skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Nadirah
Small woman with a big heart.Born in Perak, studied in Pahang. Works in Terengganu. Educate people in hospital and public. Loves writing.
View my complete profile

Archivo del blog

  • ► 2014 (3)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2013 (15)
    • ► October (2)
    • ► September (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► April (4)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ▼ 2012 (20)
    • ▼ December (2)
      • MenDERU
      • Kenangan: Ustazah
    • ► November (3)
      • Ada Apa dengan Dietitian?
      • Family: Terengganu
      • Seminar SuperMom SuperDad
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (1)
    • ► April (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ► 2011 (36)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (1)
    • ► August (5)
    • ► July (7)
    • ► June (4)
    • ► April (8)
    • ► March (2)
    • ► February (5)
    • ► January (2)
  • ► 2010 (58)
    • ► December (2)
    • ► October (3)
    • ► September (8)
    • ► August (8)
    • ► July (8)
    • ► June (4)
    • ► May (7)
    • ► April (6)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (6)
  • ► 2009 (33)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (3)
    • ► September (7)
    • ► August (7)
    • ► July (7)

'Ilman Naafi'a

  • Ust Hasrizal
    Surah ‘Abasa dan Kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA: Cerminan Islam dalam Pendidikan Inklusif
    4 weeks ago
  • Dr Sha Mesir
    Sanah Helwah Hana
    11 months ago
  • Ust Pahrol
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    1 year ago
  • Kak Salwa Saleh
    Kenapa kami suka pergi bercuti di PD?
    3 years ago
  • Zaharah Muhammad
    Jalan
    5 years ago
  • Langit Ilahi
    Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?
    5 years ago
  • Fatimah Syarha
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • Dr Ummi
    Kawan Sejati Atiqah
    7 years ago
  • Dr Siti Sarah Shukor
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • Dr Nazhatul Muna Ahmad Nasharuddin
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Mujahid sepanjang zaman..
    Aku mendung.
    9 years ago
  • Dr Hidayah Bani
    Tempat Baru
    11 years ago
  • Ustaz Muhd Shaari Abd Rahman
    KEM UMMAH SUKSES: TENTATIF DAN POSTER
    12 years ago
  • HEALS
    The DO's and DONT's of Studying
    12 years ago
  • Mohd Afiq Mohd Saleh
    TIPS BISNES AKHIRAT: AMAL JARIAH, HARTA YANG BERANAK-PINAK
    13 years ago
  • Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
  • Ustaz Mohd Erfino Johari

Baitul Muslim

  • Usrah Mujahid & Nihlah
    "Not bad"
    5 weeks ago
  • Usrah Rizza & Mardhiah
    Esok Mujahid UPSR!
    8 years ago
  • Usrah Hafiz & Mawaddah
    Ayah tak suka, tapi anak minat pula. Kenapalah wahai anakku?
    9 years ago
  • Usrah Azreen & Asiyah
    Kisah Nabi Di Pagi Hari
    10 years ago
  • Usrah Ipin & Atiqah
    End Of Posting..buat apa?
    11 years ago
  • Usrah Hawari & Hairena
    INNA MA'AL 'USRI YUSRA
    13 years ago
  • Usrah Khubaib & Aisyah
    Perniagaan
    14 years ago

Friends Forever

  • Noor Munirah Awang Abu Bakar
    Kedai makan best di MUAR
    10 years ago
  • Norjihada Izzah Ismail
    YA ALLAH, selamatkan GAZA & Palestinians
    12 years ago
  • Nur Sabrina Subri
    Meneladani rumah tangga Baginda Rasulullah s.a.w..~
    13 years ago
  • Noor Amirah Mat Nawi
    roh dan jasad itu makanannya berbeza..
    13 years ago
  • Smiling Sakura
    7 Steps to Create Productive Habits In 21 Days
    13 years ago
  • Noorsyuhada Mohd Salleh
    ...My BIG day...^_^ on 12th March 2011
    14 years ago
  • Budak-Budak Hitam
    Impian Jadi Kenyataan
    14 years ago
  • Nadirah Sulaiman
  • Che Aishah Nazariah Ismail

Kata-Kata Hikmah

"Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu yang ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun jika sesuatu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah ada dalam GENGGAMAN"

Tautan Ukhuwah

  • Maryam Al-Batul Azizuddin
    Planting Lavender
    6 years ago
  • ::Mukminah Mujahidah Menongkah Arus::
    Tersenyumlah
    9 years ago
  • Mohd Naim Rahim
    I'M BACK
    11 years ago
  • Yassir Ramlee
    Pemuda Pemudi Mengemudi Arus Perubahan
    11 years ago
  • Batrisyia Saffiyah & Aqeel Aisy
    Chacha wean off from formula milk
    12 years ago
  • Nur Asiyah Mustapha Kamil
    Happy Birthday, My Princess!
    13 years ago
  • Esfarizam Abd Ghaffar
    Anak-anak tak sihat
    13 years ago

The Dietitians

  • Creating Womanhood
    Sloth
    4 years ago
  • Diet Terapeutik Untuk Hati...
    MARY JARDIN ITU APA?
    7 years ago
  • Abdur Rahman Al-Azmi
    3 Peringkat Yang Akan Dilalui oleh Penuntut Ilmu
    7 years ago
  • Mohd Faizal Salleh
    Orang Tercari-cari Manikam Kita Pula Mencari-cari Cara Membuangnya
    8 years ago
  • Ayat
    mengapa menulis kalau bukan untuk memberi pengajaran?
    8 years ago
  • Dr Azdie
    Suara Keramat
    8 years ago
  • Variety is the spice of life
    Promo Dunkin Donuts
    9 years ago
  • Sr Suraiya Hani Said
    1st May 2015
    10 years ago
  • Noor Sakini Salleh
    New bestfriend
    10 years ago
  • Beautiful Soul
    BEST FEELING IN THE WORLD
    10 years ago
  • Izzah Ismail
    the fault in our stars
    10 years ago
  • Hasmira Mohd Daud
    Harum Semerbak!
    11 years ago
  • Muhammad Huzaifah Ahmad
    Ubat
    11 years ago
  • Nurul Husna Aron
    Hukuman mati
    11 years ago
  • Ahmad Huzaifah Yusoff
    UiTM di Hatiku?
    11 years ago
  • Ilman Hadree Idris
    Stevia Rebaudiana
    12 years ago
  • Geo Allen George
    WOW..CHECKING 1 2 3...
    13 years ago
  • Mohd Hakim Zakaria
    Selamat tinggal....
    13 years ago
  • Nur Ilanah Abdullah
    Eid Mubarak!!
    14 years ago
  • Mardhiah Mohd Roslan
  • Sr Fathin

SMKASR

  • Nurshuhada Zainon
    My CL's Journey to Oxford
    4 years ago
  • Izyan Mardhiah Halmi
    MSSD BoLa JaRiNg DaeRaH SeMPoRNa 2012
    13 years ago
  • Nurul Husna Johari
    Tak seindah biasa
    14 years ago
  • Sharihana Ab Halim
  • Zarina Rosehan Anuar

IIUM Dietetics

  • Kitchen's Heart Cafe
    "Thinking mistakes" for weight loss management
    9 years ago
  • 5th Batch
    Sports gives great Well being, and what impact this has on the psychological health and good quality of life?
    13 years ago

Online Shop

  • Homecake Delicious
    kek kahwin
    5 years ago
  • Resipi Noraini
    JADUAL KURSUS 2020
    5 years ago
  • Edariman Online Mall
    AL-QURAN RUMI AL-MUMAYYAZ SAIZ A4
    6 years ago
  • Sinar Kehidupanku
    Talam Lapis Surabaya
    9 years ago
  • krafHATI
    TERKINI: PETA DUNIA UNTUK ANAK-ANAK SOLEH
    9 years ago
  • Butik Noraz
    Coming soon
    14 years ago

Education

  • Malaysian Association for the Study of Obesity
  • nutriWEB Malaysia
  • Malaysian Dietitians' Association
  • International Islamic University Malaysia

Labels

  • Ayah (3)
  • Bicara Hati (6)
  • Bisikan Sirr (1)
  • kembara dietitian (62)
  • Kenangan (15)
  • Mawaddah wa Rahmah (4)
  • Monolog (100)
  • Sakinah (4)
  • Tazkiyyatun Nafs (53)
  • Tips Diet (6)
  • Usrati (33)

Blogroll

About

Blogger templates

iluvislam

Blogger news

widgeo.net

Bicara Teman

Min Aina

Syahrul Islam

Al Waqtu Kas Saif...

