skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Nadirah
Small woman with a big heart.Born in Perak, studied in Pahang. Works in Terengganu. Educate people in hospital and public. Loves writing.
View my complete profile

Archivo del blog

  • ► 2014 (3)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2013 (15)
    • ► October (2)
    • ► September (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► April (4)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (1)
    • ► April (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ► 2011 (36)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (1)
    • ► August (5)
    • ► July (7)
    • ► June (4)
    • ► April (8)
    • ► March (2)
    • ► February (5)
    • ► January (2)
  • ► 2010 (58)
    • ► December (2)
    • ► October (3)
    • ► September (8)
    • ► August (8)
    • ► July (8)
    • ► June (4)
    • ► May (7)
    • ► April (6)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (6)
  • ▼ 2009 (33)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (3)
    • ▼ September (7)
      • Jodoh Lembah Nil
      • Taqabbalallahu minna wa minkum, kullu `amin wa ant...
      • Ilahi Ya Rabbi...
      • Panduan Pemakanan bagi Kanak-Kanak yang Kekurangan...
      • Selamat Hari Lahir ukhti
      • Posting Sem Depan
      • 15 Ramadhan
    • ► August (7)
    • ► July (7)

'Ilman Naafi'a

  • Ust Hasrizal
    Surah ‘Abasa dan Kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA: Cerminan Islam dalam Pendidikan Inklusif
    4 weeks ago
  • Dr Sha Mesir
    Sanah Helwah Hana
    11 months ago
  • Ust Pahrol
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    1 year ago
  • Kak Salwa Saleh
    Kenapa kami suka pergi bercuti di PD?
    3 years ago
  • Zaharah Muhammad
    Jalan
    5 years ago
  • Langit Ilahi
    Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?
    5 years ago
  • Fatimah Syarha
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • Dr Ummi
    Kawan Sejati Atiqah
    7 years ago
  • Dr Siti Sarah Shukor
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • Dr Nazhatul Muna Ahmad Nasharuddin
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Mujahid sepanjang zaman..
    Aku mendung.
    9 years ago
  • Dr Hidayah Bani
    Tempat Baru
    11 years ago
  • Ustaz Muhd Shaari Abd Rahman
    KEM UMMAH SUKSES: TENTATIF DAN POSTER
    12 years ago
  • HEALS
    The DO's and DONT's of Studying
    12 years ago
  • Mohd Afiq Mohd Saleh
    TIPS BISNES AKHIRAT: AMAL JARIAH, HARTA YANG BERANAK-PINAK
    13 years ago
  • Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
  • Ustaz Mohd Erfino Johari

Baitul Muslim

  • Usrah Mujahid & Nihlah
    "Not bad"
    5 weeks ago
  • Usrah Rizza & Mardhiah
    Esok Mujahid UPSR!
    8 years ago
  • Usrah Hafiz & Mawaddah
    Ayah tak suka, tapi anak minat pula. Kenapalah wahai anakku?
    9 years ago
  • Usrah Azreen & Asiyah
    Kisah Nabi Di Pagi Hari
    10 years ago
  • Usrah Ipin & Atiqah
    End Of Posting..buat apa?
    11 years ago
  • Usrah Hawari & Hairena
    INNA MA'AL 'USRI YUSRA
    13 years ago
  • Usrah Khubaib & Aisyah
    Perniagaan
    14 years ago

Friends Forever

  • Noor Munirah Awang Abu Bakar
    Kedai makan best di MUAR
    10 years ago
  • Norjihada Izzah Ismail
    YA ALLAH, selamatkan GAZA & Palestinians
    12 years ago
  • Nur Sabrina Subri
    Meneladani rumah tangga Baginda Rasulullah s.a.w..~
    13 years ago
  • Noor Amirah Mat Nawi
    roh dan jasad itu makanannya berbeza..
    13 years ago
  • Smiling Sakura
    7 Steps to Create Productive Habits In 21 Days
    13 years ago
  • Noorsyuhada Mohd Salleh
    ...My BIG day...^_^ on 12th March 2011
    14 years ago
  • Budak-Budak Hitam
    Impian Jadi Kenyataan
    14 years ago
  • Nadirah Sulaiman
  • Che Aishah Nazariah Ismail

Kata-Kata Hikmah

"Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu yang ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun jika sesuatu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah ada dalam GENGGAMAN"

