skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Nadirah
Small woman with a big heart.Born in Perak, studied in Pahang. Works in Terengganu. Educate people in hospital and public. Loves writing.
View my complete profile

Archivo del blog

  • ► 2014 (3)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2013 (15)
    • ► October (2)
    • ► September (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► April (4)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (1)
    • ► April (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ► 2011 (36)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (1)
    • ► August (5)
    • ► July (7)
    • ► June (4)
    • ► April (8)
    • ► March (2)
    • ► February (5)
    • ► January (2)
  • ▼ 2010 (58)
    • ► December (2)
    • ► October (3)
    • ► September (8)
    • ► August (8)
    • ▼ July (8)
      • Hadiah Hari Lahir
      • Niat Asal
      • Fainna ma'al 'usri yusra
      • Rindu Haramain
      • Aku Malu. Tidakkah Kamu?
      • Lagi Seminggu...
      • Benteng Hindari Zina
      • Rezeki
    • ► June (4)
    • ► May (7)
    • ► April (6)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (6)
  • ► 2009 (33)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (3)
    • ► September (7)
    • ► August (7)
    • ► July (7)

'Ilman Naafi'a

  • Ust Hasrizal
    Surah ‘Abasa dan Kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA: Cerminan Islam dalam Pendidikan Inklusif
    4 weeks ago
  • Dr Sha Mesir
    Sanah Helwah Hana
    11 months ago
  • Ust Pahrol
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    1 year ago
  • Kak Salwa Saleh
    Kenapa kami suka pergi bercuti di PD?
    3 years ago
  • Zaharah Muhammad
    Jalan
    5 years ago
  • Langit Ilahi
    Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?
    5 years ago
  • Fatimah Syarha
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • Dr Ummi
    Kawan Sejati Atiqah
    7 years ago
  • Dr Siti Sarah Shukor
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • Dr Nazhatul Muna Ahmad Nasharuddin
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Mujahid sepanjang zaman..
    Aku mendung.
    9 years ago
  • Dr Hidayah Bani
    Tempat Baru
    11 years ago
  • Ustaz Muhd Shaari Abd Rahman
    KEM UMMAH SUKSES: TENTATIF DAN POSTER
    12 years ago
  • HEALS
    The DO's and DONT's of Studying
    12 years ago
  • Mohd Afiq Mohd Saleh
    TIPS BISNES AKHIRAT: AMAL JARIAH, HARTA YANG BERANAK-PINAK
    13 years ago
  • Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
  • Ustaz Mohd Erfino Johari

Baitul Muslim

  • Usrah Mujahid & Nihlah
    "Not bad"
    5 weeks ago
  • Usrah Rizza & Mardhiah
    Esok Mujahid UPSR!
    8 years ago
  • Usrah Hafiz & Mawaddah
    Ayah tak suka, tapi anak minat pula. Kenapalah wahai anakku?
    9 years ago
  • Usrah Azreen & Asiyah
    Kisah Nabi Di Pagi Hari
    10 years ago
  • Usrah Ipin & Atiqah
    End Of Posting..buat apa?
    11 years ago
  • Usrah Hawari & Hairena
    INNA MA'AL 'USRI YUSRA
    13 years ago
  • Usrah Khubaib & Aisyah
    Perniagaan
    14 years ago

Friends Forever

  • Noor Munirah Awang Abu Bakar
    Kedai makan best di MUAR
    10 years ago
  • Norjihada Izzah Ismail
    YA ALLAH, selamatkan GAZA & Palestinians
    12 years ago
  • Nur Sabrina Subri
    Meneladani rumah tangga Baginda Rasulullah s.a.w..~
    13 years ago
  • Noor Amirah Mat Nawi
    roh dan jasad itu makanannya berbeza..
    13 years ago
  • Smiling Sakura
    7 Steps to Create Productive Habits In 21 Days
    13 years ago
  • Noorsyuhada Mohd Salleh
    ...My BIG day...^_^ on 12th March 2011
    14 years ago
  • Budak-Budak Hitam
    Impian Jadi Kenyataan
    14 years ago
  • Nadirah Sulaiman
  • Che Aishah Nazariah Ismail