Free Calendar & Clock

Tetamu Ziarah

Powered by Blogger.

Pages - Menu

  • Home

Popular Posts

  • Menguatkan jiwa dengan Bantuan Ya 'Aziz, Ya Qawiyyu, Ya Matin, dan Ya Ba'ith
    oleh Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd Ya Allah, Ya 'Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawiyyu Yang Maha Kuat dan Ya Matin Yang Maha Teguh d...
  • Sanah Helwah Ya Ummi!
    Dataran Pahlawan, Melaka "The Prophet S.A.W told us that we must obey Allah and His Messenger at all times But after that who else d...
  • Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf
    Buat semua yang bernama anak, inilah puisiku untukmu: Ingin kubisikkan resah seorang ayah resah kita bersama resah warisan lama b...
  • Setiap hari ialah perjalanan hidup yang baru (1)
    Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Tiada kesyukuran yang layak saya berika...
  • Orang Tuamu, Orang Tuaku
    Karya Salim A. Fillah alhamdulillah sudah dibaca separuh, memang tak merugikan. "Orang tuamu, orang tuaku" antara isi kandungan ...
  • D.I.E.T.E.T.I.C.S
    Bachelor of Dietetics Saya terpana ketika mendapat surat tawaran daripada IIUM, Alhamdulillah pilihan pertama saya berjaya diterima. Saya s...
  • Mithaqan Ghalizan: Mihrab Cinta
    "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan dan zuriat keturunan yang menjadi penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin ba...
  • Pengalaman Itu Harus Dikongsi
    Catatan lama yang ditulis di blog kelas pada 25/08/2011 . Walaupun dah 2 tahun lebih berlalu, membaca catatan lama membuatkan saya bersyuku...
  • Untukmu Teman
    Di sini kita pernah bertemu  Mencari warna seindah pelangi Ketika kau menghulurkan tanganmu Membawaku ke daerah yang baru Dan hi...
  • Pulang
    6 Zulkaedah 1434H Bismillahirrahmanirrahim Pulang pada malam ini ke kampung bukan kepulangan biasa.  Pulang bagi menyempurnakan s...

Followers

Lintasan Pena

Aku tak mampu menjadi sehebat mereka, tapi cukuplah menjadi semampu aku kerana aku ada DIA untuk terus kuat...

Pages

  • Home

MenDERU

Monday, December 31, 2012

23/12/2012
Dah masuk minggu ke-2 hujan  berterusan kat sini, hari ni masuk hari ke-3 dengan sangat lebat. Pagi tadi sebelum Subuh pergi ambil Yong di Kuala Berang. Sekarang minggu ulangkaji sebelum peperiksaan akhir semester, Yong datang ke sini nak temankan balik Perak nanti. Mak dah bagi warning awal-awal untuk tak drive sorang-sorang dalam musim hujan.

-Hujan menemani perjalanan kami ke KT-

Semalam dapat call daripada Acik Anim, diorang sekeluarga ada di Terengganu untuk menghantar barang-barang Shafiq. Tahniah, cousin. Jadi orang Ganu, mike! Kerja molek-molek kat Texas City tu ;)


Rileks je kakak berdua ni redah air. Dalam kot sampai ke lutut!

Lepas balik kerja, kami ke KT untuk berjumpa dengan Acik Anim sekeluarga. Hati berat nak pergi, tapi digagahkan jugak sambil-sambil nak bawa Yong jalan-jalan. Saya terfikir nak lalu di LPT 2 dari Ajil, tapi bimbang air naik di Gong Badak. Lagipun jauh sikit nak pusing ke sana, jadi teruskan lalu jalan Kuala Berang-Kuala Terengganu untuk ke bandar. Sampai di Bukit Payong, air dah naik atas jalan. Tapi masih boleh lalu di laluan sebelah sana. Terasa nak patah balik semula ke Kuala Berang, tapi beranikan diri jugak nak tempuh memandangkan banyak kereta meneruskan perjalanan.

Sembang-sembang di lobi Hotel Seaview

 Lepas ni kena bergambar di Istana Nur Nadhirah pulak ;)
Selamat sampai KT, makan yee mee sizling kat Mydin Mall. Jumpa Acik Anim & Najiha. Lepas borak-borak, kami balik ke Kuala Berang melalui LPT 2. 

24/12/2012
Hati makin bimbang, hujan tak reda malah makin lebat. Beberapa kampung di Kuala Berang dah dinaiki air. Ramai jugak staff hospital tak dapat nak datang kerja dek terkepung dengan banjir. Malamnya, laluan Sungai Tong yang biasa dilalui dah ditutup. Plan nak pusing laluan pantai dari KT, lalu Pantai Penarik di Setiu. Kalau hujan lebat berterusan, mungkin tak jadi balik kali ni. Sedih :(

25/12/2012
Kuantan lumpuh. Banjir kilat sekitar Restoran Taj, Megamall. Sangat dahsyat! 

Pagi ini hujan renyai-renyai. Selepas subuh, kami dah gerak keluar. Cadang untuk ke pekan Kuala Berang, nak belikan mak nasik kapit yang sedap tu. Tapi apakan daya, jalan ke pekan pun dah ditutup. Jadi kami terus melencong ke KT untuk beli barang-barang lain di Pasar Payang sementara update laluan mana yang dah dibuka.

Kami ke KT melalui LPT 2, nak selamat dan tak nak harung air di Bukit Payong. Alhamdulillah lepas sampai Gemuruh, tapi tersilap teknik. Kononnya nak elak banyak kereta di Wakaf Tembesu, jadi lalu di Kampung Padang Hangus untuk shortcut ke Gong Badak. Sekalinya dussshhhh!!!! Air dah tinggi kat situ, memang tak perasan. Dah separuh jalan mengharung air, teruskan jugak. Memang terasa bawak motorboat!

Tinggi ni la air yang AHL harung!
Tali kipas memang dah berbunyi, enjin pun bunyi lain sikit tapi tak mati tengah air tu. Kalau enjin mati, habis la kena tolak kereta la pulak pagi tu. Lepas cabaran pertama, ada satu tempat di depan sana untuk diharung. Haru! Kali ni air cetek sikit tapi panjang laluannya. Tambahan pulak di selekoh tajam, memang sejuk kaki tangan sambil bawak kereta. Kakak dah pucat, saya buat-buat cool. Dalam hati Tuhan aje yang tahu..Cepat-cepat telefon ayah nak buat apa lepas tu. Sebelum buat tak fikir panjang, bila dah jadi baru nak gelabah. Hai la, Nadirah! Berani yang bukan-bukan. Ayah pesan kalau tali kipas terus berbunyi, ganti dulu sebelum balik Perak. Air memang masuk dalam kereta, habis semua karpet basah =(

Lepas selesai beli barang-barang di Pasar Payang, kami bertolak balik ikut laluan pantai ke Setiu (Batu Rakit-Penarik).. Singgah di Setiu memborong keropok lekor dalam hujan renyai, macam nak balik dekat aje, bersuka-ria ke sana sini. Mak tak putus telefon dah sampai kat mana. Siapa yang tak takut, tapi saya malas nak beratkan kepala. Harung aje apa yang nak jadi nanti sambil update berita daripada kawan-kawan.