Tautan Ukhuwah

  • Maryam Al-Batul Azizuddin
    Planting Lavender
    6 years ago
  • ::Mukminah Mujahidah Menongkah Arus::
    Tersenyumlah
    9 years ago
  • Mohd Naim Rahim
    I'M BACK
    11 years ago
  • Yassir Ramlee
    Pemuda Pemudi Mengemudi Arus Perubahan
    11 years ago
  • Batrisyia Saffiyah & Aqeel Aisy
    Chacha wean off from formula milk
    12 years ago
  • Nur Asiyah Mustapha Kamil
    Happy Birthday, My Princess!
    13 years ago
  • Esfarizam Abd Ghaffar
    Anak-anak tak sihat
    13 years ago

The Dietitians

  • Creating Womanhood
    Sloth
    4 years ago
  • Diet Terapeutik Untuk Hati...
    MARY JARDIN ITU APA?
    7 years ago
  • Abdur Rahman Al-Azmi
    3 Peringkat Yang Akan Dilalui oleh Penuntut Ilmu
    7 years ago
  • Mohd Faizal Salleh
    Orang Tercari-cari Manikam Kita Pula Mencari-cari Cara Membuangnya
    8 years ago
  • Ayat
    mengapa menulis kalau bukan untuk memberi pengajaran?
    8 years ago
  • Dr Azdie
    Suara Keramat
    8 years ago
  • Variety is the spice of life
    Promo Dunkin Donuts
    9 years ago
  • Sr Suraiya Hani Said
    1st May 2015
    10 years ago
  • Noor Sakini Salleh
    New bestfriend
    10 years ago
  • Beautiful Soul
    BEST FEELING IN THE WORLD
    10 years ago
  • Izzah Ismail
    the fault in our stars
    10 years ago
  • Hasmira Mohd Daud
    Harum Semerbak!
    11 years ago
  • Muhammad Huzaifah Ahmad
    Ubat
    11 years ago
  • Nurul Husna Aron
    Hukuman mati
    11 years ago
  • Ahmad Huzaifah Yusoff
    UiTM di Hatiku?
    11 years ago
  • Ilman Hadree Idris
    Stevia Rebaudiana
    12 years ago
  • Geo Allen George
    WOW..CHECKING 1 2 3...
    13 years ago
  • Mohd Hakim Zakaria
    Selamat tinggal....
    13 years ago
  • Nur Ilanah Abdullah
    Eid Mubarak!!
    14 years ago
  • Mardhiah Mohd Roslan
  • Sr Fathin

SMKASR

  • Nurshuhada Zainon
    My CL's Journey to Oxford
    4 years ago
  • Izyan Mardhiah Halmi
    MSSD BoLa JaRiNg DaeRaH SeMPoRNa 2012
    13 years ago
  • Nurul Husna Johari
    Tak seindah biasa
    14 years ago
  • Sharihana Ab Halim
  • Zarina Rosehan Anuar

IIUM Dietetics

  • Kitchen's Heart Cafe
    "Thinking mistakes" for weight loss management
    9 years ago
  • 5th Batch
    Sports gives great Well being, and what impact this has on the psychological health and good quality of life?
    13 years ago

Online Shop

  • Homecake Delicious
    kek kahwin
    5 years ago
  • Resipi Noraini
    JADUAL KURSUS 2020
    5 years ago
  • Edariman Online Mall
    AL-QURAN RUMI AL-MUMAYYAZ SAIZ A4
    6 years ago
  • Sinar Kehidupanku
    Talam Lapis Surabaya
    9 years ago
  • krafHATI
    TERKINI: PETA DUNIA UNTUK ANAK-ANAK SOLEH
    9 years ago
  • Butik Noraz
    Coming soon
    14 years ago

Education

  • Malaysian Association for the Study of Obesity
  • nutriWEB Malaysia
  • Malaysian Dietitians' Association
  • International Islamic University Malaysia

Labels

  • Ayah (3)
  • Bicara Hati (6)
  • Bisikan Sirr (1)
  • kembara dietitian (62)
  • Kenangan (15)
  • Mawaddah wa Rahmah (4)
  • Monolog (100)
  • Sakinah (4)
  • Tazkiyyatun Nafs (53)
  • Tips Diet (6)
  • Usrati (33)

Blogroll

About

Blogger templates

iluvislam

Blogger news

widgeo.net

Bicara Teman

Min Aina

Syahrul Islam

Al Waqtu Kas Saif...

Free Calendar & Clock

Tetamu Ziarah

Powered by Blogger.