Kata-Kata Hikmah

"Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu yang ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun jika sesuatu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah ada dalam GENGGAMAN"

Tautan Ukhuwah

  • Maryam Al-Batul Azizuddin
    Planting Lavender
    6 years ago
  • ::Mukminah Mujahidah Menongkah Arus::
    Tersenyumlah
    9 years ago
  • Mohd Naim Rahim
    I'M BACK
    11 years ago
  • Yassir Ramlee
    Pemuda Pemudi Mengemudi Arus Perubahan
    11 years ago
  • Batrisyia Saffiyah & Aqeel Aisy
    Chacha wean off from formula milk
    12 years ago
  • Nur Asiyah Mustapha Kamil
    Happy Birthday, My Princess!
    13 years ago
  • Esfarizam Abd Ghaffar
    Anak-anak tak sihat
    13 years ago

The Dietitians

  • Creating Womanhood
    Sloth
    4 years ago
  • Diet Terapeutik Untuk Hati...
    MARY JARDIN ITU APA?
    7 years ago
  • Abdur Rahman Al-Azmi
    3 Peringkat Yang Akan Dilalui oleh Penuntut Ilmu
    7 years ago
  • Mohd Faizal Salleh
    Orang Tercari-cari Manikam Kita Pula Mencari-cari Cara Membuangnya
    8 years ago
  • Ayat
    mengapa menulis kalau bukan untuk memberi pengajaran?
    8 years ago
  • Dr Azdie
    Suara Keramat
    8 years ago
  • Variety is the spice of life
    Promo Dunkin Donuts
    9 years ago
  • Sr Suraiya Hani Said
    1st May 2015
    10 years ago
  • Noor Sakini Salleh
    New bestfriend
    10 years ago
  • Beautiful Soul
    BEST FEELING IN THE WORLD
    10 years ago
  • Izzah Ismail
    the fault in our stars
    10 years ago
  • Hasmira Mohd Daud
    Harum Semerbak!
    11 years ago
  • Muhammad Huzaifah Ahmad
    Ubat
    11 years ago
  • Nurul Husna Aron
    Hukuman mati
    11 years ago
  • Ahmad Huzaifah Yusoff
    UiTM di Hatiku?
    11 years ago
  • Ilman Hadree Idris
    Stevia Rebaudiana
    12 years ago
  • Geo Allen George
    WOW..CHECKING 1 2 3...
    13 years ago
  • Mohd Hakim Zakaria
    Selamat tinggal....
    13 years ago
  • Nur Ilanah Abdullah
    Eid Mubarak!!
    14 years ago
  • Mardhiah Mohd Roslan
  • Sr Fathin

SMKASR

  • Nurshuhada Zainon
    My CL's Journey to Oxford
    4 years ago
  • Izyan Mardhiah Halmi
    MSSD BoLa JaRiNg DaeRaH SeMPoRNa 2012
    13 years ago
  • Nurul Husna Johari
    Tak seindah biasa
    14 years ago
  • Sharihana Ab Halim
  • Zarina Rosehan Anuar

IIUM Dietetics

  • Kitchen's Heart Cafe
    "Thinking mistakes" for weight loss management
    9 years ago
  • 5th Batch
    Sports gives great Well being, and what impact this has on the psychological health and good quality of life?
    13 years ago

Online Shop

  • Homecake Delicious
    kek kahwin
    5 years ago
  • Resipi Noraini
    JADUAL KURSUS 2020
    5 years ago
  • Edariman Online Mall
    AL-QURAN RUMI AL-MUMAYYAZ SAIZ A4
    6 years ago
  • Sinar Kehidupanku
    Talam Lapis Surabaya
    9 years ago
  • krafHATI
    TERKINI: PETA DUNIA UNTUK ANAK-ANAK SOLEH
    9 years ago
  • Butik Noraz
    Coming soon
    14 years ago

Education

  • Malaysian Association for the Study of Obesity
  • nutriWEB Malaysia
  • Malaysian Dietitians' Association
  • International Islamic University Malaysia

Labels

  • Ayah (3)
  • Bicara Hati (6)
  • Bisikan Sirr (1)
  • kembara dietitian (62)
  • Kenangan (15)
  • Mawaddah wa Rahmah (4)
  • Monolog (100)
  • Sakinah (4)
  • Tazkiyyatun Nafs (53)
  • Tips Diet (6)
  • Usrati (33)

Blogroll

About

Blogger templates

iluvislam

Blogger news

widgeo.net

Bicara Teman

Min Aina

Syahrul Islam

Al Waqtu Kas Saif...

