April dah menjelma, tahun 2012 terasa sekejap sangat masa berlalu.. Nafas rasa semakin kencang dek banyak sangat aktiviti hospital. Manual GMP kena hantar sebelum bulan 6, ISO pun dah nak tamat lesen bulan 6 ni, jadi dalam bulan 5 kemungkinan besar SIRIM akan datang utuk audit. Audit, audit, audit. Kawan-kawan pun penat dengar bila saya bagitahu asyik audit, sejak daftar rasanya asyik dengar perkataan itu aje. Saya ada bergurau dengan beberapa orang kawan, "kalau KKM dah tak nak saya, tukar profesion pulak la jadi auditor!" Hahaha :p
Saya bercadang nak balik kampung sejak Mac. Selepas ayah discharge dari IJN & Hospital Taiping, saya memang tak berkesempatan nak balik. Hari-hari telefon kampung tanya perkembangan kesihatan mak dengan ayah. Maklumlah bila tinggal berdua, hati saya sangat risau. Kesihatan ayah beransur baik, cuma mak pulak kadang-kadang demam/sakit pinggang (mungkin sebab angkat ayah) / sakit kaki.
Minggu tu, saya berkobar-kobar nak balik Perak. Lepas kerja, speed terus ke stesen bas KT mencari tiket (bas ke Perak cuma boleh naik dari KT aje, bukan dekat kalau dari Kuala Berang). Tapi sangat menyedihkan semua tiket minggu tu habis, yang ada kosong cuma lagi 2 minggu. Hampa.. "Pelik juga, weekend ni bukannya ada cuti perayaan, tapi kenapa boleh habis?" Baru saya perasan, minggu tu dan minggu depan budak-budak U mula cuti semester. Patutlah tiket tak de.. Dengan bas yang sangat terhad, saya pasrah. Saya rembat jugak tiket yang lagi 2 minggu tu asalkan dapat balik juga. Nak tunggu hujung bulan ni, lama sangat. Nanti jadi anak derhaka pula tak jenguk mak ayah. Saya selalu rasa serba salah, kalau berita mak ayah tak sihat sayalah anak yang paling lambat sekali sampai di rumah. Sangat sedih..
Penantian 2 minggu terasa lama..
Barang-barang nak di bawa balik siap saya beli seminggu sebelumnya. Selepas ni entah bila pulak dapat datang KT dek kekangan masa & komitmen lain. Inilah pengalaman duduk di kawasan sedikit hulu, tapi sekurang-kurangnya agak maju juga berbanding hulu di Sabah & Sarawak. Minggu itu juga, saya diberitahu untuk ke Kursus Induksi (salah satu syarat untuk pengesahan jawatan, wajib menghadiri induksi) di Melaka. Tahun ini, JKN Terengganu tak menganjurkan induksi, sebab lantikan jawatan Pengurusan & Profesional sangat sedikit. Jadi induksi tumpang JKN Wilayah Persekutuan yang dibuat di Melaka. Kursus ini sangat-sangat saya tunggu, supaya boleh sah jawatan secepat mungkin. Tapi dalam keadaan last minute macam ni, saya tak sanggup nak batalkan tiket bas saya.
Kenapa?
Saya bukan terlalu sayangkan duit tiket tu (kalau pulangkan, cuma dapat 1/2 harga. Tu pun kalau dapat). Tapi sebab utama, saya dah janji dengan mak ayah nak balik minggu tu bagi meraikan ulangtahun kelahiran ayah saya (hari ini) & ulangtahun perkahwinan mak & ayah yang ke-30 (lusa). Tambahan pulak, kakak, adik di S.Alam & yang bongsu di asrama pun ada sekali. Cuma yang di Sarawak tu tak dapat balik sebab ada urusan di Sabah. Kami dah tak punya banyak masa untuk bersama macam dulu. Bila dah bekerjaya & akan punya keluarga sendiri, waktu bersama mak ayah sangat-sangat terhad. Sebab tu bila ada kesempatan, saya mesti tunaikan.
Yang membuatkan hati saya tekad menolak kursus induksi tu ialah setiap kali saya menelefon ayah, soalan ayah mesti akan ada; "Jadikan Angah balik masa hari jadi ayah?" Sejak ayah sakit, saya sedikit sensitif dengan perkara-perkara yang melibatkan mak & ayah. Saya teringat pesan seorang Ketua Jururawat di klinik semasa saya memberitahu kesihatan ayah (beliau baru kematian suami bulan Januari yang lepas, dengan penyakit yang sama dengan ayah saya), "ambil cuti lama sikit cik Nadirah. Cuti tanpa gaji pun tak apa. Biar kita susah payah bersama dia. Kalau dia dah tak ada nanti, tak guna dah kita asyik teringat. Macam Kak Ton ni, memang dah plan nak jaga dia. Kak Ton dah mintak cuti tanpa gaji, tapi nak buat macam mana Allah lebih sayang dia.."
Saya nampak air mata dia bertakung, tapi dia tahan. Kolam air mata saya rasa mahu pecah! Saya cuba tahan sebab selepas itu kami ada mesyuarat. Saya rasa mahu peluk dia untuk kuatkan hati sebab kami diuji dengan ujian yang sama, berkebetulan kami senegeri. Tapi saya lebih beruntung sebab Allah masih panjangkan masa untuk saya bersama dengan ayah & mak. Saya mahu dapat rebut pahala untuk berbuat baik kepada mereka kerana Rasululullah berjanji dalam sabdanya:
"Siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. (Riwayat Imam Ahmad)
"Tidak ada seorang pun yang memandang wajah kedua ibu bapanya dengan pandangan penuh kasih sayang kecuali Allah menuliskan (pahala) untuknya oleh sebab pandangannya itu seperti (pahala) haji yang maqbul (diterima) lagi mabrur (berpahala)."(riwayat Ar-Rafi'i)
Biarlah induksi itu buat masa ini.. Saya yakin bahawa kita bermula dan berakhir dengan KELUARGA"

0 comments:
Post a Comment