Pages - Menu

  • Home

Popular Posts

  • Menguatkan jiwa dengan Bantuan Ya 'Aziz, Ya Qawiyyu, Ya Matin, dan Ya Ba'ith
    oleh Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd Ya Allah, Ya 'Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawiyyu Yang Maha Kuat dan Ya Matin Yang Maha Teguh d...
  • Sanah Helwah Ya Ummi!
    Dataran Pahlawan, Melaka "The Prophet S.A.W told us that we must obey Allah and His Messenger at all times But after that who else d...
  • Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf
    Buat semua yang bernama anak, inilah puisiku untukmu: Ingin kubisikkan resah seorang ayah resah kita bersama resah warisan lama b...
  • Setiap hari ialah perjalanan hidup yang baru (1)
    Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Tiada kesyukuran yang layak saya berika...
  • Orang Tuamu, Orang Tuaku
    Karya Salim A. Fillah alhamdulillah sudah dibaca separuh, memang tak merugikan. "Orang tuamu, orang tuaku" antara isi kandungan ...
  • D.I.E.T.E.T.I.C.S
    Bachelor of Dietetics Saya terpana ketika mendapat surat tawaran daripada IIUM, Alhamdulillah pilihan pertama saya berjaya diterima. Saya s...
  • Mithaqan Ghalizan: Mihrab Cinta
    "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan dan zuriat keturunan yang menjadi penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin ba...
  • Pengalaman Itu Harus Dikongsi
    Catatan lama yang ditulis di blog kelas pada 25/08/2011 . Walaupun dah 2 tahun lebih berlalu, membaca catatan lama membuatkan saya bersyuku...
  • Untukmu Teman
    Di sini kita pernah bertemu  Mencari warna seindah pelangi Ketika kau menghulurkan tanganmu Membawaku ke daerah yang baru Dan hi...
  • Pulang
    6 Zulkaedah 1434H Bismillahirrahmanirrahim Pulang pada malam ini ke kampung bukan kepulangan biasa.  Pulang bagi menyempurnakan s...

Followers

Lintasan Pena

Aku tak mampu menjadi sehebat mereka, tapi cukuplah menjadi semampu aku kerana aku ada DIA untuk terus kuat...

Pages

  • Home

Jodoh Lembah Nil

Sunday, September 27, 2009

Acara menyarung cincin pertunangan oleh Mak Ngah pihak lelaki

Alhamdulillah wa syukrulillah, atas nikmat Islam dan iman kurniaan-Nya. Pada 5 Syawal (24 September 2009) yang lepas, saya mengikuti rombongan pertunangan sepupu ke Gerik, Perak. Kami sampai lebih kurang pukul 1.00 petang, berkumpul di Masjid Jamek Gerik sebelum bertolak ke rumah perempuan selepas solat Zohor.

Antara rombongan sebelah pihak lelaki

Posted by Nadirah at 8:00 AM 0 comments    

Labels: Usrati

Taqabbalallahu minna wa minkum, kullu `amin wa antum bikhair

Monday, September 21, 2009


Ya Allah

Di penghujung bulan yang agung ini
Sayangi tangisan dan rintihan kami
Pastikan bagi kami ampunan-Mu
Sampaikan dengan sisa umur kami kepada bulan Ramadhan yang akan datang
Bantulah kami untuk beribadah kepada-Mu
Bimbinglah kami untuk mentaati-Mu
Alirkan pada kami keberkatan dan kedamaian dari sisi-Mu
Lindungi kami dari segala musibah
Selamatkan kami daripada seksa dan azab-Mu


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Alhamdulillah thumma alhamdulillah dipanjangkan umur untuk menikmati hari kemenangan pada tahun ini. Terasa sangat sekejap Ramadhan berlalu, mudah-mudahan Allah menerima amalan kita semua. Tahniah kepada kita semua kerana berjaya menamatkan sebulan Ramadhan. Moga dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

Seperti tahun lepas, saya sekeluarga menyambut lebaran pertama di rumah. Insya-Allah kami akan pulang ke kampung nenek pada esok pagi (mungkin cuma 2 hari di sana-untuk menyelesaikan perkara yang takkan selesai..em, ntah la sampai bila ia akan berakhir). Safarun Sa'id.. Moga-moga berkat kemaafan di aidilfitri ni dapat menjernihkan kembali hati-hati kami yang sentiasa lalai dengan nikmat dunia yang takkan kekal. Ya Allah ampunkan kami.