Free Calendar & Clock

Tetamu Ziarah

Powered by Blogger.

Pages - Menu

  • Home

Popular Posts

  • Menguatkan jiwa dengan Bantuan Ya 'Aziz, Ya Qawiyyu, Ya Matin, dan Ya Ba'ith
    oleh Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd Ya Allah, Ya 'Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawiyyu Yang Maha Kuat dan Ya Matin Yang Maha Teguh d...
  • Sanah Helwah Ya Ummi!
    Dataran Pahlawan, Melaka "The Prophet S.A.W told us that we must obey Allah and His Messenger at all times But after that who else d...
  • Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf
    Buat semua yang bernama anak, inilah puisiku untukmu: Ingin kubisikkan resah seorang ayah resah kita bersama resah warisan lama b...
  • Setiap hari ialah perjalanan hidup yang baru (1)
    Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Tiada kesyukuran yang layak saya berika...
  • Orang Tuamu, Orang Tuaku
    Karya Salim A. Fillah alhamdulillah sudah dibaca separuh, memang tak merugikan. "Orang tuamu, orang tuaku" antara isi kandungan ...
  • D.I.E.T.E.T.I.C.S
    Bachelor of Dietetics Saya terpana ketika mendapat surat tawaran daripada IIUM, Alhamdulillah pilihan pertama saya berjaya diterima. Saya s...
  • Mithaqan Ghalizan: Mihrab Cinta
    "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan dan zuriat keturunan yang menjadi penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin ba...
  • Pengalaman Itu Harus Dikongsi
    Catatan lama yang ditulis di blog kelas pada 25/08/2011 . Walaupun dah 2 tahun lebih berlalu, membaca catatan lama membuatkan saya bersyuku...
  • Untukmu Teman
    Di sini kita pernah bertemu  Mencari warna seindah pelangi Ketika kau menghulurkan tanganmu Membawaku ke daerah yang baru Dan hi...
  • Pulang
    6 Zulkaedah 1434H Bismillahirrahmanirrahim Pulang pada malam ini ke kampung bukan kepulangan biasa.  Pulang bagi menyempurnakan s...

Followers

Lintasan Pena

Aku tak mampu menjadi sehebat mereka, tapi cukuplah menjadi semampu aku kerana aku ada DIA untuk terus kuat...

Pages

  • Home

Benteng Hindari Zina

Wednesday, July 7, 2010

Tidak lama dulu kajian sebuah syarikat pengeluar kondom mengkategorikan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan seks luar nikah di kalangan remaja dengan purata 62 kali setahun pada 2003 dan 86 kali setahun pada 2004, berbanding Jepun 37 kali setahun pada 2001 (Majalah Millenia, Jamadil Akhir-Rejab 1431H). Terkini, kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dipaparkan dalam Mingguan Malaysia 20 Jun 2010, berkaitan 300 remaja Melayu berusia 13 hingga 25 tahun terlibat dengan salah laku seksual dan seks bebas. Laporan itu membuatkan saya cukup bimbang dan risau tentang nasib umat Islam khusunya di Malaysia. Saya tertanya-tanya apa yang tidak kena dengan sistem pembelajaran hari ini yang saban tahun mencatatkan keputusan peperiksaan yang meningkat. Apa yang berlaku kepada struktur kekeluargaan kita pada hari ini, ketika kita tidak pernah lekang dengan pelancaran demi pelancaran kempen keluarga bahagia, keluarga sakinah dan sebagainya. Tiba-tiba satu kajian mendapati 300 anak Melayu terlibat dalam salah laku seks. Saya tegaskan inilah masa untuk kita bermuhasabah.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan 81,000 anak luar nikah didaftarkan. Manakala di ruangan Pendapat Utusan Malaysia, seorang penulis menyatakan frasa Melayu seks sahaja sudah ada 1.1 juta maklumat di Google, 'Melayu Seks Sekolah' pula berjumlah 2.69 juta. Ketika mana Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pula menyatakan 55% rakyat Malaysia ketagih internet (Utusan Malaysia 30 Jun 2010).