Sampai di Pantai Penarik, laluan ke Bandar Permaisuri dah ditutup. Banyak kereta tersadai di tepi jalan. Awalnya nak harung air lagi sekali, tapi bila tengok Hilux, Storm semua patah balik jadi kami pun tak jadi nak teruskan. Dalam kepala memang nekad nak balik, terfikir laluan dari KL... Kami berpatah balik, Yong mintak singgah di Pantai Penarik untuk ambil gambar ombak yang semakin mengganas.

Pantai Penarik, Setiu
Sedang asyik ambik gambar, Yong  perasan ada sesuatu yang hilang pada kereta kami..

aaaaaa macam mana boleh hilang???

Macam-macam dugaan balik kampung kali ni, bila no plat dah hilang semangat makin pudar.. Kawan dari Kuantan maklum semua laluan Kuantan-Kuala Terengganu dah ditutup. Musnah harapan nampaknya. Jadi, terus je ambik keputusan untuk buat no plat baru, lepas tu baru fikir macam mana. Jam dah hampir pukul 12 tengah hari.. Perut berdondang sayang pulak.

Sepanjang perjalanan tu, tak jumpa kedai yang bukak. Maklum la cuti umum krismas + hujan lebat. Akhirnya kami jumpa kedai sekitar Batu Rakit. Dengan perasaan segan, maklumkan pada tauke kedai nak buat no plat. Rupanya ramai yang alami nasib yang sama! Hehehe. Tauke kedai tak tanya banyak; cuma nak tempah depan atau belakang, straight ataupun  2 lapis, terus buat ukuran. Memang nak tergelak betul rasanya. Pengalaman hidup anak rantau, kalau tak jadi macam ni tak de kenangan yang boleh dikongsi ;)

Mujur saya ada co-driver yang peka~

Pilih, pilih. Nak mana satu!
Hujan tak de tanda nak sidang, hati dah nekad nak balik tidur di Kuala Berang. Penat sangat, bertambah penat bila rasa jalan nak balik tu tak de. Sedih! Ayah dengan mak tak putus-putus telefon tanya khabar kami. Lagi bertambah stress.. Saya ajak Yong makan dulu, lepas solat baru fikir nak gerak ke mana. Dalam hati tak putus doa... "Kami nak balik kampung jumpa mak ayah, permudahkanlah Ya Allah. Izinkan kami, izinkan kami, izinkan kami..."

Setiba di Masjid Wakaf Tembesu, saya dapat call daripada Hazirah. Dia dah selamat sampai di LPT 2, dalam perjalanan ke Kerteh. Laluan Sungai Tong yang biasa kami lalu dah dibuka. Ada beberapa tempat di Besut dah naik air, tapi masih boleh lalu untuk kenderaan kecil. Harapan bersinar kembali, terasa ringan bahu. Yong dah tak boleh nak fikir, dia ikut aje ke mana saya nak bawak. Kesian pulak.

Lepas solat, saya nekad + tawakkal. Moga perjalanan kami dilindungi & diselamatkan daripada segala bahaya & bencana. Alhamdulillah perjalanan kami sangat-sangat dimudahkan. Hujan rintik-rintik sampai ke Besut. Walaupun banyak jalan rosak dan air 'melintas' atas jalan, kami selamat sampai di Kawasan rehat Titiwangsa sebelum Maghrib. Cuaca sangat sejuk atas gunung, menggigil. Terasa macam di Cameron Highlands ;) Kami rehat, sempat pekena pau yang best tu dan air panas.. Lepas Maghrib bertolak balik ke Perak, alhamdulillah 10.30 malam selamat sampai rumah.. 15 jam memandu, pinggang memang rasa nak patah. Mata berpinar menahan silau lampu, tapi boleh senyum sampai telinga sebab dapat peluk mak ayah ^_^

Time sejuk memang sodap pekena teh tarik + pau!
p/s: 
1. Bila susah, baru merasai nikmat bertawakkal
2. Berani sifat yang baik, tapi kalau terlalu berani macam ni la jadinya..
3. Anak rantau tak boleh manja, semangat mesti waja macam besi. 

Sesungguhnya Dialah yang memudahkan perjalanan kami, melindungi kami daripada segala mara bahaya. Syukur pada-Mu Ya Allah, dengan ujian kecil ini~

Posted by Nadirah at 11:41 PM 4 comments    

Labels: Kenangan, Monolog, Tazkiyyatun Nafs, Usrati

Kenangan: Ustazah

Friday, December 7, 2012

23 Muharram 1434H

Sedar tak sedar, dah habis minggu pertama Disember. Tak lama lagi, 2012 akan ditinggalkan. Bermakna setahun lagi pinjaman usia akan ditarik..

Kenangan bersama guru-guru merupakan antara kenangan yang manis untuk dikenang terutamanya sewaktu zaman sekolah. Bersama guru-guru yang saya rapat dengan mereka, saya tak segan nak berkongsi cerita. Dalam kalangan mereka, saya selalu terkenangkan seorang Murabbiyyah. Ustazah Maznah namanya. Beliau berasal dari Terengganu tapi mengajar di Perak ketika itu. Beliau mengajar saya Bahasa Arab dari Tingkatan 1 hingga 3 dan Pendidikan Syariah Islamiyah di Tingkatan 4 dan 5. 

Sejak kecil, saya memang kurang berminat dengan bahasa; sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.  Tetapi disebabkan cikgu yang mengajar tu seronok, sikit-sikit saya belajar untuk mencintai bahasa walaupun karangan saya tak selalu dapat markah yang baik :'(  Apabila ayah menegaskan untuk saya bersekolah di sekolah agama, agak jadi masalah besar bagi saya. Saya mesti belajar Bahasa Arab, satu lagi pelajaran yang memeningkan kepala saya.. Tambahan saya tak pergi ke sekolah petang (KAFA) semasa di sekolah rendah, jadi pendedahan kepada Bahasa Arab memang la tak banyak. Saya kenal beberapa perkataan daripada adik, yang pernah tadika di tadika ABIM. Jadi setiap kali balik sekolah, dia akan menyanyi atau menceritakan apa yang dia belajar kat tadika. 

Guru Arab pertama saya, seorang ustaz. Beliau pertama kali mengajar menengah rendah, jadi cara mengajarnya macam kakak dan abang di menengah atas. Saya yang baru nak celik mata kenal perkataan-perkataan arab ni memang terlopong, selalu stress terutamanya masa nak periksa. Banyak perkataan asas yang saya susah nak hafal, banyak kali saya terfikir nak keluar dari sekolah tu. Tingkatan 1 duduk asrama, memang ambil masa yang lama nak biasa kan diri dengan cara belajar, kawan-kawan dan lain-lain. Bila ditambah dengan keadaan ni, saya semakin runsing.. Cuma kuatkan semangat, menghafal mana yang termampu walaupun soalan agak senang tapi apa yang dihafal tak lekat di kepala. Hasilnya, markah Bahasa Arab saya antara yang mendapat markah rendah semasa ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun. Saya fikir, kalau perkara ni berterusan saya nekad nak keluar sekolah sebab tak boleh nak bawa. Sedangkan yang asas pun saya tak boleh nak kuasai, ni kan pulak bab nahu dan lain-lain.

Takdir Allah itu indah. Selepas peperiksaan pertengahan tahun, saya mendapat cikgu lain. Ustazah Maznah mengajar kelas saya. Pendekatannya sangat berbeza, disantuni kami anak-anaknya seperti budak kecil yang baru nak celik mata dengan lughatul jannah. Walaupun hanya berbekalkan buku teks, tapi contoh-contoh yang diberikan dan kesungguhannya untuk menerangkan kepada kami dengan jelas dan berulang-ulang memudahkan saya untuk absorp apa yang dipelajari. Sikit demi sedikit, saya mula mencintai subjek ini, semakin rajin untuk mengulangkaji selepas kelas habis dan mampu mengajar pula kawan-kawan yang lain. Kebetulan ustazah juga seorang warden asrama, jadi hubungan kami tak berakhir di situ.

