Tam-kawan Adibah =)
Jadi, lepas Jumaat tadi kami (saya, Mirul & Adibah) bawak la Tam ke klinik haiwan. 1st time kot dalam hidup bawak binatang jumpa doktor. Dah sememangnya saya tak pegang langsung kucing tu, cuma memberi maklumat je pada Pembantu Veterinar (PV) tu.. So, sampai kat klinik tu terus ke bilik kucing (ada 2 bilik kat situ, satu bilik kucing, satu lagi bilik anjing). PV tu check heart beat dulu, agak laju (tapi saya rasa mungkin kucing tu takut, sebab kami letak dia dalam sangkar jadi Tam ni mengingau tak berhenti sejak dari rumah lagi) nak minta bebas... suhu badan - 40.5 oC! Sah demam, sebab suhu badan kucing yang normal 38.0-39.5 oC..(ni pun saya baca kat klinik tu sementara nak tunggu PV datang, hehe =P)
Oleh sebab suhu badan Tam terlalu tinggi, jadi PV tu cakap tak boleh inject antibiotic (tapi terlupa la pulak nak tanya kenapa sebabnya...). Nanti dia akan bagi ubat antibiotic, vitamin (sebab kucing ni LOA), dan ubat selsema..Haha macam manusia jugak rupanya! PV pun check lagi, Tam dehydrate so Dextrose pun diberikan la padanya....
Oleh sebab suhu badan Tam terlalu tinggi, jadi PV tu cakap tak boleh inject antibiotic (tapi terlupa la pulak nak tanya kenapa sebabnya...). Nanti dia akan bagi ubat antibiotic, vitamin (sebab kucing ni LOA), dan ubat selsema..Haha macam manusia jugak rupanya! PV pun check lagi, Tam dehydrate so Dextrose pun diberikan la padanya....
PV pun tanya pada kami sama ada kucing ni selalu tak masuk bilik air, baru saya perasan sebab sejak akhir-akhir ni memang Tam asyik nak duduk dalam rumah. Dah tak nak tidur kat luar, kalau dalam rumah pun siap tidur atas katil lagi! Haish!! PV tu bagitau, sebab badan kucing ni panas jadi dia pun cari la tempat sejuk nak selesakan keadaan dia. Macam manusia jugak...;)
Sebelum kami balik, PV tu pesan kena bagi Tam ni minum banyak air sebab dia dehydrate (PV tu cubit sikit kat tengkuk Tam so nampak la jugak kulit dia agak kering- sama jugak kalau kita nak check patient yang dehydrate, boleh tengok kulit). Pesanan terakhir PV tu pada kami:
"Em, dia tak lalu makan ye..Tolong bagi jugak dia makan, kalau dia tak nak pun bancuhkan susu pun da cukup. Sebab risau jugak tu dia tak lalu makan..."
Dalam hati aku teringat nasihat yang aku selalu bagi kat patient:
"Pak cik gagah jugak makan ye, kalau tak nanti makin kurus susah pulak. Kalau tak lalu makan pun minum susu yang kita bagi tu...."
Sesungguhnya pengajaran yang amat besar aku dapat haghi ni.. Tu baru pada seekor kucing, banyak lagi ciptaan Allah yang belum saya tadabbur, Astaghfirullahal 'azim...
“Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ianya diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.” (Al-Ghasyiah :17-20)
“Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang (mengatur) pertukaran malam dan siang. Apakah kamu tidak berfikir tentangnya?” (Al-Mukminun: 80)
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka’.” (Ali Imran:190-191)
0 comments:
Post a Comment