Fakta-fakta tersebut sememang sudah cukup untuk kita memulakan langkah serta-merta bagi kita mengatasi masalah ini. Saya memohon kepada semua pihak terutama kerajaan dapat mengatur langkah serius dalam menangani kebejatan akhlak.


LARANGAN ZINA

Di dalam Al-Quran larangan zina datang dalam bentuk sighah al-Nahyu iaitu dalam bentuk larangan untuk mendekatinya seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra':32; "dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Menariknya ayat ini datang dengan kalimah la taqrabu yang bermaksud "jangan mendekati". Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa dari ayat ini Allah SWT bermaksud bukan sekadar menegah manusia melakukan zina, bahkan mendekatinya mahupun menganjurkan sesuatu yang menyeru kepada perbuatan zina ini.

Manusia fitrahnya dihiasi dengan nafsu seks. Namun realiti seks serta hambatan nafsu merupakan satu yang amat sukar dikawal, seolah diibaratkan manusia yang kelaparan kemudian dihidangkan makanan. ia sukar untuk ditolak sama ada ia halal atau haram, kecuali manusia itu mempunyai ketahanan iman yang cukup tebal untuk mempertimbangkannya. Oleh kerana itulah Allah SWT Yang Maha Mengetahui telah mengatur kehidupan manusia ini, agar kita jangan cuba-cuba mendekati zina. Sekali mendekatinya, belum tentu kita berjaya menghindarinya. Banyak cerita dalam sejarah yang menceritakan kehancuran manusia yang rajin beribadat namun akhirnya hancur dengan tipu daya iblis dengan melakukan zina.

Ini bermakna kalimah la taqrabu di dalam surah al-Isra itu telah memberikan panduan untuk kita dalam menjauhi zina, iaitu:

1. Jangan sesekali mendekati zina, kerana biasanya manusia akan tewas dengan desakan nafsu seks.
2. Jangan membiarkan diri terdedah kepada suasana zina seperti berdua-duaan, mendedahkan aurat, melihat video lucah dan sebagainya.
3. Jangan mengadakan majlis atau sesuatu yang boleh mendorong perbuatan zina seperti parti sosial,kelab malam dan sebagainya.

Namun hakikat yang dapat kita katakan bahawa suasana hari ini, sememangnya mendorong kita kepada zina. Lihat sahaja di sekeliling kita, remaja bebas berpelesaran dengan pasangan masing-masing di taman dan pasar raya, poster atau gambar wanita bukan sekadar mendedahkan aurat malah menggiurkan tujuan mengiklan barang-barang yang tiada kena mengena pun dengan wanita. Filemlucah sangat mudah didapati apatah lagi hari ini ia semakin mudah dimuat turun daripada internet dan kemudian disebar melalui telefon bimbit dan pelbagai lagi. Inilah suasana yang mewarnai trend pemikiran masyarakat terutamanya remaja kita.

Saya berpendapat, sudah masanya kita bertegas dalam hal ini. Kita patut menyelesaikan akar permasalahan bukan sekadar pucuk sahaja. Contohnya gubal undang-undang secara menyeluruh bukan sekadar enekmen jenayah syariah bagi mengawal masalah remaja berpasangan bebas. Dari sudut pengiklanan pula kenapa kita tidak boleh bertegas dengan syarat-syarat tidak mengeksploitasi wanita sebagai daya tarikan yang jelas merendahkan kedudukan wanita, jika dalam masa yang sama kita boleh mengenakan syarat-syarat lain. Begitu juga beberapa laman web yang sudah terbukti membawa kemudaratan lebih besar daripada manfaatnya seperti Facebook dan YouTube yang sepatutnya diharamkan terus di negara ini.

