa kedai sekitar Batu Rakit. Dengan perasaan segan, maklumkan pada tauke kedai nak buat no plat. Rupanya ramai yang alami nasib yang sama! Hehehe. Tauke kedai tak tanya banyak; cuma nak tempah depan atau belakang, straight ataupun 2 lapis, terus buat ukuran. Memang nak tergelak betul rasanya. Pengalaman hidup anak rantau, kalau tak jadi macam ni tak de kenangan yang boleh dikongsi ;)
| Mujur saya ada co-driver yang peka~ |
| Pilih, pilih. Nak mana satu! |
Setiba di Masjid Wakaf Tembesu, saya dapat call daripada Hazirah. Dia dah selamat sampai di LPT 2, dalam perjalanan ke Kerteh. Laluan Sungai Tong yang biasa kami lalu dah dibuka. Ada beberapa tempat di Besut dah naik air, tapi masih boleh lalu untuk kenderaan kecil. Harapan bersinar kembali, terasa ringan bahu. Yong dah tak boleh nak fikir, dia ikut aje ke mana saya nak bawak. Kesian pulak.
Lepas solat, saya nekad + tawakkal. Moga perjalanan kami dilindungi & diselamatkan daripada segala bahaya & bencana. Alhamdulillah perjalanan kami sangat-sangat dimudahkan. Hujan rintik-rintik sampai ke Besut. Walaupun banyak jalan rosak dan air 'melintas' atas jalan, kami selamat sampai di Kawasan rehat Titiwangsa sebelum Maghrib. Cuaca sangat sejuk atas gunung, menggigil. Terasa macam di Cameron Highlands ;) Kami rehat, sempat pekena pau yang best tu dan air panas.. Lepas Maghrib bertolak balik ke Perak, alhamdulillah 10.30 malam selamat sampai rumah.. 15 jam memandu, pinggang memang rasa nak patah. Mata berpinar menahan silau lampu, tapi boleh senyum sampai telinga sebab dapat peluk mak ayah ^_^
| Time sejuk memang sodap pekena teh tarik + pau! |
1. Bila susah, baru merasai nikmat bertawakkal
2. Berani sifat yang baik, tapi kalau terlalu berani macam ni la jadinya..
3. Anak rantau tak boleh manja, semangat mesti waja macam besi.
Sesungguhnya Dialah yang memudahkan perjalanan kami, melindungi kami daripada segala mara bahaya. Syukur pada-Mu Ya Allah, dengan ujian kecil ini~
Posted by Nadirah at 11:41 PM 4 comments
Labels: Kenangan, Monolog, Tazkiyyatun Nafs, Usrati
Kenangan: Ustazah
Friday, December 7, 2012
Zaman remaja juga, antara masa mencari identiti. Saya pun tak terlepas sama. Ada ketika datangnya nakal kami di asrama, memeningkan kepala warden asrama. Malam tu malam minggu. Tak ada kelas prep, jadi boleh rehat-rehat. Selepas isyak, saya duduk lepak-lepak di dorm sebelah sambil buka halaqah makan betul-betul depan pintu dorm. Tiba-tiba asrama blackout, tapi tak lemahkan semangat kami. Dalam gelap tu, kami teruskan makan sambil berborak-borak (memang tak ingat dunia!) Tiba-tiba... ada satu cahaya menyuluh halaqah kami. "Astaghfirullahal azim budak-budak ni...! Gelap-gelap ni boleh pulak kamu makan sambil bergelak ketawa. Ish, ish, ish. Kamu pun ada Nadirah, bukan kamu dorm sebelah ke?" (kantoi sudah kat situ..). Orang itu ialah ustazah! Beliau bertugas malam tu, buat round dalam gelap nak pastikan anak-anak beliau selamat. Malu, serious malu tak terkata (",)
| Kiriman hadiah daripada ustazah ^_^ |
Posted by Nadirah at 7:44 PM 3 comments
Labels: Kenangan, Monolog, Tazkiyyatun Nafs
Ada Apa dengan Dietitian?