Dengan teknologi yang serba canggih, menerima dan memberi kad raya tidak lagi menjadi trend. Semua lebih selesa dengan e-card / e-mail / menghantar mesej kepada kenalan termasuklah diri ini. Mohon maaf kepada semua, dengan keterbatasan waktu serta kemudahan yang ada saya sedikit 'lalai' untuk meneruskan tradisi yang menjadi rutin saya semenjak kecil (huhu, tahun ni memang pecah rekod, satu kad raya pun tak dapat...). Apa-apa pun, terima kasih yang tak terhingga kepada kenalan yang menghantar ucapan2, nasihat dan doa2 di hari kemenangan. Buat semua yang menjemput ke rumah, syukran jazilan... Pohon maaf tak dapat nak penuhi lagi buat masa ni :'(

Maaf atas sgla ket'lanjuran bhasa, p'buatan n sume la yg ade terasa di hati...jmpt dtg umah raye ni... Salam Aidilfitri ;-) -Balqis

For words dat might have hurt, For jokes dat turned sour & for e'thing said / done wrong, My appology from d'bottom of my heart. SALAM AIDILFITRI. Tcare - Shahadah

Mata t'kdg salah melihat, Mulut t'kdg salah berucap. Hati t'kdg salah m'duga... Andai JARI tak kuasa b'jabat, setidaknya KATA masih dapat diucap... MAAF ZAHIR BATIN -Shafiqah

Slm. Ramadhan kan berakhir, bmula prjuangan thdp syaitan yg stp detik menantiutk mghasut insan. mga dibekali dgn benteng taqwa hingga akhrnya nafsu tunduk trhdp syariat Islam. Smga bertemu kmbli dgn Ramadhan akn dtg. Slm eidulfitri. Maaf zahir batin -Ayat

Ramadhan telah berlalu. smoga sgla amaln kite dterima o All ah.. slm eid mubarak. Mohon maaf atas sgla silap n salah... smoga b'bahagia d hari raya ini =) -Hidayah

Sayup kdgrn takbir mmecah keheningan malam ini...
Trigt ku pdmu yg jauh disana...
Titisan air mataku tanda keikhlasan...
Maaf zahir batin kutitipkan...
Slmt hari raya! -Radzi


Smoga Ramadhan yg berlalu telah berjaya mngubah kte kpd hamba yg lebih bertaqwa. Salam aidilfitri. Maaf Zhr & Batin. =) -Suhaili

Semoga Ramadhan yg berlalu menggalkan jutaan mkna buat kte... Taqabbalallahu minna wa minkum... Salam eidulfitri sahabat. Maaf zahir batin...B-) -Sa'adah

Salam, selamat hari raya maaf zahir batin, ikhlas dari k.Nurul Hafizah binti Mohd Norizan dan keluarga...

Slm. eid aidilfitri almubarak! tahniah coz berjaya tamatkan 30 Ramadhan! Moga dpt bertemu nxt Rmdhn! Manfaatkan bgn malamraya coz waktu2 adlh waktu terbaik utk berdoa! -Kak Sakinah

Salam'alaik. Maaf ggu. Slmt hari raya, maap slh clap...slmt menjamu selera :-) -Kak Sarah

Salam aidilfitri. Mat the blessing of eid from Him be granted upon u n family. Regards, hazirah n family

Salam aidilfitri... Mohon ampun & mf... emm, jgn makan byk2 sgt!
-Ida

Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa. Dalam bergurau mungkin terlanjur senda. Dalam berjanji mungkin ade yg belum dikota. Dalam berbicara mungkin ade yg menyinggung rasa... Jika ade kemaafan kupinta... Selamat hari raya... Maaf zahir batin. Ikhlas dari: farhanah & family

Assalamualaikum... Salam aidilfitri..Maaf ats segala salah... Moga syawal disambut dgn gembira n penuh syukur bersama tarbiyyah Ramadhan di hati =)
-Nawwar

Setiap bahase yg kukasari, setiap janji yg x ditepati, setiap perlakuan yg mengecilkan hati, setiap persahabatan yg kukhianati, Ku menyusun 10 jari pohon keampunan dengan rendah diri. Maafkanlah aku & Semoga Allah melindungimu sepanjang hidup ini... SLMT HARI RAYE AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN... -Kak Ida

Dalam aidilfitri yg menjelma... Dari keikhlasan hati, dari ketulusan jiwa... Kupinta jutaan kemaafan di ats sgala kekurangan diri, keterlanjuran laku & bicara... -Hakim