Zaman remaja juga, antara masa mencari identiti. Saya pun tak terlepas sama. Ada ketika datangnya nakal kami di asrama, memeningkan kepala warden asrama. Malam tu malam minggu. Tak ada kelas prep, jadi boleh rehat-rehat. Selepas isyak, saya duduk lepak-lepak di dorm sebelah sambil buka halaqah makan betul-betul depan pintu dorm. Tiba-tiba asrama blackout, tapi tak lemahkan semangat kami. Dalam gelap tu, kami teruskan makan sambil berborak-borak (memang tak ingat dunia!) Tiba-tiba... ada satu cahaya menyuluh halaqah kami. "Astaghfirullahal azim budak-budak ni...! Gelap-gelap ni boleh pulak kamu makan sambil bergelak ketawa. Ish, ish, ish. Kamu pun ada Nadirah, bukan kamu dorm sebelah ke?" (kantoi sudah kat situ..). Orang itu ialah ustazah! Beliau bertugas malam tu, buat round dalam gelap nak pastikan anak-anak beliau selamat. Malu, serious malu tak terkata (",)

Ustazah sangat sayang kepada anak-anak muridnya. Setiap kali pulang bercuti dari Terengganu, beliau mesti mengajak kami pelajar puteri beramai-ramai datang ke rumahnya. Keropok lekor menjadi buah tangan yang sangat istimewa masa tu, memang meriah. Tak lupa juga ada bekalan buat pelajar putera. Setiap bulan juga, ketua kelas mesti mendapat nota cinta daripada ustazah; menyuruh ketua kelas mengambil kuih/makanan di kantin yang beliau belanja. Masya-Allah baik sungguh akhlaknya! Semasa usia tu, memang tak pernah nak tolak jemputan. Apa sahaja yang orang bagi, mesti ambil walaupun sekadar seketul kuih. Kadangkala ada timbul rasa cemburu pada kelas yang ustazah jadi guru kelas mereka. Jamuan akhir tahun, berbarbeque di rumah ustazah (BBQ dah sangat istimewa bagi budak sekolah ^_^) berbanding dengan kami jamuan kelas di sambut dalam kelas aje =P

Ustazah seorang yang berjiwa kental. Setiap apa yang beliau buat, akan dibuat dengan bersungguh-sungguh. Banyak kali beliau pesan kepada kami, "Kesungguhan akan membuka pintu hati yang tertutup". Mengajar dalam kelas sampai kami faham, selagi ada yang blur akan diulang-ulang sampai majoriti dalam kelas faham. Ketika di Tingkatan 4, saya dilantik menjadi exco badan dakwah di sekolah. Pada tahun itu, buat pertama kalinya memecah tradisi sekolah apabila pelajar Tingkatan 4 memegang beberapa jawatan bagi mainboard (yang kebiasaannya dipegang oleh pelajar Tingkatan 5). Apabila sesuatu yang luar daripada kebiasaan berlaku, dah pasti ada mata memandang serong. Agak lama juga saya dan kawan-kawan diboikot, tapi ustazah banyak bagi semangat pada kami. "Kepimpinan ni bukan ikut umur, tapi Allah nampakkan kebolehan masing-masing pada kami. Kamu usah fikir susah, saya tahu kamu boleh. Buat sungguh-sungguh, Nadirah" ujar beliau semasa kami beriringan balik dari Mu'tamar. Saya balik dengan satu semangat, supaya Allah mudahkan perjalanan kami.

Selepas habis SPM, saya masih berhubung dengan ustazah. Ada masa mesej saya dibalas, ada kalanya ustazah menyepi. Tapi saya tahu, ustazah masih mengingati saya. Mungkin beliau sibuk. Tapi apabila ustazah semakin menyepi, saya  dah tak contact ustazah lagi. Segan. Semasa di Tahun 2 di Kuantan, saya dapat tahu daripada junior yang ustazah dah dapat tukar ke Terengganu cuma tak pasti lokasi yang sebenar. Selidik punya selidik, ustazah mengajar di SMKA Duruan Guling, Marang; sekolah lama sahabat saya di UIA dan kebetulan adik bongsunya juga bersekolah kat situ. Daripada adik kawan tu saya risik, terbukti kesahihannya.  Allahu Rabbi, kecilnya dunia!

Julai 2011
Apabila saya mendapat posting di Terengganu, perkara pertama yang saya fikir adalah nak jejak ustazah. Walaupun tak tahu di mana, tapi hati saya kuat mengatakan kami akan dekat. Semasa dalam perjalanan ke Kuala Berang untuk lapor diri, saya baru tahu yang sekolah ustazah tu dalam laluan saya ke Kuala Terengganu. Berbunga-bunga hati. Beberapa minggu melapor diri, saya maklumkan pada ustazah yang saya dekat dengannya. Tapi masa tu ustazah agak sibuk, beliau berkursus di Besut. Tak dapat kami nak jumpa. Masing-masing menyepi, sibuk dengan urusan kerja masing-masing walaupun duduk dekat.  

Februari 2012
Hari itu, saya mencuba nasib, saya mesej pada ustazah sebab dah lama tak tanya khabar beliau. Ustazah menelefon saya, subhanallah rasa nak melayang badan. Insan yang saya rindu sejak 9 tahun dulu, sekarang dekat dengan saya. Ustazah mengajak datang ke rumah..

Esoknya, saya ke rumah beliau. Tangan yang saya kucup, badan yang saya dakap masih sama dengan 9 tahun dulu. Tak tergambar perasaan saya masa tu. Sangat syahdu! Banyak yang kami bualkan, macam adik-beradik yang terpisah lama. Setiap nama anak murid yang meniti kat bibir, ustazah senyum. Saya tahu, sebagai guru tak ada apa yang menggembirakan hatinya melainkan kejayaan anak-anak murid. Bertuahnya saya rasa kalau jadi anak murid yang sentiasa menjadi ingatan cikgu-cikgu dengan perkara baik.

Pagi itu, saya menemani ustazah membeli-belah di Kuala Terengganu. Lepas satu kedai ke satu kedai kami jejak. Terasa berjalan-jalan dengan kakak. Terubat rindu pada keluarga di Perak. Ustazah mengajak saya bermalam di rumahnya, tapi saya perlu ke pejabat di hari minggu. Ada kerja penting yang perlu saya selesaikan. Saya janji pada ustazah untuk datang lagi. Sebelum saya pulang, ustazah ada menghadiahkan saya barang. Ustazah memang macam tu, beliau akan hadiahkan apa sahaja barang yang beliau sayang. Ustazah bercuti di Korea cuti sekolah Mac lepas, sempat saya bisik pada beliau mohon doakan agar Allah mudahkan perjalanan hidup saya. Ustazah cakap, "Nadirah, kalau kamu rasa seorang duduk kat sini. Ingat ustazah ada. Apa-apa masalah, jangan segan bagitau ustazah. Ustazah dah rasa apa yang kamu rasa dulu. Nanti mari lagi sekali, tidur sini ye". Saya peluk beliau kuat-kuat. Air mata saya dah bertakung, cuma saya tahan. Terasa saat keluarga saya jauh, ada orang sudi nak tolong tengok-tengokkan. 

Sejak itu, saya seakan terputus hubungan dengan ustazah. Masing-masing menyepi, tapi tak pernah putus untuk mendoakan. Setiap kali saya lalu depan sekolah ustazah untuk ke Kuala Terengganu, saya terasa-rasa tubuh saya didakap. Ada satu kekuatan walaupun dah hampir berbulan-bulan kami tak berjumpa. Mesej pun tak dibalas, call tak diangkat. Memang masa tak sesuai, dah mesti ustazah sibuk dengan anak-anak murid. PMR & SPM dah makin dekat..

