Semalam saya ada lawatan ke klinik kesihatan. Mood saya sedikit rosak sebab pengurusan sana baru nak susun orang. Padahal saya sudah sediakan jadual lawatan untuk sepanjang tahun, dan akan memaklumkan bila ada perubahan. Sekiranya tiada apa-apa masalah, saya akan ke sana mengikut jadual. Tambahan pula, saya sampai agak lewat berbanding biasa sebab perlu selesaikan penerimaan bahan mentah. ACO saya berbengkel di KTBC untuk hari yang ke-3..
Awal-awal pagi yang suram, hanya seorang pesakit yang sampai. Biasanya kalau saya sampai dah 'berjujuk' pesakit menunggu. Belum habis 1 pesakit dikaunseling, 'berjujuk-jujuk' kad merah & hijau yang saya terima. Haha ambik kau! Hati saya lega, alhamdulillah berbaloi perjalanan 40km hari ni.. Tiba-tiba telefon saya berbunyi menandakan mesej masuk. Tapi disebabkan debaran 'jujuk'nya yang menunggu di luar, saya biarkan dahulu. Selepas selesai semuanya baru saya baca. Mesej daripada seorang sahabat saya nun jauh di sana...
"There's a new Dr here. We are having a patient with bad diarrhea for 2 days. On blended diet NG feeding. Nurse asked him to refer to dietitian. He said; 'nothing much dietitian can do'."
Saya terkedu! Pulang dari kerja, saya post di FB untuk dapatkan feedback daripada sahabat-sahabat yang lain, terutamanya seniors yang lebih berpengalaman. Saya bukan mahu memburuk-burukkan mana-mana profesion, tapi mahu input dan pengalaman daripada dietitians yang terdahulu dalam hal sebegini.
Ada komen yang beremosi, ada komen yang rasional. Saya harap sahabat saya dan orang lain mengabaikan komen-komen yang emosi. Kita tumpukan komen yang rasional demi kepentingan dan kesejahteraan pesakit-pesakit kita. Macam moto KKM: Penyayang, Profesionalisma, Kerja Berpasukan Budaya Kerja Kita.
Bangsa yang sihat aset negara
Kualiti hidup dipelihara
Berpasukan berganding tangan
Pertingkatkan taraf kesihatan
Secara profesional khidmat diberi
Kecemerlangan matlamat kami
Di mana pun jua di setiap waktu
Kami sedia membantu
Kami penyayang pada semua
Bagi kami tiada beza
Bertanggungjawab amalan kita
Kesihatan dan maruah dijaga
p/s: Hari ni Hari jadi Sultan Perak. Bestnye mak kat rumah bercuti hari ni. Adik pun boleh balik... Jelous *_*
0 comments:
Post a Comment