Selamat hari raye kak Nadhirah... -Luqman

Salam aidulfitri dari miya dan keluarga d kota bharu. Pohon maaf atas salah silap...tq 4 d ukhuwwah between us. t.care, salam lebaran =)

Biarpun mesra, hati pasti pernah terluka... Biarpun ramah, lidah pasti ada tersasul... Biarpun berbudi bahasa, tingkah pasti ada menyentuh rasa... Maka ats sifat seorang manusia, hamba-Nya, pohon kemaafan ats segla silah & salah. SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN... "Kullu `am wa antum bikhair" -Ct

~ Syukran Ukht Soraya atas e-mail yg menyentuh qalbu~


Selamat tinggal Ramadhan
Walau hati masih tak merelakan
Pohon seribu kemaafan
Andai fakir sebuah layanan

Selamat tinggal Ramadhan
Tetamu mulia
Penantian hamba-hamba
Yang dambakan keampunan
Rahmat daripada Tuhan

Selamat tinggal Ramadhan
Moga kau gembira
Menjadi tetamu hamba
Yang mahukan cahaya
Keluar daripada gelita

Selamat tinggal Ramadan
Kami kan setia menantimu tiba
Moga hayat masih ada

29 Ramadan 1430

taqabbalallahu minna wa minkum
Moga Allah menerima amalan-amalan daripada kami dan anda semua

minal 'aidin wal faizin
dari golongan orang-orang yang kembali (kepada fitrah/ suci) setelah
melalui madrasah (sekolah) tarbiyah ramadan
dan daripada golongan orang-orang yang berjaya (mencapai taqwa)

eid mubarak, maaf zahir batin, halalkan makan minum dll =)
semoga takbir Syawal tahun ini takbir kemenangan buat kita semua, insha Allah =)

Salam Sayang,=)
siti soraya lin (Lin / Kak Lin)
b.ed TESL year 4
IPGM Kampus Bahasa-Bahasa Antarabangsa
59200 Lembah Pantai
Kuala Lumpur

Posted by Nadirah at 2:14 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Ilahi Ya Rabbi...

Friday, September 18, 2009

Ilahi Ya Rabbi...
Aku keseorangan di sini
Menghitung tasbih hayat
Kutiti jambatan iman
Kusulami makna kebenaran
Beratnya memikul bebanan ini

Ilahi Ya Rabbi...
Kudongakkan kepala
Menembusi langit tak berawan
Menghadap cahaya hidayah-Mu
Kutulis puisi hati dari mimpi
Kulukis sendu pengabdian
Mengharap belas pengampunan...

Ilahi Ya Rabbi...
Di sini kumencari redha-Mu
Antara bebayang mentari
Dan redup embun membasahi
Mencari harga diri

Ilahi Ya Rabbi...
Kuselami makna kehidupan ini
Dan perjuangan suci
Kutafsiri makna derita silam
Kutiti jalan duka hari ini
Dan... Aku pasti kembali
Mencari sejernih air di Al-Kauthar...
Ampunilah Ya Rabbi

Zaharah Muhammad
-Mencari Kekasih-

Posted by Nadirah at 2:57 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Panduan Pemakanan bagi Kanak-Kanak yang Kekurangan Zat Makanan

Wednesday, September 16, 2009

Sewaktu posting di Poliklinik Komuniti Beserah (PKB) (10 Ogos-27 Ogos 2009), kumpulan kami dikehendaki mengendalikan satu kelas Pemakanan bagi Kanak-kanan yang Kekurangan Zat Makanan (KZM) a.k.a Failure to Thrive (FTT). Kelas ni merupakan aktiviti berkala yang dirancang pada setiap minggu ketiga setiap bulan oleh Klinik Kesihatan Keluarga (MCH), PKB. If I not mistaken that class on 19th August. Oleh yang demikian, kami telah menyediakan bahan-bahan yang berkaitan untuk dikongsi ersama-sama dengan ibu-ibu di luar sana (As group 1st to handle FTT class, so excited to lebih skit. Sigghhh..^_+) Walau bagaimanapun, impian dan cita-cita kami tak kesampaian. Huhu.. Kelas to cancel pulak.. Mungkin disebabkan kes H1N1 yang melanda, tambah pulak bulan Ramadhan bakal menjelang minggu depannya jadi patient agak ramai juga minggu tu. Jadi eloklah rasanya nak kongsi bersama-sama tetamu sekalian. Moga ada khairnya!

