Dia Seorang Guru
Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.
Ismail Haji Adnan
1989
Saya tidak lagi bercita-cita menjadi seorang guru semenjak di sekolah menengah. Bagi saya, tugas guru amat susah, kerana guru bukan sahaja mengajar tapi mesti mendidik. Mendidik manusia adalah perkara yang paling susah dalam hidup saya. Alhamdulillah peluang menjadi guru sementara mengubah persepsi saya sedikit demi sedikit. Berbekalkan penghayatan kepada sifat ihsan yang dipelajari, saya harus bersungguh-sungguh dalam apa jua profesion yang bakal saya ceburi.
Buat semua guru yang pernah mendidik [SK Talang 1998, SMKA Slim River 2003, Matriculation Centre 2006 & IIUM Kuantan 2010] halalkan ilmu yang dipelajari.. Ampun dan maaf yang saya pohon selama saya menjadi pelajar kalian. Moga rahmat Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian.
p/s: Baru saya faham bagaimana perasaan seorang guru dalam menghadapi karenah para pelajar. Sesungguhnya saya amat merindui guru-guru saya! Saya tak simpan banyak gambar mereka, tapi mereka sentiasa di hati...;) [klik]
0 comments:
Post a Comment