Disember 2012
Kali ini, saya mencuba nasib sekali lagi ;) Malam itu, saya mesej kepada beliau. Sengaja bertanya khabar, tapi tak mendapat balasan. Keesokan paginya saya mendapat call daripada ustazah selepas subuh! Cepat-cepat beliau memohon maaf untuk semua seolah dah buat kesilapan besar. Allahu Rabbi, Engkau muliakan hatinya. Moga rahmat-Mu sentiasa mengiringi perjalanan hidup beliau. Janji dah dibuat, Isnin mahu berjumpa untuk kesekian kalinya.

Isnin itu, saya ada klinik lawatan di Wakaf Tapai langsung ke rumah beliau lepas off petang diluluskan. Biarlah, walaupun kerja melambak kat office, saya nak lari sekejap. Kali ini saya bermalam di rumah beliau dan terus ke tempat kerja esok pagi. Sepatutnya ustazah nak balik kampung di Dungun, tapi beliau tangguhkan supaya kami boleh berjumpa.  Dinner malam tu, ustazah masak nasi daging (bukhari) dan sup bebola daging. Sengaja masak lebih, "esok, boleh bawak bekal ke office" ujar beliau. 

Malam itu, macam-macam kami bualkan. Daripada hal kerja, kenangan lama sampai kepada masalah akhlak muda mudi zaman sekarang. Ustazah banyak kali cakap, "Budak sekolah sekarang tak sama Nadirah dengan zaman kamu dulu. Banyak sangat dah hanyut, terutamanya bila adanya gadget yang canggih-canggih. Risau saya tengok" (dan beberapa kisah yang boleh diambil iktibar). Benar, apa yang saya gusarkan selama ni rupanya dirisaukan juga oleh 'sahabat' yang lebih berpengalaman. 

Awal pagi lagi, ustazah dah ke dapur. Menyediakan sarapan untuk saya. Nasi bukhari dan sup semalam dipanaskan semula, selebihnya buat bekalan saya untuk makan tengah hari. Sebelum balik, macam-macam yang ustazah hadiah. Tudung dari Mesir, ole-ole dari Korea, bekas minuman tupperware. Segan sangat saya nak terima. Mujur ada hadiah kecil yang saya stand by, tapi ustazah tak nak terima awalnya. Jenuh dipujuk ;)

Kiriman hadiah daripada ustazah ^_^
 Sebelum berpisah, ustazah sempat berpesan dengan beberapa perkara. Yang sangat terkesan kat hati saya, "Kamu jadilah diri kamu, Nadirah. Walau macam mana pun orang sekeliling kita, itulah realiti hidup. Apa yang kamu belajar dulu, ni lah masanya untuk guna. Sama ada untuk benda baik ataupun tak, kamu lebih tau."

Ya Allah, terima kasih atas anugerah yang tak ternilai ini...

Posted by Nadirah at 7:44 PM 3 comments    

Labels: Kenangan, Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Ada Apa dengan Dietitian?

Sunday, November 25, 2012

Dietitian adalah salah seorang yang berkepentingan dalam sesuatu pasukan di hospital (multidisciplinary team). Atas kepentingan bersama, stroke, spinal, wound care team telah ditubuhkan di setiap hospital demi perawatan yang berterusan kepada pesakit. Berbanding dengan hospital yang besar, penglibatan dietitian boleh digilirkan. Ada yang terlibat dalam stroke, tapi bukan spinal team. Begitulah sebaliknya. Oleh sebab hanya satu post dietitian di hospital daerah, dietitian mesti terlibat dalam pasukan-pasukan tu (macam gila kuasa pun ada =P). Penat? Pening? Ya, memang tu la yang saya hadapi di samping kerja hakiki yang lain.

Minggu lepas, alhamdulillah stroke team hospital telah dilancarkan dengan jayanya. Tujuan team ni ditubuhkan, adalah untuk memastikan pengurusan pesakit stroke ada kesinambungan & kami perlu mengadakan perawatan susulan di rumah. Dah namanya team, mestilah setiap individu ada peranan masing-masing. Kat hospital ni memang sangat susah nak dapat kerjasama daripada doktor. Semua aktiviti/mesyuarat/bengkel/kursus mereka jarang nak involve, dengan alasan sibuk. Padahal, setiap doktor hanya incharge satu wad. Bukannya setiap masa wad penuh macam hospital besar. Hasilnya, mereka tak tau apa yang berlaku dalam hospital dan selalu buat judgement sendiri.  
 
Dalam mesyuarat stroke team yang lepas, kami bersetuju untuk mengadakan seminar stroke kepada anggota hospital. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan ahli-ahli pasukan dan memberi kesedaran tentang peranan & perkhidmatan yang diberikan dalam pasukan kami. Seperti yang dijangkakan, doktor yang terlibat hanya seorang (sepatutnya 2 orang; seorang lagi memang langsung tak nak ambik tau. Mesyuarat pun tak nak datang. Sekadar ada nama dalam urusetia & lantikan). Di hari seminar juga, saya diminta menjadi MC secara bidan terjun! Sedangkan sebelum tu cuma ada slot 30min aje untuk dietitian. Cakap la apa yang dirasakan boleh dicakap, ulas apa yang patut sebab bila kita praktik & ada sikit pengalaman bertanya pada kawan-kawan benda yang nak dibuat tu lebih jelas & faham. 
 
Petang tu, saya sempat borak-borak dengan doktor yang tak nak involve tu. Sengaja saya timbulkan isu pasal stoke team especially sambutan dalam seminar, dengan harapan supaya dia sedar yang dia perlu ambik tau.

Dr H: Nak buat apa la diorang nak sibuk-sibuk pasal stroke team tu. Benda apa pun tak de lagi, nak buat seminar la, home visit la. Mintak aje la kat hospital bandar (hospital negeri), ni tak sibuk-sibuk nak buat yang kita punya. Ish, tak faham la.
 
Saya: (memang la tak faham apa yang berlaku, dah kau tak datang meeting sape suruh!). Memang hospital bandar tak de lagi dokumen lengkap sume, tapi team diorang dah jalan. Tak pe la, kita create la yang kita punya, sebab apa yang diorang buat tak suit jugak dengan kita. Diorang ada ramai staff, dan siap ada staff khas lagi untuk buat home visit sume. Kat kita kena guna pakai, sebab nurse pun keje shift. Macam saya sendiri pun kadang-kadang kena visit KK, so susah la nak buat khas round untuk stroke macam sana. Kalau kita tak mulakan aktiviti dulu, kita tak tau apa kelemahan. Nak tunggu semua ada, memang tak gerak la...(ada nada sindir skit kat situ)

Dr H: Entah la, bagi saya tak payah la nak susah-susah sume ni. Macam dietitiankan, cuma nak make sure feeding betul & patient dapat susu. Nak buat apa yang kena pegi sampai ke rumah tu? Banyak lagi kot kerja lain yang nak dibuat kat hospital tu (memang tu la pandangan dia pada saya, hari tu pernah dia pertikaikan, kenapa dietitian datang wad pukul 10 ke atas, tak buat round macam doktor. Hye la Dr, awak tu tak ada unit nak diuruskan, tak ada staff nak ditengokkan, tak ada dokumen nak disiapkan. Lain kali jangan main cakap aje, ye!)