Panduan Pemakanan bagi Kanak-kanak yang Kekurangan Zat Makanan
oleh: Ayat, Salihah, Zairunida, Nadirah & Hazirah

Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak secara semulajadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ada sesetengah yang lain pula secara semulajadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimanapun, kekurangan berat badan yang sebenarnya mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan, atau emosi.

Bagaimanakah cara untuk mengetahui anak saya mengalami kekurangan zat makanan?


1. Pertumbuhan kanak-kanak mestilah mengikut corak pertumbuhannya.

2. Timbang berat dan ukur ketinggiannya, buat perbandingan dengan standard-carta pertumbuhan (Growth Chart). Plot nilai berat badan dan ketinggian anak pada carta berat badan & ketinggian mengikut jantina. (Refer growth chart CDC-weight and stature for age for boys and girls).

3. Selain itu, Indeks Jisim Tubuh (IJT) a.k.a. Body Mass Index (BMI) boleh dikira dengan rumus BMI= Berat (kg) / (Tinggi X Tinggi) (m2). Kemudian, plotkan BMI anak pada carta BMI. If your child's BMI is:

- <5th percentile: underweight
- between 5th percentile to 85th percentile: normal
- >85th percentile: overweight
- >95th percentile: obese


* Oleh yang demikian, KZM boleh didefinisikan apabila BMI anak anda < 5th percentile.

Apakah yang patut anak saya makan?


Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjag
a harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin. Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi:

1. Tambahkan marjerin, mentega kacang atau keju ke atas biskut kraker



2. Tambahkan marjerin lembut (soft margerine), mentega kacang (peanut butter) atau keju ke atas roti


3. Tambahkan ayam / daging / minyak / marjerin ke dalam masakan bubur


4. tambahkan susu / minyak / marjerin / keju ke dalam telur


5. Tambahkan serbuk coklat atau ais krim ke dalam susu


6. Tambahkan susu / minyak / merjerin ke dalam kentang lenyek


Sebagai pelajar dietetik, penyediaan menu amatlah dititik beratkan. Bak kata Sr. Aishah, "Menu sangat penting bagi dietitian, tu la yang nak bezakan antara kita dengan orang lain. Bukan senang nak prepare menu, saya nak awak semua biasakan diri dari sekarang. Nanti senang bile awk dah keje nanti"
Ya, bukan senang nak sediakan menu. Kalau setakat menu yang biasa tu semua orang boleh, tapi menyediakan menu sihat tu yang payah.. Mesti memenuhi keperluan tenaga yang disyorkan seperti dalam RNI..Di sinilah pentingnya peranan dietitian, inilah juga yang membezakan antara dietitian dengan chef / tukang masak. Betul tak kawan-kawan??

Berikut, kami sediakan contoh menu untuk kanak-kanak 1-3 tahun dan 4-6 tahun yang mengalami masalah KZM:

Menu bagi Kanak-kanak 1-3 tahun (950 kcal)

Sarapan Pagi
1/2 gelas susu penuh krim
1 keping roti bakar


Minum Pagi
1/2 gelas susu penuh krim

Makan Tengahari
1/2 cawan nasi putih
1 keping telur dadar (1 biji telur + kobis bunga + putik jagung + bayam)
Sup sayur (sawi + lobak merah+ kobis bunga + putik jagung)
1 gelas air kosong
1 potong betik


Makan Malam
Mi sup
- 1/2 cawan mi
- ayam + kentang
- sayur (sawi + kobis + lobak merah + kobis bunga)
1 gelas air kosong


Menu Kanak-kanak 4-6 tahun (1300 kcal)

Sarapan Pagi
1/2 gelas susu penuh krim berperisa coklat
1 keping lempeng kentang (+ 1/2 cawan susu penuh krim)


Minum Pagi
1 keping kek coklat
1 gelas air kosong

Makan Tengahari
1/2 cawan nasi
Sup ayam (+ 1/2 kentang, lobak merah, seleri, bayam)
1 gelas air kosong
1 potong tembikai

Minum Petang
1 ketul cekodok pisang (sederhana besar)
1 gelas air kosong

Makan Malam
1 set sandwich ayam
-1 ketul ayam yang dicarik isinya
-Timun + salad + tomato
-1/2 sudu teh marjerin lembut + 1/2 sudu teh mayonis
1 gelas jus epal tanpa gula

Minum Malam
1 gelas susu penuh krim berperisa coklat

p/s: sekadar ini dahulu perkongsian untuk kali ini, moga kita dapat manfaat daripada sedikit usaha ini ;)

Posted by Nadirah at 8:03 AM 5 comments    

Labels: kembara dietitian, Tips Diet

Selamat Hari Lahir ukhti

Tuesday, September 15, 2009

Kak Wa with her junior: Konvo UM, Ogos 2009

Awan berarak ceria tiada titis hujan
Pohon melambai tanda sokongan

Mensusuri perjalanan bertemankan senyuman

Di hari lahirmu sahabatku..