Sunday, November 25, 2012
Posted by Nadirah at 10:01 AM 2 comments
Labels: kembara dietitian, Monolog
Family: Terengganu
Saturday, November 17, 2012
Alhamdulillah mereka selamat sampai Kuala Berang selepas 7 jam perjalanan. Hari itu saya bekerja dengan hati tak tenang. Sejak mesej dari Yong bagitau diorang dah bertolak, saya tak boleh fokus nak siapkan semua kerja memikirkan keselamatan diorang sepanjang perjalanan. Agaknya macam ni la perasaan mak ayah setiap kali saya pulang ke Perak, lebih-lebih lagi apabila memandu bersendirian. Homestay Anggerik Kirana menjadi teduhan kami untuk 2 malam. Perancangan asal cuma semalam di Kuala Berang & 3 malam di Kuala Terengganu. Tapi memandangkan kelewatan saya booking homestay di Kuala Terengganu, tarikh yang dipilih dah penuh. Jadi, percutian kali ni 2 malam di Kuala Berang & 2 malam di Kuala Terengganu. Semua keletihan, malam tu tak ke mana-mana. Sekadar menikmati keselesaan homestay :)
| Dapur yang lengkap dengan peti sejuk & meja makan. Pinggan mangkuk, cawan pun dah siap sedia :) |
12/11/12 (Isnin)
Hari ini saya masih bekerja juga, confirmation schedule dialisis ayah di saat-saat akhir membuatkan saya tak boleh bercuti lama. Pagi hari ke-2, ayah dialisis di hospital saya bekerja. Alhamdulillah, dipermudahkan untuk ayah cuci darah, semua tempat dialisis di KT dah penuh & kebetulan tinggal 1 kekosongan di sini. Sejak ayah sakit, kami sekeluarga belajar jadi manusia yang lebih terancang untuk suit dengan keadaan ayah. Penginapan yang tak ada tangga yang suitable for wheelchair, cari tempat dialisis untuk ditumpangkan dan paling banyak kami belajar menguruskan emosi ayah yang asyik sensitif. Moga-moga Allah sentiasa kurniakan kami kesabaran &jadikan kami kuat dalam meneladeni ayah.
Di rumah, ayah dialisis di pusat swasta. Jadi semua benda staff pusat tu yang buatkan. Tapi agak beza sedikit dialisis di hospital kerajaan. Semua benda pesakit atau waris yang buat sendiri sebab kekurangan staff. Pesakit dan waris dilatih untuk berdikari; ambil alat-alat (dialyzer, syringe, normal saline,etc), pasangkan kat mesin dan staff tolong untuk prick. Mana pesakit yang dah expert tu, boleh prick sendiri! Kagum saya. Tapi saya rasa sangat gembira sebab belajar benda baru dalam hidup, menyelami kehidupan pesakit dialisis yang ramah-tamah. Terasa macam satu keluarga, membuatkan saya semakin cinta dan membuak-buak nak jadi renal dietitian!
| Kenangan sementara tunggu ayah dialisis |
| [Kerjaya & Keluarga] Baru balik dari wad |
| Ni la Batu Bersurat dalam buku teks Sejarah dulu |
| Mak mencatat kenangan kat sini ^_^ |
13/11/12 (Selasa)
| Air Terjun Sekayu. Perghhh...sejuk! |
| Sebaik sampai, tangkap gambo dulu ;) |
| Peta. Mana tau kalau tersesat nanti |
| Aiseh, siap menyelam. Sape tak jelous! |
| Aksi mermaid la pulak. Hadoi~ |
| Hanya mampu melihat + rendam kaki :'( |
| Wokeh, kena datang sebelum Januari 2013. Lepas ni kena bayar RM2 seorang |
| Homestay Anggerik Kirana K.Berang |
| Mesti rindukan momen lepas ni~~ |
| Gurau-gurau adik-beradik =,= |
| Pasar Payang bahagian belakang |
| Psssstttt. Ni la barang penting yang mak cari <(") |
Elok habis shopping kat Pasar Payang, hujan turun selebat-lebatnya tapi mujur tak lama alhamdulillah. Teruskan plan ke Waterfront sementara ada waktu sebelum Maghrib. Orang agak ramai petang tu, air sungai pun agak deras sebab baru lepas hujan. Pemandangan masyaAllah sangat menenangkan hati, rasa tak nak balik. Sementara nak tunggu Maghrib, sempat kami ke Pulau Duyong tadabbur alam kat sana pulak.
| Ibunda tercinta di muara Sungai Tganu ^_^ |
| I-city KT |
| Menanti senja di Pulau Duyong |
Disebabkan tersilap jalan (aiseh, macam mana la tourist guide nih!) menghala ke KT, kami teruskan la perjalanan ke Giant foodcourt untuk beli makan malam (Dah ada atas Jambatan Sultan Mahmud tu, memang tak boleh nak u-turn la kan sampai ke simpang Mydin Mall tu). Balik kepenatan malam tu, tak jadi nak keluar lagi pergi ambik angin malam di pantai..