Saya: Dalam nak uruskan patient stroke ni Dr, dietitian bukan setakat make sure feeding aje betul. Patient takkan selamanya on Ryle's tube feeding. Kalau swallong test baik sume, kenapa nak keep patient on Ryle's tube? Sebab tu la kita kena buat swallowing test, tengok sama ada patient dah boleh makan ke belum. Bukan based on absence of gag reflex aje. Kalau patient dah boleh makan, so dietitian la yang akan ajar relatives macam mana nak modified konsistensi, nak cair ke pekat skit. Kalau buat kat hospital, mana la relatives boleh nampak. Sebab tu la yang saya tengok, old stroke patient ramai yang kurus-kurus. Bila balik rumah, semua dah bertukar. Regime, kadang-kadang relatives main bagi je apa yang diorang rasa boleh. Kita kena fikir jugak, kenapa patient yang sama masuk sebab diagnosis yang sama; aspiration pneumonia, constipation, etc. Tiap-tiap orang dalam team tu ada peranan masing-masing. tak perlu kot nak pertikai apa fungsi tiap-tiap orang.

Beliau terdiam!

Posted by Nadirah at 10:01 AM 2 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog

Family: Terengganu

Saturday, November 17, 2012

3 Muharram 1434H


Sejak setahun bermaustatin kat sini, pertama kalinya famili datang melawat sambil bercuti. Saya teruja lepas cadangan mak dipersetujui ayah. Sejak ayah dialisis Mac lepas, ayah memang agak berat nak berjalan jauh. Agak lama kami ambil masa nak pujuk ayah. Setiap kali telefon mak/ayah, jawapan tetap sama: "Tak payah la, bukan senang nak cari tempat dialisis ayah.." Saya tau, tu cuma alasan. Jauh di sudut hati ayah berkobar-kobar dia nak datang melawat anak dia yang sorang ni. Setiap kali nak balik Ganu, ayah memang tak nak hantar saya ke muka pintu. Saya tau ayah sebak T_T

11/11/12 (Ahad)
Alhamdulillah mereka selamat sampai Kuala Berang selepas 7 jam perjalanan. Hari itu saya bekerja dengan hati tak tenang. Sejak mesej dari Yong bagitau diorang dah bertolak, saya tak boleh fokus nak siapkan semua kerja memikirkan keselamatan diorang sepanjang perjalanan. Agaknya macam ni la perasaan mak ayah setiap kali saya pulang ke Perak, lebih-lebih lagi apabila memandu bersendirian. Homestay Anggerik Kirana menjadi teduhan kami untuk 2 malam. Perancangan asal cuma semalam di Kuala Berang & 3 malam di Kuala Terengganu. Tapi memandangkan kelewatan saya booking homestay di Kuala Terengganu, tarikh yang dipilih dah penuh. Jadi, percutian kali ni 2 malam di Kuala Berang & 2 malam di Kuala Terengganu. Semua keletihan, malam tu tak ke mana-mana. Sekadar menikmati keselesaan homestay :)

Dapur yang lengkap dengan peti sejuk & meja makan. Pinggan mangkuk, cawan pun dah siap sedia :)

12/11/12 (Isnin)
Hari ini saya masih bekerja juga, confirmation schedule dialisis ayah di saat-saat akhir membuatkan saya tak boleh bercuti lama. Pagi hari ke-2, ayah dialisis di hospital saya bekerja. Alhamdulillah, dipermudahkan untuk ayah cuci darah, semua tempat dialisis di KT dah penuh & kebetulan tinggal 1 kekosongan di sini. Sejak ayah sakit, kami sekeluarga belajar jadi manusia yang lebih terancang untuk suit dengan keadaan ayah. Penginapan yang tak ada tangga yang suitable for wheelchair, cari tempat dialisis untuk ditumpangkan dan paling banyak kami belajar menguruskan emosi ayah yang asyik sensitif. Moga-moga Allah sentiasa kurniakan kami kesabaran &jadikan kami kuat dalam meneladeni ayah.

Di rumah, ayah dialisis di pusat swasta. Jadi semua benda staff pusat tu yang buatkan. Tapi agak beza sedikit dialisis di hospital kerajaan. Semua benda pesakit atau waris yang buat sendiri sebab kekurangan staff. Pesakit dan waris dilatih untuk berdikari; ambil alat-alat (dialyzer, syringe, normal saline,etc), pasangkan kat mesin dan staff tolong untuk prick. Mana pesakit yang dah expert tu, boleh prick sendiri! Kagum saya. Tapi saya rasa sangat gembira sebab belajar benda baru dalam hidup, menyelami kehidupan pesakit dialisis yang ramah-tamah. Terasa macam satu  keluarga, membuatkan saya semakin cinta dan membuak-buak nak jadi renal dietitian!

Kenangan sementara tunggu ayah dialisis  
Hari ni cuma ada 1 referral, tu pun follow up sebab patient readmitted due to hyponatremia (old CVA). Selepas iring ayah di unit hemodialisis, saya pergi ke wad. Dari pagi kepala serabut sikit sebab Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) kena hantar sebelum hujung bulan. Memo baru dapat 2 hari lepas. Saya tidak rasa berat pada diri sendiri, tapi memikirkan staff. Dengan komputer yang terhad hanya di bilik pegawai & staff kurang kemahiran nak menggunakan komputer apatah lagi sistem online memang menjadi penghalang pada mereka. Itu tak termasuk lagi kalau line ada masalah atau jam. Sangat menguji iman..

[Kerjaya & Keluarga] Baru balik dari wad
Ayah habis dialisis lebih kurang pukul 4 petang. Sementara menunggu ayah, mak, Azim, Adibah & Yong sempat pusing-pusing pekan Kuala Berang & melawat Memorial Batu Bersurat. Pekan Kuala Berang tak besar mana, macam Sungai Siput kata mak. Sekurang-kurangnya mereka dah tau persekitaran & suasana kehidupan saya kat sini.
Ni la Batu Bersurat dalam buku teks Sejarah dulu

Mak mencatat kenangan kat sini ^_^
Petang tu kami tak ke mana-mana, ayah tak berapa sihat nak pergi jalan-jalan. Dah menjadi kebiasaan, ayah agak keletihan selepas dialisis. Malam tu, saya bawak mak ziarah bekas anak muridnya yang kebetulan bekerja di hospital. Anak murid mak tinggal sekampung dengan kami dulu di Kati, tapi selepas kami sekeluarga pindah ke Talang tahun 1993 memang dah tak jumpa sampailah saya dapat kerja di sini. Dia berkahwin dengan orang Ajil & terus menetap kat sini hampir 8 tahun.. 

13/11/12 (Selasa)


Air Terjun Sekayu. Perghhh...sejuk!
Sebelum check out tengah hari, kami adik-beradik sempat melencong ke Air Terjun Sekayu. Mak dengan ayah tak nak ikut. Mulanya sekadar nak celup-celup kaki & ambil gambar. Tapi dek kesejukan & ketenangan air terjun tu memang tergoda la.. Azim siap berenang & menyelam, berposing maut macam mermaid. Sangat jelous! Kami cuma tengok aje la sebab tak bawak baju spare. Lepas ni tak boleh jadi, kena pergi lagi sekali nampak gayanya ;)

Sebaik sampai, tangkap gambo dulu ;)
Peta. Mana tau kalau tersesat nanti
Aiseh, siap menyelam. Sape tak jelous!