Dedaun berguguran menitipkan kedewasaan

Walau tanpa harta dan hadiah

Namun cukup teguh ooo..

Sekadar ucapan

Selamat hari lahir

Iringan doa kuhulur
Bersyukur Kepada-Nya

Atas nikmat usia


Sahabat,
Usia yang Tuhan kurniakan ini

Kau hiasilah ia dengan amalan

Semoga ia menjadi temanmu di akhirat

Selamat hari lahir


Awan berarak ceria tiada titis hujan
Pohon melambai tanda sokongan

Mensusuri perjalanan bertemankan senyuman

Di hari lahirmu sahabatku..

Usiamu itu ibarat penjara

Tiada berganti hari

Hiaskan iman bersulam taqwa

Agar sempat bersujud
Haruman syurgawi..
Selamat hari lahir

Iringan doa kuhulur

Bersyukur Kepada-Nya

Atas nikmat usia

Hari ni ulangtahun senior cum sahabat saya, Noor Azwani yang ke-24 tahun. Semoga panjang umur Kak Wa. Semoga panjang umur, murah rezeki & sentiasa mendapat keberkatan dalam hidup. Alhamdulillah, sekarang Kak Wa da jadi doktor gigi kat Hospital Queen Elizebeth K.Kinabalu. I'm proud of you, my dear!

Tarikh ini juga amat bermakna bagi diri sendiri, bermakna telah 2 bulan saya melewati usia baru. Terlalu pantas masa berlalu, semakin dekat usia pinjaman saya menuju negeri abadi..Dan tarikh ini juga mengingatkan saya kepada sahabat saya, Soraya Lin. Kami bertiga berkongsi tarikh lahir 15hb walaupun bulan yang berbeza. Saya bulan 7, Soraya bulan 8, dan Kak Wa bulan 9. Tapi itulah nikmat ukhuwah, walau berlainan bulan, walau berlainan usia tapi Allah hadirkan kami nikmat persahabatan agar kami sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang diberikan.."Bertemu tak jemu berpisah tak gelisah".

"Ya Allah, aku bersyukur ditemukan dengan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan. Kupohon kepadamu agar mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan-Mu walau di mana sahaja mereka berada. Tetapkan hati kami agar sentiasa berada di dalam agama-Mu"

Posted by Nadirah at 8:02 AM 0 comments    

Labels: Usrati

Posting Sem Depan

Tuesday, September 8, 2009

Semester depan saya & kawan2 Diet yang lain akan ditempatkan di beberapa hospital yang terpilih serata Semenanjung. Segalanya bermula semasa kami pulang ke IIUM untuk presentation Catering Placement bulan 6 lepas, Sr Fathin menyuruh kami mengisi tempat untuk IPD + OPD + Special Units. Semua buntu nak pilih hospital mana, saya lagilah. Tiada pilihan di negeri halaman..Hmm nasib badan..

Senarai pilihan untuk IPD + OPD

1. Hospital Selayang (3 orang)
2. Hospital Serdang (3 orang)
3. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (3 orang)
4. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar (2 orang)
5. Hospital Seremban (2 orang)
6. Hospital Sungai Buloh (2 orang)
7. Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (3 0rang)

Hanya 1 sahaja pilihan di kawasan utara, ya di Alor Setar.. nampaknya memang sah saya mesti memilih sana memandangkan hanya saya, Pitat & Sa'adah sahaja dari utara Malaysia, cumanya tempat yang ada untuk 2 orang. Jadi saya & Sa'adah memilih untuk ke sana..(sebenarnya macam reverse untuk kami je..)