PEMBELAJARAN ISLAM

Hasil kajian UPM itu juga menyatakan bahawa mereka yang terlibat ini, mempunyai latar belakang pembelajaran tentang asas-asas agama yang cukup. Bercakap tentang soal pembelajaran pula, kita telah lama menekankan soal 3M iaitu membaca, menulis, dan mengira di sekolah. Namun saya bersetuju dengan tulisn Prof. tan Sri Dzulkifli Abdul Razak (Mencari Roh Pendidikan, Utusan: 30 Jun 2010) yang menyatakan pendidikan hari ini sememangnya nazak kalaupun sudah kaku akibat kekosongan nilai manusia dan kemanusiaan yang diumpamakan dengan dengan kehilangan roh. Proses pembelajaran diukur berdasarkan jumlah A ataupun CGPA di peringkat universiti. Adakah sistem pembelajaran sekadar proses pemindahan maklumat daripada guru kepada murid sehingga mereka mencari jalan mudah bagi mendapat keputusan cemerlang. Ada pelajar yang bersungguh-sungguh menghafal dan membuat peta minda agar mudah faham. Namun akhirnya segala itu dicurah dan ditinggalkan dalam kertas-kertas jawapan peperiksaan atau buku-buku teks.

Sedangkan agama perlu menjalani proses pendidikan yang berterusan dalam segenap masa dan ketika hingga ilmu itu benar-benar dapat melahirkan manusia yang ihsan, iaitu manusia yang dapat menghayati ajaran agama dan merasai tanggungjawabnya terhadap Allah SWT. Kerana itu saya sebutkan pada awalnya tadi, apa yang tersirat di sebalik kenaikan graf kecemerlangan para pelajar dalam peperiksaan tetapi graf akhlaknya merudum jatuh. Bukan niat saya untuk menyalahkan pihak pendidik namun satu kajian dan tindakan perlu dijalankan oleh kementerian berkenaan bagi mengatasi masalah ini.

Cadangan pembelajaran seks di sekolah pula patut diteliti dengan betul dan tepat. Di mana penekanan berkaitan agama diberi penekanan. Jika silap langkah,pendidikan seks yang mendedahkan teori akan mendorong mereka melakukan zina setelah memperoleh maklumat lengkap tentang seks.

BENTENG

Kita perlu undang-undang dan penguatkuasaan yang lebih tegas dalam menangani masalah ini. Kerajaan juga perlu menangani masalah ini. Kerajaan juga perlu mengambil langkah lebih tegas... Namun akhirnya kita akan kembali kepada hubungan kita dengan Allah SWT. Al-Quran di dalam surah Yusuf menceritakan bagaimana hebatnya Nabi Yusuf a.s digoda oleh seorang wanita untuk berzina. Sebagai manusia sungguh godaan itu cukup hebat sehingga timbul gelora nafsu dalam diri baginda. Namun, apa yang menjadi benteng kukuh nabi Yusuf a.s. ialah muhsin (sedar kehadiran Allah SWT-surah Yusuf: 22) dan mukhlis (hati yang suci bersih-surah Yusuf: 24).

Ketahuilah bahawa Muhsin dan Mukhlis itu berasaskan ilmu. Ilmu itu perlu pada amal. Amal pula perlu pada istiqamah (berterusan) hingga kita menghayati setiap amalan tersebut. maka dengan itu, kita telah menyediakan insan soleh seperti ikan di lautan, yang tidak masin walaupun seumur hidup bergelumang dengan masin lautan. jika dicampak ke daratan menjadi gunung, jika dicampak ke lautan menjadi pulau.

p/s: Rencana ini dipetik daripada tulisan Tan Sri Dr. Hj Harussani Zakaria, Mufti negeri Perak. [Mingguan Malaysia, Ahad 04 Julai 2010]. Moga ada khayrnya...

Posted by Nadirah at 3:05 AM    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Powered By Blogger

Blog Design by Gisele Jaquenod.