Aksi mermaid la pulak. Hadoi~

Hanya mampu melihat + rendam kaki :'(

Wokeh, kena datang sebelum Januari 2013. Lepas ni kena bayar RM2 seorang

Homestay Anggerik Kirana K.Berang

Mesti rindukan momen lepas ni~~

Gurau-gurau adik-beradik =,=
Kami bertolak ke Kuala Terengganu sebelum Zohor, check in di Homestay As Salam di Kg Tg Jaafar berhampiran airport. Rumah yang selesa, lengkap dengan keperluan asas. Dah sampai KT memang tak sah kalau tak ke Pasar Payang selepas lunch & solat.  Ayah tak mahu ikut kami, mahu berehat katanya. Mujur ada Yong yang sudi temankan ayah sementara kami ke sana. Dah mungkin tak ada rezeki, Pasar Payang black out petang tu. Jenuh jugak la membeli dalam gelap + panas terutamanya barang penting yang mak nak beli. Disebabkan dah sampai situ, habis jugak la tingkat 2 tu kami round. Barang-barang yang dah di'aim' dapat dibeli walaupun dalam gelap. Ni la namanya kesungguhan, walau apa jua keadaan akan diusahakan :D

Pasar Payang bahagian belakang
Psssstttt. Ni la barang penting yang mak cari <(")

Elok habis shopping kat Pasar Payang, hujan turun selebat-lebatnya tapi mujur tak lama alhamdulillah. Teruskan plan ke Waterfront sementara ada waktu sebelum Maghrib. Orang agak ramai petang tu, air sungai pun agak deras sebab baru lepas hujan. Pemandangan masyaAllah sangat menenangkan hati, rasa tak nak balik. Sementara nak tunggu Maghrib, sempat kami ke Pulau Duyong tadabbur alam kat sana pulak.

Ibunda tercinta di muara Sungai Tganu ^_^

I-city KT 

Menanti senja di Pulau Duyong

Disebabkan tersilap jalan (aiseh, macam mana la tourist guide nih!) menghala ke KT, kami teruskan la perjalanan ke Giant foodcourt untuk beli makan malam (Dah ada atas Jambatan Sultan Mahmud tu, memang tak boleh nak u-turn la kan sampai ke simpang Mydin Mall tu). Balik kepenatan malam tu, tak jadi nak keluar lagi pergi ambik angin malam di pantai..

14/11/12 (Rabu)
Hari ni ayah dialisis sekali lagi di Kuala Berang. Perjalanan ke sana hampir 20 minit sehala melalui highway LPT 2 + 4jam sesi dialisis. Jadi, saya & Yong ambik keputusan untuk temankan ayah. Sementara nak tunggu 4jam tu, saya boleh singgah office selesaikan apa yang patut & berehat di kuarters. Azim bawak mak & Adibah sekali lagi ke Pasar Payang untuk beli barang-barang yang tak habis dicari semalam ;)

Adik bongsu. "Ayah, Angah akan ingat semua pesan ayah. Satu yang Angah minta, ayah usah rasa terbeban dengan semua yang berlaku. InsyaAllah ni terbaik untuk kita"

Dalam perjalanan, ayah  banyak diamkan diri. Saya tahu, ada benda penting yang ayah nak luahkan pada kami daripada riak wajahnya. Ada satu ketika ayah kata: "Ayah mintak maaf, sebab susahkan kome semua..Tak tau macam mana lagi ayah nak buat kalau kome tak ada." Ada beberapa lagi perkara yang ayah ingatkan, paling tersentuh bila ayah cakap: "Kome tolong tengok-tengokkan Adibah tu (Adik bongsu kami yang baru tingkatan 2). Ayah kesian kat dia, kecik-kecik lagi kena susah. Nanti bila ayah dah tak ada, kome pun dah bekeluarga, jangan abaikan hidup dia. Macam mana kome berjaya, ayah nak dia pun dapat sama". Serius, saya tak boleh nak tahan air mata masa tu. Saya pujuk ayah (sebenarnya pujuk diri sendiri), yang sebenarnya apa yang kami buat tak mampu nak balas sama dengan kesusahan ayah dengan mak membesarkan kami berpuluh-puluh tahun. Bukan seorang, tapi 5 orang anak yang berlainan karekter. Saya tau, memang itu yang menguasai hati ayah. Hari ke-2, mak ada bagitau ayah menangis. Sebab itu ayah bagi alasan nak berehat, sebenarnya ayah tak nak kekurangannya untuk bergerak membantutkan percutian kami di sini. Ya Allah, mulianya hati ayah!

Rehat kat sini

Bersinar-sinar, pantulan kristal la kot

Dari Pasar Payang, diorang ke Pulau Wan Man. Solat Zohor di Masjid Kristal. Hajat nak masuk taman Tamadun Islam, tapi fees agak mahal tak berbaloi mak kata. Jadi usha dari luar dah cukup =P

Round Taman Tamadun Islam dalam kereta ^^v

Kalau Adibah dapat 9A PMR nanti, Angah belanja naik flight =P
Malam tu, ayah tunaikan hajat kami. Ayah setuju nak ikut dinner kat luar (sebenarnya, saya tak nak ayah rasa inferior dengan kesihatan dia. Ayah yang saya kenal seorang yang kuat semangat, tak pernah mengeluh bila susah atau ada masalah.. Cuma sejak matanya makin kabur, ayah agak lain. Semakin menyendiri + sensitif, kurang nak berbual dengan orang luar. Makan pun makin sikit, ayah dah hampir underweight :-( ). Lepas dinner, kami pusing-pusing area Seberang Takir & Pantai Teluk Ketapang ambik angin malam sebab esok dah nak balik Perak...

Terima kasih, ayah tunaikan hajat kami

Homestay As Salam, KT


15/11/12 (Khamis)


Bersama Ustaz Pauzi & isterinya. 

Pagi ni, ayah sempat bertemu sahabat sekelas di Maktab dulu, Ustaz Pauzi (Ayah kepada Kak Tihah-sama UIA & kerja di Kuala Berang). Lepas habis maktab 1979, memang tak jumpa langsung sampai la 2006 kat UIA Kuantan semasa pendaftaran kami. Lepas 6 tahun kemudian baru jumpa balik, keciknya dunia! Mereka suami isteri ajak datang rumah, tapi mak ayah berat hati sebab kami rushing nak balik. Jadi kami berjumpa di Restoran My Mum Nasi Lemak, berhampiran dengan homestay kami.

Kesempatan pagi tu kami gunakan ke pantai sekali lagi. Owh, sangat jatuh cinta dengan ketenangan laut! Ombak yang menderu, bau pasir, angin sepoi bahasa.. Pasti rindu momen ni kalau saya tak duduk di Terengganu suatu hari nanti.



Ayah yang setia menunggu

Aktiviti yang dirindu sejak kecil. Mengutip cengkerang di pasir pantai

Mak pesan: Pandai-pandai la jaga diri kat tempat orang ^_^

Kami ke Losong menjejak keropok lekor, bekalan teman-teman di Perak. Pagi itu juga, rakan seperjalanan saya Munirah datang melawat kami dengan tambahan keropok lekor juga. Alhamdulillah murahnya rezeki.

Sebelum pulang~
 Kami check out dalam pukul 11 lebih, kebetulan ada majlis kahwin depan homestay. Sempat la diorang melihat majlis perkahwinan orang Terengganu yang sedikit berbeza dengan kami di Perak :)

Bila cinta hati mahu pulang, sedikit semangat saya turut terbang~

"Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)" (An-Nur 24:40)

Ya Allah, masihkah aku mempunyai peluang sebegini lagi selepas ini...

Posted by Nadirah at 4:28 PM 2 comments    

Labels: Ayah, Monolog, Usrati

Seminar SuperMom SuperDad

Thursday, November 1, 2012

Alhamdulillah, 20/10/12 lepas saya dan 2 orang akhawat dari Kuala Berang berkesempatan pergi ke Seminar SuperMom SuperDad anjuran Wanita IKRAM Terengganu dengan kerjasama Petronita dan Biro Muslimah Surau Rautau Petronas. Seminar diadakan di Dewan Seri Delima, Bangunan Petronas Wilayah Pantai Timur Kerteh. Seminar ini merupakan sebahagian daripada siri program keluarga sakinah yang digerakkan oleh Wanita IKRAM Terengganu. 