Atas beberapa masalah, baru-baru ni saya mendapat khabar kemungkinan ada beberapa orang akan meneruskan perjuangan di HTAA, Kuantan. Semoga berjaya sahabat. Semua permohonan still pending, belum dapat green light dari pihak sana. Berkemungkinan besar hujung sem ni dapat la confirmation nye.. Mungkin hujung bulan November bermulalah kehidupan kami di luar Insya-Allah.. So wait and see 1st ;)

Untuk Special Units pulak,

1. HKL (8 orang)
2. PPUM (4 orang)
3. IJN (4 orang)
4. PPUKM (3 0rang)

Semua berebut-rebut nak pilih hospital yang dikatakan terbaik.. Bagi saya sendiri performance kita bukanlah berdasarkan bagus atau tak sesuatu tempat tu, tapi bagaimana kita membawa diri semasa berada di sana. Bagaimana bersungguhnya kita mahu mempelajari sesuatu.Entah mengapa hari tu hati saya kuat untuk memilih PPUM.

Tapi ada sedikit masalah untuk mohon PPUKM, so Sr. Fathin try apply HUSM. Alhamdulillah approved, Sal & Mimi awal-awal lagi memang nekad untuk ke sana.. diikuti oleh Dayah.Nak dijadikan cerita, IJN hanya nak terima 2 orang sahaja. Jadi Su & Nawwar memilih untuk ke sana. Syabas, sahabat!

(04/09/09) di SUKPA:

"Nadirah, nak gi HUSM tak? Sr Fathin kata ada kosong lagi" Dayah bertanya.

"Ya ke ada kosong? Nak, nak"

Dengan tiba-tiba saya memilih untuk berkhidmat di Kelantan pula untuk sebulan lebih.

"Saya dah bagitahu Sr da, dia cakap ok" bagitahu Dayah pada saya.

Lega.

Kepada kawan-kawan yang sama-sama memilih PPUM (Miya, Hazi, & Sa'adah), ampun dan maaf atas pertukaran yang dibuat. Insya-Allah di sana pun terbaik juga. Pitat akan sama-sama dengan kalian nanti, menjadikan semula 4 orang duta IIUM di sana. So work together & share knowledge each other.

Saya pun tak pasti begitu cepat saya membuat keputusan. Tapi saya yakin ada hikmah yang terbaik mengapa Allah gerakkan hati saya untuk memilih ke sana. Mudah-mudahan pilihan ini yang terbaik, walaupun beribu batu lagi saya akan meninggalkan keluarga saya. Alhamdulillah mak & ayah pun tak keberatan dengan pilihan saya, "Ikut Angah la, boleh merasa kami ke sana pulak..." begitulah jawapan mak setiap kali saya memilih tempat untuk praktikal. Insya-Allah saya akan memulakan kembara saya di sana pula. Mohon doakan segalanya khair ya! (Kedah-Perak-Kelantan) ^_^

Faiza `azamta fa tawakkal `alallah

Posted by Nadirah at 1:28 AM 0 comments    

Labels: kembara dietitian

15 Ramadhan

Saturday, September 5, 2009


“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa”
[al-Baqarah 2: 183]

Hari ni dah 15 Ramadhan. Terasa cepat sungguh masa berlalu sehingga tak terasa dah nak sampai ke penghujungnya. Rasanya baru semalam menyambut 1 Ramadhan bersama keluarga. Ini bermakna sudah masuk ke separuh masa kedua bulan keampunan. Ramadhan kali ini terasa lain daripada tahun2 sebelumnya, kesibukan dan keletihan klinikal dan research kadangkala membuatkan saya kurang 'merebut' piala ketaqwaan dan offer yang tak dapat ditandingi daripada segala-galanya.. Saya sedar kealpaan saya, cuma ada ketikanya saya lalai...Ya Allah ampunilah hamba-Mu ini.. Mudah-mudahan baki waktu yang tinggal saya dapat manfaatkan dengan semaksimum mungkin.

Insya-Allah Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir saya di Kuantan. Sedar tak sedar sudah hampir 4 tahun saya di sini.. Entah kenapa saya berharap saya dapat manfaatkan masa bersama-sama dengan kawan dengan sebaiknya especially with my roomates cum classmates. (syndrome nak grad kot! ;p) InsyaAllah next sem we'll be posted in various hospitals. No more time together.. Emmm..

Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang

Setiap kali Ramadhan mesti saya akan terkenangkan time bukak puasa + berterawih di Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad Shah a.k.a. Masjid Biru semasa 2nd year. Bila la kita nak berkesempatan lagi...

Sementara menanti azan Maghrib


ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga


Allahumma laka sumna wa bika amanna wa `ala rizqika aftarna..

Posted by Nadirah at 6:58 AM 0 comments    

Labels: Monolog

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Powered By Blogger

Blog Design by Gisele Jaquenod.