14/11/12 (Rabu)
Hari ni ayah dialisis sekali lagi di Kuala Berang. Perjalanan ke sana hampir 20 minit sehala melalui highway LPT 2 + 4jam sesi dialisis. Jadi, saya & Yong ambik keputusan untuk temankan ayah. Sementara nak tunggu 4jam tu, saya boleh singgah office selesaikan apa yang patut & berehat di kuarters. Azim bawak mak & Adibah sekali lagi ke Pasar Payang untuk beli barang-barang yang tak habis dicari semalam ;)
| Adik bongsu. "Ayah, Angah akan ingat semua pesan ayah. Satu yang Angah minta, ayah usah rasa terbeban dengan semua yang berlaku. InsyaAllah ni terbaik untuk kita" |
Dalam perjalanan, ayah banyak diamkan diri. Saya tahu, ada benda penting yang ayah nak luahkan pada kami daripada riak wajahnya. Ada satu ketika ayah kata: "Ayah mintak maaf, sebab susahkan kome semua..Tak tau macam mana lagi ayah nak buat kalau kome tak ada." Ada beberapa lagi perkara yang ayah ingatkan, paling tersentuh bila ayah cakap: "Kome tolong tengok-tengokkan Adibah tu (Adik bongsu kami yang baru tingkatan 2). Ayah kesian kat dia, kecik-kecik lagi kena susah. Nanti bila ayah dah tak ada, kome pun dah bekeluarga, jangan abaikan hidup dia. Macam mana kome berjaya, ayah nak dia pun dapat sama". Serius, saya tak boleh nak tahan air mata masa tu. Saya pujuk ayah (sebenarnya pujuk diri sendiri), yang sebenarnya apa yang kami buat tak mampu nak balas sama dengan kesusahan ayah dengan mak membesarkan kami berpuluh-puluh tahun. Bukan seorang, tapi 5 orang anak yang berlainan karekter. Saya tau, memang itu yang menguasai hati ayah. Hari ke-2, mak ada bagitau ayah menangis. Sebab itu ayah bagi alasan nak berehat, sebenarnya ayah tak nak kekurangannya untuk bergerak membantutkan percutian kami di sini. Ya Allah, mulianya hati ayah!
| Rehat kat sini |
| Bersinar-sinar, pantulan kristal la kot |
Dari Pasar Payang, diorang ke Pulau Wan Man. Solat Zohor di Masjid Kristal. Hajat nak masuk taman Tamadun Islam, tapi fees agak mahal tak berbaloi mak kata. Jadi usha dari luar dah cukup =P
| Round Taman Tamadun Islam dalam kereta ^^v |
| Kalau Adibah dapat 9A PMR nanti, Angah belanja naik flight =P |
| Terima kasih, ayah tunaikan hajat kami |
| Homestay As Salam, KT |
15/11/12 (Khamis)
| Bersama Ustaz Pauzi & isterinya. |
Pagi ni, ayah sempat bertemu sahabat sekelas di Maktab dulu, Ustaz Pauzi (Ayah kepada Kak Tihah-sama UIA & kerja di Kuala Berang). Lepas habis maktab 1979, memang tak jumpa langsung sampai la 2006 kat UIA Kuantan semasa pendaftaran kami. Lepas 6 tahun kemudian baru jumpa balik, keciknya dunia! Mereka suami isteri ajak datang rumah, tapi mak ayah berat hati sebab kami rushing nak balik. Jadi kami berjumpa di Restoran My Mum Nasi Lemak, berhampiran dengan homestay kami.
Kesempatan pagi tu kami gunakan ke pantai sekali lagi. Owh, sangat jatuh cinta dengan ketenangan laut! Ombak yang menderu, bau pasir, angin sepoi bahasa.. Pasti rindu momen ni kalau saya tak duduk di Terengganu suatu hari nanti.
| Ayah yang setia menunggu |
| Aktiviti yang dirindu sejak kecil. Mengutip cengkerang di pasir pantai |
| Mak pesan: Pandai-pandai la jaga diri kat tempat orang ^_^ |
Kami ke Losong menjejak keropok lekor, bekalan teman-teman di Perak. Pagi itu juga, rakan seperjalanan saya Munirah datang melawat kami dengan tambahan keropok lekor juga. Alhamdulillah murahnya rezeki.
| Sebelum pulang~ |
Bila cinta hati mahu pulang, sedikit semangat saya turut terbang~
Ya Allah, masihkah aku mempunyai peluang sebegini lagi selepas ini...
Posted by Nadirah at 4:28 PM 2 comments