Kami bertolak dari Kuala Berang dalam pukul 7.15 pagi. Dengan kemudahan highway LPT 2, perjalanan ke Kerteh tak begitu lama. Kami bersarapan di Dungun, alhamdulillah pagi tu rezeki murah. Sarapan kami dibelanja oleh Pembantu Penyediaan Makanan (PePM aka Tukang Masak) Hospital Dungun yang berkebetulan makan kat situ. Segan saya, tapi tu lah nikmat ukhuwwah! Baru berjumpa 2 kali, Kak Nora tak segan silu memperkenalkan ahli keluarganya dan belanja kami makan :)

Seusai sampai, program dah berlangsung. Sebaik sahaja masuk dewan, slot pertama bertajuk "Perjalanan Hidupku" yang disampaikan oleh Dr Hjh Hafidzah Mustakim. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan, Ketua Wanita IKRAM Kelantan dan juga Timbalan Pengerusi Raudatus Sakinah Kelantan. Satu ceramah yang cukup bertenaga, diselang seli dengan panduan hidup bekeluarga yang boleh dijadikan panduan dan pedoman buat mak ayah yang nak berjaya dalam mendidik anak-anak berdasarkan peranan ibu bapa 5 bintang yang beliau perkenalkan. 

Setiap insan berhak memiliki keluarga 5 bintang!
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuat untuk hari esok (akhirat), bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik" (Al-Hasyr: 18-19)
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil bertanya dengan firmanNya): “Bukankah aku Tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”. (Al-A'raf: 172)



Dr Hafidzah mengajak untuk kita refleksi diri. Tanyakan 3 soalan ini setiap masa dan ketika untuk menyedari hakikat kehidupan yang semakin singkat:
1. Dari mana aku datang?
2. Untuk apa aku diwujudkan
3. Ke mana aku akan pergi selepas ni?

Ajarilah anak dengan Best kalimah cinta: "Bismillahirrahmanirrahim" supaya anak-anak mendahului Allah dalam apa sahaja perkara yang nak dibuat. 

Ibu kepada 8 orang anak ini juga menekankan tentang kepentingan hidup bermatlamat dan Islam telah meletakkan matlamat yang jelas kepada manusia bahawa tugasan mereka di dunia ialah untuk menjadi hamba Allah yang taat kepada perintah-Nya dan menjadi khalifah Allah yang mengurus dan memakmurkan bumi berdasarkan syariat-Nya. Kehidupan di dunia termasuk mengurus dan memimpin diri dan seisi keluarga adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita untuk memastikan kita berjaya mendapatkan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan layak memasuki syurga Allah s.w.t di akhirat nanti :) 




Beliau juga mengajak semua peserta agar memastikan seluruh isi keluarga dan keturunan kita berada di syurga berdasarkan surah At-Tur ayat 21 yang bermaksud:

"Dan orang-orang beriman, beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga) dan Kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya"  

Barisan ahli panel & moderator

Satu lagi program istimewa sempena seminar ni ialah Forum Menyerlah Potensi SuperMom SuperDad, yang membariskan ahli-ahli panel yang mantap iaitu Ustaz Hj Mohd Lokman b. Dato' Awang- YDP IKRAM Terengganu (Panelis 1), Ustazah Hjh Samsiah bt. Dato' Awang- Pengarah habatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) (Panel 2) dan Dr Hjh Hafidzah Mustakim (Panel 3). Forum ini dikendalikan oleh Ustazah Hjh Rosmawati bt Ahmad- Timb Wanita IKRAM Kemaman. 

Ust Lokman selaku panelis pertama menekankan bertapa pentingnya asas kejayaan ibu ayah diletakkan kepada pandangan dan tasawwur Islam tu sendiri. SUPER = contoh terbaik, mithali. Konsep super itu sendiri memerlukan ibu ayah menjadi qudwah hasanah (ikutan yang baik) kepada anak-anak. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahrim:6)

Ust Lokman menegaskan agar kembali semula kepada institusi keluarga di mana ketua keluarga itu merupakan takungan yang cukup penting untuk menakung hati-hati isteri dan anak-anak yang akhirnya dapat membina jati diri Muslim dan keluarga serta masyarakat Muslim. 

Selain itu, Ust Lokman turut berkongsi ciri penting superdad Muslim iaitu thiqah (boleh dipercayai) pada dirinya, agamanya, dan cara hidup. Seorang superdad merupakan qudwah hasanah (ikutan yang baik) kepada anak-anak, ayah sentiasa dihormati oleh anak-anak walaupun ayah tiada di depan mata anak-anak. 

Ustazah Samsiah sempat berkongsi pengalaman beliau dalam mendidik anak-anak seramai 9 orang & dalam masa yang sama beliau seorang wanita yang bekerjaya. Beliau menegaskan bertapa pentingnya seorang ibu memberikan masa berkualiti bersama anak-anak dan menjadikan suasana dalam rumah sentiasa kondusif supaya anak-anak tidak terasa jauh dengan ibu ayah. Senda gurau yang diselangselikan sepanjang forum berlangsung membuatkan kami tak kering gusi.

Ustazah Samsiah juga sempat berkongsi tips daripada pengalaman beliau bagaimana menyerlahkan potensi supermom & superdad:
1. Sekolahkan anak di sekolah agama untuk melahirkan Profaz (professional huffaz)
2. Suami yang tegas, isteri yang cool supaya anak-anak tidak stress. Kalau dua-dua tegas, anak-anak akan terasa jauh dan mungkin akan memberontak
3. Pendengar yang baik (active listener)
4. Ayah menunjukkan contoh yang baik (contoh: tidak merokok di hadapan anak-anak. Sebaiknya berhenti merokok)
5. Tegas dalam pendidikan anak-anak
6. Isteri tidak boleh sewenang-wenangnya keluar rumah tanpa izin suami. Jadi anak-anak akan terlatih untuk minta izin ibu ayah sebelum keluar rumah
7. Up-to-date: Harus advance daripada anak-anak (teknologi / informasi, dll)

Selain itu, Dr Hafidzah selaku panelist ke-3 mendefinisikan bahawa supermom = ibu yang hebat = orang yang bertanggungjawab pada dirinya & dapat mengimbangkan diri antara kerjaya & dakwah. Antara ciri-ciri ibu bapa berdasarkan Panduan Mendidik Anak Cara Rasulullah yang sempat dikongsikan:
1. Hargai little things yang anak-anak buat
2. Jangan bercakap kasar dengan anak, terutamanya di usia 0-6 tahun kerana usia itu anak-anak sedang mendownload apa yang diperhatikan daripada orang yang rapat dengannya (ibu ayah)
3. Memaafkan kesalahan yang dibuat, dalam masa yang sama latih anak untuk mengakui kesilapan
4. Tidak membebaninya
5. Tidak memakinya  
sangat soleh anak ni. khusyu' dengar skali ibu ayah die ;)

"Jadilah ibu di mana sebagai tempat untuk anak-anak bersandar". Kata-kata azimat daripada Dr Hafidzah akan sentiasa tersemat di hati. Beliau juga menegaskan ibu ayah perlu ada asas agama yang kukuh dalam mengimpikan anak soleh dan solehah. Sebagai ibu ayah, berikan hak sepenuhnya kepada anak-anak. Bukan menuntu hak pada anak-anak. Dan akhirnya, beliau mengingatkan kami semua supaya sentiasa tak jemu berdoa agar anak-anak cemerlang dunia akhirat kerana antara doa yang paling mujarab adalah doa ibu ayah :)
Sempat bergambar sebelum balik

Sesungguhnya, saya sangat-sangat bersyukur berpeluang menghadiri seminar yang sangat bermanfaat ni. Tak rugi memandu sedikit jauh ke Kerteh untuk Majlis Ilmu. Moga Allah redha! ^_^

Posted by Nadirah at 4:36 PM 0 comments    

Labels: Bicara Hati, Tazkiyyatun Nafs

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Powered By Blogger

Blog Design by Gisele Jaquenod.